Bab 5
Meer Nash tersandar pada seat belakang sambil matanya terpejam. Wajahnya ditutup dengan topi hitam yang berlogo nike di bahagian hadapan.
“ Kau ada nak singgah mana – mana dulu ke sebelum balik ke rumah ?” soal Azka.
Mata Meer Nash tetiba terbuka. Topi dialihkan daripada wajahnya. Dia membetulkan posisinya juga.
“ Singgah kubur….”ucap Meer Nash.
“ Hah ? “tercengang Azka dibuatnya.
“ Singgah kubur arwah ayah aku lah…aku nak ziarah..”jelas Meer Nash lebih terperinci.
“ Ohh…”jawab Azka baru memahami.
Seketika Azka terus memandu ke destinasi yang dipinta Meer Nash tanpa banyak berbunyi lagi. Beberapa minit selepas itu, mereka tiba lah di suatu kawasan perkuburan. Meer Nash turun bersama Azka. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam kawasan perkuburan tersebut. Azka hanya membuntuti langkah Meer Nash sehingga tiba di hadapan satu pusara.
“ Assalamualaikum…ayah….Meer datang ni….”gumam Meer Nash perlahan seraya melutut di sebelah pusara tersebut.
Seketika Meer Nash dan Azka membacakan sedikit al-fatihah dan surah Yassin. Sempat Meer Nash mengeluarkan senaskah surah Yassin yang di simpan di dalam keretanya. Sesudah selesai bacaan disampaikan, mereka mula membersihkan sedikit kawasan pusara ayah Meer Nash itu.
“ Meer..aku pergi dekat kereta dulu ehhh…”pinta Azka sengaja ingin memberikan ruang privasi sedikit kepada Meer Nash.
Meer Nash mengangguk kecil.
“ Ayah…Meer…dah berjaya sekarang…Semua orang kenal Meer….semua orang sebut – sebut nama Meer….hmm kan bagus kalau ayah masih ada….mesti ayah banggakan ada anak macam Meer ?”luah Meer Nash sebak.
Dia rindukan arwah ayahnya. Satu – satu ayah yang sentiasa di kenang dan di simpan dalam hati dan ingatannya.
“ Meer yakin…ibu…ehh bukan ibu…perempuan tu…boleh tengok Meer dekat tv sekarang….mesti dia menyesalkan ayah sebab tinggalkan kita ?”kata Meer Nash berbaur sinis.
Sampai bila – bila pun dia takkan lupa setiap bait bicara mahupun tingkah laku ibu kandungnya terhadap arwah ayah dan dirinya. Dia mula teringatkan kenangan pahitnya sewaktu dia kecil. Masa tu dia baru berusia 10 tahun.
Majlis perkebumian arwah ayah baru saja selesai. Beberapa orang saudara mara Meer Nash mula beransur pulang ke rumah masing- masing. Hanya tinggal makngah dengan ibu aje masa tu.
“ Acu…tak boleh buat macam ni…kesian dekat Meer….takkan Acu nak tinggalkan dia pulak ?”soal makngah a.k.a Rozimah.
“ Acu tak kira….Acu tak nak jaga dia….Acu tak boleh lah nak tengok muka dia….mesti acu teringatkan arwah ayah dia….”balas ibu Meer Nash a.k.a maksu sebab anak last dalam keluarga.
Meer Nash hanya mendiamkan diri sambil mencuri – curi dengar waktu itu. Dia masih kecil masa tu jadi tak dapat dia berkata apa – apa…
“ Jangan cakap macam tu acu…dia kan anak acu…”pujuk makngah.
“ Anak acu ? Tak angah ! Dia bukan anak acu…dia anak pembunuh tu ! Menyesal tau acu kahwin dengan dia...dah lah acu tak pernah rasa hidup senang dengan dia pun...dah tu...menyusahkan orang aje...baguslah mati cepat...“kata ibu Meer Nash a.k.a Rohaila.
Meer Nash tersentak ! Air matanya yang masih bersisa akibat kematian ayahnya mula bergenang semula. Aku anak pembunuh ?
“ Astagfiruallahalazim acu…bawa istigfar ! Tak baik cakap macam tu dekat sini…” kata makngah lagi.
“ Heh….sudah lah angah…acu tetap dengan keputusan acu…acu dah tak nak jaga budak ni…acu..benci tengok muka dia….acu dah tak ada kaitan apa – apa dengan suami pembunuh dan anak pembunuh lagi ! Kalau angah sayangkan sangat budak tu…angah jaga lah dia….”kata ibu seraya ingin berlalu pergi dari situ.
Pantas saja tangan kecil milik Meer Nash menyambar kaki Rohaila.
“ Ibu ! Jangan tinggalkan Meer ! Meer nak ikut ibu….” Teriak Meer Nash teresak – esak di situ.
Rohaila memandang tajam ke arah Meer Nash.
“ Aku bukan ibu kau lagi lah ! Lepaskan kaki aku !”kata Rohaila seraya meronta-ronta kakinya daripada pegangan Meer Nash.
Meer Nash tetap utuh memeluk kaki ibunya itu walaupun perutnya terasa sakit juga bila ditendang-tendang oleh kaki Rohaila.
“ Tak bu..Meer nak ikut ibu…..Ibu jangan tinggalkan Meer…Meer sayang ibu….”rengek Meer Nash.
“ Acu…sudah lah…jangan buat Meer macam tu….kesian dia…..”kata makngah.
“ Arghhh anak pembunuh ni menyusahkan betul lah….”kata Rohaila seraya merentap tangan Meer Nash yang memegang kakinya lalu dia menolak kuat tubuh Meer Nash sehingga jatuh tersembam di situ.
“ Ya Allah acu apa ni ! “kata makngah terkejut dengan tindak adik bongsunya itu.
Meer Nash tersentak. Habis tangannya luka – luka akibat tersembam. Seketika ibunya, Rohaila mula beredar dengan segera. Meer Nash pula masih terkesima dan terkaku dengan tindakan ibu kandungnya tadi. Hanya air mata yang menitis tanpa henti. Makngah mula mengejar ibunya. Terduduk Meer Nash sendiri di situ sambil melihat figura ibunya yang kian lama mula menghilang.
“ Awak okay ?” soal seseorang tetiba muncul sambil menghulurkan tangannya di hadapan Meer Nash.
Meer Nash tidak dapat melihat wajah si gerangan akibat silauan matahari. Namun lama kelamaan baru jelas dia melihat wajah orang itu. Seorang anak gadis kecil yang agak comel ketika itu menghulurkan tangan untuk membantu Meer Nash.
Meer Nash masih terkaku. Dia sendiri pun tak tahu sama ada dia patut ke tak sambut huluran tangan gadis tersebut.
Namun siapa sangka gadis kecil tersebut bertindak terlebih dahulu menarik tapak tangan Meer Nash.
" Awak luka lah...tak sakit ke ? "soal si gadis.
Meer Nash hanya diam namun dia hanya membiarkan tapak tangannya ditilik gadis comel itu.
Lama kelamaan gadis comel itu melekatkan satu plaster bercorak bunga pada luka di tapak tangan Meer Nash.
" Balik nanti letak ubat tau... " pesan si gadis.
Meer Nash hanya mengerdipkan matanya. Dia sedikit pun tidak bersuara. Barangkali gadis tu pun ingat yang dirinya bisu pulak.
Seketika kelihat seorang lelaki menggamit - gamit memanggil si gadis. Maka si gadis pun melangkah pergi meninggalkan Meer Nash.
Meer Nash tersedar daripada lamunannya. Duk flashback benda lama pulak. Hmmm tapi...siapa ehh gadis tu ? Aku teringin sangat nak jumpa dia semula. Kalau nak tahu, aku still simpan plaster yang dia lekat dekat luka aku dulu tu... Tu aje sumber kekuatan aku selepas ayah meninggal dan ibu kandung aku sendiri tinggalkan aku...
***
Laura membersihkan sedikit kawasan pusara mama dan papanya setelah selesai meyedekahkan al fatihah dan surah yassin...Dah lama dia tak datang melawat kubur mama dan papa..disebabkan sibuk dengan kerja cod sana sini. Sekarang dah tak ada kerja baru lah ada masa nak datang sini.
" Mama...papa...Laura minta maaf...sebab lama dah tak datang...hmmm mungkin sebab dah lama tak datang ziarah mama dengan papa lah....Allah nak sedarkan Laura dengan cara Laura di pecat daripada kerja..."luah Laura.
Laura menyentuh batu nisan yang tertulis nama mama dan papanya.
" Maa...paa...Laura rindu....Hmmm doakan Laura ye dekat sana....supaya dapat kerja baru....Laura nak tolong Mak Timah...Laura dengan abang Dhamin dah banyak susahkan dia...." rintih Laura.
Tetiba dia teringatkan penjelasan Mak Timah tentang kenapa dia tak bayar duit sewa rumah sampai tiga bulan.
" Bagitahu Laura....kenapa mak tak bagitahu yang dah tiga bulan kita tak bayar sewa rumah ? "soal Laura.
Mak Timah tertunduk sedikit sebelum mula berbicara.
" Hmmm mak tak cukup duit nak bayar...sebab jualan mak dah tak laku sekarang...hmmm ada penjual baru yang berniaga juga dekat kawasan mak....habis semua customer dah tak datang gerai mak..."jelas Mak Timah sedih.
Ye. Untuk pengetahuan semua, sejak tidak menjadi pembantu rumah di rumah Laura, Mak Timah mula berjinak - jinak menjual nasi lemak setiap pagi. Hmm tak tahu pulak perniagaan Mak Timah kini menurun mendadak sedangkan Laura tahu yang sebelum ni memang laris di jual.
" Habistu kenapa mak tak nak terima setiap kali Laura nak bagi duit untuk bayar duit sewa ? " kata Laura..Ye setiap kali gaji Laura yang ingin dia beri dekat Mak Timah pasti saja ditolak.
" Mak tak nak susahkan kamu....tu duit kamu...kamu dah kerja penat - penat...lebih baik kamu simpan untuk masa depan kamu...kita tak tahu apa yang akan jadi di masa depan nanti..."jelas Mak Timah.
Laura sebak tetiba. Baiknya Mak Timah. Fikirkan masa depan anak - anak angkatnya. Dia memang anggap kami macam anak kandung dia sendiri. Beruntung kami ada pembantu rumah yang baik macam Mak Timah ni. Tak pernah terfikir nak kikis duit kami pun...
" Hmm tak apa lah mak...lepas ni kita bayar duit sewa rumah sama - sama...mak kena terima juga duit Laura atau pun abang Dhamin...sebab kami pun tinggal dekat rumah ni...jadi kami kena bertanggungjawab jugak..."jelas Laura.
Akhirnya Mak Timah akur.
" Jangan bagitahu abang Dhamin kamu pasal hal ni...nanti dia marah pulak...pastu cari gaduh pulak dengan orang - orang tadi tu..."kata Mak Timah.
" Hmmm yelah mak...tapi mak janji jangan rahsiakan apa - apa daripada Laura..."
" Ye..mak janji...mak tak rahsiakan lagi dari Laura..."kata Mak Timah sambil mengangkat tapak tangannya.
Dihapus segala bayangan perbualannya dengan Mak Timah, Laura mula bangun untuk beredar dari situ. Hari juga sudah kian mendung. Nak hujan barangkali.
Laura berjalan sambil memandang ke tanah, takut - takut terlangkah kubur orang yang diletakkan tidak statik.
Tiba di pintu masuk perkuburan, tetiba dia bertembung dengan seseorang dari arah bertentangan.
Laura sedikit terkejut. Dalam banyak - banyak orang...kenapa dia ni juga yang aku kena jumpa ?
" Kau ? Gadis food panda ? "soal Meer Nash. Meer Nash baru patah balik sebab dia tertinggal buku yassin dekat kubur arwah ayah dia.
" Awak ?! Awak yang dah buat saya kena pecat tu kan ?"
#Hah sudah ! Terjumpa pulak dekat kubur ni. Takkan nak berperang dekat sini juga ? Hahahahah nak tahu apa jadi dekat dua orang ni ? Stay tuned ya ! Keep vote and comment ya guys ! 😍💖
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro