Bab 12
" Bercinta dengan aku please ? "
" Hah ? "tercengang Laura dibuatnya.
" Ye bercinta dengan aku please ! Aku perlukan kau untuk bercinta dengan aku..."kata Meer Nash mendesak.
Pap ! Terhapus terus bayangan Meer Nash itu dek kerana tepukan tangan Azka.
" Oh no ! Bukan macam tu kalau nak ajak orang bercinta...haish kau ni..." kata Azka.
Meer Nash menongkat dagunya.
" Habis tu ? Aku nak cakap macam mana lagi ? Ishh aku tak reti lah nak mengayat - ayat ni..."
Azka menggeleng.
" Haish kau ni...takkan nak bercinta pun aku nak kena sediakan skrip pulak untuk kau hafal ? Orang kalau nak feel bercinta tu..ni hah dari hati..."kata Azka seraya menyentuh dadanya sendiri.
Meer Nash terdiam seketika. Dia mula menyentuh dadanya. Nak bercinta kena dari hati ?
" Hm dah lah aku nak naik mandi kejap. Kau fikir - fikir lah sendiri ye..ingat tuan pengarah cuma bagi tempoh kau seminggu aje..."kata Azka sambil menepuk - nepuk bahu Meer Nash seraya berlalu.
Meer Nash ternganga sendiri. Adehh tuan pengarah pun satu. Asal bagi tempoh seminggu aje ? Habis kau nak sebulan ? Dah sebulan lebih kot kau postpone dia punya drama.
Part of Laura.
Sepanjang perjalanan dari rumahnya, dia seakan rasa ada yang mengikuti dia dalam diam. Laura sudah masuk ke dalam kawasan taman perumahan Meer Nash namun dia masih tidak terus menuju ke rumah Meer Nash. Takut - takut ada yang mengikuti nanti.
Hampir beberapa minit juga lah dia berpusing - pusing dengan scooter pinknya di sekitar kawasan taman perumahan Meer Nash. Orang yang mengikuti Laura itu masih mengikuti dirinya.
" Hmm macam mana ni ? Aku nak buat apa ? Dah ada paparazi atau mamarazi yang tahu aku bekerja dengan Meer Nash ke ?" desis hati Laura gelisah.
Tetiba telefon bimbit Laura berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.
Laura pantas menjawab panggilan tersebut sambil membonceng scooternya dengan sebelah tangan.
" Hello ? "
****
" Ish mana minah ni tak sampai - sampai lagi ? " bebel Meer Nash sendiri sambil ditekap iphonenya pada telinga berkali - kali.
" Kau call siapa tu ? "soal Azka yang baru munculkan diri semula.
" Laura lah...tak sampai - sampai lagi dia sekarang. Aku call pun tak berjawab..."
" Oh..dia on the way kot ? Jalan jem maybe ? "simpul Azka.
" Jalan jem ? Hey....dia naik scooter aje kot. Boleh menyelit lah.." nafi Meer Nash. Ada saja jawapan dari mulutnya nak membantah.
Azka menggeleng.
" Kau ni pun rileks lah...yang gelabah dia lambat tu asal ? Care pulak kau dekat dia eh ? "usik Azka..
" Merepek lah kau. Aku tak care pun lah pasal dia..." kata Meer Nash berlagak..
" Sorry lambat ! "muncul Laura tetiba entah dari mana di antara Azka dan Meer Nash.
" Oii mak kau comel ! "melatah Azka sampai terlompat kecil.
Meer Nash pulak menoleh terpinga ke arah Laura.
" Asal kau lambat ? "soal Meer Nash.
" Hah errrr..."
FLASHBACK.
" Hello ? " akhirnya Laura memberhentikan scooternya di bawah satu pokok. Tak selamat pulak nak on call sambil bawa scooter.
" Laura tipu abang enn ? "
" Hah ? " Laura tercengang mendengar soalan itu dari hujung talian.
" Sampai bila nak pusing - pusing aje ? Tak jumpa - jumpa lagi rumah si artist tu ? "
Laura tersentak ! Dia melihat sekelilingnya. What ?
Kelihatan tidak jauh darinya, abang Dhamin di dalam sebuah kereta.
" Oh abang lah yang duk follow Laura dari tadi ? "
" Ermm...bukan follow just nak pastikan aje yang betul ke adik abang Dhamin ni PA artist..."kata Dhamin bersama ketawa kecil mengejek.
Tak guna punya abang Dhamin ! Penat aku pusing satu taman ni. Buang masa betul ! Arghhh aku ingatkan paparazi atau mamarazi mana tadi, rupanya abangrazi aku sendiri ?!
" Abang Dhamin !! Pergi balik ! Jangan kacau Laura nak kerja !! " teriak Laura di corong telefonnya.
ENDFLASHBACK.
" Apa yang kau nganga lagi ? Aku tanya kan kenapa lambat ? "kata Meer Nash sudah mula meninggikan suaranya.
Azka pantas mencuit Meer Nash.
" Jangan lah cakap kasar macam tu dengan dia....cakap elok - elok...ish kau ni...cakap nak bercinta..ni macam apa lagi...orang kena la ambik hati sikit..." bisik Azka.
" Hmm sorry lah...tadi....tadi...ada wartawan yang follow saya...jadi saya tak boleh nak terus ke rumah awak...hmmm saya pusing satu taman dulu..sampai lah diaorang dah tak ikut lagi..."bohong Laura. Hahaha akal abangnya sendiri yang buat masalah.
" Tengok kau lah ni....dia sampai pusing - pusing taman dulu...sebab tu lambat...."kata Azka sambung belakang.
Meer Nash mengerling Azka. Ish mamat ni tak payah la sambung apa yang dia dah cakap...
" Hmmm dah la...aku lapar...jom makan...."ajak Meer Nash mengubah topik seraya berlalu.
***
Laura membantu Pak Din menguruskan kawasan halaman rumah Meer Nash. Best juga buat aktiviti macam ni hari ni. Maklumlah hari ni si Meer Nash tu tak ada shooting, so daripada Laura nganga tengok Meer Nash tu bebel tak tentu pasal lebih baik dia tolong Pak Din kan ?
" Pak Din..dah lama ke kerja dengan Meer Nash ? " soal Laura sambil tangannya giat mengunting daun - daun kering.
" Haah dah lama dah Laura...nak dekat 4 tahun juga..."kata Pak Din.
Laura mengangguk kecil.
" Ermm..Tuan Meer tu tak ada family ke ? Mama papa dia mana ? " soal Laura selamba.
Pak Din sedikit tersentak. Lama Pak Din mendiamkan diri.
" Errrr kenapa Pak Din ? Saya salah tanya ke ? "
" Ehh bukan macam tu...hmmm pasal family Tuan Meer...maaf lah Pak Din tak dapat nak cerita lebih - lebih...kalau Laura nak tahu, Laura kena dengar sendiri dari mulut Tuan Meer...tapi setahu Pak Din...Azka lah family Tuan Meer...sebab diaorang tu sepupu.."kata Pak Din.
" Ohh Azka sepupu Meer Nash..." gumam Laura. Hmmm tapi memang penuh tanda tanya sekarang ni sebab dah nak dekat berapa bulan Laura kerja dengan Meer Nash tapi satu gambar family Meer Nash tak ada yang bergantung pun dalam rumah besar ni.
Beberapa minit selepas itu, Laura meminta diri seketika untuk mencari Meer Nash. Nak tengok mamat tu tengah buat apa ? Kang kena maki pulak kalau tak ambik tahu langsung enn ? Nanti jelous pulak kalau aku asyik berdua dengan Pak Din aje ? Kejap lagi mesti dia cakap...
" Kau tu PA siapa ? Pak Din ke aku ? "monolog Laura acah - acah buat gimik Meer Nash.
Laura mencari figura Meer Nash di setiap tempat, akhirnya dia terjumpa Meer Nash dekat kawasan kolam. Kelihatannya Meer Nash sedang menghafal skrip. Dia duk bercakap sorang - sorang. Macam orang gila ! Aipp tak baik kau mengumpat boss kau sendiri Laura.
Laura hanya mengintai Meer Nash tidak jauh. Dia tidak mahu langsung mendekati Meer Nash. Saja nak tengok dari sini dulu.
" Saya minta maaf...saya tahu saya bukan yang terbaik untuk awak....tapi tolong saya nak kita mulakan semula hubungan kita..."monolog Meer Nash menghayati skrip.
Laura diam. Dia terpegun dengan ucapan dan emosi yang dipamerkan oleh Meer Nash itu.
" Saya..saya..erhhh saya....arghhh susahnya..." keluh Meer Nash akhirnya. Dia menghempas skripnya di atas lantai. Hampir saja masuk ke dalam kolam.
Meer Nash menyerabutkan rambut hadapannya.
Lohh ? Dia tak boleh nak menghayati rupanya. Aku ingatkan perfect sangat lah tadi ? Satu rangkap aje pun yang okay ? Lainya ke laut.
Kelihatan Meer Nash bercekak pinggang sambil menghadap kolam renangnya. Mencari sedikit ketenangan mungkin ?
Laura akhirnya mula ingin mendekati Meer Nash..
" Awak..."panggil Laura sambil mula melangkah ke hadapan.
Meer Nash menoleh bila ada yang memanggil dirinya.
Tidak tahu bagaimana pula apabila Laura dah mula dekat dengan Meer Nash, dia terpijak skrip dekat atas lantai yang dilempar Meer Nash tadi, Laura tergelincir sedikit lalu tertolak Meer Nash di hadapannya.
Bushhhhh !
Meer Nash selamat terjatuh ke dalam kolam seorang diri. Hahahaha mati lah nak !
Laura tersentak ! Aduhh makk ! Mati aku !
Meer Nash sedikit terkapai - kapai sementara ingin mencari langkah untuk stabil di dalam kolam tersebut. Tak payah kata apa lah habis dirinya basah saat ini. Haish ada saja nasib malang yang Laura nak buat dekat dia kan ?
Laura mengetap bibirnya sambil merapatkan kedua tapak tangan dan digosoknya. Memohon maaf kepada Meer Nash.
Meer Nash sudah memandang tajam ke arah Laura. Boleh tembus wajah Laura dibuatnya.
" Kau ni asal ea ? " soal Meer Nash mendatar sambil berdiri tegak di dalam kolam. Air kolam diparas bidang dadanya.
" Ermmm....sorry lah...saya tak sengaja..."kata Laura di atas.
" Sorry...sorry...tu aje lah kan yang kau pandai cakap..."kata Meer Nash. Suaranya kini hanya mendatar, tak ada tanda - tanda nak menengking.
" Ermmm yelah..dah saya buat salah...takkan tak minta maaf pulak kan ? " balas Laura. Ada aje dia nak menjawab enn ?
Meer Nash menghembus nafas lelah. Hmm petang - petang panas macam ni memang ngam kan masuk dalam kolam.
Tanpa berkata apa - apa lagi, Meer Nash terus menrendamkan dirinya masuk ke dalam air. Dia tenggelam.
Laura tercengang. Wehh dah kenapa dia lagi masuk dalam air tu ? Nak bunuh diri ke ?
#Hahahah macam perangai kan ? Keep vote and comment guys ! 🥰💖
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro