Bab 13
" Kau ni dah kenapa ? Berendam dalam kolam macam tu ? Gila ke ? Cemas si Laura dibuatnya..." bebel Azka. Haish dah terkena penyakit si Meer Nash ni ke asyik nak membebel aje kerja dia sekarang.
Meer Nash buat pekak sekejap.
" Hmmm tu la..lain kali awak jangan la tetiba macam tu...ingatkan nak bunuh diri tadi...saya tak nak bersubahat.."kata Laura.
Meer Nash mendongak memandang Laura.
" Ehh tolong sikit ea...kau yang buat aku jatuh dalam kolam tu tadi...Lupa ke ? " balas Meer Nash. Geram pulak dia rasa semua asyik nak tuduh dia..
Glurp ! Laura tertelan liur sendiri.
" Awak yang jatuh kan Meer dalam kolam ? "soal Azka sedikit terkejut.
Laura tersengeh kecil.
" Hmm Azka..tinggalkan aku kejap dengan perempuan ni..."pinta Meer Nash tiba - tiba.
Laura dan Azka saling berpandangan sesama sendiri sebelum mereka berpaling semula ke arah Meer Nash.
" Ke..kenapa ? "soal Laura gugup. Mampus aku dia nak buat apa pulak ?
Meer Nash mengerling dan memberi tanda isyarat menyuruh Azka secepatnya beredar meninggalkan ruang bilik Meer Nash itu.
Azka yang masih termanggu - manggu akhirnya hanya beredar.
Seketika tinggallah berdua Laura dan Meer Nash di dalam bilik tersebut. Laura mengundur beberapa langkah ke belakang menjauhi Meer Nash. Takut kena ngap dengan Meer Nash ke tu ? HAHAHA.
" Aw..ak...nak buat apa ni ? Awa..kk..jangan nak buat bukan - bukan ea...."kata Laura sambil mula mengepal penumbuknya lalu diaju - ajukan ke hadapan.
Meer Nash hanya mendiamkan diri sambil merenung Laura dari birai katilnya.
" Bercinta dengan aku.." kata Meer Nash sekali nafas. Wajahnya juga blushing mengatakan hal sebegitu.
Terbeliak biji mata Laura dibuatnya.
" What ?! "
" Okay lah straight to the point..aku bukannya nak ajak kau bercinta tapi aku nak belajar macam mana caranya rasa bercinta..untuk drama aku...aku memang hebat bawa semua watak kecuali satu...watak bercinta...aku tak boleh...."hambur Meer Nash akhirnya. Dia tak mahu buat Laura salah faham dengan permintaannya yang tiba - tiba ni.
Laura menghembus nafas lega. Gila ke hape tetiba ajak aku bercinta. Hari - hari duk kena maki, bebel apa semua tetiba nak ajak bercinta ? What the fish ?
" Tolong aku boleh ? Aku janji kau tolong aku belajar rasa bercinta tu....aku naikkan gaji kau....kau cakap aje kau nak berapa...aku bayar...."tawar Meer Nash.
Laura mencebik. Hmmm senang aje cakap nak bayar ea ? Tahu lah kaya tapi takkan semua benda nak bayar dengan duit ?
" Ermmm awak ni...pergi la cari orang lain kalau nak belajar rasanya bercinta tu...kenapa saya pulak nak kena ajar ?"bantah Laura.
Meer Nash mengetap bibirnya.
" Masalahnya sekarang ni..kau sorang aje yang boleh tolong aku ! Kau sorang aje perempuan yang ada dalam hidup aku...."kata Meer Nash.
Laura tersentak mendengarkan setiap baris kata - kata Meer Nash. Aku sorang aje perempuan dalam hidup dia ?
" Please ? Aku tak banyak masa dah ni....tuan director bagi tempoh aku seminggu aje...aku tak boleh tunggu jawapan kau lama - lama...aku nak kau jawab sekarang juga....sama ada boleh atau tak kau ajar aku bercinta...ajar rasa macam mana perasaan bercinta tu ? " kata Meer Nash sungguh - sungguh.
Laura mengetap bibirnya. Hmm dia sendiri buntu sama ada boleh atau tak. Lagi pun dia sendiri pun tak pernah bercinta....kalau zaman sekolah pun cinta monyet aje..Mana ada cinta yang betul - betul sangat ni..
****
Sekejap bergolek ke kiri dan sekejap bergolek ke kanan jadinya Laura malam ni. Alahai tak dapat nak tidur terus. Hmmm asyik terbayangkan Meer Nash kenapa eh ?
Hahahaha mana tak nya, lepas aje Laura setuju nak bercinta dengan Meer Nash even hanya untuk lakonan saja, Meer Nash jadi lain macam. Dia dah mula tak kasar - kasar sangat. Dah tu try hard juga lah nampak dia cuba buat sweet even tak jadi - jadi pun.
Layankan aje lah. Seminggu aje pun. Lagi pun gaji naik lagi. Boleh lah aku tolong mak kan ? Settle kan duit sewa rumah apa semua.
" Hmmm dia ni kan lawak jugak lah...harap aje muka handsome, ada kerjaya, hidup mewah tapi sayang nak bercinta pun tak tahu...Habis selama ni dia tak cintakan sesiapa ke ? Mama papa dia pun ? " monolog Laura sendiri.
Tetiba Laura teringatkan kejadian petang tadi. Hahahaha disebabkan nak tunjuk sweet punya pasal, sanggup dho teman aku balik. Aku bawa scooter, dia pula drive kereta ikut belakang. Hahahaha.
Cermin kereta diturunkan sedikit. Kaca mata hitam dibuka perlahan. Meer Nash mengerling ke arah Laura.
" Masuk dalam...ermmm...start esok kau tak payah naik scooter kau tu lagi...Azka yang akan jemput kau..."kata Meer Nash mendatar.
Laura mengangguk kecil.
" Dah..cepat..masuk sana...ermm ta..ke..care.." kata Meer Nash sepantas kilat menaikkan cermin keretanya semula.
Laura hanya menahan tawa. Hahaha ingat sweet lah tu cakap take care ? Aiceyhh macam acah - acah boyfriend yang care pasal girlfriend dia lah ni ?
Laura memeluk bantal busuknya.
" Tak apa lah...tolong aje lah dia...kesian juga kalau tak tolong enn ? "gumam Laura.
Part of Meer Nash.
" Ya Allah benda bodoh apa lah aku tengah buat sekarang ? Hmm disebabkan drama baru ni aje aku nak kena bercinta dengan perempuan tu ? Haish kalau aku tak menang award untuk 2 tahun lagi , memang nak kena director dengan aku...aku dah korban macam - macam kot..."
Tetiba Meer Nash teringatkan detik - detik dia bersama Laura sebelum ni. Dia mula menflashback satu demi satu dari hari pertama dia berjumpa dengan Laura.
" Tapi...tak tahu kenapa walaupun perempuan tu banyak kali sakitkan hati aku....buat masalah dengan aku...aku tetap masih boleh bersabar dengan dia..." gumam Meer Nash.
" Amboi termenung jauh...dah angau ke kau ni ? "tegur Azka yang muncul bersama dua mug di tangan.
Meer Nash mengerling sedikit.
" Banyaklah kau angau..." balas Meer Nash.
" Hahahah...good job wehh..akhirnya kau ikut juga cakap aku ea ? Amacam ? Best ? First day bercinta ? " kata Azka teruja.
Meer Nash mencebik.
" Aku bukan saja - saja nak bercinta okay..."
" Eleh...apa salahnya kalau bercinta betul - betul pun ? Laura tu okay apa ? Cantik...comel...baik....brutal...hahahah "
" Kau tak payah lah nak puji melambung sangat..nanti kang tu hah si Laura kat rumah dia tu...kembang macam belon pulak..."kata Meer Nash.
" Opss sorry...i smell something fishy...boyfriend Laura jelous lah aku puji girlfriend dia..." usik Azka.
" Ish kau ni kan ! Memang nak kena dengan aku malam ni..."kata Meer Nash mula menepuk kuat belakang Azka.
Azka pantas melarikan diri.
***
" Awak kena hafal skrip ni dan fahamkan...baru ada feel dalam watak tu..."jelas Laura.
Meer Nash hanya menongkat dagu sambil mendongak melihat Laura berceloteh seorang diri. Dalam tidak sedar dia suka pulak tengok Laura membebel macam ni. Comel !
" Awak dengar tak saya apa cakap ni Meer ? "soal Laura akhirnya apabila dia menyedari bahawa Meer Nash hanya mendongak melihat dia.
Meer Nash masih sama memandang ke arah Laura tidak berkutik.
" Helo ?! Meer ! Awak dengar tak ni ? " teriak Laura sambil mengetuk meja kuat.
" Ye sayang ! " kata Meer Nash terlepas disebabkan terkejut.
Laura sedikit tersentak ! Wehhh dia panggil aku " SAYANG ? ". Blushing terus pipi Laura dibuatnya.
" Errr...boleh kita start berlatih sekarang tak ? Aku dah hafal dah skrip tu...kau tolong part pelakon perempuan tu kejap..." kata Meer Nash menukar topik.
Laura mengangguk laju.
Meer Nash mula bangun dari duduknya dan bergerak mendekati Laura. Dia berhadapan dengan Laura. Dia memandang dalam - dalam ke wajah Laura.
Gugup pulak jadinya Laura apabila direnung sebegitu.
Seketika Meer Nash memejamkan matanya lalu menarik sedikit nafas. Setelah membuka mata, dia mula ada di dalam dunia ceritanya.
" Saya minta maaf...saya tahu saya bukan yang terbaik untuk awak....tapi tolong saya nak kita mulakan semula hubungan kita..." ucap Meer Nash.
" Hmm...no Fiq..Saya dah tak boleh nak teruskan hubungan kita ni...kita tak setaraf....Awak kena tahu kedudukan diri awak yang sebenar..." jawab Laura. Dia juga ada menghafal sedikit dialog.
" Tapi saya sayangkan awak..tolong jangan disebabkan darjat..cinta kita terhalang.."kata Meer Nash penuh perasaan. Dia sudah mula sepenuhnya masuk di dalam watak. Nampaknya dia sudah mula hampir berjaya membawa watak drama barunya.
Laura terkedu dengan kata - kata yang dilontarkan oleh Meer Nash itu. Kelihatan sungguh ikhlas sekali pada wajah Meer Nash yang meluahkan kata - kata itu.
" Please ? Kita mulakan semula hubungan kita....I'm really love you...saya tak kisah pasal darjat atau status kita sekalipun..." sambung Meer Nash lagi setelah Laura tidak menjawab.
" Cut ! "
Meer Nash tersentak. Habis dia tersedar dari karakternya terus.
" Hah tu kau dah pandai dah pun bawa watak drama baru tu...goodjob Meer Nash.."puji Azka yang menganggu lakonan mereka tadi.
Meer Nash melirih sebentar ke arah Laura sebelum berpaling ke arah Azka.
" Ish kau ni kan....kacau aku aje ! Aku baru aje dapat feel..sesuka hati kau aje cut ? "bebel Meer Nash.
" Oh yaka ? Erkkk....sorry la bro....aku tak tahu kau dah in character..."
Pap ! Pap !
Tetiba kedengaran bunyi tepukan diberikan. Azka dan Meer Nash memandang ke arah bunyi tepukan itu.
" Saya tahu awak boleh punya lah belakon untuk watak ni..."kata Laura teruja sambil menghadiahkan senyuman yang lebar lagi manis hahahaha.
Glurp ! Meer Nash telan liur melihatkan senyuman Laura itu. Comel ! Mata Meer Nash tidak berkedip jadinya.
" Amboii Meer...kau tenung Laura apa sampai macam tu sekali ? "usik Azka.
Terus tersedar Meer Nash jadinya. Dia mengawal riak mukanya. Terasa bahang juga wajahnya menahan malu. Tak guna punya Azka ! Dia memang suka malukan aku betul lah....
****
Kepingan - kepingan gambar Meer Nash disusun atur pada sebuah papan kenyataan yang agak besar. Setiap gambar Meer Nash di tempat shooting terlihat pada papan kenyataan tersebut. Jelas sekali Meer Nash selama ini diperhatikan dan digambarkan.
Seketika tangan ligat menyelak setiap helaian surat khabar yang terisi dengan berita artist Meer Nash. Terpapar setiap catatan berita mengenai kemenangan Meer Nash untuk beberapa tahun ini.
Seseorang itu tersenyum sinis sendiri.
" Enjoy dulu kepopularan kau yang sekarang...sebab tak lama lagi...dunia kau akan bercelaru...."monolog seseorang itu.
Perasaan bencinya terhadap artist Meer Nash makin membuak - buak. Sudah lama dia hanya pendam dan simpan dalam hati. Hanya tunggu masa saja semua itu dilepaskan. Sudah lama dia mendiamkan diri dan memandang dari jauh saja kejayaan Meer Nash. Dia takkan pernah puas selagi dia tak jatuhkan Meer Nash !
#Alahaii ramai sungguh haters si Meer Nash ni kan ? Hmmm siapa ea ? Nak tahu ? Stay tuned ! Keep vote and comment guys 😘💖
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro