Bab 9
Laura memerhati decoration dalaman rumah Meer Nash. Serious cantik gila. Pandai juga ye artist ni deco. Punya leka Laura duk perhati rumah Meer Nash, dia tak perasan yang Pak Din masih tercengang melihat ada seorang gadis di dalam rumah Meer Nash. Pecah sejarah ni, Tuan Meer Nash bawa balik perempuan ke rumah. Hmm macam familiar aje budak perempuan ni ?
" Ermmm Pak Din...mulai hari ni saya akan ada dua PA ye....macam biasa Azka PA saya...dan satu lagi budak perempuan ni pun PA saya...Ermm saya rasa, Pak Din kenal kot budak perempuan ni ? Nama dia....ehh kau nama apa ea ? Lupa pulak aku nama kau....."kata Meer Nash.
Cehh mamat ni ! Dah nyanyok ke hape ?
" Nama saya Laura..Laura Medina..."
Pak Din terdiam mendengarkan nama Laura itu. Laura Medina ? Macam pernah dengar aje nama tu....tapi....
" Hah Pak Din....bawa lah dia pusing-pusing satu rumah ni...tunjuk dekat dia semua tempat-tempat yang dia kena tahu...bagitahu sekali dekat mana tempat yang dia tak boleh kacau atau masuk...Saya nak naik atas dulu.."kata Meer Nash.
Pak Din hanya mengangguk sebagai tanda menerima arahan itu.
Tinggallah Pak Din berdua dengan Laura. Azka mana ? Entah masih di luar agaknya. Duk sibuk buat apa entah, mungkin tengah uruskan scooter Laura kot ?
Seketika Pak Din membawa Laura pusing di sekitar kawasan rumah milik Meer Nash.
Ditunjuknya Pak Din, kawasan - kawasan yang sering digunakan Meer Nash. Salah satunya gym. Ya dalam rumah banglo Meer Nash ni ada disediakan sebuah bilik gym di tingkat atas.
" Ada masa ke dia workout ni Pak Din ?"soal Laura tetiba. Yelah dia kan busy shooting dekat luar.
" Ada..Tuan Meer lepas balik shooting selalunya dia akan workout dulu...paling kurang pun 30 minit..."jelas Pak Din.
Laura meng'o' kan kata - kata Pak Din itu...
Seterusnya mereka mula melangkah ke bilik sebelah. Buka - buka saja pintu bilik tersebut, Laura mula tergamam..
Kenapa ? Ada apa dalam bilik tu ?
" Banyaknya award yang dia dapat Pak Din ? "soal Laura terpegun dengan susunan - susunan trofi yang banyak di atas beberapa rak.
Pak Din tersenyum kecil sambil mengangguk.
" Ya....Tuan Meer memang seorang pelakon yang cemerlang. Bakat lakonannya memang terbaik..." puji Pak Din.
" Hmm patut ahh mak suka sangat tengok drama yang dia belakon..tapi...asal aku aje yang tak pernah tahu kewujudan dia ehh ? "desis hati Laura.
" Okay.. bilik ni kalau nak kemas buang habuk - habuk boleh tapi satu yang tak boleh...jangan sampai benda - benda ni jatuh ke apa...nanti Tuan Meer bising...Laura dah tahu kan perangai dia macam mana..." jelas Pak Din.
" Baik Pak Din..." sahut Laura.
***
Meer Nash melihat dirinya di hadapan cermin panjang yang terletak elok di suatu sudut dinding bilik.
" Hmm kena postpone pulak aku punya shooting lepas ni...."ngomel Meer Nash sambil membelek - belek tangannya yang retak di hadapan cermin.
Tetiba dia teringatkan detik - detik dia berlari dengan Laura tadi sehinggalah bersembunyi bersama - sama di dalam bilik peralatan hospital. Jantungnya tetiba berdegup kencang. Meer Nash menyentuh dadanya buat seketika.
" Kenapa dengan jantung aku ni ? Laju semacam ? Hmm something wrong betul lah..."gumam Meer Nash sendiri.
Dia menggeleng pantas. Meer Nash mula bergerak ke arah tingkap biliknya. Dia menyelak sedikit langsir yang menutupi tingkapnya sejak dari tadi. Lama dia merenung ke luar. Memerhatikan suasana diluar. Hmm kelihatannya mula ada beberapa orang yang tidak dikenali. Wartawan - wartawan ke ? Tak habis - habis lagi kejar aku ?
Meer Nash mula bergerak keluar daripada biliknya semula. Dia mula mencari Laura.
Mundar mandir Meer Nash dihadapan Laura. Mata Laura dah nak naik juling tengok Meer Nash dari tadi macam tu aje .
" Awak ni dah kenapa ?" kata Laura setelah berdiam hampir 15 minit.
Langkah Meer Nash terhenti. Dia menoleh memandang Laura.
" Mulai hari ni, kalau kau datang rumah aku...jangan masuk atau keluar ikut pintu depan..."kata Meer Nash.
Laura agak tercengang.
" Hah ? Habistu nak ikut pintu mana ?"soal Laura.
" Pintu belakang..."
" Oh...okay no hal..."balas Laura.
" Nah Meer...barang-barang yang kau suruh ambikkan.."kata Azka yang baru muncul bersama beberapa barang-barang yang diminta Meer Nash tadi.
Laura memerhati penuh dengan tanya tanda. Hmm ? Nak buat apa pulak dengan hoodie, topi, kaca mata hitam ni?
" Bagi dekat dia.."arah Meer Nash.
Barang - barang tersebut mula bertukar tangan.
" Nak buat apa dengan benda - benda ni ?" soal Laura.
" Kau kena pakai setiap kali datang rumah aku...."
" Hah ? Panas lah...semuanya serba hitam...."ngomel Laura.
" Yelah...kau nak kena kejar dengan wartawan lagi ke macam tadi ? Aku tak nak kau cetuskan kontroversi nanti...Lagipun buat masa sekarang....aku takkan kenalkan kau dekat set shooting sebagai PA baru aku lagi....Kau hanya akan bekerja dekat rumah aku....jaga aku selama tangan aku macam ni..."
Laura mengetap giginya. Geram.
" Hmm yelah-yelah..."
Meer Nash mendengus kecil. Susah juga aku nak handle perempuan ni. Ada aje dia nak menjawab ehh ?
***
" Benda simple macam tu pun kau tak boleh nak settle ?"soal Dato Ghazali.
Tertunduk - tunduk Azlan mendengarkan kata - kata Dato Ghazali itu.
" Saya dah tak boleh nak ikut plan Dato...saya dah tak nak buat semua kerja ni...tolong lah lepaskan saya Dato.."merayu Azlan.
" Apa kau cakap ? Kau nak aku lepaskan kau ? Ohh boleh..aku akan lepaskan kau...kalau kau settle kan kerja kau dulu....yang dah terbengkalai hampir 10 tahun ni... kalau dulu kau boleh hapuskan suami isteri tu...kenapa pulak anak - anak dia kau tak boleh nak settle kan ?"
Azlan menggenggam erat penumbuknya. Kenapa tak habis - habis dirinya ditindas sebegini ? Hmm betul lah cakap kawan baiknya dulu. Kalau sekali kau dah masuk dalam dunia Dato Ghazali ni, sampai bila - bila pun kau takkan terlepas.
" Kau kena ingat ehh..aku yang dah selamatkan kau dari penjara.. Kalau tak kau dah boleh kena hukuman gantung sampai mati tau ! Tempoh dalam penjara tu pun aku yang dapatkan supaya jadi singkat...Hmmm pihak polis pun bodoh dan ada yang terima rasuah...senang kerja aku ada orang dalam macam tu..."kata Dato Ghazali angkuh.
Azlan memejam matanya seketika. Ya Allah,bantu aku untuk keluar dari dunia ni.
" Dah kau blah sekarang....kau pergi settlekan cepat kerja kau....baru aku lepaskan kau.."
Akhirnya, Azlan hanya berlalu begitu saja meninggalkan ruang office Dato Ghazali. Dalam diam, ada mata yang memerhati tingkah laku Azlan itu. Dia mula mengikuti langkah Azlan sehinggalah keluar dari syarikat.
" Uncle..."panggil orang itu menghentikan langkah Azlan.
Azlan mula menoleh.
" Uncle Azlan kan ?"soal orang itu.
Azlan mengangguk kecil.
" Boleh kita borak sekejap ?"
***
Lama Laura membaca pesanan ringkas yang diterimanya tadi. Hmmm ? Pelik tetiba dapat whatsapp daripada Yazdan ni. Dah lama dia tak contact aku.
Yazdan.
Assalamualaikum, Laura kau mcm mna skrng ? kerja kt mna ?
Laura mula menaip sesuatu.
Waalaikumusalam. Mcm tu aje lah. Ermmm alhamdulillah aku dh dpt kerja baru dh.
Yazdan.
Oh bagus lah... Kau dpt kerja apa ? Tk nk share ngn aku ke ?
Laura mengetap bibir. Hmm patut ke aku bagitahu pasal kerja aku ni dekat Yazdan ? Hmm tapi tak boleh lah sebab tak ada sesiapa pun yang tahu aku kerja dengan artist.
" Mesej boyfriend ke tu ?"tegur Azka tetiba muncul.
Tertutup terus screen phone Laura apabila Azka menegur.
" Ehh mana ada lah..."nafi Laura.
Azka tersengeh kecil. Dia mula mengambil tempat kosong berdekatan dengan Laura.
" Saya harap Cik Laura banyakkan bersabar ya hadap perangai annoying Meer Nash di masa akan datang nanti..."kata Azka.
" Hahahaha okay - okay ermm by the way tak payah lah panggil saya Cik Laura..panggil Laura pun dah cukup..."
Azka menggosok belakang lehernya. Dia tersengeh.
" Errr yelah Lau....ra.."kata Azka gugup. Hehehe dia sebenarnya nervous juga bercakap dengan Laura ni. Maklumlah dah lama tak pernah ada orang perempuan dalam rumah Meer Nash ni.
Laura hanya tersenyum kecil, dia mula melihat phonenya semula apabila dia berasa bergetar. Masuk lagi whatsapp daripada Yazdan.
Yazdan.
Kenapa kau tk reply ? Kau tgh kerja ke ? Sorry ganggu. Nnti dh free, reply chatt aku okay ?
Laura mengetap bibirnya. Hm aku tak tau nak balas apa lah dekat Yazdan ni. Aku nak cakap aku kerja apa ehh ?
" Eh Laura...kejap..."tegur Azka tetiba lagi.
Laura pantas menoleh. Dia agak tersentak bila toleh aje Azka sudah dekat dengan dirinya. Terkaku Laura jadinya.
Pantas saja tangan Azka mengusap kepala Laura yang berlapik dengan shawl. Laura terkedu.
" Ada belalang tadi atas kepala awak..."gumam Azka sambil mengusap kecil kepala Laura.
" Errr..ohhh yaka ? "
Fuhh. Aku ingatkan benda apa lah tadi. Terkejut aku !
Dalam diam ada yang memerhati gelagat Azka dan Laura itu. Dia menyentuh dadanya yang dirasakan laju degupan jantung.
" Ish..kenapa dengan jantung aku ni hah ? "
" Eh Tuan Meer ? Buat apa dekat sini ? "tegur Pak Din.
Meer Nash terus membuat isyarat diam kepada Pak Din.
" Shhh ! "jari telunjuk diletakkan dimulutnya. Dia menggerakkan matanya kepada Pak Din sebagai tanda menyuruh Pak Din berlalu dari situ.
Pak Din sempat melirih ke arah Azka dan Laura yang sedang berdua - duaan di luar halaman sebelum mula berlalu pergi.
Meer Nash mula mengintai semula Azka dan Laura. Dia mula merasakan satu perasaan aneh lebih tepat lagi ' cemburu ' bila melihatkan yang Azka dan Laura mula selesa berborak antara satu sama lain. Hmmm kenapa kalau dengan aku dia tak borak macam tu pun ? Kalau dengan aku asyik nak ajak bertekak aje !
Panas mata dan hati Meer Nash lama kelamaan. Dia mula bergerak melangkah mendekati Azka dan Laura.
" Azka ! "teriak Meer Nash lantang.
#Hahaha ehh Meer Nash dah mula buka hati dia untuk Laura ke tu ? Tapi tak nak mengaku kan ? Heee sorry for late update ! Keep vote and comment pls ? 😘💖
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro