Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 20

Kontrak penjanjian telah ditanda tangan oleh Meer Nash. Meer Nash akan bekerjasama dengan butik D' Hass Hera selama tempoh setahun. Sepanjang pembicaraan bersama owner butik tersebut iaitu Puan Rohaila, semuanya serious sahaja. Masing - masing dalam keadaan yang profesional.

" Okay..saya harap kita boleh bersikap profesional sepanjang kontrak ni berlangsung ye Puan ROHAILA..."kata Meer Nash sengaja ditekankan olehnya sebutan ROHAILA itu.

Rohaila kelihatan tersentak. Dia tahu Meer Nash sedang memerli dirinya.

Melihatkan Rohaila yang tidak memberikan respon itu, Meer Nash berbicara kembali.

" Okay lah Puan...kalau dah tak ada apa  - apa lagi..kami berdua minta diri dulu...tak sabar rasanya nak mula kerja dengan Puan nanti..."kata Meer Nash sinis.

Azka disebelah hanya menjadi pemerhati dan pendengar yang setia sejak tadi.

Meer Nash mula bangun dan diikuti oleh Azka. Azka keluar terlebih dahulu. Baru saja Meer Nash mahu melangkah keluar tiba - tiba langkahnya terhenti.

" Ameer Nashreeq.."panggil Rohaila.

Meer Nash tersentak apabila nama penuhnya disebut oleh Rohaila. Dah lama dia tak dengar nama penuhnya meniti dimulut ibu kandungnya itu.

" Ibu minta maaf nak.." gumam Rohaila perlahan namun masih jelas dipendengaran telinga Meer Nash.

Mendengarkan permintaan maaf itu, Meer Nash mula melangkah semula meninggalkan office Rohaila. Jijik ! Dia jijik mendengarkan kata maaf yang teramat mudah itu dari Rohaila. Tak semudah itu dia dapat memaafkan segala kesalahan Rohaila.

Terduduk Rohaila sambil mula menangis kecil. Dia tak sangka yang Meer Nash akan buat tak kenal sampai macam ni sekali bila mereka bertemu semula. Maafkan ibu nak...ibu betul - betul menyesal. Ibu rindukan anak ibu.





" Puan Rohaila tadi tu mak kau kan Meer ? " soal Azka setelah mereka masuk ke dalam kereta. Baru dia nak ingat siapa owner butik D' Hass Hera tadi. Mak saudara sendiri pun tak ingat ke kau ni Azka ?

Meer Nash hanya tersandar pada seat belakang. Dia memejamkan matanya. Dia penat ! Penat berlakon yang dia baik - baik saja bila di hadapan ibu kandungnya itu. Sumpah dia sendiri juga gugup dan sebak bila bertemu semula dengan ibu kandungnnya itu. Dia tak kuat nak hadap Rohaila sebenarnya.

" Asal kau masih nak kerja dengan dia ? Bukan kau benci dia ke ? Kalau kau tak boleh..kau batalkan aje lah kontrak tu...jangan paksa diri kau..." kata Azka sambil menoleh ke arah Meer Nash dibelakang.

" Tak ! Aku tetap akan teruskan kontrak tu...Tu aje salah satu cara untuk aku balas dendam dekat dia...aku akan buat dia sengsara..macam mana yang dia buat dekat aku dulu..." hambur Meer Nash bersama mata yang berkaca.

Terdiam Azka jadinya. Agak terkejut dia melihatkan wajah dan mata berkaca Meer Nash seperti itu. Dia tahu Meer Nash memang dah tak boleh tahan dah tu.

****
Laura tercongok lah sorang - sorang dekat ruang tamu rumah Meer Nash. Haish mana diaorang pergi hah ? Asal tak ajak aku sekali ? Ada shooting ke hari ni ? Kalau tak silap aku hari ni Meer Nash cuti.

Pak Din pun cakap dia tak tahu mana Azka dengan Meer Nash pergi.

" Aku nak rehat dan aku tak nak sesiapa pun ganggu.." kedengaran suara Meer Nash.

Laura mula menoleh. Yelah Meer Nash dengan Azka dah balik.

Meer Nash sempat melirih ke arah Laura dengan wajah dingin lalu dia mula menapak anak tangga naik ke atas.

" Eh awak ada dekat sini Laura ? " tegur Azka mula menghampiri Laura.

" Kenapa tu dengan Meer Nash ? Korang dari mana ? "

" Errr dia...badmood sikit..ermm faham - faham aje lah...kitaorang dari butik..."kata Azka.

" Oh...dari butik ? Buat apa ? Meer Nash shopping lagi ke ? "

" Erm tak lah...dia cuma pergi sign kontrak dengan owner butik...buat pengetahuan awak...minggu depan Meer Nash akan jadi model untuk butik D' Hass Hera..so awak jangan lupa catat nanti tau.."kata Azka.

Laura terangguk  - angguk jadinya.

" Oh baiklah..ermm so hari ni ? Ada apa - apa yang patut saya buat tak ? "soal Laura.

Azka melihat sekeliling.

" Ermmm tak ada apa - apa kot...awak balik aje lah...hari ni awak cuti...." arah Azka.

" Betul ni ? Saya cuti hari ni ? " soal Laura tidak percaya.

Azka mengangguk.

" Siapa cakap kau boleh cuti hari ni ? " soal Meer Nash yang mula turun semula.

Terkejut Azka dan Laura dibuatnya. Mereka mula menoleh ke arah Meer Nash. Eh tadi cakap nak rehat tak nak siapa ganggu ?

" Laura..kau temankan aku makan..." arah Meer Nash mula turun dan menapak ke ruang makan.

Tanpa membuang masa lagi, Laura mula berlari anak juga ke ruang makan. Tinggallah Azka tercengang sendiri di situ.

Di ruang makan.

Laura duduk berdua saja dengan Meer Nash. Makanan semuanya sudah dihidang oleh Pak Din. Laura hanya memerhati lauk pauk di hadapannya tidak berkedip. Makk aiii banyaknya makanan. Siapa nak habiskan ni ?

" Apa yang kau tengok tu ? Makan lah.." kata Meer Nash yang sudah mula mencedok beberapa lauk ke dalam pinggannya.

" Errr hah okay - okay...hmmm banyaknya lauk...kita dua aje ke yang nak makan ? "soal Laura.

" Hmmm kalau tak habis nanti...bungkuskan aje untuk mak.."kata Meer Nash sambil mulutnya mula mengunyah nasi.

Laura memandang ke arah Meer Nash. Comel aje bila dengar Meer Nash bahasakan Mak Timahnya dengan panggilan " Mak " juga.

Meer Nash baru perasan yang Laura tengah memandangnya sambil tersenyum kecil.

" Tak kenyang pun lah kau tersengeh - sengeh macam tu tengok aku..." perli Meer Nash.

" Errkkk....hahaha yelah sorry..."kata Laura termalu sendiri. Dia juga mula makan bersama Meer Nash.

****
Rohaila melangkah lelah masuk ke dalam rumahnya. Hmm hari ni agak memenatkan dirinya. Namun ada juga terselit sedikit perasaan gembira apabila dapat bertemu dan berbual dengan anak kandungnya. Tidak sabar rasanya dia hendak bekerjasama dengan anaknya Meer Nash. Boleh lah dia cuba dekat dengan anaknya dan cuba mengambil hati agar Meer Nash dapat memaafkan dirinya.

" Lambat balik ? " soal seseorang mematikan senyuman Rohaila.

" Ermm banyak kerja dekat butik " jawab Rohaila acuh tak acuh.

" Oh..hmmm..."

" Tak apa lah...saya naik dulu..."kata Rohaila ingin cepat - cepat beredsr dari situ. Tidak betah dia hendak berbual lama dengan sang suami.

Sang suami hanya memerhati dan tersenyum sinis.




Yazdan hanya berdiri di balkoni appartment sambil melemparkan pandangannya pada pemandangan sekitar bandar Kuala Lumpur yang disinari dengan cahaya lampu pada malam itu. Fikirannya tidak henti - henti memikirkan cara bagaimana dia hendak mendapatkan hak bagi pihak Laura semula.

" Apa yang patut aku buat untuk dapatkan hak Laura balik ? "gumam Yazdan sendiri.

Eh apa maksud Yazdan ? Hak Laura ? Hak yang mana ?

Seketika Yazdan mula bergerak masuk ke dalam rumahnya. Dia mula duduk di sofa dan membelek beberapa fail yang tertulis sesuatu. Sedang dia menyelak setiap helaian fail tersebut tiba - tiba terhenti. Dia teringat akan sesuatu.

" Aku tahu apa yang harus aku buat...aku hanya perlu tunggu dia serahkan segala jawatan tu dekat aku...lepas tu baru aku dapat tolong Laura..." monolog Yazdan sendiri.

***
Hari ni Meer Nash ada shooting sampai malam. Alahaii penat gila. Yelah kali ni ada scene malam pulak. Hmmm macam tu la kalau nak jadi artist dalam bidang lakonan, tak kira siang dan malam mesti kena kerja jugak.

Meer Nash akhirnya mengambil tempat duduk setelah berjam - jam berdiri berlakon tadi..

" Lenguh habis kaki aku...hmmm"keluh Meer Nash serta dia memicit - micit kecil kakinya.

Beberapa minit kemudian, baru dia melirih sekeliling mencari sesuatu. Eh ? Mana Laura ehh ? Aku tak nampak pun dari tadi ?

Kelibat Laura tidak kelihatan sama sekali. Perempuan ni pergi mana pulak ?

" Bahhhh ! " sergah Laura tiba - tiba dari belakang Meer Nash.

" Oii Laura sayang aku mana ! " melatah Meer Nash.

Laura pula yang tersentak !

Meer Nash terkelu. Dia mengetap bibirnya bila dia sedar yang dia dah terlepas cakap..

" Err sorry...aku tersilap cakap..."kata Meer Nash gugup.

" Ehhh saya yang patut minta maaf sebab terkejutkan awak...hehe..."kata Laura cuba menutup segala rasa akward yang berlaku sekarang.

" Hmmm kau pergi mana je ? Baru sekarang nak muncul ? " soal Meer Nash.

" Tak pergi mana - mana pun..Ada aje kat sana...tadi pergi borak dengan Yazdan.." jujur Laura.

Namun kejujuran itu yang menyakitkan hati Meer Nash.

Meer Nash mula bangun dan menghadap Laura yang sedang berdiri itu.

" Boleh tak kalau kau jangan rapat sangat dengan apa tu si Yazdan tu..." kata Meer Nash serious.

" Hah ? Kenapa pulak ? Dia kan kawan saya...."

" Kau aje yang anggap dia kawan..tapi dia ? "monolog Meer Nash di dalam hati..

" Kenapa ni ? Cuba bagitahu saya..."kata Laura lagi setelah Meer Nash hanya berdiam diri.

" Errr...aku tak suka...."

Laura tersentak lagi ! Dah kenapa dengan Meer Nash..Dah dua kali dia berkelakuan aneh !

" Aku tak suka kau rapat dengan PA artist lain...sebab nanti diaorang suka korek rahsia bakat lakonan aku....aku dah faham sangat dah dengan perangai pelakon yang suruh PA diaorang dekat - dekat dengan PA aku...dulu Azka pun macam tu.." jelas Meer Nash mereka - reka cerita yang terlintas di kepalanya.

" Oh ada ehh macam tu...ermmm yelah - yelah..." akur Laura.

Meer Nash menghembus nafas lega.





Selesai juga shooting untuk malam ni. Meer Nash melihat jam di screen phonenya. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Meer Nash melihat ke sisinya. Kelihatan Laura sedang tertidur lesu di sebelah.

" Hmmm kesian dia penat...kena teman aku sampai malam macam ni..." desis hati Meer Nash.

" Meer..."

Meer Nash menoleh ke depan.

" Esok kau jangan lupa...kau ada shoot untuk baju butik D' Hass Hera tau..."

Meer Nash terdiam seketika. Hmmm malasnya aku nak jejakkan kaki dan hadap perempuan dekat butik tu...

" Kau dah ready ke ? "soal Azka setelah Meer Nash tidak memberikan respon.

" Hm yaa..aku memang dah ready lama dah pun..."

" Ohh bagus lah kalau macam tu..."

Pandangan Meer Nash mula tertumpu kepada Laura yang sedang nyenyak tidur itu.

" By the way....pasal owner butik tu....kau jangan sekali pun bagitahu Laura yang dia tu ibu kandung aku tau..." pesan Meer Nash.

" Oh hah okay..."jawab Azka.




Setibanya di rumah Laura, Meer Nash juga ikut serta turun. Kelihatannya Azka sedikit tercengang. Eh ? Meer Nash nak pulak turun dekat tempat umum macam ni ?

Meer Nash bertemu dengan Mak Timah terlebih dahulu. Rindu pulak dengan mak angkatnya itu.

" Assalamualaikum mak..." sapa Meer Nash ramah seperti selalu apabila bertemu dengan Meer Nash.

" Waalaikumusalam.." jawab Mak Timah bukan main tersenyum lebar lagi.

Laura hanya menjadi pemerhati. Suka benar dia melihat Meer Nash bila berjumpa dengan maknya. Nampak Meer Nash ni memang betul - betul rindukan kasih sayang maknya.

" Meer minta maaf mak sebab hantar Laura balik lambat sikit hari ni...shooting sampai malam hari ni.."kata Meer Nash.

" Oh tak apa lah...mak faham..janji kamu bawa balik Laura dengan selamat...tu aje..." kata Mak Timah.

Meer Nash mengangguk.

" Mak sihat ? Mak dah makan ? " soal Meer Nash.

" Alhamdulillah mak sihat...mak dah makan dah...Hah kamu tunggu sekejap..." kata Mak Timah mula masuk ke dalam semula..

Meer Nash sedikit tercengang. Dia memandang ke arah Laura.

" Mak nak buat apa pulak tu ? " soal Meer Nash kepada Laura.

Laura mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu.

Tak sampai berapa minit, Mak Timah mula muncul bersama bungkusan makanan.

" Nah ni untuk kamu Meer...mak ada masak lebih tadi....nak bagi kamu...." kata Mak Timah sambil menghulurkan bungkusan tersebut.

Meer Nash sedikit berasa terharu.

" Terima kasih mak..." kata Meer Nash sebak sambil mengambil bungkusan makanan tersebut. Meer Nash betul - betul rasa disayangi.

Seketika Meer Nash pun mula meminta diri untuk balik ke rumahnya.

#Heee siapa suka sisi baik Meer Nash bila dia jumpa dengan Mak Timah ? Cer comment ! Heee keep vote and commen ye 😍💓

















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro