Bab 26
Laura menanggalkan topi serta tudung yang dipakainya.Dia termenung seketika lalu menghembus nafas berat. Semuanya dah selesai cuma satu aje Laura tak habis fikir. Kenapa Meer Nash berani sangat umumkan perkahwinan diaorang dekat public ?
Mungkin lepas ni mesti ramai yang akan kecam. Aku kan tak setanding Meer Nash. Hmm satu lagi pengakuan yang tak disangka - sangka betul tadi. Dia jujur ke tu ? Ke dia cuma nak permainkan aku ?
Pengakuan apa ? Soal Laura sah jadi isteri Meer Nash di hadapan para wartawan tadi ke ?
Bukan.
" Dia dah mula sayang dan cintakan aku ? Betul - betul tak sangka... " gumam Laura.
*Flashback*
Laura dan Meer Nash sedang berhadapan sekarang. Masing - masing memandang antara satu sama lain. Bicara masing - masing masih terkunci. Kehadiran Azka juga tidak diizinkan di situ.
Tidak betah terus - terusan sebegitu, Laura mula menyoal memulakan perbualan.
" Awak yakin ke dengan apa yang awak buat ? Mengaku dekat depan semua orang bahkan satu dunia yang saya ni isteri awak ? "
Meer Nash terkelu seketika. Tidak tahu bagaimana dia nak jelaskan kepada Laura.
" Lagipun...entah sampai bila hubungan kita sebagai suami isteri atas kertas ni nak bertahan...lepas ni kalau jadi apa - apa...awak juga yang akan tanggung malu dekat depan semua orang...awak sanggup nak hadap wartawan macam hari ni lagi ? " kata Laura memikirkan jauh soal hubungan mereka. Hmmm dia tahu, hubungan diaorang hanya atas kertas saja. Sampai bila - bila pun akan macam ni saja. Meer Nash dan dia tak ada perasaan antara satu sama lain pun.
Meer Nash mengetap giginya sendiri. Sedikit terkesan dengan kata - kata dan andaian yang dibuat oleh Laura itu. Itu hanyalah apa yang Laura fikirkan bukan dia.
" Kenapa awak diam ? Awak ni memang pengecutkan ? " hambur Laura. Entah lah emosinya tika itu memang dah tak boleh nak kawal. Dia rasa geram dan marah sangat pada Meer Nash.
" Stop it Laura ! " teriak Meer Nash.
Laura terdiam.
Serta merta Meer Nash mula melangkah ke arah Laura lebih dekat lalu dengan sekelip mata dia menarik Laura masuk ke dalam pelukannya.
Laura tersentak ! Terkebil - kebil matanya. Apa yang Meer Nash cuba buat lagi kali ni ?
" Aku mengaku dekat satu dunia yang kau tu isteri aku memang ikhlas dari hati aku...Aku takkan menyesal buat keputusan ni...sebab..sampai bila - bila pun kau memang akan jadi isteri aku...Aku dah mula sayang...dan cintakan kau Laura Medina...tolong jangan buat andaian yang sama sekali tak betul pun...Aku dah tak nak selindung apa - apa lagi...aku jujur sangat - sangat dengan kau sekarang ni...aku sayangkan kau sangat - sangat. Kau dah berjaya buka pintu hati aku Laura.." luah Meer Nash jujur segala apa yang dia pendam selama ini. Ini lah masanya untuk dia mengaku segalanya sebelum terlambat lagi.
Jantung Laura berdegup kencang. Tak sangka, betul - betul tak sangka yang dia akan dengar pengakuan sebegini dari mulut artist annoying ni. Dia sayang dan cintakan aku ? Means aku tak bertepuk sebelah tangan lah ?
Ya. Dah lama, Laura juga ada menyimpan perasaan terhadap Meer Nash. Dia sendiri tak faham, macam mana lah dia boleh jatuh suka juga dengan artist annoying ni.
Seketika pelukan dileraikan sedikit oleh Meer Nash. Dia mula memaut kedua belah bahu Laura. Matanya merenung ke dalam anak mata Laura.
" Boleh kita mulakan semula hubungan kita ni ? "soal Meer Nash bersama mata yang berkaca. Entah dia rasa nak nangis sebab lega dah lepaskan segala perasaannya yang terbuku di dalam hati selama ini...
Laura akhirnya menguntum senyuman kecil kepada Meer Nash lalu mengangguk.
Menitis air mata lelaki Meer Nash akhirnya. Ya Allah, syukur alhamdulillah....
*End Flashback*
Ya Allah. Kau berkatilah rumah tangga kami. Jadikan dia yang terakhir buatku..
***
Dari tadi, Laura tak nampak langsung kelibat Meer Nash. Hmm dia pergi mana eh ?
Laura mula melangkah di sekitar ruang tamu. Namun kelihatan sunyi saja. Mana semua orang ni ? Azka dengan Pak Din pun tak nampak dari tadi.
Seketika dia mula melangkah bergerak ke arah kolam renang pulak. Mungkin Meer Nash ada di sana. Yelah tu juga tempat favourite Meer Nash kan.
Sesampai Laura di kolam renang, Laura tersenyum sendiri. Hah kan betul..Dia mesti ada dekat sini. Dapat dilihat Laura yang Meer Nash sedang menghafal skripnya. Haah lah. Semua masalah kan dah selesai, so Meer Nash kena lah fokus semula dengan dramanya yang tertangguh hampir seminggu itu.
Laura melangkah perlahan - lahan cuba mengejutkan Meer Nash dari belakang.
Dia ingin mengusik Meer Nash dengan mencuit cuping telinga Meer Nash.
Namun belum sempat jari telunjuk Laura nak sampai dekat cuping telinga Meer Nash tiba - tiba pergelangan tangan Laura dicapai pantas.
Laura tersentak ! Meer Nash menoleh seakan - akan dah dapat hidu perbuatan Laura itu.
Meer Nash menarik kuat tangan Laura sehingga Laura terdorong ke hadapannya dan selamat duduk di atas riba.
Laura terkedu.
Meer Nash tersenyum sinis + nakal.
" Ingatkan orang tak tahu lah tu dia nak buat apa..." gumam Meer Nash lalu tangan Laura perlahan - lahan di letakkan di bidang dadanya.
Laura blushing berkeadaan sebegitu dengan Meer Nash dengan tangan di dada Meer Nash.
" Errr..ish awak ni..."kata Laura nak cover balik malu. Dia mula ingin bangun daripada riba Meer Nash. Malu siot duduk atas riba dia macam ni. Gila ! Jantung aku dah macam formula 1.
Zapp !
Tangan Laura ditarik lagi kali ni. Terduduk semula Laura di atas riba Meer Nash.
" Duduk aje lah..nak pergi mana ? " kata Meer Nash nakal.
Laura mengetap bibir. Haish seram pulak aku dengan Meer Nash sejak dia dah confess perasaan dia dekat aku. Romantik semacam kenapa ? Muka aku dah panas ni !
Meer Nash hanya menyimpan gelak tawanya yang ingin meletus itu. Sengaja dia ingin mengusik isterinya yang comel ni bila malu.
" Errr..saya tak pergi mana - mana pun..saya tak nak ganggu awak tengah hafal skrip..." beritahu Laura.
Meer Nash pantas menggeleng.
" Sayang tak ganggu pun lah..."kata Meer Nash meleret lalu mengenyitkan matanya pada Laura.
Ya Allah ! Aku nak pengsan lah macam ni. Dia panggil aku sayang plus kenyit mata pulak tu...
" Nah.." hulur Meer Nash skrip yang dipegangnya.
Laura sedikit tercengang.
" Hah ? "
" Macam biasa lah awak..tolong saya hafal skrip macam selalu..." kata Meer Nash. Bahasa diri kau dan aku juga telah berganti menjadi saya awak...
Ohh baru Laura faham. Akhirnya Laura menyambut huluran skrip tersebut lalu mula memainkan watak yang ada di dalam skrip bersama Meer Nash. Senang benar kali ini nampaknya Meer Nash menghadam semua ayat di dalam skrip atas bantuan isteri tersayang iaitu Laura.
****
Kian hari Dato Ghazali makin banyak mendapat keuntungan untuk syarikatnya. Dia berpuas hati dengan apa yang telah dia lakukan selama ini. Tak sia - sia langsung ! Duit dalam akaun banknya juga makin hari makin bertambah.
Namun hanya satu perkara yang mematahkan semangatnya.
Perkara apa ?
Dia perlukan pewaris untuk mewarisi syarikat ini. Makin hari , tenaganya makin berkurang. Dia perlukan pengganti untuk posisi CEO di syarikatnya ini.
Eh ? Dia tak ada anak untuk diwarisi ke ?
Ada bukannya tak ada. Hmm tapi tulah, anak lelaki dia satu - satunya masih menolak dan tidak bersedia untuk menggantikan dirinya di syarikat ini.
Lagi pula, hubungan dia dan anak lelakinya itu juga tidak lah begitu baik sejak beberapa tahun ini.
Tok ! Tok !
Tiba - tiba pintu office Dato Ghazali diketuk.
" Masuk ! " arah Dato Ghazali.
Seketika kelihatan PA Dato Ghazali menjengah masuk.
" Dato...anak Dato datang..." kata PA Dato Ghazali a.k.a Jean.
Dato Ghazali sedikit tercengang dengan pengkhabaran tersebut. Mimpi ! Anak lelakinya jejak kaki ke office dia hari ni ?
" Err..panggil dia masuk.."kata Dato Ghazali gugup.
Tak sampai beberapa saat, muncul figura seorang lelaki yang handsome berpakaian smart casual. Dia menghadiahkan senyuman lebar kepada Dato Ghazali.
" Selamat pagi papa.." kata Yazdan.
#Omg ! What? Yazdan ni bukan orang yang biasa - biasa rupanya ? Lagi satu dia adalah anak daripada musuh family Laura ? What is going on ? Stay tuned guys for next chapter ! Btw siapa rasa Meer Nash dah mula sweet dengan Laura ? Cer comment ! Heee keep vote and comment 💓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro