Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 24

Laura memulas tombol pintu bilik Meer Nash perlahan - lahan. Takut pulak dia nak main terjah masuk aje. Suasana bilik agak sunyi tika itu. Meer Nash mandi kot ?

Setelah Laura meloloskan dirinya ke dalam bilik, baru Laura perasan ada sekujur tubuh sedang berbaring secara mengiring ke arah kanan di atas katil. Oh Meer Nash tidur rupanya.

Seketika Laura memberanikan diri mendekati Meer Nash yang tidur di atas katil itu.

Dapat dilihat Laura, Meer Nash tertidur lesu. Hmmm kesian dia, mesti penat sebab banyak benda yang dia kena hadap sekarang.

Laura mula duduk di atas katil bersebelahan dengan Meer Nash yang sedang tidur itu. Ditatapnya wajah Meer Nash dalam - dalam.

" Suami...tak sangka yang dia dah jadi suami aku..."gumam Laura kecil.

Tetiba Laura perasan yang dahi Meer Nash berkerut - kerut seolah dia sedang bermimpi sesuatu yang tidak menyenangkan.

" Ta..k..aku..tak..buat..." mengigau Meer Nash.

Laura sedikit terkesima dengan igauan Meer Nash. Hmmm kesian Meer Nash...bawa masalah sampai ke tidur.

Entah bagaimana tetiba Laura boleh pulak berani menyentuh dan mengurut kecil di bahagian dahi Meer Nash untuk meredakan kekerutan dahinya itu.

Seketika Meer Nash mula tidur dalam keadaan tenang. Laura pulak mula menepuk - nepuk kecil bahu Meer Nash.


Jam di dinding menunjukkan pukul lima petang. Laura termenung sendiri di hadapan meja solek Meer Nash. Hmmm aku nak pakai baju apa pulak malam ni ? Patut ke aku balik kejap rumah mak ambik baju ?

Seketika kedengaran Meer Nash yang baru saja selesai mandi dan keluar dari bilik air. Dia sudah lengkap berpakaian dan hanya mengelap rambutnya dengan tuala kecil.  Laura terkesima  melihat penampilan Meer Nash yang baru habis mandi tu dari pantulan cermin meja solek. Melt wehh ! Sumpah macho habis lah. Rambutnya  yang still basah - basah pulak tu kan..

" Ermmm awak...boleh tak saya nak minta izin balik rumah mak untuk ambil baju ? " soal Laura sambil menoleh ke arah Meer Nash.

Meer Nash hanya diam memandang Laura.

" Errr...saya tak ada baju la nak pakai...takkan sampai bila - bila saya nak pinjam baju awak aje ? " kata Laura lagi ingin meyakinkan Meer Nash.

" Hmm kau  bersiap lah..aku hantar kau ambik baju.." kata Meer Nash akhirnya.

" Awak hantarkan ? Ehh menyusahkan awak aje..tak apa saya boleh balik sorang - sorang..."kata Laura.

" Kalau kau tak nak aku hantar...tak apa..kau pakai aje lah baju aku...tak payah balik rumah mak...ambil baju..." kata Meer Nash seraya mula melangkah ingin menyidai tualanya.

" Hah ? Alaa..yelah - yelah...awak hantar..." akur Laura akhirnya. Hmmmm ikut aje lah Laura..nanti tak ada baju pulak kau...

*****

Kelihatan motor abang Dhamin tak ada di rumah. Laura sedikit lega. Tak ada lah dia takut sangat nak pergi ambik baju.

" Aku tunggu dalam kereta aje....ermm kirim salam dekat mak..." kata Meer Nash.

" Oh hah okay..." kata Laura seraya keluar dari kereta Meer Nash.

Seketika Laura mula masuk ke dalam perkarangan rumahnya. Keadaan rumah ketika itu agak sunyi.

Laura mengumpul kekuatan seketika untuk mengetuk pintu rumahnya.

Tok ! Tok !

Baru beberapa minit selepas itu, pintu rumah dibuka perlahan. Bila pintu dibuka sepenuhnya, terpampang lah wajah Mak Timah.

" Mak..."panggil Laura sayu. Rindu benar dia pada mak Timah even baru tinggal berasingan sehari.

Mak Timah kelihatannya agak terkejut dengan kehadiran Laura dekat situ.

" Lau..ra..buat apa dekat sini ? " tanya Mak Timah  risau separa berbisik.

" Laura..datang..nak ambik baju Laura...lagipun Laura nak jumpa mak...Laura rindu dengan mak.."kata Laura bersama mata berkaca dan dia meraih kedua belah tangan Mak Timah.

Mak Timah menggeleng kecil.

" Tak Laura..Laura sepatutnya tak ada dekat sini..nanti kalau abang Dhamin tahu...dia..." kata Mak Timah tergagap - gagap.

" Mak ! Siapa yang datang tu ? " kedengaran suara Dhamin yang makin mendekat.

" Laura...kena pergi dari sini..abang Dhamin ada dekat rumah.." kata Mak Timah cemas. Dia tidak mahu Dhamin terus menerus marah dan kasar pada Laura.

Laura agak tersentak ! Eh bukan motor abang Dhamin tak ada ke ? Aku ingatkan dia dah keluar ?

" Kau ! Kau buat apa dekat sini hah perempuan ?! " sergah Dhamin yang sudah muncul di muka pintu.

Laura tersentak !

Dhamin melirih ke arah pegangan tangan Laura pada Mak Timah.

" Kau jangan sentuh mak lah dengan tangan kotor kau tu ! " kata Dhamin seraya menepis tangan Laura kasar.

Mak Timah sudah mengetap bibir. Ya Allah sampai bila adik beradik ni nak berbalah ? Berikan lah mereka jalan penyelesaian.

" Kau datang sini buat apa lagi hah perempuan ? Kau ni memang tak malu kan ? Berani kau jejak lagi dekat rumah ni ? " hambur Dhamin seraya menolak - nolak bahu Laura ke belakang.

Laura terundur - undur ke belakang jadinya..

" Tak..Laura..cuma nak ambik baju Laura...tu aje..." kata Laura menahan sebak.

" Ambik baju kau ? Heh..kenapa suami kau tak ada duit sangat ke nak beli baju baru untuk kau hah ? Buat apa kau terhegeh - hegeh nak pakai baju - baju lama kau ? Duit kau bukan dah banyak ke ? Hasil daripada jual badan kau ? Beli lah baju baru dengan duit tu ! " tengking Dhamin.

Laura tersentak dengan hinaan yang dilemparkan oleh Dhamin itu. Kali ni benar - benar mengguris hatinya. Aku tak buat lah semua tu ! Aku tak jual badan aku pun ! Meer Nash hanya disabotaj.

" Sampai hati abang Dhamin cakap macam tu sekali dekat Laura....Laura tak buat macam tu pun ! Laura masih ada maruah abang Dhamin ! Laura masih tahu yang mana halal dan yang mana haram..." balas Laura akhirnya. Dia tak sanggup bila Dhamin terus menerus menghinanya sebegini.

Dhamin tersenyum sinis !

" Sudah lah aku malas nak dengar apa - apa yang keluar dari mulut perempuan tak ada maruah macam kau ni...kau blah dari sini sekarang ! Aku tak nak tengok muka kau lah perempuan ! "kata Dhamin seraya menolak tubuh Laura kuat.

Laura terundur ,  hilang imbangan dan hendak jatuh ke belakang. Namun pantas saja ada tangan yang menahan.

Sekelip mata bahu Laura dipaut tangan seseorang.

Laura melirih ke sisinya.

" Meer..."gumam Laura.

Meer Nash memandang ke arah Laura dengan pandangan sayu dan sebak...

" Baguslah kalau kau pun datang sekali....kau bawa isteri kau pergi dari sini...aku tak nak tengok muka korang berdua dekat sini. " kata Dhamin sambil memeluk tubuh.

Meer Nash mula memandang Dhamin tajam.

" Meer  akan tanggungjawab ke atas Laura...dan Meer juga akan cari bukti tentang kejadian tempoh hari...Meer  akan buktikan yang Laura tak bersalah...Laura bukan macam apa yang abang anggap dan cakapkan...Meer akan buat abang menyesal dengan apa yang abang dah cakap pada Laura....mak...Meer dengan Laura balik dulu...mak jaga diri ye..."kata Meer Nash serious seraya terus beredar sambil dia menarik pergelangan tangan Laura.

Dhamin terdiam jadinya. Mak Timah hanya tersenyum tipis. Dia lega bila Meer Nash yang menjadi suami kepada Laura. Dia tahu Meer Nash boleh jaga Laura.

****
Laura hanya memandang kosong ke arah makanan di hadapannya. Hmmm tidak selera dia nak makan.

" Sampai bila kau nak tenung aje makanan tu ? " soal Meer Nash.

Laura mendongak memandang Meer Nash dihadapannya. Pandangan mereka bertaut.

" Betul ke apa yang awak cakapkan tadi dekat abang Dhamin ? " soal Laura.

" Hmmm ya...aku akan cari bukti...dan buktikan kita tak bersalah...kita tak boleh berdiam selamanya macam ni...kita tak boleh lemah selamanya macam ni...sedangkan orang - orang yang sabotaj kita tu ? Gembira atas penderitaan kita ? Aku Meer Nash lah...aku akan cari bukti sampai ke lubang cacing..."kata Meer Nash bersemangat.

Laura mengangguk lalu tersenyum tipis.

" Dah jangan fikir sangat lah...kau makan sekarang...lepas ni kita pergi cari barang - barang kau...kau tak payah ingat lagi pasal baju kau dekat rumah mak kau tu...aku belikan yang baru...hmmm tak pasal - pasal aku kena cop suami tak ada duit tak boleh nak beli baju dekat isteri heh..."kata Meer Nash teringat dia akan kata - kata sinis abang iparnya, Dhamin. Geram pulak rasa.

Ya masa Dhamin muncul tu, memang Meer Nash dah turun terus dari keretanya. Dia tahu, Laura mesti akan dimarahi Dhamin cukup - cukup, jadi dia dah standby awal - awal.

" Terima kasih Meer.." ucap Laura.

Meer Nash terdiam.

" Aku minta maaf...sebab dah buat kau terlibat dalam masalah aku..." monolog hati Meer Nash.

 

#Heeee harap masalah diaorang settle cepat yee 😌 keep vote and comment guys !😍💓


















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro