Bab 15
Mata ni tak lepas - lepas memandang gadis yang sedang ketawa riang membersihkan halamannya. Sungguh kian hari kian jatuh cinta dibuatnya. Sejak kehadiran gadis itu, dirinya juga kian mengenal apa itu erti kasih sayang. Hmm terlalu lama diri Meer Nash kehilangan perasaan kasih sayang itu.
Tinggal lagi 1 hari aje sebelum tamatnya tempoh bercinta dengan Laura.
" Kau tenung apa tu ? " tegur Azka yang baru muncul di sebelah Meer Nash.
" Hah ? Ermm aku tenung dia..." kata Meer Nash sambil memuncungkan mulutnya ke arah Laura.
Terlopong Azka dibuatnya.
" Kau betul - betul dah jatuh cinta dengan dia kan ? "soal Azka tidak percaya.
Meer Nash tersenyum kecil sendiri.
" Haah.." ringkas saja jawab si Meer Nash.
" Ya Allah..akhirnya..Meer kau suka juga perempuan...aku tak sanggup nak gay dengan kau..." kata Azka selamba.
Meer Nash mengerling tajam ke arah Azka. Eh budak ni aku belasah kejap lagi kang. Even aku tak suka perempuan macam mana pun...tolong sikit ehh aku takkan jadi gay lah ! Nabi tak mengaku umat nanti...Astagfiruallahalazim !
" So kau nak buat apa sekarang ? Tempoh untuk kau bercinta dengan dia hanya tinggal sehari aje lagi tau...tu lah kau ni lain kali buat lah sebulan ke setahun ke lama lah sikit...ni tak seminggu aje ? "bebel Azka.
" Hmm entah lah. Aku kena juga la ikut syarat yang aku buat sendiri. "keluh Meer Nash.
Azka menggeleng kecil.
" Sabar ea bro..."
Meer Nash hanya mengangguk kecil.
Part of Laura.
" Suka ye kamu dengan pokok bunga yang Pak Din tanam ni ? "soal Pak Din yang seronok melihat telatah Laura dari tadi menguruskan pokok bunganya.
" Haah Laura memang suka pokok bunga...dulu Laura selalu tolong mama uruskan pokok bunga dia.."
" Dulu ? Habistu sekarang dah tak tolong ke ? " soal Pak Din aneh.
Laura tersentak dan terdiam seketika.
" Laura ? Kenapa ? Pak Din salah cakap ke ? " soal Pak Din serba salah.
" Hah ? Eh tak bukan macam tu...ermmm ye Pak Din dulu aje..sekarang tak lagi...sebab...mama Laura dah meninggal..." jelas Laura sedikit sebak.
" Oh maaf..Pak Din tak tahu..."
Laura menguntum senyuman manisnya lalu menggeleng.
" Tak apa Pak Din...benda dah lepas....Laura okay aje..."balas Laura bersahaja.
Pak Din membalas senyuman itu. Tabahnya budak ni. Jauh di sudut hati, Pak Din tahu Laura menyimpan segala penderitaan akan kematian mamanya itu.
***
Laura hanya termenung sendiri di luar rumahnya. Dia mengambil tempat di satu kerusi plastik yang diletakkan di luar rumah. Malam itu bintang - bintang kelihatannya berkelipan di langit.
" Hmmm mama, papa...Laura rindu..." luah Laura.
Laura mengawang - awangkan tangannya di langit cuba menggapai bintang - bintang tersebut.
Tetiba tindakannya terhenti apabila telefon bimbitnya berdering. Laura melirih ke arah screen phone. Tertera nama contact " Encik Artist Annoying ".
" Apa mamat ni nak malam - malam macam ni call ? " ngomel Laura sendiri.
Telefon bimbit Laura berhenti berdering buat seketika. Laura hanya memandang kosong ke arah screen telefonnya. Hmmm dah mengalah kot nak call ? Sengaja Laura tak angkat. Entah terasa moodnya tiada malam ni nak layan kerenah si artist annoying tu.
Baru saja nak disimpan semula telefon bimbit tersebut ke dalam poket seluar tetiba berdering semula.
" Ish dia ni kan...." keluh Laura lalu diangkat panggilan tersebut.
" Hello..." kata Meer Nash di hujung talian.
" Hello ! Nak apa call malam - malam ni ?! "hambur Laura.
Meer Nash terdiam di hujung talian. Dia mengetap bibirnya geram. Huish angkat call terus dimakinya aku ?
" Kau ni dah kenapa ? Cakap elok - elok sikit tak boleh ke ? Kau ingat sikit ehh aku ni siapa ? Boyfriend kau tahu..."kata Meer Nash masih bernada baik.
Laura terdiam seketika. Dia mula sedar yang dia dah melampui batas. Hmmmm sumpah dia tak ada mood sekarang ni. Tak tahu kenapa. Nak datang bulan kot ?
" Hmm sorry...ye nak apa ? Waktu bekerja saya dah habis kan ? Jadi kenapa kacau saya malam - malam ni ? " kata Laura lembut tapi dibuat - buat.
" Hah kan bagus cakap macam tu dengan aku...ni tak main tengking aje..sakit telinga aku tahu....ermm tak saja aje aku call kau..."
Terlopong Laura. What ? Saja aje call aku ?!
" Apa ? Saja aje call ? Awak ni dah kenapa ? " balas Laura.
" Aku tengah tengok bintang ni....tetiba teringat dekat kau...tu yang aku call kau...kau mesti tengah tengok bintang juga kan ? Sebab tu lah aku teringat kat kau.."kata Meer Nash tetiba nak romantik - romantik pulak.
" No ! Mana ada saya tengok bintang...buang masa aje....saya tengah on the way nak tidur ni...okay lah bye...saya dah nak tidur....Assalamualaikum ! "kata Laura lalu menutup panggilan Meer Nash itu.
Laura melihat bintang. Terasa seram pulak dengan kelakuan Meer Nash sejak akhir - akhir ni. Sweet semacam sangat. Tetiba Laura baru teringat sesuatu.
" Haah lah...esok kan last day aku couple dengan dia...dan esok juga scene dia untuk yang pengarah bagi tempoh tu....patut lah sweet semacam.." ngomel Laura sendiri.
Part of Meer Nash.
Dia memandang ke arah telefon bimbitnya sendiri. Dia end call aku macam tu aje ? Seketika Meer Nash memandang ke suatu arah.
" Tak tengok bintang ? Buang masa ? Nak on the way tidur kononnya ? Haish..."ngomel Meer Nash sendiri sambil matanya tepat memandang ke arah Laura yang sedang duduk di luar rumah.
Ehh ? Meer Nash ada dekat rumah Laura ? Hahahaha haah. Entah kenapa malam ni dia tak dapat nak lelapkan matanya. Fikirannya juga sedikit terganggu dan asyik teringatkan Laura aje. So dia buat keputusan untuk drive ke rumah Laura tanpa pengetahuan Azka sebab Azka dah tidur. Tak sangka pulak yang Laura kebetulan memang ada di luar rumah. Dari tadi dia asyik duk usya aje si Laura tu. Alahaii angau teruk dah kau ni Meer Nash !
" Laura...kau buat apa dekat aku ni ? Sampai aku asyik terfikirkan aje kau sepanjang masa ? "gumam Meer Nash.
***
Hari ni entah kenapa tetiba Laura rasa agak bosan di set shooting Meer Nash. Hmmm Laura hanya duduk dan memerhatikan beberapa crew yang sibuk melakukan tugas masing - masing.
By the way hari ni kontrak last untuk Laura couple dengan Meer Nash. Lepas ni mesti, Meer Nash akan tengking aku macam biasa kan ? HAHAHAHA. Dah aku bukan girlfriend dia lagi, so back to normal lah kan ?
" Eh Laura kan ? "tegur seseorang.
Laura mendongak ke arah empunya suara.
" Ye saya Laura, kenapa ea ? "
" Oh i nurul...crew dekat sini jugak..."
Nurul ? Erkkk crew dekat sini juga ? Yaka ? Aku tak pernah nampak pulak..
" Oh tak pernah nampak pun sebelum ni ? "beritahu Laura.
" Ehh I crew lama dah cuma i bercuti buat sementara waktu...ni baru masuk balik..."
Laura mengangguk kecil.
" Ohh...macam mana awak tahu nama saya Laura ? "
" I tahu dari crew - crew yang lain.."kata Nurul.
Laura terangguk kecil.
" By the way...I tak sangka pulak ea you boleh jadi PA Meer Nash..."
Dahi Laura berkerut. Apa maksud si Nurul ni ?
" Kenapa awak cakap macam tu ? "
" Yelah...semua orang tahu kan yang attitude dia macam mana...you aje orang kedua yang bertahan selepas Azka....hmm mesti hari - hari kena maki kan ? Hahahaha...lagipun dia tu pengarah ambik pun disebabkan muka dia aje....bakat lakonan pun zero..."kata Nurul sinis.
Eh minah ni ! Ikut sedap mulut dia aje nak cakap macam tu dekat Meer Nash. Memang lah betul apa yang dia cakap pasal attitude si Meer Nash tu tapi orang - orang ni tak tahu sisi baik dia yang dia tak tunjuk...Orang - orang ni tak nampak ke bakat yang dia ada ?
" Sorry ea miss Nurul...awak tak ada hak nak cakap macam tu pasal Meer Nash...biar lah attitude dia macam mana sekalipun...yang nak kena maki pun saya....yang nak bayar gaji saya pun dia...tolong jangan cakap belakang macam ni..." hambur Laura.
Terkejut Nurul di buatnya bila Laura berkata - kata seperti itu. Ingatkan dia Laura style bukan yang menjawab. Tekaannya salah !
" Sudah lah...saya tak ada masa nak berborak dengan orang - orang yang cakap belakang macam ni...orang macam ni lah yang ada attitude buruk sebenarnya..."kata Laura pedas seraya berlalu meninggalkan tempat itu.
Terlopong si Nurul dibuatnya. Hah ambik kena setempek dekat batang hidung sendiri. Nurul mula tidak menyukai akan kehadiran Laura. Dirasakan Laura sudah permalukan dirinya hari ni. Kau tunggu Laura ! Aku akan buat kau menyesal sebab dah back up Meer Nash hari ni..
Laura berjalan di sekitar set tanpa ada arah tuju. Dia masih membahang kemarahan apabila memikirkan soal crew tadi. Hmmm jahat sungguh mengata dekat orang. Kalau crew sebelum ni mengata soal Meer Nash dibelakangnya dia masih boleh terima. Ni tak , datang terus depan muka Laura pastu mengata Meer Nash. Herrrr ! Memang dah melampau lah !
Jalan punya jalan sampai tak tengok depan, Laura akhirnya terlanggar seseorang dah hampir terjatuh ke belakang.
Zappp ! Pergelangan tangan Laura ditarik pantas. Agak kuat menyebabkan Laura di dalam pelukan seseorang itu.
Laura agak tersentak ! Mereka di dalam posisi sebegitu hampir beberapa saat.
Seketika pelukan dilepaskan apabila diri ni terasa sudah melampaui batas.
" Kau okay ? "soal Yazdan. Ye orang itu adalah Yazdan. Dia buat apa dekat sini ?
Laura mendongak memandang Yazdan.
" Kau buat apa dekat sini ? "
Yazdan tersenyum kecil.
" Kerja lah....kau ? "
" Hah ? Errr..saa...maa lah...kerja jugak.." balas Laura.
" Wah sama pulak kita...kau kerja apa dekat sini ? Crew ke ? " soal Yazdan sedangkan dia memang tahu apa pekerjaan Laura selama ini.
" PA....artist Meer Nash...." jawab Laura bangga. Sikit pun tak ada rasa malu untuk mengaku yang dia bekerja untuk Meer Nash.
" Oh..aku pun PA juga...PA...Ruhainies..." beritahu Yazdan selamba.
" Oh...ni lah kerja yang kau rahsia kan sangat tu ? " balas Laura.
"Hahahaha yelah...kau pun rahsiakan juga kan daripada aku ? By the way kau kenapa tadi ? Jalan melulu aje...sampai terlanggar aku..."
Laura terkelu seketika.
" Tak ada apa - apa...." bohong Laura.
Part of Meer Nash.
Jantungnya berdegup laju. Nafasnya juga turun naik jadinya. Tetiba terasa hatinya agak sakit. Macam mana dirinya boleh lupa ? Laura tu milik orang lain. Kenapa bodoh sangat kau ni Meer Nash ? Tak malu ke ?
Kenapa dengan Meer Nash ni ? Kenapa dia asyik salahkan dirinya saja ?
*Flashback*
Meer Nash dengan hati yang berbunga - bunga sedang mengusung sejambak bunga rose. Dia ingin memberikan bunga rose tersebut kepada Laura dan dia juga ingin confess tentang perasaanya kepada Laura. Dia nak couple betul - betul dengan Laura, memandangkan hari ni adalah hari terakhir couple kontrak mereka.
Tertoleh - toleh Meer Nash mencari Laura..
" Mana dia ni ? Tadi macam ada dekat sini...kejapnya hilang ? " ngomel Meer Nash sendiri.
Jalan punya jalan mencari Laura, akhirnya dia melihat benda yang tak sepatutnya. Laura berpelukan dengan seorang lelaki.
Bukkk !
Jatuh sejambak bunga rose di atas lantai yang dipegang oleh Meer Nash tadi. Remuk hati Meer Nash melihat adegan tersebut. Baru dia teringat soal panggilan " Baby " yang digunakan Laura dalam panggilan telefon tempoh hari. Oh macam mana aku boleh lupa ? Mungkin tu lah baby Laura means boyfriend Laura ?
Tidak betah terus berdiri di situ, Meer Nash mula beredar dengan segera. Hatinya sakit melihat semua itu !
*End Flashback*
" Eh Meer kau kat sini rupanya ? Mana Laura ? "soal Azka yang baru muncul.
Mendengarkan nama Laura disebut, hati Meer Nash bertambah sakit jadinya.
" Scene aku dah habis...jom balik ! Tak payah tunggu Laura....dia cakap dia balik sendiri hari ni..." kata Meer Nash senada.
Azka tercengang ! Kenapa dengan Meer Nash ni ? Lain macam aje ? Ada apa - apa yang berlaku ke ?
#Alahai Meer Nash dah salah faham ni. Macam mana ni guys ? Nak tahu apa akan jadi ? Stay tuned okay ! Keep vote and comment please 😍💓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro