Bab 31
Diusap perlahan rambut Meer Nash yang sedang lena terbuai mimpi. Ditatap juga seketika wajah suaminya itu.
Sumpah tak sangka disebalik sikap annoying dia ni sebenarnya dia simpan banyak benda pahit.
*Flashback*
Laura mendongak memandang Meer Nash akhirnya bila Meer Nash mula buka mulut.
" Ibu kandung saya..."
Terlopong Laura dibuatnya. Apa ? Puan Rohaila ? Owner butik D' Hass Hera ? Ibu kandung Meer Nash ?
" Awak ni serious ke ? "
Meer Nash mengetap bibirnya seketika.
" Ya betul...dia ibu kandung saya..." kata Meer Nash mendatar.
" Tapi...sebelum ni awak cakap...ibu dan ayah awak dah meninggal ? "
" Ayah aku dah lama meninggal..."luah Meer Nash sedih. Pandangannya masih di halakan pada langit yang dihiasi dengan bintang dan bulan itu.
" Mak awak ? " soal Laura lagi.
" Ma..k..? Hmm Mak aku dah lama mati..."kata Meer Nash seraya terus menoleh ke arah Laura.
" Memang ayah saya dah meninggal...hmm tapi ibu saya masih hidup cuma dia dah mati dalam hidup saya..." kata Meer Nash sedih.
Seketika dia menceritakan segalanya kepada Laura. Daripada A-Z. Cuma satu aje yang dia masih rahsiakan. Punca sebenar pergaduhan ibu dan ayahnya sehari sebelum kematian ayahnya. Entah dia masih tak yakin nak cerita pada Laura kalau yang satu itu.
" Ibu tak pernah bahagia hidup dengan arwah ayah sebab arwah ayah tak kaya...tak dapat nak penuhi segala permintaan ibu...hmmm tapi dia memang kejam. Dia tinggalkan saya macam tu aje lepas kematian ayah...Nasib baik ada mak saudara saya , mak Azka...dia yang dah besarkan saya....hmm saya...bencikan dia...saya tak dapat nak maafkan dia setelah apa yang dia buat pada saya....dia juga kejam sebab tak pernah hargai setiap pengorbanan yang ayah saya buat.." jelas Meer Nash panjang lebar sambil menangis teresak - esak. Akhirnya dia dapat lepaskan apa yang terbuku di hatinya selama ini pada Laura.
Laura mula memeluk Meer Nash. Meer Nash mula menongkat dagu pada bahu Laura. Dilepaskan tangisannya pada bahu sang isteri.
" Nangis...semahu - mahunya...saya akan selalu jadi tempat untuk awak lepaskan tangisan tu..." kata Laura sambil mengusap perlahan belakang Meer Nash.
*End Flashback*
" Meer...saya akan selalu ada dengan awak....saya takkan sesekali tinggalkan awak.." gumam Laura sambil mengelus perlahan pipi Meer Nash yang sedang terlena itu.
****
Dato Ghazali masih tidak berpuas hati dengan kerja orang suruhannya. Kenapa hanya cedera biasa ? Kenapa tak mati terus aje ? Haish. Menyusahkan betul !
Tok ! Tok !
Pintu bilik kerja di rumahnya diketuk tiba - tiba.
" Masuk..." arah Dato Ghazali.
Kelihatan sang isteri menapak masuk bersama dulang air kopi. Dato Ghazali sedikit berkerut dahinya. Pelik. Tak pernah - pernah Rohaila, isterinya hendak membawakan air untuknya.
" Air awak.." kata Rohaila gugup lalu diletakkan di atas meja kerja Dato Ghazali.
" Hmm ada apa ni ? Tak pernah - pernah awak nak bawakan air untuk saya ? " soal Dato Ghazali pelik.
" Errr tak ada apa...saja tumpang saya tengah free.." bohong Rohaila.
Ikutkan hatinya, dia ingin memaki suaminya itu. Disebabkan arahan bodoh suaminya itu, anaknya Ameer Nashreeq hampir saja hilang nyawa.
Namun Dato Ghazali sama sekali tidak tahu akan hal sebenarnya yang Ameer Nashreeq adalah anak kandung Rohaila.
" Hmmm betul ke tak ada apa - apa ni ? Ke butik awak ada masalah ? Nak kan dana dari saya lagi ke ? " soal Dato Ghazali sinis.
" Ermmm tak lah...tak apa lah saya keluar dulu...maaf kalau menganggu kerja awak..." kata Rohaila dan ingin cepat - cepat beredar dari situ..
Dato Ghazali hanya membiarkan isterinya itu beredar meninggalkan bilik tersebut.
Seketika dia mencapai telefon bimbitnya. Dia membuat satu panggilan.
" Hello ? Kau kat mana ? "
***
Kini Meer Nash sudah kembali pulih sepenuhnya. Dia mula bekerja semula. Dia harus menghabiskan beberapa scene lagi dramanya. Tawaran pemodelan yang tempoh hari juga, Meer Nash harus menyelesaikannya secepat mungkin.
Penat nak tangguh , tangguh lagi.
" Hari ni awak ada shoot drama...lepas tu pukul empat macam tu awak ada shoot butik pulak tau..." pesan Laura sambil membaca catatan di dalam buku.
Meer Nash tidak fokus langsung tentang apa yang dibicarakan oleh Laura. Dia asyik leka melihat wajah Laura yang tidak henti - henti bercakap dari tadi itu saja.
Menyedari yang Meer Nash tidak menyahut langsung, Laura mula mengangkat wajahnya memandang Meer Nash. Patut lah pakcik ni diam aje, rupanya sibuk duk usya aku ?
" Awak dengar tak apa yang saya cakap ni ? " bebel Laura.
" Hah ? Oh dengar - dengar..." bohong Meer Nash.
" Yeke ni ? Kalau dengar cepat bagitahu balik apa yang saya cakap ? " soal Laura.
Meer Nash sedikit terdiam. Err dia cakap apa tadi ehh ? Aduhh !
" Hah ! Tak dengar lah tu... ish awak ni kan ! Lain kali fokus lah ! " marah Laura tiba - tiba. Moodnya pulak tidak menentu ketika ini.
Meer Nash mengetap bibirnya. Mampus aku Laura dah bad mood.
Wajah Laura mula masam mencuka. Dah lah dia tengah datang bulan kan ? Hah memang silap time lah Meer Nash nak main - main..
Chuppp !
Tiba - tiba Meer Nash mencium pipi Laura pantas...
" Jangan lah marah sayang...sorry lah saya tak dengar tadi..sebab saya leka tengok muka awak yang comel ni..." jelas Meer Nash.
Wajah Laura yang masam tadi mula berubah ke blushing. Haish ni yang tak boleh ni kalau kena kiss sikit mesti melting hahahaha...
" Yelah..yelah...dah la jom..nanti saya bagitahu lain dalam kereta.." kata Laura.
Meer Nash mengangguk seraya meraih tangan Laura. Mereka mula berjalan beriringan sambil berpegangan tangan.
Setelah selesai segala shoot hari ni, Meer Nash tiba - tiba ingin melawat pusara ayahnya pulak.
Lagi pula, dia tak pernah bawa Laura tengok pusara ayahnya lagi.
Mereka berdua mula membaca yassin di hadapan pusara. Setelah itu membersihkan sedikit pusara tersebut.
" Ayah..hari ni, Meer bawa menantu ayah sekali.." kata Meer Nash mengenalkan Laura...
Laura hanya tersenyum kecil.
" Meer dah tak sunyi lagi ayah...Laura dah jadi peneman Meer..." kata Meer Nash lagi seraya mengenggam tangan Laura.
Seketika Laura memberitahu Meer Nash yang dia juga hendak melawat pusara arwah mama dan papanya. Kebetulan sekali pusara mereka berdekatan saja.
Laura mula bangun dari duduk di hadapan pusara ayah mentuanya itu. Meer Nash juga mula mahu bangun namun entah macam mana dia sedikit tersilap langkah, tiba - tiba dia tergelincir dan jatuh terduduk.
" Aduhh.." mengaduh Meer Nash kecil. Sakit punggung dibuatnya.
" Ish awak ni hati - hati lah...mehh bangun.." kata Laura seraya menghulurkan tangannya kepada Meer Nash.
Meer Nash tiba - tiba tersentak ! Dia mendongak memandang ke arah Laura yang sedang menghulurkan tangannya itu.
Bayangan anak kecil perempuan suatu masa dulu yang pernah membantu dirinya mula datang silih berganti. Posisinya dengan Laura sekarang teramatlah sama dengan waktu dia kecil dulu.
" Awak okay ? " soalan yang sama juga ditanya.
" Laura...awak ke..." kata Meer Nash terhenti.
Tiba - tiba Laura pula yang terkaku. Laura teringatkan sesuatu.
" Awak...awak budak lelaki tu..." kata Laura mula juga teringatkan moment tersebut.
Sah ! Mereka berdua memang diciptakan untuk bersama.
" Awak ingat saya ? " soal Meer Nash seakan - akan tidak percaya. Dia mula berdiri menghadap Laura.
Laura mengangguk laju. Ya dia masih ingat dan dia memang dah lama teringin nak jumpa budak lelaki tu semula.
" Saya dah lama cari awak...saya tak pernah lupakan awak pun sejak pertama kali kita jumpa dekat sini..." kata Laura.
Meer Nash menguntum senyuman bahagia. Ya Allah...sesungguhnya perancanganmu adalah sebaik - baik perancangan.
Laura yang siap berpakaian setelah mandi mula keluar dari bilik mandi. Dia mengelus kecil rambutnya yang sedikit basah.
Kelihatannya Meer Nash sedang sibuk mencari sesuatu di dalam laci.
" Awak cari apa ? " soal Laura.
" Plaster.." jawab Meer Nash ringkas sambil tangannya ligat menyelongkar laci beberapa meja.
Laura sedikit tercengang. Hah ? Plaster ? Dah kenapa ?
" Kenapa pulak plaster ? Awak terluka ke masa jatuh tadi ? " soal Laura mula cemas dan mendekati Meer Nash.
" Hah jumpa pun..." gumam Meer Nash sambil tersenyum sendiri.
" Awak okay tak ni ? " soal Laura lalu menarik Meer Nash yang membelakangi dirinya.
Meer Nash mula menghadap Laura.
" Plaster apa yang awak cari tu ? "
Meer Nash mula menghulurkan plaster tersebut kepada Laura.
" Plaster...awak...masa kecil - kecil awak bagi dekat saya..." kata Meer Nash.
Laura sedikit terkesima. Dia melihat plaster tersebut yang masih kelihatan elok saja.
" Awak simpan lagi ? " soal Laura agak terharu.
Meer Nash mengangguk.
" Haah...ni aje kenangan yang ada untuk saya ingat awak..." kata Meer Nash.
Laura tersenyum memandang Meer Nash.
" Dan saya dapat bertahan hidup dan terus kuat pun semua sebab plaster ni..." kata Meer Nash lagi.
Ya. Tiap kali Meer Nash rasa down atau dia patah semangat, dia akan tengok plaster ni. Automatik dia akan ingat budak perempuan kecil yang pernah tolong letak plaster ni dekat tangan dia suatu ketika dulu. Ternyata budak perempuan tu dah selamat jadi isterinya yang sah sekarang.
" Terima kasih...sebab awak hadir semula dalam hidup saya.." ucap Meer Nash.
#Nahh new chapter ! Sorry guys late update. Heee keep vote and comment 💓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro