Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 17

Beberapa jam kemudian, doktor pun keluar dari ruang kecemasan. Laura dan Azka masing – masing mendapatkan doktor tersebut.

“Doktor macam mana dengan keadaan Meer Nash ?”soal Laura risau. Laura menyoal terlebih dahulu sebelum Azka menyoal.

Azka hanya memandang sisi Laura. Haiii risau semacam aje si Laura ni asal ? Ada apa – apa ke diaorang ni ?

“ Bawak bertenang. Meer Nash baik – baik aje..Cuma demam sedikit…biarkan dia berehat in shaa Allah dia akan sembuh seperti biasa…”terang doktor yang bertugas itu.

Laura menghembus nafas lega.

“Okay dia akan dipindahkan ke wad biasa….kalau demamnya turun dengan cepat… in shaa Allah, esok dia dah boleh discharge..kalau tak ada apa – apa saya minta diri dulu ya…”

“Terima kasih doktor…”ucap Azka.

Setelah doktor beredar, Laura menoleh kea rah Azka.

“ Awak memang betul – betul tak tahu apa – apa ke pasal masalah Meer Nash tinggalkan saya hari tu ?”soal Laura lagi masih tidak berpuas hati.

“ Ye saya tak tahu…serious kali ni memang Meer tak bagitahu saya apa – apa langsung…takkan saya nak tipu awak pulak…”

Laura mendengus. Hm pelik. Benda apa yang berlaku sampaikan dekat Azka pun dia tak berani nak cerita langsung. Sampai sakit macam ni bagai….



Mata yang terpejam hampir beberapa jam, mula dibuka perlahan – lahan. Namun silauan lampu sedikit sebanyak menganggu matanya. Meer Nash memejamkan matanya semula. Seketika dibuka semula, okay kali ni makin stabil. Diurut sedikit kepalanya yang makin berkurangan rasa pening tadi. Aku ada dekat mana ni ?

Meer Nash melirih sekeliling, bila dia baru dapat cam yang dia ada dekat wad. Tetiba dia terpandang akan kepala Laura yang terlentok elok di ruang  lebih di atas katilnya. Wajah tidur Laura yang kelihatan polos itu ditatap Meer Nash.

“ Dia tunggu aku sedar ke ?”monolog hati Meer Nash terharu.

Perasaan sebak mula bertandang. Mata juga mula berkaca. Kenapa ?

Meer Nash tetiba macam tu sebab dia dah lama tak rasa, akan ada seorang makhluk yang namanya perempuan menantikan dia sedar ketika sakit macam ni. Even ibu kandung aku sendiri pun tak pernah ada waktu aku sakit macam ni.

***
Seketika figura Laura bergerak kecil lalu dia juga tersedar dari tidurnya. Maka dengan pantas Meer Nash menghapus air matanya yang belum sempat meleleh tadi. Malu jika dilihat Laura.

“ Eh…awak dah sedar ?”sapa Laura sambil membetulkan tudungnya yang sudah sedikit senget barangkali.

“ Hmm baru aje…”

“ Awak dah okay ? Rasa macam mana ? Sakit kepala lagi ?”

Meer Nash memandang Laura tidak berkelip jadinya. Dia risaukan aku ? Aku tak mimpi kan ? Kalau mimpi aku tak nak bangun dari mimpi ni.

“ Meer Nash ?”soal Laura sambil mengawang – awangkan tangannya di hadapan wajah Meer Nash itu.

“ Hah errr sorry..kau cakap apa tadi ?”

“ Tak, saya tanya awak dah okay ke ? Ke sakit kepala lagi?”

“ Oh aku dah okay…dah tak sakit kepala dah…”

“ Bagus lah…awak nak air ?”

“ Hm boleh jugak….”

Seketika Laura menuangkan air di meja yang terletak berdekatan dengan katil Meer Nash. Meer Nash hanya membisu dan menjadi pemerhati setiap pergerakkan Laura.

“ Doktor cakap tadi…kalau demam awak dah okay…esok awak dah boleh discharge…”kata Laura seraya menghulurkan segelas air kepada Meer Nash.

Meer Nash mengangguk kecil lalu menyambut huluran Laura. Dia meneguk sedikit air itu. Tekak terasa agak lega setelah minum air tersebut. Yelah kering kot tekak Meer Nash sejak pengsan tadi.

“ Boleh saya tanya…kenapa awak tinggalkan saya dekat set hari tu ?”soal Laura straight to the point.

Tersedak Meer Nash dibuatnya. Dia terbatuk kecil jadinya. Dia menoleh memandang ke arah Laura. Jelas sekali Laura menunjukkan riak wajah ingin tahu akan jawapan Meer Nash.

“ Kenapa awak diam ? Ada benda yang berlaku tapi saya tak tahu ke ?”soal Laura lagi.

Meer Nash gugup. Aku nak jawab apa ni ? Cepat lah otak ni berfikir pun ! Asal time – time macam ni kau jadi bodoh tak tahu nak jawab apa Meer Nash ?

“ Kongsi lah dengan saya…jangan pendam sorang – sorang….sampai jatuh sakit macam ni...” kata Laura ikhlas.

“ Aku jadi macam ni sebab kau lah ! Aku sayangkan kau ! Aku cintakan kau Laura !”teriak Meer Nash namun hanya di dalam hati. Arghhh betul – betul pengecut kau kali ni Meer Nash !

Laura masih setia menantikan jawapan dari mulut Meer Nash.

“ Aku..aku….tinggalkan kau hari tu dekat set…sebab….aku saja nak kenakan kau ! Hahahahah”kata Meer Nash bersama dekahan ketawa. Itu saja ayat bodoh yang terlintas di fikirannya saat ini.

Laura tercengang ! Hah ? Apa ? Kenakan aku ? Biar betul Meer Nash ni ?

“ Aku dah lama tak kenakan kau ! So aku sengaja ajak Azka balik awal and tinggalkan kau. Padan muka kau hahahaha….”kata Meer Nash lagu cuba berlakon dan meyakinkan Laura lagi.

“ Habistu yang Azka cakap awak terjun kolam berendam sampai 5 jam tu dah kenapa ? Gila ?”

“ Err tu sebab…aku panas sangat hari tu…alah biarlah aku nak berendam sampai berapa jam pun….aku tak kacau bil air kau pun kan ? Haish…”sudah kembali bebelan seorang Meer Nash. Bingit aje telinga ni dengar !

Laura mengetap bibirnya ! Ish dia ni kan kalau tak menyusahkan orang tak boleh ke ? Buat aku risau aje. Rupa – rupanya nak prank aku je ?

Meer Nash hanya tersenyum mengejek namun disebalik senyuman mengejek itu tersimpan seribu satu makna yang terpendam.

***
Beberapa hari kemudian, semuanya sudah kembali seperti biasa. Meer Nash juga telah kembali stabil emosinya. Dia telah menanam dalam dirinya supaya berusaha melupakan cintanya kepada Laura. Dia tahu Laura takkan pernah suka akan dirinya. Lagi pula, Meer Nash sedar dia juga dah banyak sangat sakitkan hati Laura. Mana mungkin Laura akan jatuh hati padanya kan ?

Meer Nash juga sudah mengetahui hal sebenarnya. Lelaki yang rapat dengan Laura sejak beberapa hari yang lalu bukanlah boyfriend Laura seperti yang ada di fikiran Meer Nash. Yazdan hanyalah kawan rapat Laura aje. Namun tetap dia tahu,yang Yazdan tu ada perasaan dekat Laura. Dia faham sangat pandangan lelaki terhadap perempuan tu macam mana. Cehhh ! Kau tahu pun sebab kau couple kontrak dengan Laura aje.

“ Meer ! Meer !” teriak Azka disegenap ruang tamu rumah Meer Nash.

Meer Nash yang baru turun  dari tingkat atas agak terkejut mendengarkan teriakan Azka itu.

“ Kau dah kenapa bongok ? Balik – balik  jerit kuat – kuat ?”marah Meer Nash.

“ Tak…ni aku ada berita yang sangat mengejutkan..”

“ Berita apa pulak kau ni ?”soal Meer Nash bersama dahi yang berkerut lalu mendekati Azka.

Seketika Azka menunjukkan phonenya kepada Meer Nash.

“ Kau dapat tawaran untuk jadi model salah satu butik top 1 terkenal dekat Kuala Lumpur ni !”kata Azka teruja sambil dia menscroll pesanan ringkas di whatsapp daripada PA owner salah satu butik top 1 yang diceritakan itu.

Meer Nash hanya berlagak biasa. Tak seteruja Azka.

“ Hm nope ! Aku tak nak ! Aku tak berminat dan malas nak jadi model..”cukup ringkas dan padat Meer Nash menolak.

Azka mula mencebik. Ish dia ni ! Tak excited langsung. Ni kalau aku lah dapat tawaran memang awal - awal lagi aku setuju.

Part of Laura.

Laura berguling - guling di atas katil empuknya. Arghh leganya dapat baring ! Seharian hari ni ke hulur hilir, ikut si Meer Nash shopping. Haish dia punya shopping kalah perempuan ! Punya berlambak lah dia beli. Hmm tahu lah kaya pun tapi tak payah lah beli macam mall tu dah nak tutup selamanya.

Tetiba Laura terpandang akan satu bungkusan beg yang diletakkannya di atas meja solek. Seketika Laura bangun lalu menghampiri bungkusan beg tersebut.

Dia mengeluarkan isi bungkusan beg tersebut. Kelihatan ada sebuah kotak jam. Perlahan - perlahan Laura membuka kotak jam tersebut. Terpampang lah sebuah jam tangan berjenama Rolex.

Eh siapa yang bagi ni ?

*Flashback*

Pelbagai jenis jam berjenama tersusun rapi di dalam cermin kaca persis di kedai emas. Sudah dijangka harganya pasti akan mencecah angka 3 . Laura hanya memanjangkan leher melihat si Meer Nash memilih jam tangan baru untuk dibelinya..

Tetiba Laura terpandangkan akan satu jam tangan perempuan yang berjenama Rolex. Laura tertarik dengan jam tangan tersebut. Namun dia tahu, dia bahkan tidak akan dapat memilikinya. Yelah boleh habis gaji aku satu bulan kot ? Habis aku nak bagi duit untuk mak macam mana ?

Tanpa Laura sedar dia diperhati oleh Meer Nash.

" Apa yang kau tengok tu ? Kau nak jam tu ke ? " soal Meer Nash.

" Hah ? Eh tak lah..saja cuci mata....hehe...okay lah awak pilih lah..saya tunggu dekat luar dengan Azka aje lah ya.." kata Laura mula beredar pergi.

Meer Nash hanya melihat figura Laura yang berlalu itu.

Seharian berjalan akhirnya mereka balik juga ke rumah. Meer Nash menghantar Laura balik ke rumah terlebih dahulu. Semasa Laura keluar dari kereta dan mahu melangkah masuk ke perkarangan rumahnya tiba - tiba Meer Nash memanggil.

" Sekejap Laura ! "

Laura menoleh. Eh mamat ni tak balik lagi ke ?

Seketika Meer Nash menapak ke arah Laura bersama satu bungkusan beg.

" Awak kenapa tak balik lagi ? "

" Nah..." hulur Meer Nash.

" Hah ? Apa ni ? "

" Ish kau ni ambil aje lah ! " kata Meer Nash seraya menarik pergelangan tangan Laura yang berlapik untuk menyambut hulurannya itu.

Akhirnya Laura mengambil juga bungkusan beg tersebut. Meer Nash mula berlalu pergi setelah itu.

Buka - buka saja bungkusan beg tu, Laura tak sangka pulak yang Meer Nash akan belikan dia Rolex yang tadi tu. Sumpah tak sangka ! Mahal kot ?

Beberapa minit lepas tu, dia menerima pesanan ringkas dari Meer Nash.

Encik Artist Annoying 🤪

Tu aku hadiahkan untuk kau. Reward untuk kau sebab jaga aku selama ni. Btw aku nk kau pakai setiap kali dtg kerja.

*End Flashback*

Laura tersenyum sendiri. Alahaii pelikn- pelik aje si Meer Nash annoying ni. Baru Laura perasan, semenjak dua menjak ni Meer Nash nampak makin baik. Dia care pasal aku. Kenapa eh ?

Tok ! Tok !

Pintu bilik Laura diketuk. Laura segera meletakkan semula kotak jam tersebut ke dalam bungkusan beg tadi sebelum bergerak membuka pintu biliknya.

Buka - buka saja, macam biasalah muka abangnya si Dhamin aje lah yang muncul.

" Asal ketuk pintu bilik Laura sampai nak roboh ? "

Dhamin memusingkan bebola matanya 360 darjah.

" Apa benda pulak kali ni ? Nak pinjam scooter Laura lagi ke ? "

" Bukan lah...abang just nak ingatkan...esok jangan lupa..birthday mak...."kata Dhamin.

Terlopong Laura seketika lalu dia menepuk dahinya kuat. Macam mana aku boleh lupa esok birthday mak ?!

" Hah lupa lah tu ! Dah - dah jangan duk buat blur lagi...esok Laura siapkan hadiah untuk mak ye...buat lah masak - masak ke apa..belikan hadiah ke apa kalau sempat lah...Esok abang busy sikit...mungkin terlewat balik...so Laura sambut birthday berdua dengan mak dulu ye...okay tu aje abang Dhamin nak ingatkan..." kata Dhamin lalu beredar dari situ.

Laura menutup pintu biliknya lalu tersandar di belakang pintu. Macam mana aku boleh terlupa esok birthday mak ni ? Apa yang aku nak buat sekarang ? Aku nak sediakan hadiah apa untuk birthday mak ni ?

Tiba - tiba mata Laura terarah ke bungkusan beg jam tangan pemberian Meer Nash.

" Hah aku tahu nak buat apa ! "

#Eh ? Si Laura ni nak bagi hadiah jam tu dekat Mak Timah pulak sebagai hadiah birthday ke ? Hahahaha mahu tak menyinga Meer Nash nanti ? Nak tahu apa yang akn jadi ? Stay tuned ye guys. Keep vote and comment okay 😚💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro