Bab 2
Berguling - guling Meer Nash di atas katil empuknya yang bersaiz king itu. Hari ni adalah hari malasnya. Dah tu shooting apa pun tak ada hari ni. Dia cuti la sehari. Lega. Tak payah serabut kepala dengan arahan director. Tak payah sakit hati dengan kerenah pelakon yang lain.
Namun bila duduk rumah ni rasa macam cacing kepanasan pulak. Tak tahu nak buat apa.
Sudah puas berguling, akhirnya Meer Nash duduk memeluk lututnya. Hmm tetiba teringin nak makan pizza pulak kan ?
" Azka ! "teriak Meer Nash.
Sunyi. Tiada sahutan dari Azka.
" Haish mana mangkuk ni ? "
Meer Nash mendengus geram. Dia ni memang ahh kalau panggil tak pernah nak dengar.
" Azka ! Azka ! "teriak Meer Nash berulang kali sambil matanya dipejamkan.
" Ye Tuan....err Encik Azka dia tak ada.."sahut Pak Din yang tercungap - cungap baru sampai.
Gila lah. Kesian Pak Din berlari - lari naik ke tingkat 2. Meer Nash ni pun, agak - agak ahh nak panggil orang dekat tingkat 2 pun. Memang kadang - kadang takkan dengar lah. Dah tu Pak Din ni pun dah agak berumur jugak. Bukannya kuat sangat.
" Hah ? Tak ada ? Dia pergi mana ? Saya tak tahu pun..."kata Meer Nash terpinga - pinga.
" Ermm.. ermm...."Pak Din sedikit tergagap.
Lambat menunggu balasan Pak Din akhirnya Meer Nash bersuara semula.
" Hmm tak apa lah...Pak Din boleh turun...sorry kacau Pak Din buat kerja dekat bawah pulak.."kata Meer Nash. Dia walaupun annoying orangnya tapi tetap hormatkan orang tua macam Pak Din ni.
" Baik tuan..tak apa Pak Din okay..."kata Pak Din seraya berlalu meninggalkan bilik Meer Nash.
" Hmmm baru aku nak ajak Azka pergi makan pizza..keluar pulak si mangkuk hayun ni..."ngomel Meer Nash sendiri.
Seketika dia menaip sesuatu di screen phonenya. Dalam sekelip mata dia sudah memesan pizza melalui app food panda. Senang tak payah keluar. Lagipun nanti dikejar pulak dengan peminat. Rimas !
Part of Laura.
Hampir satu jam juga lah Laura keliling kawasan Damansara Height ni. Tak jumpa - jumpa juga rumah customer. Ni lah salah satu masalah bila jadi food panda punya penghantar. Alamat rumah tu kadang - kadang customer suka letak salah ! Pastu bila order lambat sampai mulalah customer nak membebel tak tentu pasal. Last - last penghantar food panda juga yang disalahkan.
" Aduh...kat mana ni rumah dia ni ? Dah lah panas. Aku rasa aku dah keliling kawasan ni 10 kali dah..."ngomel Laura sendiri. Dia berhenti di tepi jalan seketika..
Laura menarik nafas dan menghembus nafas berulang kali. Cuba tenangkan diri. Jom kita cari lagi sampai jumpa. Laura bukanlah seorang yang berputus asa.
Dia mula mencari semula alamat customer yang memesan pizza tadi.
***
Selama satu jam setengah akhirnya tiba juga di hadapan rumah customer. Tu pun dapat jumpa sebab boss call balik cakap customer silap bagi alamat. Dia dah update alamat baru. Hampeh punya customer ! Kejap lagi tengok lah mesti ada perang yang akan berlaku.
Laura turun dari scooter pinknya lalu mengambil pesanan yang tersimpan dalam beg besar di belakang. Selepas itu dia mendekati pintu pagar rumah customer. Button loceng ditekannya.
Ting Tong ! Ting Tong !
Dalam beberapa saat saja pintu automatik terbuka sendiri. Terpampanglah wajah seorang lelaki yang agak berumur di situ.
" Pizza ke ? "soal Pak Din.
" Haah..maaf lambat sampai..." balas Laura sopan. Dah customer ni pun cakap elok - elok kan ?
" Oh tak apa..nah duitnya.."kata Pak Din seraya menghulurkan beberapa keping not duit kertas.
Belum sempat duit dan pesanan pizza berganti tangan tiba - tiba seseorang bersuara.
" Nanti dulu Pak Din ! "kata Meer Nash yang baru muncul di belakang Pak Din.
Meer Nash menapak keluar bersama topi yang menutupi wajahnya sedikit. Yelah mana boleh tunjuk semua wajahnya.
Pak Din dan Laura memandang ke arah Meer Nash dengan keadaan yang terpinga - pinga. Wajah Laura juga tidak lah dapat dilihat Meer Nash kerana tertutup dengan visor helmet.
" Asal lambat sangat hah penghantaran ?"soal Meer Nash seraya merampas pesanan pizza dari pegangan tangan Laura.
Laura tersentak.
Meer Nash membuka pesanan pizza tu di hadapan Laura. Dia mencicip sedikit pizza tersebut. Namun selepas itu, Meer Nash menutup semula kotak pizza lalu dilemparkan semula pada Laura.
Laura sempat menyambut pesanan tersebut sebelum ia jatuh menyembah bumi.
" Dah sejuk ! Aku cancle order...dah Pak Din jom masuk..."kata Meer Nash selamba seraya memusingkan langkahnya untuk masuk ke dalam semula. Di ajak sekali Pak Din.
Naik satu oktaf darah Laura. Biadap punya customer ! Suka - suka hati dia aje cancle order? Aku ni dah macam orang gila cari alamat rumah dia.Bila dah jumpa senang - senang aje dia cancle order ? Pehhh ni memang boleh mendatangkan kemarahan.
" Heyyy Encik ! Habis siapa yang nak bayar semua ni ? "teriak Laura akhirnya.
Meer Nash menoleh.
" Kau lah bayar...siapa suruh lambat hantar..."kata Meer Nash sinis.
Pak Din hanya menggeleng kepalanya. Alahaii Tuan Meer ni kalau tak buat hal memang tak sah. Hmmm Encik Azka ni pun satu...mana dia hah ?
Mendidih hati Laura jadinya bila dirinya pula dipersalahkan sedangkan customer ni sendiri yang memberikan alamat yang salah.
Meer Nash ingin melangkah masuk ke dalam semula. Laura tidak melepaskan peluang. Kali ni memang dia tak ada kesabaran yang tinggi dah dengan customer yang biadap macam ni. Salah lah statement yang mengatakan customer always right. No ! Customer yang selalu salah.
Laura pantas menarik bahu Meer Nash kuat sehingga Meer Nash terpusing menoleh ke belakang semula. Pantas Laura menepis topi yang menutupi wajah Meer Nash itu.
Jatuh topi di atas lantai, maka wajah Meer Nash kelihatan sepenuhnya. Meer Nash tersentak ! Namun Laura sedikit pun tidak mengambil kira siapa si customer ni.
Laura terus mengambil potongan pizza yang dicicip Meer Nash tadi lalu melumurkannya pada wajah Meer Nash. Pak Din dah tertelan liur.
" Jadi customer jangan nak kurang ajar sangat ! "hambur Laura geram.
Meer Nash tersentak hebat ! Tak sangka gadis food panda di hadapannya ini berani gila bertindak seperti ini.
Laura melemparkan semula pizza tersebut pada Meer Nash.
" Encik customer tak payah bayar...saya belanja...hmmm kesian...harapkan rumah aje besar...nak bayar pesanan pizza pun tak mampu.."kata Laura sinis.
Laura terus menunggang scooternya semula. Dia terus beredar secepatnya dari situ.
Meer Nash masih terkaku di situ. Dia betul - betul terkesima dengan keberanian gadis food panda itu. Kata - katanya juga sedikit sebanyak menyentapkan hati Meer Nash. Tak pernah - pernah orang luar nak buat macam ni dengan artist macam dia. Wehh dia tak kenal aku siapa ke ? Rumah dia tak ada tv ke hah ?
" Errrr...Tuan okay ? " tanya Pak Din gugup.
Hampir kesemua wajah Meer Nash comot dengan hiasan pizza tadi. Meer Nash menggengam erat kotak pizza yang masih berbaki.
" Call Azka sekarang ! Suruh dia balik ! "teriak Meer Nash seraya melangkah masuk ke dalam.
Dalam diam ada seseorang telah menangkap beberapa keping gambar kejadian Meer Nash dilumurkan pizza tadi. Hmmm sudah paparazzi atau mamarazzi dari mana pulak ni ?
***
" Aku tak puas hati. Aku nak kau cari budak perempuan food panda tu sampai jumpa jugak ! "bebel Meer Nash.
Azka memicit dahinya perlahan.. Aduhaii masalah - masalah.
" Kalau dah jumpa budak perempuan tu ? Pastu nak buat apa ? " soal Azka bodoh.
Meer Nash mengerling Azka.
" Kau tanya aku lagi nak buat apa ? Saman lah dia ! "kata Meer Nash.
" Saman lagi ? "
Hmm si Meer Nash..ni kaya dengan saman aje lah..
Tetiba naik notification pada telefon bimbit kepunyaan Meer Nash. Meer Nash membuka notification tersebut malas. Buka - buka saja notification tu dia terlopong.
What ?
" Kenapa pulak kau ni ? "soal Azka pelik dengan tingkah laku Meer Nash.
" Tak guna ! Kau tengok apa dah keluar.."kata Meer Nash.
Meer Nash menunjukkan screen phonenya betul- betul di hadapan batang hidung Azka.
" Sikap annoying pelakon Meer Nash...buat penghantar food panda ambil tindakan lumur pizza dekat wajah Meer Nash.."
Azka tersentak membaca statement yang dikeluakan di berita online itu.
OMG ! Cepat gila berita tersebar. Azka garu kepala tak tahu nak kata apa lagi. Alahai kerjanya jadi bertambah - tambah pulak. Nak kena cari budak perempuan yang food panda itu lah. Nak kena settlekan hal berita yang tersebar ni lah..
" Aku tak kira...aku nak kau settle kan semua benda ni..."kata Meer Nash seraya berlalu meninggalkan Azka yang terpinga - pinga itu.
Azka menyerabutkan rambutnya yang tersisir kemas tadi. Arghhh stress aku !
#Hahahhaha kesian Azka. Siapa aje tak serabut kepala bila jdi PA artist annoying macam ni ? Keep vote and comment guys ! 💜🙈
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro