Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

IV. Penerokaan Angkasa

MOMEN-MOMEN perbincangan antara Kapten Æzarnoush dengan Madam Ælicia masih terngiang-ngiang di mindaku. Pada saat ini, aku terus terfikir apakah perincian rancangan mereka yang seterusnya untuk menghantar 10 orang ke permukaan bumi. Siapakah agaknya yang akan mereka hantar kelak? Adakah akan ada ujibakat? Apakah kriteria utama yang mereka cari untuk membuatkan seseorang itu dihantar ke permukaan bumi? Risiko apa lagi yang bakal kesemua individu yang di hantar ke bumi akan hadapi seusai sahaja mereka selamat mendarat di permukaan bumi? Kesemua persoalan-persoalan ini semakin bermain-main di benak fikiranku. Aku perlu dapatkan maklumat lanjut berkenaan mesyuarat agung lembaga yang diadakan secara tahunan oleh ahli lembaga pengarah stesen Athria-Gemilang ini yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Otakku ligat berfikir cara apalagikah yang boleh aku lakukan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan.

Secara peribadi, jauh di lubuk hatiku, aku juga berminat untuk sekurang-kurangnya terpilih menjadi antara sepuluh orang yang bakal dihantar ke permukaan bumi. Namun, apabila memikirkan kembali tentang cerita-cerita kurang enak oleh sebahagian koloni Cakerawala ini yang kononnya tahap pencemaran teruk sisa radiasi di permukaan bumi yang masih tersisa, membuatkan aku berfikir berkali-kali. Namun, sebenarnya hujahan mereka langsung tidak berasas kerana tidak disandarkan pada apa-apa analisis dan juga kajian yang lengkap. Yelah, alat-alat dibumi kesemuanya samada sudah terlalu lapuk dan usang, sudah hancur dimamah hujan panas dan juga sudah tidak dapat disambungkan.

Pokoknya, tidak ada satu pun bentuk komunikasi antara stesen-stesen angkasa yang sedang menerawang di orbit dengan permukaan bumi sejak 70 tahun dahulu. Satelit yang mengorbit pula tidak dapat menunjukkan data yang sebenar oleh kerana hanya dapat di tentukuran (calibrated) daripada permukaan bumi, hanya boleh ditentukur daripada orbit dan semestinya data itu tidak akan tepat kerana tidak ada komunikasi dua hala. Cuma, antara stesen angkasa negara-negara yang sedang menerawang pada ketinggian yang berbeza ini sahaja tempat mereka berkongsikan maklumat dan data analisis mereka. Stesen angkasa seperti ZEMLYA milik negara Rusia, PATRIOT milik Amerika Syarikat, ELIZABETH milik Eropah, TEIKOKU milik Jepun, BYEOL milik Korea Selatan dan juga YOUSHÉNG yakni stesen angkasa milik China yang sudah menerawang keluar daripada sistem orbit untuk penerokaan luar angkasa untuk mencari habitat baru yang lebih sesuai berbanding bumi.

Stesen angkasa ZEMLYA sedang melakukan penerokaan di sebuah bulan yang mengorbit planet Musytari yang disebut sebagai Europa. Negara Amerika Syarikat pula sedang membangunkan satu projek penerokaan angkasa lepas yang dinamakan Misi Artemis X. Menurut perancangan, para saintis akan menghuni sebuah igloo, iaitu sebuah rumah khas bagi mereka yang berada di kawasan Siberia yang beriklim sejuk melampau. Untuk menjelajah Europa dan lautannya, saintis akan menggunapakai teknologi kapal selam. Namun setakat ini, terdapat beberapa permasalahan dalam rancangan ZEMLYA untuk penerokaan Europa. Salah satunya adalah kadar radiasi yang terlampau tinggi yang berpunca daripada lingkaran radiasi planet Musytari yang secara azalinya memancurkan sinaran radiasi sehingga sejauh ke bulan di sekitarnya. Lingkaran radiasi planet Musytari ini membuatkan manusia tidak akan dapat bertahan di permukaan Europa untuk satu jangka waktu yang lama tanpa memakai sut perlindungan sinaran radiasi. Selain itu juga, suhu permukaan Europa juga terlampau sejuk, yakni sehingga mencecah -170•C lalu menyukarkan lagi misi penerokaan ini.

Stesen angkasa PATRIOT milik Amerika Syarikat juga sedang meneroka Callisto, yakni salah satu bulan dalam rangkaian planet Musytari juga. Untuk penerokaan Callisto, NASA melakukan kajian bernama HOPE yakni Project Human Outer Planet Exploration. NASA menganggarkan mereka dapat membina sebuah pengkalan dan pelabuhan manusia yang dapat menghasilkan sumber bahan api untuk kapal-kapal penjelajahnya ke tempat yang lebih jauh lagi. Pada masa ini, stesen angkasa PATRIOT hanya bergantung kepada tenaga solar yang dijana oleh papan panel solar yang berada di luar stesen berkenaan. Selain itu, kedudukan Callisto yang berada di luar lingkaran radiasi planet Musytari selain aktiviti geologinya yang agak stabil amat sesuai untuk habitat manusia.

Selain itu juga, NASA ada memasukkan planetoid Ceres dalam salah sebuah planet yang memungkinkan aktiviti penerokaan angkasa mereka pada masa hadapan. Ceres adalah planet kerdil yang terletak di lingkaran asteroid. Ceres mengandungi sekitar satu per sepuluh daripada jumlah bekalan air lautan di bumi. Planetoid ini juga memperolehi cahaya matahari yang cukup untuk menjana panel solar. Pada perancangan NASA, Ceres bakal dijadikan pengkalan perlombongan asteroid untuk beberapa tahun ke depan. Hasil janaan perlombongan mineral ini boleh dihantar ke kawasan penerokaan manusia yang lain seperti di planet Marikh dan juga bulan. Penerokaan planetoid Ceres juga boleh menjadi satu langkah awal NASA dalam aktiviti penerokaan objek luar orbit di bahagian galaksi yang lain.

Akibat kekangan suhu dan tekanan udaranya yang kuat di permukaan planet Zuhrah, stesen angkasa ELIZABETH milik Britain membina koloni pada ketinggian 50 kilometer di atas permukaan Zuhrah. Ini kerana, pada ketinggian ini sahajalah, tekanan atmosfera dan suhu planet ini hampir menyamai dengan apa yang ada di permukaan bumi sebelum episod pencemaran radiasi dahulu. Mereka membina satu kota terapung di bahagian atmosfera Zuhrah, yakni apa yang dipanggil sebagai 'Aerostat'. Aerostat digunakan sebagai penempatan tetap bagi stesen angkasa berkenaan selain digunakan dalam aktiviti penjelajahan luar orbit. Aerostat ini menggunakan gaya apungan di udara planet Zuhrah untuk terbang, seperti yang digunakan oleh kapal laut untuk terapung-apung di atas permukaan air. Kapal ini menggunakan gas seperti gas helium, hidrogen atau udara panas untuk menghasilkan daya apungan tersebut. Gas-gas jenis ini boleh didapati dengan mudah di sekitar planet Zuhrah ini.

Bagi stesen angkasa TEIKOKU milik Jepun pula, Ganymede mempunyai keunikan sebagai satu-satunya bulan yang mengandungi magnetosfera. Magnetosfera merupakan satu lapisan medan magnet yang menyelubungi objek angkasa. Selain bumi, planet lain iaitu Utarid, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun juga turut diselubungi dengan lapisan magnetosfera. Namun, kekuatan Magnetosfera Ganymede terlalu lemah untuk memerangkap plasma angin suria yang nantinya boleh menampung kehidupan. Ganymede berpotensi untuk diterokai, namun planet ini dibayangi oleh betapa besarnya medan magnetik daripada planet Musytari dan mempunyai kadar penerimaan sinaran radiasi yang tinggi. Namun, di sebalik itu semua, Ganymede mempunyai air yang membeku di antara bebatuan di permukaannya.

BYEOL pula meneroka planet Titan yakni sebuah planet semula jadi dan bulan terbesar di planet Zuhrah berupa satelit semula jadi. Satelit ini merupakan satu-satunya satelit semula jadi yang mempunyai kandungan atmosfera yang padat serta satu-satunya objek angkasa lepas selain bumi yang terbukti mempunyai cecair di bahagian permukaannya. Berbanding planet bumi, sebahagian besar kandungan atmosfera Titan adalah terdiri daripada nitrogen. Iklimnya termasuklah angin dan hujan, dan iklim ini telah menghasilkan permukaan dan topografi yang menghampiri kepada topografi di bumi. Antara topografi yang boleh ditemui termasuklah seperti gumuk pasir, sungai, tasik dan delta serta didominasi oleh pola cuaca bermusim seperti di bumi. Oleh kerana itulah, Titan mempunyai elemen yang melimpah dan amat konsisten untuk sekurang-kurangnya menampung kehidupan manusia. Titan juga dilihat oleh saintis Korea Selatan sebagai planet yang paling menguntungkan dan mempunyai prospek yang 'mesra alam' untuk diterokai sebagai habitat baru bagi menggantikan bumi.

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro