Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 21

Segala photoshoot telah selesai untuk baju keluaran terbaru butik D' Hass Hera. Meer Nash memang shoot gentle habis lah. Hampir semua gambar kelihatan sangat cantik dan hot gitu ! Senang photographer buat kerja.

" Goodjob Meer Nash...awak buat kerja hari ni memang terbaik..."puji salah satu crew untuk shoot hari ni.

Meer Nash hanya tersenyum hambar untuk pujian tersebut. Dia tidak berminat sebenarnya pun hari ni nak shoot sebab owner pun tak tunjuk muka hari ni. Hmmm tak ada can lah dia nak sakitkan hati perempuan tu !

" Kita take five dulu ya nanti kita sambung.." kata salah satu lagi crew yang dikenali dengan nama Jojo.

Seketika Meer Nash mengambil tempat untuk rehat sebentar.

" Nah air awak..."hulur Laura botol air mineral yang sudah dibuka penutupnya.

" Hmm terima kasih..."kata Meer Nash seraya meneguk air tersebut dengan rakus. Dia haus gila !

Laura tergeleng kecil melihat Meer Nash minum sebegitu. Alahaiii gelojoh betul.

" Hmm owner butik tak datang hari ni pun kan ? Kalau tak saya dapat lah jumpa dia...teringin nak jumpa...mesti dia hebat kan ? "soal Laura tiba - tiba.

Serta merta  Meer Nash tersedak jadinya. Pantas dia memandang tajam ke arah Laura. Owner butik ni hebat ? Tak langsung  !

" Ish awak ni minum tu elok - elok lah...jangan lah gelojoh sangat.."bebel Laura.

Meer Nash terus menghulurkan botol air mineral tesebut semula. Sudah tidak haus lagi dia dibuatnya. Menyampah mendengar pujian Laura itu.

" Azka mana ? Aku tak nampak pun dia dari tadi ? " soal Meer Nash.

" Ohh Azka dia cakap dia pergi toilet kejap..."kata Laura.

" Oh ermmm.." kata Meer Nash seraya mengeluarkan phonennya. Dia ingin stalk newfeed ig dia. Nak tengok kot - kot ada gosip baru ke pasal dia ?

Part of Azka.

Fuh lega dah lepaskan hajat kecil aku ! Baru la selesa nak buat kerja. Hehehehe.

Baru beberapa langkah saja Azka keluar dari toilet tiba - tiba dia ditahan seseorang.

" Azka..."

Terkejut Azka dibuatnya.

" Boleh maksu nak cakap sekejap dengan Azka ? "kata Rohaila yang tiba - tiba muncul entah dari mana.

Maksu ? Heh  ! Sedar diri juga dia tu maksu aku lagi !

" Puan nak cakap apa dengan saya ? "soal Azka masih tidak mahu membahasakan diri Rohaila itu maksunya.

Rohaila sedikit terkedu. Bukan saja anaknya membenci dia , namun anak saudaranya juga sebegitu.

" Maksu...maksu..nak cakap pasal Meer..." luah Rohaila tanpa berselindung lagi.

" Hah ? Cakap pasal Meer ? Kenapa pulak ? Puan ada buat salah apa - apa ke dengan Meer Nash? " soal Azka sempat lagi memerli.

Rohaila menggeleng kecil.

" Tolong lah maksu Azka...Maksu nak minta tolong sangat...tolong pujuk Meer Nash untuk maafkan maksu....Maksu betul - betul nak minta maaf dekat dia...Maksu betul - betul menyesal dengan apa yang dah berlaku..." merayu Rohaila bersama mata yang berkaca.

Azka jadi tersentuh pulak melihat Rohaila merayu sebegitu. Teringat pulak ibunya di kampung. Haish. Ni yang aku tak boleh ni , aku kan hati tisu !

" Hmm tengok lah macam mana nanti...tapi saya tak janji lah ya berhasil atau pun tak..." kata Azka sedikit mengalah.

" Terima kasih Azka...maksu terhutang budi sangat dengan Azka..." kata Rohaila.

" Tak payah nak terhutang budi sangat lah Puan...macam yang saya cakap tadi...belum tentu saya berhasil pujuk Meer Nash  untuk maafkan puan ye.." kata Azka seraya mula melangkah meninggalkan Rohaila di situ. Malas dia nak layan lama - lama Rohaila itu.

Rohaila hanya membiarkan figura Azka yang berlalu itu. Harap sangat anak saudaranya itu dapat tolong pujuk Meer Nash untuk maafkan dirinya.

***

Restoran Western menjadi tempat pilihan Meer Nash untuk lunch pada hari itu. Dia memesan beberapa makanan. Hari ni tiba - tiba tekak ni rasa macam nak makan western pulak..

Sementara menunggu pesanan tiba - tiba, masing - masing melayan phone tanpa banyak bicara.

" Errr saya nak pergi toilet kejap ea..." pinta Laura tiba - tiba rasa nak buang air kecil pulak.

" Hah pergi lah.."kata Azka. Ni lah masanya untuk Azka berbual berdua dengan Meer Nash.

Setelah figura Laura mula hilang daripada pandangan Azka, dia mula menoleh ke arah Meer Nash yang dari tadi sibuk duk main phone..

" Meer..." panggil Azka.

" Hmmm..."

" Aku nak cakap sikit ni..." kata Azka gugup. Yelah kalau silap cakap boleh makan penampar kejap lagi..

" Hah cakap aje lah.." mata Meer Nash masih tertumpu pada phonennya.

" Erm...erkk..ermmmm ka..u..kau...tak..nak..maafkan..ibu kau ke ? " soal Azka sambil dia mengecilkan matanya.

Meer Nash terus mengalihkan pandangannya ke wajah Azka. Serious sekali reaksi dia.

" A..ku..rasa...dah tiba..masanya kau..."

" Diam.."pintas Meer Nash mendatar.

Tertutup terus mulut Azka. Tak sanggup dia nak pujuk lagi. Kejap lagi elok - elok lunch dekat restoran kang tak pasal - pasal lunch dekat hospital. Matilah nakk !

" Kau nak pujuk aku untuk maafkan dia ke ? "soal Meer Nash sinis.

Azka mengangguk kecil tapi dia terus menggeleng semula hahahaa. Gila kau nak mengaku.

" Tak semudah tu aku nak maafkan dia...dan kau Azka...tak payah termakan dengan pujukan dia lah untuk pujuk aku...maafkan dia.." kata Meer Nash.

Azka tercengang. Hah ? Meer Nash tahu ke Rohaila pujuk Azka untuk maafkan dia ?

" Aku tahu lah dan aku dengar apa yang dia cakap dekat kau..."

Ya tanpa Azka dan Rohaila sedar, Meer Nash turut dengar perbualan diaorang waktu tu. Kebetulan Meer Nash masa tu nak pergi toilet di situ juga.

Azka menggaru belakang kepalanya sambil tersengeh kecil.

" Heee sorry ahh bro..yelah aku tak termakan dengan pujukan dia..aku just makan makanan yang kau belanja ehh...hahahah " kata Azka sempat lagi berseloroh.

Meer Nash mencebik. Hmm tak semudah tu kau nak hasut Azka untuk pujuk aku...Sampai bila - bila pun aku takkan maafkan kau....

****
Disetiap surat khabar dan majalah tersebar semua gambar dan catatan tentang kejayaan yang dicapai Meer Nash. Sungguh menyakitkan hati betul !

Dicampakkan surat khabar tersebut ke tepi. Dia mula bangun dari duduknya. Sudah tidak tahan lagi dia melihat kejayaan yang dimiliki Meer Nash itu. Dia mula mengatur strategi untuk menjatuhkan Meer Nash.

" Aku takkan biarkan kau berjaya terlalu lama Meer Nash...Kejayaan dan kepopularan kau tu sepatutnya menjadi milik aku bukannya kau ! "

Seketika telefon bimbitnya didail nombor seseorang.

" Hello ? Aku ada kerja sikit untuk korang.."

Part of Laura.

Dikerling jam tangan pemberian Meer Nash berkali - kali. Hmm mana dia pergi hah ? Kenapa dia keluar tak bagitahu langsung aku ? Aku kan PA dia ?

Laura mundar mandir di ruang tamu Meer Nash. Pak Din hanya memerhati tingkah laku Laura itu.

" Sudah lah tu Laura...kejap lagi, Meer Nash balik lah tu..jangan lah risau...dia ada hal kot dengan Azka..."

Hmm entah lah tetiba hari ni Laura rasa macam tak sedap hati aje. Kenapa ehh ?

" Morning ! " sapa Azka yang baru turun.

Pak Din dan Laura masing - masing memandang ke arah empunya suara. Mereka tercengang melihat keberadaan Azka pada waktu itu.

" Eh Azka ? Awak ada dekat rumah ? " soal Laura lalu mendekati Azka.

Azka pulak kelihatannya tercengang. Kenapa ? Pelik sangat ke kalau aku ada dekat rumah ?

" Ke..kenapa ? Saya memang ada dekat rumah pun..saya baru bangun tidur tadi..
hari ni terlewat sikit..." jelas Azka.

Jelas sekali Laura dan Pak Din terkejut. Bermaksud Meer Nash keluar sorang - sorang lah ?

" Kenapa dengan awak dengan Pak Din ni ? Ada apa - apa yang berlaku ke ? " soal Azka.

" Err Meer Nash pergi mana ? " soal Laura.

" Hah ? Meer Nash ? Pergi mana apa ? Dia ada dalam bilik dia lah kan.."kata Azka.

" Ehh tak lah..Tuan Meer awal - awal pagi lagi dah keluar...Pak Din ingat dia keluar dengan Encik Azka.." kata Pak Din.

" Hah ? Dia pergi mana pulak ? Saya tak tahu pun..." kata Azka seraya terus mengeluarkan phonenya lalu didail nombor telefon Meer Nash.

Namun hampa, panggilan tersebut tidak dijawab oleh Meer Nash.

" Dia tak angkat kan ? " kata  Laura seakan tahu saja jawapan dari Azka.Yelah sebab dia dah cuba banyak kali dah call tetap sama.

" Haah tak angkat..Eh pelik lah...dia jarang lah keluar sendiri macam ni...selalu dia akan ajak saya tak pun awak kan ? " kata Azka.

Laura mengangguk risau.

Tetiba Laura menerima pesanan ringkas yang tak dijangka. Laura membuka pesanan ringkas tersebut. Eh ? Daripada Meer Nash ?

Tolong aku. Tolong datang sekarang dekat alamat ni...

Dihantar juga satu alamat lokasi sebuah hotel..

Dahi Laura sedikit berkerut. Meer Nash buat apa dekat alamat ni ? Kereta dia rosak ke ?

" Kenapa Laura ? Siapa yang mesej ? " soal Azka.

" Meer...dia mesej minta tolong..suruh datang ke alamat ni.." kata Laura lalu ditunjuknya mesej tersebut.

" Hah..kereta dia rosak kot...jom lah kita pergi tolong dia..." kata Azka seraya mencapai kunci kereta satu lagi di atas meja.

Tanpa membuang masa Laura membuntuti langkah Azka. Pak Din hanya dibiarkan tunggu di rumah saja.

****
Hampir 15 minit, Azka pusing di sekitar hotel Lagoon Hight di mana alamat yang diberikan oleh Meer Nash itu untuk mencari parking. Ya Allah asal jem teruk sangat ni ? Dengan parking full pulak tu. Dah lah tak nampak langsung mana kereta Meer Nash.

" Azka..tak apa lah awak cari parking dulu...saya turun dulu pergi cari Meer Nash..." cadang Laura.

" Haah...betul juga tu...buang masa betul kalau kita berdua asyik duk cari parking tak habis - habis kan..." kata Azka.

Akhirnya Laura pun turun dari kereta mula masuk ke perkarangan hotel Lagoon Hight mencari keberadaan Meer Nash.

Baru saja beberapa langkah, Laura mendapat pesanan ringkas lagi daripada Meer Nash.

Masuk ke hotel. Aku ada dekat lobi hotel.

Laura sedikit tercengang. Hah ? Meer Nash ni dah kenapa ? Buat apa dia dekat dalam hotel pulak ? Dia jumpa klient ke ?

Tanpa berfikir panjang, Laura terus masuk ke dalam hotel tersebut lalu menuju ke lobi.

Dia tercari - cari kelibat Meer Nash namun tidak kelihatan langsung. Ish mana dia ni ?

" Cik Laura ? PA Meer Nash kan ? " soal seorang perempuan berpakaian seperti penyambut tetamu hotel.

" Hah ya saya..Encik Meer Nash mana ye ? " soal Laura..

" Oh dia ada dekat bilik hotel...sebab tadi dia pengsan lepas jumpa dengan klient..mari saya tunjukkan bilik yang dia ditempatkan.." kata penyambut hotel tersebut lalu mula bergerak.

" Meer Nash pengsan ? " desis hati Laura seraya cepat juga bergerak mengikuti langkah penyambut tetamu tersebut.

Seketika mereka sampai di depan bilik hotel bernombor 205. Penyambut tetamu tersebut membuka pintu bilik untuk Laura...

Laura terus memboloskan diri mencari figura Meer Nash. Dia terpandang akhirnya figura Meer Nash yang terbaring tidak sedarkan diri di atas katil.

" Meer ! " teriak Laura lalu mendekati Meer Nash.

Meer Nash kelihatannya betul - betul tidak sedarkan diri. Kenapa dengan dia ? Eh sekejap ! Kalau Meer Nash dah pengsan, kenapa pihak hotel tak bawa dia pergi ke hospital terus.

Bukk !

Belakang kepala Laura dipukul dengan sesuatu.

Laura tersentak !

Dia menoleh ke belakang. Di melihat penyambut tetamu tadi yang memukul belakang kepalanya.

Tanpa sempat berkata apa - apa Laura pulak yang melorot jatuh pengsan tidak sedarkan diri.






Tangisan seseorang membuatkan Meer Nash mula tersedar dari pengsannya. Dahinya sedikit berkerut - kerut merasakan sengal di kepalanya. Sakitnya kepala aku. Berdenyut - denyut dah kenapa ? Apa yang dah berlaku ni ?

Matanya dibuka perlahan - lahan. Kenapa dia dengar suara perempuan menangis ni ? Aku dekat mana sekarang ni ? Dapat dilihat syiling bilik. Eh ? Bilik ?

Seketika Meer Nash mula menoleh ke sisinya. Dia tersentak hebat ! Kenapa dia tengok Laura free hair pulak ni ? Ya Allah apa yang aku mimpi ni ?

Ya perempuan yang sedang menangis teresak - esak itu adalah Laura. Duduk hampir di hujung katil yang sedang Meer Nash baring. Laura yang berkeadaan tidak terurus. Tidak bertudung dan.....

" Kenapa Laura tak pakai ba..baju.." gumam hati Meer Nash terkejut ya amat. Laura hanya berselubung dengan selimut !

Meer Nash pantas melihat dirinya pulak.

Dia tersentak hebat ! Aku pun macam Laura ?! Tak pakai baju dah kenapa ? Dalam bilik berdua macam ni pulak ? Ya Allah ! Apa dah jadi ni ?

#Oh my ! Apa dah jadi ni guys ? Dugaan apa yang datang melanda lagi ni ? Keep vote and comment yaa. 😍💓




























Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro