Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

" Dah lah datang lambat pastu cium pipi aku pulak ! Haish. "bebel Meer Nash.

" Ish saya tak sengaja lah..dah saya terjatuh tadi..nak buat macam mana...saya pun tak teringin lah nak cium pipi awak pun.."balas Laura. Dia tak suka dirinya dituduh sebegitu.

Meer Nash merenung ke arah Laura.

" Yeke kau tak teringin nak cium pipi aku ni ? "kata Meer Nash sengaja ingin menduga.

" Yelah ! Tak teringin pun ! Tak mendatangkan faedah...hmm ni pun balik nanti nak kena samak ! "balas Laura pedas.

Pehhh dia perli bhaiii ! Sampai nak samak bagai ? Ingat pipi aku ni kulit binatang pink  tu ke ?

" Arghhh sudah lah kau ni..."akhirnya Meer Nash malas nak berdebat lagi.

Laura mencebik.

" Disebabkan kau datang lambat di hari first day kau kerja kan...aku nak kau...kemas semua barang - barang aku...hari ni aku dah boleh discharge..."kata Meer Nash.

" Hmmm yelah.."balas Laura malas. Barang sendiri pun nak suruh orang kemas. Tak reti kemas sendiri ke ?

Laura memulakan tugasnya yang pertama iaitu mengemas barang - barang Meer Nash. Meer Nash pulak hanya duduk goyang kaki dekat atas katilnya. Tangan kanan yang retak hanya tergantung saja, jadi nak pegang phone pun tangan sebelah lagi aje lah.

Meer Nash sibuk duk scroll media sosial yang dia ada. Dia duk stalk perkembangan artist - artist yang lain lah. Dia duk cari cerita - cerita pasal kemalangan yang berlaku pada dirinya lah..

Tak dapat nafikan, hampir semua media sosial bercerita tetang kemalangan artist Meer Nash.

Meer Nash mengeluh. Aku masuk hospital pun sibuk aje nak hebohkan wartawan ni.

Dah tu ada pulak tokok tambah cerita pulak tu.

' MEER NASH SENGAJA CARI PERHATIAN '

" What ? Aku cari perhatian ? Herrr please lah...."gumam kecil Meer Nash sendiri.

Tertoleh - toleh Laura mencuri - curi melihat Meer Nash. Mamat ni dah kenapa cakap sorang - sorang ? Excident tu dah buat dia jadi biul pulak ke ? Mampus aku !

" Meer ! " terjah Azka tiba - tiba masuk ke dalam bilik rawatan.

Meer Nash memandang Azka.

" Apa kau ni ? "

Azka tercungap - cungap.

" Wartawan bersepah dekat lobi hospital. Macam mana kau nak keluar nanti ? "kata Azka.

Meer Nash memusingkan bebola matanya 360 darjah. Dia menggosok perlahan belakang lehernya..

“ Macam mana diaorang boleh tahu hospital private aku dekat sini ?”soal Meer Nash.

“ Hmm wartawan...biasa lah...sampai ke lubang cacing dia boleh cari....”kata Azka.

Laura pulak sejak dari tadi hanya menjadi pemerhati dan pendengar setia aje.

Meer Nash mendegus. Nama pun pelakon, takkan pernah berpisah dengan wartawan.

***
Meer Nash memakai topi dan menutup kepalanya dengan hoodie. Tangannya yang berbalut juga disembunyikan disebalik hoodie. Kaca mata hitam dengan face mask hitam juga tidak dilupakan. Meer Nash cuba berjalan beriringan dengan Laura dan berlagak biasa untuk lalu di kawasan lobi.

Jelas sekali, hampir penuh lobi dengan wartawan dari berbeza majalah dan surat khabar. Gila ! Semua tu hanya menantikan artist Meer Nash.

“ Jalan cepat sikit....”bisik Meer Nash kepada Laura.

“ Yelah...tengah jalan cepat-cepat lah ni...”balas Laura.

Jadi gaduh kecil pula dekat situ. Well, Laura dengan Meer Nash kalau tak gaduh memang tak sah !

Kelihatannya wartawan di situ tidak mengendahkan langsung Laura dengan Meer Nash. Diaorang tak perasan kot ?
Namun hari tak selalunya cerah, apabila seorang wartawan yang baru balik daripada toilet tetiba perasan akan kehadiran Meer Nash di situ.

“ Eh Meer Nash kat sini lah !”teriak wartawan itu.

Semua mata-mata mula beralih kepada Meer Nash dan Laura. Meer Nash dan Laura tersentak ! Mereka memandang sesama sendiri. Tanpa membuang masa, mereka terus berlari. Namun tetiba macam mana entah Laura boleh tersilap langkah, dia pulak yang terjatuh.

“ Aduhh..”

Meer Nash menoleh. Alahhh minah ni nak jatuh pun dekat sini. Meer Nash patah balik semula ke arah Laura.

“ Kau okay tak ni ?”soal Meer Nash tetiba perhatian.

Laura mendongak memandang Meer Nash. Dia terpegun. Mamat ni dekat-dekat handsome jugak ehh. Ehh menyempat kau enn Laura ?

“ Meer Nash jangan lari !”teriak beberapa wartawan dari belakang yang terkejar- kejar kan mereka.

Meer Nash memandang sekilas sebelum memandang Laura semula.

“ Kau masih boleh lari kan ?”soal Meer Nash.

Lambat-lambat Laura mengangguk.

Zappp !

Pergelangan tangan Laura yang berlapik  ditarik pantas oleh Meer Nash.  Terbangun terus Laura jadinya. Akhirnya Laura hanya berlari mengikut rentak Meer Nash.



Hospital private ni memang besar sampaikan nak jumpa pintu Exit pun susah namateyy...

Mereka berdua berlari tanpa arah tuju. Wartawan pula masih setia mengejar di belakang.

Akhirnya, Meer Nash menarik Laura masuk ke dalam satu bilik peralatan hospital yang kebetulan ada di situ. Ditolak tubuh Laura ke dinding. Laura terdiam. Meer Nash pulak mengintai di sebalik celah - celah pintu. Dapat dilihat dan  didengari ada beberapa wartawan berlegar - legar di hadapan pintu bilik yang sedang mereka berada.

" Ish mana dia pergi pulak ni ? "kata salah satu wartawan di situ.

" Entah ! Cepat betul lesap ni.."balas seorang lagi wartawan.

" Ermm ke dia bersembunyi dalam bilik ni ?"kata seorang wartawan perempuan.

Meer Nash dan Laura tersentak ! Pegangan tangan Laura yang dipegang Meer Nash masih utuh. Tetiba Meer Nash memandang ke arah Laura. Mata mereka berdua bertembung.

Wartawan - wartawan tersebut ingin menerjah bilik yang didiami Meer Nash dan Laura itu. Laura mula rasa gemuruh. Meer Nash melepaskan pegangan tangan Laura lalu dibuat isyarat menyuruh Laura untuk diam dan bertenang.

Laura mengangguk kecil.

" Ehh ? PA Meer Nash ada dekat sini lah ! "kedengaran seorang wartawan lagi berteriak.

Terus tak jadi wartawan - wartawan tadi untuk menerjah bilik tersebut.

Meer Nash menghembus nafas lega. Begitu juga dengan Laura.

***
Meer Nash tersandar lesu di seat penumpang. Penat dho kena kejar dengan wartawan. Hmm. Dia memejamkan matanya.

" Errr Encik dengan Puan ni nak ke mana ya ?"soal pemandu grab car.

Laura terdiam. Dia sendiri pun tak tahu yang Meer Nash nak ke mana.

Meer Nash kelihatannya tidak mahu menjawab.

" Awak...kita balik rumah awak terus ke ?"soal Laura separa berbisik.

" Hantar kami ke klinik yang berdekatan.."ucap Meer Nash tetiba.

Laura tercengang. Hah ? Pergi klinik buat apa ? Tangan dia sakit balik ke ? Ke balutan terbuka ?

" Kenapa tak balik rumah awak terus aje ?"soal Laura berbisik.

" Diam lah kau.."balas Meer Nash mendatar.

Pemandu grab car hanya pelik melihat Laura dan Meer Nash yang asyik berbisik sesama sendiri. Dia sedikit pun tidak perasan akan kehadiran Meer Nash sebagai artist disebabkan Meer Nash memakai face mask dan topi.




" Kenapa kita ada dekat sini ? Tangan awak sakit ke ?"tanya Laura lagi setelah mereka tiba di salah sebuah klinik.

" Tak..bukan tangan aku.."

" Habistu ? Buat apa kita kat sini ? "

" Tu..kaki kau yang sakit.."kata Meer Nash sambil memuncungkan mulutnya ke arah kaki Laura.

Laura memandang ke bawah. Ohh kaki aku rupanya. Hahah aku tak perasan dah merah. Hmm annoying - annoying dia tapi tetap care ea dekat orang.

" Cukup tangan aku aje retak tapi jangan kaki kau pulak yang jadi mangsa..."kata Meer Nash.

Laura terkedu mendengarkan kata - kata Meer Nash itu. Wahhh sweet rupanya mamat ni !

" Jangan nak perasan ea,ingat aku nak care sangat kat kau ke ? Aku cuma tak nak bayar gaji pekerja aku sia - sia. Kalau dah tangan aku retak pastu kaki kau pulak sakit...habis siapa nak jaga siapa lepas ni ? "bebel Meer Nash.

Laura memejamkan matanya mendengar bebelan Meer Nash. Bongok betul la ! Baru nak puji nahh kena setempek !

Seketika Laura mula masuk ke dalam ruangan doktor untuk buat pemeriksaan. Meer Nash hanya setia menanti di luar. Lagaknya sudah seperti suami menunggu si isteri check kesihatan dekat doktor pulak.

Meer Nash memerhati sekeliling. Besar juga klinik ni ehh ? Sedang leka Meer Nash mencuci mata melihat sekitar ruang klinik tersebut, tetiba handphone nya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Pantas saja Meer Nash mengangkat panggilan tersebut.

" Hello ? "

" Hello kau kat mana Meer ? Aku dah settle kan semua wartawan - wartawan tu.." beritahu Azka dihujung talian.

" Hmm bagus- bagus....ermm aku ada dekat klinik ni....kau datang sini ambik kitaorang kejap..."kata Meer Nash.

" Klinik ? Kat mana ?"



" Nasib baik kaki kau tak ada apa - apa. Kalau tak ? Siapa yang rugi ? Aku juga..."bebel Meer Nash.

Laura menggosok - gosok kecil kuping telingannya yang terlindung disebalik shawl. Bisingnya lah mamat ni. Beleter mengalahkan mak nenek.

" Ermm scooter saya yang dekat hospital macam mana ? "soal Laura tiba - tiba teringatkan scooter pinknya.

" Hmmm nanti Azka yang uruskan..."kata Meer Nash selamba.

Azka yang sedang memandu di hadapan menunjuk jari ke dirinya sendiri.

" Aku juga yang nak kena settle ? "desis hati Azka.

Laura mengangguk kecil tanda faham.

" Hmm kau dah tengok kan tadi macam mana ? "kata Meer Nash.

" Hah ? "Laura tercengang.

" Ish..tadi tu lah..yang kena kejar dengan wartawan tu...so mulai hari ni kau dah kena biasakan diri dengan semua tu...Kau dah masuk dunia aku so kau kena tahu hadap segala situasi yang macam tadi tu...tengok macam mana Azka alihkan perhatian wartawan - wartawan tadi tu...so aku nak kau belajar dengan Azka nanti..."jelas Meer Nash.

Azka tersenyum sendiri bila dirinya disebut - sebut sebegitu. Bangga diri jap ! Hehehe.


#Macam mana guys ? Makin best ke makin hambar ? Keep vote and comment pls ? 😍💖






























Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro