Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 19

" Laura...mak tak mimpi kan ni ? Ni betul - betul Meer Nash pelakon yang kat tv tu kan ? " soal Mak Timah sambil mencubit - cubit pipinya sendiri.

" Errr..." gugup Laura. Dia sendiri pun tak tahu nak cakap apa. Meer Nash pun satu..tadi dekat set kata tak boleh tolong.

" Ye makcik saya Meer Nash...yang kat tv tu ! Yang handsome tu ! "kata Meer Nash sempat lagi memuji dirinya sendiri.

Mak Timah sudah mahu tumbang jadinya. Dalam erti kata lain nak pengsan wehh !

" Eh...eh makcik ! Jangan lah pengsan..rugi lah penat - penat saya datang makcik nak pengsan pulak..."ngomel Meer Nash.

Dengarkan saja Meer Nash berbicara sebegitu, terus tak jadi pulak Mak Timah nak pengsan. Yelah rugi kot mana nak dapat peluang jumpa artist pujaan secara depan - depan macam ni...

" Ehh..buat apa berdiri dekat sini...jemput lah masuk..." ajak Mak Timah teruja.

Meer Nash hanya mengangguk laju. Laura pulak hanya menjadi pemerhati. Nak pulak dia  masuk dalam rumah aku yang tak seberapa ni ?

Seketika mereka semua pun masuk ke dalam. Di ruang makan, Mak Timah masuk ke dapur sebentar untuk mengambil pinggan lebih untuk Meer Nash.

" Kenapa tiba - tiba awak datang ni ? Cakap tak nak tolong saya bagai ? "soal Laura separuh berbisik.

Meer Nash mengerling seketika.

" Saja..tetiba ubah fikiran pulak..."jawab Meer Nash selamba.

Laura mengetap bibir. Dia nak kan memang lah, tak boleh nak expect langsung !

" Nah...jemput lah makan Meer Nash.."ajak Mak Timah bersama pinggan yang dibawanya.

Terbantut terus perbualan di antara Meer Nash dan Laura. Mata mereka berdua mula memandang ke arah Mak Timah.

" Terima kasih makcik.." ucap Meer Nash berserta senyuman yang tak lekang dari tadi.

Laura sedikit tersentak.

" Meer Nash cakap terima kasih ? Wehhh serious ahh ni betul - betul Meer Nash ke yang datang rumah aku ? "desis hati Laura seakan tidak percaya.

Yelah. Meer Nash paling susah tau nak ucap perkataan " Terima Kasih " tu. Memang limited edition lah perkataan tu bagi Meer Nash.

Seketika Meer Nash pulak yang dilayan oleh Mak Timah. Kelihatannya Mak Timah lah paling bahagia saat itu. Mata tu tak lepas - lepas lah asyik duk usya aje Meer Nash ni. Haishh minat sungguh ye.

" Makan kenyang - kenyang ye Meer Nash.."kata Mak Timah sambil mencedok beberapa makanan ke dalam pinggan Meer Nash.

Laura hanya menjadi pemerhati sejak tadi. Dia masih tak percaya akan tingkah laku Meer Nash yang berubah 360 darjah ni.

" Hmm dia nak ke makan makanan murah macam ni ? "monolog sinis Laura di dalam hati.

Tanpa dipinta Meer Nash menyuap makanan tersebut ke dalam mulutnya. Dikunyah beberapa kali tanpa ada reaksi.

Laura sudah mula tersenyum sinis. Tak lalu lah tu !

" Wahh sedapnya makcik...siapa yang masak ni ? Makcik ke ? "soal Meer Nash teruja sambil disuapkan lagi makanan tersebut ke dalam mulutnya dengan berselera sekali.

Laura tergamam. Terkebil - kebil matanya menerima reaksi Meer Nash sebegitu. Tanggapannya betul - betul meleset.

" Bukan makcik yang masak tapi Laura...anak makcik yang masak...dia memang pandai masak..." beritahu Mak Timah bangga.

Meer Nash melirih ke arah Laura.

" Sedap...pandai Laura masak..."ucap Meer Nash sambil tersengeh kecil. Sumpah handsome siot !

Laura pulak yang terkelu dan tidak berkutik.

*****

Akhirnya Laura menceritakan segalanya kepada Mak Timah tentang siapa Laura dengan Meer Nash sekarang. Mak Timah agak terkejut jugak. Tidak sangka yang Laura bekerja dengan artist pujaannya selama ni. Boleh lah jumpa depan - depan lagi dengan Meer Nash macam ni. Tadi pun sempat lagi mintak bergambar dan autograf Meer Nash.

Seketika Meer Nash dan Laura duduk di luar rumah. Saja nak ambil angin. Laura mengeluarkan kerusi plastik dari dalam rumahnya untuk Meer Nash. Meer Nash sedia menerima kerusi tersebut lalu di duduknya.

Suasana hening dan sepi menemani mereka berdua ketika itu buat beberapa minit.

" Erm....terima kasih..."gumam Laura mula berbicara memecahkan kesunyian di antara mereka berdua.

" Hmmm..."jawab Meer Nash. Matanya hanya memandang ke arah langit di mana tempat yang selalu Laura pandang setiap malam.

" Terima kasih sebab tolong saya buat kejutan untuk mak...hadiah tahun ni paling special..." kata Laura lagi.

Meer Nash menghembus nafas berat.

" Untung lah kau...ada mak...boleh sambut birthday bagai.." luah Meer Nash akhirnya. Ada nada bergetar sebak di situ.

Laura mula memandang Meer Nash di situ.

" Mak awak mana ? Dah lama saya nak tanya...sebab saya tak pernah nampak pun mak ayah awak....sepanjang saya bekerja dengan awak ? "soal Laura mula tertanya - tanya.

Meer Nash terdiam seketika. Dia sedikit berdehem.

" Ayah aku dah lama meninggal..."luah Meer Nash sedih. Pandangannya masih di halakan pada langit yang dihiasi dengan bintang dan bulan itu.

" Mak awak ? " soal Laura lagi.

" Ma..k..? Hmm Mak aku dah lama mati..."kata Meer Nash seraya terus menoleh ke arah Laura.

Laura sedikit berkerut dahinya. Apa bezanya meninggal dan mati ?

" Dah lah tak payah lah cakap pasal mak ayah aku....tak ada apa pun yang menarik..."kata Meer Nash mula mengubah topik. Meer Nash menyeka sedikit air matanya yang hampir luluh itu. Laura perasan akan hal itu.

" Ermm sorry..kalau saya ingatkan awak pasal arwah mak dengan ayah awak..." kata Laura mula rasa bersalah.

" Hm..its okay..."

" Ermmm...kalau awak tak kisah...kita boleh aje berkongsi mak....."kata Laura tetiba.

Meer Nash sedikit tercengang. Apa maksud dia dengan berkongsi mak ? Dia nak suruh aku melamar dia jadi isteri aku ke hape ?

" Ap..a...maksud..kau..? "tanya Meer Nash gugup.

" Yelah..kita kongsi mak....awak boleh aje anggap mak saya tu sebagai mak angkat awak....saya tak kisah....lagipun mak memang dah minat sangat dekat awak..." jelas Laura.

Oh macam maksud Laura rupanya. Haish ingatkan apa lah tadi.

" Hahahahah....apa - apa aje lah kau ni..."jawab Meer Nash sambil tergelak - gelak kecil.

Belum sempat Laura nak membalas kata - kata Meer Nash tiba - tiba telefon bimbit Meer Nash berbunyi. Meer Nash terus memberi isyarat kepada Laura untuk diam. Laura hanya mengikut arahan.

Meer Nash mengangkat panggilan tersebut.

" Hello..."

Laura pulak yang tertanya - tanya..Siapa yang call Meer Nash malam - malam macam ni.

" Oh ya...hah okay.."kata Meer Nash seketika lalu panggilan dimatikan.

" Siapa yang call awak malam - malam macam ni ? "soal Laura.

" Err.....tak ada siapa pun...just PA director..bagitahu pasal set shooting...."bohong Meer Nash.

Laura meng'o'kan kata - kata Meer Nash.

" Laura ! Masuk kejap ! "teriak Mak Timah dari dalam rumah tiba - tiba.

" Eh mak kau panggil tu...kau pergi lah masuk tengok.." kata Meer Nash cuba menghalau Laura di situ sebenarnya.

" Haah lah...awak tunggu sini kejap ea..." kata Laura mula bergerak masuk ke dalam. Tinggallah Meer Nash di situ sendirian.

Setelah dipastikan Laura tiada di situ, Meer Nash mula membuka ruang chatt seseorang. Kelihatannya ada beberapa gambar di hantar.

Meer Nash mula mendownload setiap gambar tersebut.

Tu gambar owner butik D' Hass Hera...

Setelah semuanya sudah di download, Meer Nash membuka gambar tersebut..

Buka - buka saja gambar itu, jantung Meer Nash berdegup laju. Tangannya juga mula terasa dingin. Wajahnya sedikit mengalirkan peluh dingin..

" Dia ni owner butik D' Hass Hera ? "gumam Meer Nash seakan tidak percaya.

****
Meer Nash meletakkan lebihan makanan yang dibungkus oleh Mak Timah tadi di dalam peti sejuk dapur. Alahaii baik betul lah mak Laura ni. Hmm dah lama aku tak rasa kasih sayang seorang mak macam ni.

" Nanti balik panaskan makanan ni...baru sedap nak makan..." pesan Mak Timah masa Meer Nash nak balik tadi.

" Ye baiklah makcik...terima kasih sebab sudi terima saya sebagai tetamu malam ni..."kata Meer Nash.

" Ehh tak payah lah panggil makcik...panggil aje mak...ermm Laura dah cerita tadi cakap...Meer Nash pun dah jadi anak yatim piatu kan ? Tak apa...mak tak kisah...kalau Meer Nash nak anggap mak ni macam mak Meer Nash...Mak yang patut berterima kasih dengan Meer Nash...sebab sudi datang rumah mak yang tak seberapa ni...pastu surprise kan mak pulak tu..Birthday tahun ni lah paling best...hahahah.."kata Mak Timah panjang lebar.

" Betul ni makcik...eh mak ? Meer boleh panggil makcik mak ? "soal Meer Nash sedikit sebak.

Mak Timah mengangguk laju. Laura juga sudah tersenyum - senyum di samping Mak Timah.

" Ye boleh..."

" Terima kasih mak..."

Meer Nash tersenyum sendiri. Seketika dia mula meninggalkan ruang dapur lalu naik ke biliknya. Kelihatan Azka dan Pak Mat sudah tidur dan langsung tidak perasan akan ketiadaan dari tadi.

Keesokan paginya, Azka mula beredar ke arah ruang tamu. Alangkah terkejutnya dia melihat Meer Nash sudah bersiap dan menunggu di situ. Eh ? Awal pulak dia bangun ? Tapi...hari ni mana ada shooting ?

" Awal nya kau bangun ? Ke kau tak tidur semalaman ni ? "soal Azka mula mengambil tempat duduk.

" Asal kau lambat sangat bangun hari ni ? " soalan di balas soalan.

Azka tercengang. Digosok belakang lehernya tanda tidak mengerti dengan Meer Nash hari ni.

" Apa kena dengan kau ni Meer ? Kau demam ea ? Hari ni kan cuti...kau siap - siap nak pergi mana ? "

" Aku nak kau call PA owner butik D' Hass Hera..dan bagitahu yang aku terima tawaran diaorang.."kata Meer Nash.

Terbeliak mata Azka jadinya.

" Serious ahh wehh ? Aku tak pekak kan ? Kau betul - betul nak jadi model  butik diaorang kan ni ? " soal Azka tidak percaya.

" Yelah ! Kau jangan tanya banyak kali boleh tak ? So aku nak kau buat appointment dengan owner dia...untuk sign kontrak...hari ni jugak..." kata Meer Nash.

Seperti yang diinginkan oleh Meer Nash, akhirnya appointment telah dibuat. Meer Nash dan Azka sudah sampai di butik D' Hass Hera. Mereka menunggu di ruang khas untuk tetamu. Kelihatannya owner butik tersebut masih dalam perjalanan.

" Aku masih tak habis fikirlah...kenapa kau tetiba nak terima tawaran ni ? "soal Azka separa berbisik.

Meer Nash sibuk duk selak majalah yang tersedia di meja bulat hadapan mereka.

" Hmmm saja..suka hati aku lah nak terima ke tak..." kata Meer Nash.

" Ke ada something ni ? "soal Azka lagi.

" Encik Meer Nash...owner butik dah sampai..." beritahu salah satu pekerja butik itu.

Seketika Meer Nash dan Azka mula bangun dan di bawa ke office pemilik butik. Mereka mula masuk ke dalam office tersebut.

Kelihatan ada seorang wanita sedang duduk di meja kerjanya sambil menyelak beberapa fail.

" Puan...saya dah bawakan Encik Meer dan PA nya..."kata pekerja butik D' Hass Hera yang senang dipanggil Zizi.

Pemilik tersebut mula mendongak memandang ke arah Meer Nash dan Azka.

Meer Nash sudah mula tersenyum sinis. Akhirnya setelah belasan tahun kita bertemu kembali.

Mata Azka juga mula terkebil - kebil. Macam aku pernah tengok lah owner ni...tapi kat mana eh ?

#Huish siapa owner tu sebenarnya ? Hahahha cer comment ! Keep vote and comment 😘💓















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro