Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

II. Pintar & Nakal

"ALAM semesta atau universe adalah ruang lingkup yang merangkumi seluruh kawasan yang mengandungi pelbagai jenis tenaga, jasad planet serta pelbagai lagi perkara yang terkandung di dalamnya," Cikgu Æzack sedang khusyuk mengajarkan subjek astronomi.

     "Alam semesta terdiri daripada jutaan bintang-bintang yang ditemui dalam beberapa kumpulan yang disebut sebagai galaksi. Kumpulan galaksi membentuk kumpulan yang lebih besar yang dipanggil sebagai supergugusan. Alam semesta yang kita diami ini terus berkembang menjadi lebih besar dan luas sehingga disebut sebagai ruang yang tidak mempunyai sempadan," terang Cikgu Æzack sambil menunjukkan di keseluruhan galaksi.

"Galaksi Bima Sakti pula adalah sebahagian daripada gugusan super Virgo. Bima Sakti mengandungi lebih daripada 200 billion butir bintang dan salah satunya adalah matahari." Cikgu Æzack menambah sambil menunjukkan lokasi galaksi Bima Sakti.

"Manakala sistem suria kita berada di Galaksi Bima Sakti. Lebih daripada separuh bintang yang ditemui di dalam Galaksi Bima Sakti ini berusia lebih tua daripada umur matahari yang diperkirakan berusia 4.5 Billion tahun." ujar Cikgu Æzack sambil menutup pelajaran hari itu berkenaan galaksi.

     "Æzz... Bosan lah subjek ni. Aku nak belajar pasal lautan, gunung ganang dengan sungai," aku menegur Æezzul yang sedang khusyuk mendengar penerangan daripada Cikgu Æzack.

     "X Ædrian X-ii, sila terangkan kat cikgu maksud Galaksi?" Cikgu Æzack yang sedang mengajar itu sempat melihat aku yang sedang bercakap-cakap di belakang.

     "Err... Galaksi... Er... Galaksi adalah... adalah segugus bintang yang mencecah jutaan jasad. Err... Galaksi mengandungi partikel gas dan debu yang dikekalkan oleh graviti. Bentuk galaksi berbeza-beza antara satu sama lain," terang aku sambil tergagap-gagap.

     "Okay. Bagus. Lain kali jangan bercakap-cakap kat belakang tu," Cikgu Æzack mengingatkan aku supaya tidak bercakap-cakap lagi.

     "Bumi berada di dalam galaksi Bima Sakti ini ataupun lebih dikenali sebagai Milky Way. Bima Sakti berputar di alam semesta seakan-akan seperti sebuah kincir angin yang bersaiz gergasi," Cikgu Æzack meneruskan sesi pembelajaran kelas subjek astronomi berkenaan.

     "Cikgu? Saya ada satu soalan? Boleh cikgu terangkan tak pasal lautan?" Aku tiba-tiba berdiri lalu menyampuk kata-kata cikgu.

     "Ehem...ehem. Ædrian, ini kelas subjek astronomi, bukannya subjek sistem bumi," Cikgu Æzack tersedak seketika lalu meneruskan sesi pengajaran.

     "Bintang merupakan bebola jisim gas yang sangat panas dan merupakan objek angkasa lepas yang memancarkan cahaya. Bintang yang terdekat dengan bumi adalah matahari dengan jarak sekitar 149,680,000 kilometer, diikuti oleh bintang Proxima Centauri yang terletak dalam buruj bintang Centaurus yang berjarak sekitar empat tahun cahaya. Baiklah kelas. Anda semua boleh bersurai. Terima kasih," Cikgu Æzack mengakhiri tugasannya.

     "Æezzul, jom kita lepak kat kompartmen pertanian?" Aku mengajak Æezzul ke kompartmen Pertanian.

     "Jom!" Æezzul menyahut perlawaanku.

     Kami berdua melalui laluan ke kompartmen Pertanian melalui beberapa kompartmen pentadbiran dan juga kompartmen dewan makan. Laluan yang telah digunakan itu sudah semakin usang dan sudah tidak berkilat lagi. Ada beberapa bahagian ditampal dengan menggunakan sampah-sampah satelit yang ada oleh jurutera struktur. Robot pembersih laluan pula kadangkala ada, dan kadang kala rosak. Namun, kebersihan tetap dijaga oleh penduduk di dalam Athria terbabit. Kamera litar tertutup ada di mana-mana. Sekiranya sebarang kesalahan dilakukan, pihak pentadbiran tidak akan teragak-agak untuk memberikan hukuman yang setimpal kepada kami.

     Sesampai sahaja kami ke kompartmen Pertanian, aku menyusup dahulu ke ruang pengudaraan yang menghubungkan antara kompartmen Pertanian dengan laluan di bahagian luar. Æezzul mengikuti rapat aku di belakang. Kami berdua terpaksa merangkak dan menyusup perlahan-lahan supaya tidak diketahui oleh sesiapa. Itu merupakan laluan rahsia yang tidak ramai orang mengetahuinya. Kami tiba di kompartmen Pertanian dan dapat dilihat di hadapan kami, pelbagai jenis tumbuhan dan sayuran yang ditanam samada dengan menggunakan kaedah hidroponik mahupun ditanam diatas tanah yang telah dibuat batas.

     Tanaman padi, sayur bayam, kangkung dan beberapa jenis sayur yang lain ditanam dengan menggunakan teknik hidroponik manakala tanaman seperti ubi kayu, ubi kentang, bawang besar dan beberapa tanaman lain ditanam di atas batas yang mengandungi tanah. Hasil tanaman akan di kutip bergantung kepada tanaman, ada yang sebulan, ada yang tiga bulan dan ada yang enam bulan sekali. Itulah yang ibuku ceritakan kepadaku mengenai tanaman ini. Kadangkala, dalam tempoh setahun sekali, tumbuhan seperti pokok jagung, strawberi dan beberapa tumbuhan rare yang lain akan ditanam, bergantung kepada ruang yang ada.

     Kalau masuk ke kompartmen Pertanian, aku akan menghidu bau tanah-tanih yang ada di situ. Yang aku paling suka bau adalah tanah gambut. Entah kenapa, bau dia sungguh organik, segar dan terasa macam berada di suatu tempat yang asing, jauh daripada stesen angkasa tu. Kata Æezzul, bau tanah gambut tu biasa je, dia lebih suka bau gam pelekat keluli. Aku pun tak faham lah perangai Æezzul ni, ada ke gam keluli tu yang dia suka bau. Katanya boleh terbang sampai ke bumi, boleh berenang-renang kat laut. Entah lah.

     Jika kami dah bosan di kompartmen Pertanian, kami akan menyusup pula ke kompartmen Haiwan. Kompartmen Pertanian dengan kompartmen Haiwan hanya dipisahkan dengan satu dinding keluli yang nipis. Jadi, daripada kompartmen Pertanian boleh dengar bunyi haiwan-haiwan ni terutamanya apabila sedang diberi dedak. Antara haiwan yang ada termasuklah ayam, kambing, lembu, pelbagai jenis ikan dan juga angsa. Kesemua haiwan-haiwan ini adalah sumber makanan bagi penduduk di stesen angkasa ini. Di dalam ini juga adalah tempat sembelihan yang mengikut hukum syarak.

     Di dalam kompartmen Haiwan ini, aku akan bermain-main, memberi makanan dan kadang-kadang tertidur dalam kompartmen tu. Sebenarnya kami memang tidak dibenarkan untuk masuk ke kompartmen Pertanian dan haiwan ni, takut mengganggu kualiti dan haiwan-haiwan ini akan membuat bising. Tapi, kami peduli apa kan? Itulah hiburan yang kami boleh lakukan di dalam stesen angkasa ini. Aku suka memerhatikan gelagat ayam, kambing, lembu dan ikan ketika diberikan makanan. Mungkin dibumi nanti, lagi mudah untuk membela haiwan-haiwan ini kot?

     Oh ya, di dalam stesen angkasa ni, kami ada juga membela haiwan peliharaan iaitu kucing. Tapi, tak semualah penduduk ada kucing. Cuma segelintir sahaja. Manakala anjing pula tidak dibenarkan untuk dibela di dalam stesen angkasa Athria-Gemilang ini. Pernah dulu ada penduduk yang bela anjing, tapi anjing tu kerap buat bunyi bising dan mengganggu ketenteraman awam. Pernah juga kes dimana ada anak penduduk digigit anjing. Sejak itu, anjing tidak dibenarkan untuk dibela di dalam stesen angkasa ini.

     Oh lagi satu, dalam stesen angkasa ini takde zoo tau. Oleh itu, untuk kami kenali haiwan-haiwan yang eksotik, pelik dan tak pernah kami tengok, kami cuma tonton di YouTube sahaja. Aku paling suka harimau, sebab harimau adalah sejenis haiwan yang gagah, kuat, dan pantas. Æezzul suka gajah, sebab katanya gajah boleh pijak orang sesuka hati. Lantak kau lah Æezzul. Janji kau bahagialah, Æezzul.

     Banyak kali juga aku terkantoi dengan Komander Æzarnoush, sampai pernah kena denda kat dalam kompartmen hukuman selama tiga hari. Tapi, aku ni jenis tak makan saman. Ada je kesalahan yang aku buat, yang akan menjadi kecoh kat satu stesen angkasa. Nasib baiklah disebabkan aku ni keturunan moyangku yang dikenali, Dr. Nora Yuhanis dengan datukku, Kapten Daeng Mustakim, maka aku dilepaskan dengan mudah.

***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro