Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 32

Dato Ghazali tak pernah - pernah berputus asa ingin menghapus Meer Nash. Sudah banyak yang direncanakan olehnya untuk mencederakan Meer Nash. Namun tetap saja gagal.

" Hello ? Azlan ! Kau jumpa aku sekarang..." arah Dato Ghazali.

Dia tidak boleh mempercayai orang - orang suruhannya lagi. Hanya Azlan satu - satunya yang dapat dia harapkan.

Sebuah cafe tanpa satu pun pelanggan  sudah ditempah oleh Dato Ghazali. Dia tidak mahu ada sesiapa yang menganggu pertemuannya dengan Azlan.

Seperti biasa, Azlan sentiasa tertunduk - tunduk apabila dia dihadapan Dato Ghazali. Tak sanggup dia nak bertatapan mata.

" Ada apa - apa hasil yang kau dapat ? " soal Dato Ghazali mendatar.

Azlan mengetap bibirnya. Apa yang harus dia cakapkan ni ? Sedang kan dia tak buat apa - apa langsung. Sumpah dia tak sanggup lagi kotorkan tangannya untuk mencederakan orang. Dia dah cukup menyesal sejak tinggal di dalam penjara.

" Heh..kau memang nak menguji kesabaran aku en ? " kata Dato Ghazali sinis.

" Erkk..errr..saya..ta..k.."

" Hmm aku ada kerja lain lagi untuk kau..."

Seketika dia menghulurkan sekeping gambar di atas meja kepada Azlan.

Azlan mendongak sedikit untuk melihat kepingan gambar tersebut.

Dia tersentak !

" Aku nak kau singkirkan lelaki ni....ermm lebih tepat pisahkan dia daripada anak perempuan Mustaqeem..." kata Dato Ghazali.

" Apa ? Dia nak aku hapuskan anak lelaki Hisyam pulak ? " desis hati Azlan agak terkejut.

Ya yang tertera di dalam gambar itu adalah Meer Nash.

" Tapi Dato saya...."

" Aku tak nak dengar alasan daripada mulut kau...kalau tak....keluarga kau yang aku hapuskan ! Kau nak macam tu ke ? " ugut Dato Ghazali.

Azlan terdiam. Ya Allah, apa yang perlu aku buat ni ?

" Aku bagi tempoh kau dua hari saja untuk kali ni..aku tak kisah lah dengan cara apa sekalipun...yang aku  nak tahu budak dalam gambar ni berpisah dengan anak perempuan Mustaqeem tu.." kata Dato Ghazali.

Dua hari ? Apa yang dapat aku buat dengan waktu sesingkat itu ?

****

Hari ini, Meer Nash hanya keluar berseorangan disebabkan si Azka demam lah pulak. Laura nak teman sebagai PA kedua, Meer Nash tidak mahu pulak. Dia suruh Laura hanya berehat di rumah saja.

" Hello ? Ya sayang ada apa call ni ? " soal Meer Nash lembut di talian.

" Hello...ermm awak saya teringin nak makan kek tiramisu yang dekat secret recipe lah.." kata Laura.

" Oh hah okay...kejap lagi saya singgah beli ya.." kata Meer Nash.

" Hati - hati awak.." kata Laura.

" Okay sayang...awak pun..." kata Meer Nash.

Seketika panggilan dimatikan. Meer Nash mula memandu keretanya. Dia hendak menuju ke kedai Secret Recipe yang berdekatan sekitar sini.

Sesampainya di destinasi, Meer Nash mula mencari parking pulak. Kelihatannya parking kebanyakkannya sudah penuh.

" Haish kenapa semua parking penuh ni ? " ngomel Meer Nash sendiri sambil kepalanya meliar melihat sekeliling.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk meletakkan  keretanya di lorong belakang kedai Secret Recipe. Hanya itu saja yang kosong. Lagipun sekejap aje dia nak beli kek pun.

Meer Nash mula keluar dari keretanya.

Tanpa Meer Nash sedar dalam diam ada sepasang mata yang sedang memerhatinya. Dia mula mengekori belakang Meer Nash dengan sebilah pisau di tangan. Hanya menunggu pisau itu tertusuk di belakang Meer Nash.

Namun tiba - tiba Meer Nash baru teringat sesuatu. Dia tertinggal dompetnya di dalam kereta. Dia mula menoleh semula.

Apabila menoleh saja, Meer Nash terus tersentak hebat !




Laura melihat telefonnya berulang kali. Hmm kenapa Meer Nash tak balik - balik lagi ? Lamanya  beli kek. Laura mula dirundung perasaan gelisah. Risau jika terjadi apa - apa pada Meer Nash.

Ya lah hampir beberapa minggu yang lalu, Meer Nash kerap mendapatkan kemalangan kecil. Entah siapa lah yang ingin mencederakan dirinya.

" Hmm sepatutnya tadi aku tetap kena temakan Meer Nash...bukan biarkan dia pergi sorang - sorang..." getus hati Laura sendiri.

" Laura ? " tegur Pak Din.

Laura menoleh.

" Meer Nash tak balik lagi ke ? " soal Pak Din.

" Belum Pak Din...tu lah Laura risau sangat sekarang ni..Laura dah cuba call dia pun dia tak angkat..."

" Ermm dia tengah beli kek kot dan mungkin tertinggal phone dalam kereta..." kata Pak Din membuat andaian. Nak kurangkan sedikit rasa risau yang terbuku di hati Laura.

" Hmm mungkin lah..tak apa lah Laura tunggu aje lah..."

***

Air mata lelaki Meer Nash tidak henti - henti mengalir daripada tadi. Sebuah kenyataan yang tak dapat sama sekali Meer Nash terima telah merobek - robek hatinya.

Ya Allah, kenapa aku diuji sebegini sekali ? Kenapa kami dijodohkan jika semua ini hanyalah satu kesalahan ?

Aku tak layak Ya Allah, untuk bahagiakan dia.

Aku tak setaraf dia Ya Allah.

Aku anak pembunuh Ya Allah.

Kenapa ? Kenyataan apa yang diterima Meer Nash sehingga dia menyalahkan takdir Allah ?

*Flashback*

Toleh saja Meer Nash, terpacak Azlan di belakangnya.

Namun Azlan pantas saja menyembunyikan pisau tadi di belakangnya.

" Uncle Azlan ? Uncle buat apa dekat sini ? Uncle ikut Ameer ke ? " soal Meer Nash. Sudah lama dia tak bersua muka dengan kawan baik ayahnya ini. Last jumpa pun masa dia kecil.

" Aku tak sanggup nak bunuh anak Hisyam ni...aku kena tukar plan..." monolog hati Azlan.

" Uncle ? " tegur Meer Nash lagi setelah Azlan tidak memberi respon.

" Hah...ada benda sikit, uncle nak cakap dengan kamu..." kata Azlan.





Mereka mula duduk secara berhadapan di salah satu tempat duduk di dalam kedai Secret Recipe.

" Uncle macam mana sekarang ? Sihat ? " soal Meer Nash.

" Alhamdulillah uncle sihat...kamu ? "

" Ameer sihat aje...ermm uncle bila keluar dari penjara ? " soal Meer Nash lagi.

" Ermm lama dah..."

" Ohh hmm Ameer harap....uncle dah tinggalkan semua kerja lama uncle tu...." kata Meer Nash. Ya dia yakin, yang uncle Azlan juga dah banyak kali cuba cederakan Laura dulu. Meer Nash sendiri masih tidak mengerti kenapa ?

" Hmmm ya...uncle dah tinggalkan kerja kotor tu.." bohong Azlan..

Tapi tak semudah tu uncle dapat lepas dari dunia kotor tu.

" Uncle...boleh Ameer nak tanya ? "

" Tanya apa ? "

" Sebelum tu Ameer minta maaf kalau kata - kata Ameer ni akan mengguris hati uncle..."

Azlan mengangguk penuh debaran.

" Jujur...uncle sebenarnya pernah nak cederakan someone kan ? "

Azlan sedikit terkedu.

" Apa..mak..sud Ameer ni ? "

Meer Nash berdehem sedikit.

" Ameer tahu uncle masih tak tinggalkan kerja kotor tu lagi...Kenapa uncle nak cederakan Laura Medina ? " soal Meer Nash straight to the point.

Azlan tersentak hebat. Macam mana dia tahu ?

" Apa salah Laura dengan uncle ? "

" Ameer...kamu...tak layak hidup dengan dia..." kata Azlan menukar topik dan meneruskan plannya.

" Hah ? " Meer Nash tercengang.

Dah berapa banyak orang cakap macam tu ? Aku tak layak hidup dengan Laura ? Kenapa ? Apa maksud yang sebenarnya ?

" Apa maksud uncle yang Ameer tak layak hidup dengan Laura ? "

Azlan cuba memikirkan sesuatu. Dia mula berbicara.

" Uncle baru dapat tahu yang kamu dah kahwin dengan Laura...tapi tu semua hanya satu kesalahan...."

" Kesalahan ? Kesalahan apa uncle ? Ameer masih tak faham lah..." kata Meer Nash.

" Dia...Laura Medina...binti Dato Mustaqeem.." kata Azlan terhenti seketika. Susah untuk dia mengungkapkan hal yang sebenar.

" Ya..kenapa kalau papa dia Dato Mustaqeem ? "

" Layak ke kamu nak hidup dengan dia sedangkan...ayah kamu...yang dah bunuh papa dengan mama dia ? " kata Azlan senafas.

Tersentak hebat Meer Nash mendengar kata - kata yang diucapkan oleh Azlan itu. Tangan Meer Nash automatik menjadi sejuk. Bibirnya beku.

Meer Nash menggeleng kecil. Tak ! Tak mungkin !

Cerita yang abang Dhamin cerita pun mula menerjah ke ingatan Meer Nash.

Jadi orang yang bunuh papa dengan mama tu ayah aku sendiri ?

Teringat pula dia soal ibunya, Rohaila yang turut menyatakan yang dia tidak layak hidup bersama Laura ?

" Ibu...pun tahu lah...pasal ni ? Sebab tu dia tetap terus suruh aku ceraikan Laura ? " monolog hati Meer Nash.

" Kamu tak rasa bersalah langsung ke Ameer ? Hidup dengan Laura ? Apa perasaan dia kalau dia tahu ayah kamu yang dah bunuh papa dengan mama dia ? " kata Azlan lagi meracuni fikiran Meer Nash.

*End Flashback*

Apa yang patut aku buat sekarang Ya Allah. Aku terlampau sayangkan Laura...tapi aku tak boleh lagi hidup dengan dia. Bahagiakan dia..

Aku tak layak Ya Allah.


#Macam mana ni guys ? Apa yang akan berlaku lepas ni ? Meer Nash akan ceraikan Laura ke ? Keep vote and comment guys ! Btw story ni akan tinggal hanya beberapa chapter saja lagi yaa 😚💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro