Bab 11
Berdebar - debar Laura jadinya. Fuhhhh macam mana lah penerimaan crew - crew dan orang - orang dekat tempat shooting tu eh ? Semua sombong - sombong ke atau peramah aje ? Macam - macam benda tengah berlegar di fikirannya saat ini.
" Kau kenapa ? "soal Meer Nash di sebelahnya.
Laura menoleh. Jelas sekali wajahnya menunjukkan yang dia gugup.
" Asal kau macam nervous semacam aje ni ? "
" Errr...saya..saya...takut lah..."
" Apa yang kau nak takutkan ? Pergi set shooting aje...chill lah..."kata Meer Nash selamba.
Yelah memang lah set shooting aje bagi Meer Nash tapi bagi Laura tempat yang agak baru untuk Laura.
" Alahh..orang - orang kat set tu bukannya nak makan kau pun...lagipun diaorang tak ada masa nak tengok kau pun...semuanya akan tertumpu dekat aku sorang aje.." kata Meer Nash berlagak.
Punya duk berborak, sedar - sedar aje mereka sudah sampai di set shooting. Meer Nash hanya keluar dari kereta dengan lagak biasa saja. Laura pulak yang terkulat - kulat berjalan dekat belakang. Meer Nash sedikit pun tidak endahkan Laura.
Orang - orang atau crew - crew di situ sudah mula memanjangkan leher melihat ke arah Laura. Ada juga yang sedang berbisik sesama sendiri. Yelah masing - masing mesti pelik tetiba ada seorang gadis yang keluar sama - sama dengan Meer Nash. Ni kalau wartawan tengok ni, sah - sah dah keluar macam - macam berita tak sepatutnya !
" Awak jangan takut...nanti saya kenalkan awak dekat semua orang eh...sekarang awak ikut aje saya.."kata Azka cuba menenangkan Laura.
Laura mula menyelesakan dirinya. Dia menarik nafas kecil lalu dihembuskannya perlahan. Rileks Laura..Kau mesti boleh hadap semua ni. Chill.
" Okay cut ! Take two ! " teriak pengarah.
Laura hanya terpegun dan excited gila melihat beberapa artist termasuk Meer Nash berlakon secara real di hadapan matanya.
Macam ni rupanya diaorang berlakon. Sumpah best gila ! Laura juga agak terpegun dengan bakat lakonan Meer Nash. Sumpah bila Meer Nash dalam karakter dia, dia nampak macam lain sangat. Bukan Meer Nash di dunia nyata.
Memang lakonannya adalah yang terbaik setakat ini. Patut lah mak suka sangat tengok dia berlakon. Mak..Laura tengah tengok pelakon kesukaan mak berlakon sekarang ni.
Part of Meer Nash.
" Cut ! "arah pengarah.
Kelihatannya Meer Nash mengeluh.
" Kamu boleh tak menghayati sikit karakter jadi teman lelaki tu. Saya tak dapat rasa lah ! "teriak pengarah.
Meer Nash mengetap bibir. Dia menggenggam erat penumbuknya juga. Hmm watak macam ni lah yang paling susah buat dirinya selama dia berlakon. Dia paling tak boleh bawa watak sebagai kekasih. Dia tak ada rasa. Dia tak tahu bagaimana rasanya jadi seorang teman lelaki.
" Okay take five ! " arah pengarah lagi.
Semua mula bersurai seketika. Meer Nash mula melangkah lemah. Hari pertama dia masuk set shooting balik tapi lakonannya tidak menjadi.
Meer Nash mengambil tempat duduknya. Dia tersandar lelah. Dikuak rambut hadapannya ke belakang sedikit. Dia menghembus nafas berat.
Tetiba ada seseorang yang menghulurkan botol air mineral kepada Meer Nash. Meer Nash memandang botol air tersebut tanpa melihat si gerangan yang memberinya.
" Lakonan awak hebat juga tadi ea ? "kata Laura.
Meer Nash akhirnya mencapai botol air tersebut. Dia mendongak memandang Laura sedikit yang sedang berdiri di hadapannya.
" Kau perli aku ke apa hah ? "balas Meer Nash sinis.
Laura mengerutkan dahinya.
" Ehh saya cakap benda betul lah ni. Apa pulak perli..."
" Hmm ok what ever..."kata Meer Nash seraya membuka penutup botol air lalu diteguknya rakus.
***
Hmmm scene Meer Nash akhirnya tamat juga hari ni pada pukul 6 petang. Pehhh cuti lama sangat sampai buat Meer Nash rasa penat sangat hari ni.
" Terima kasih semuanya ! Jumpa esok.."kata ketua crew.
Meer Nash hanya memerhati namun tidak menyahut. Biasa lah dia berlagak tak habis. Hmm scene menjadi teman lelaki di postpone oleh pengarah. Pengarah bagi masa seminggu dekat Meer Nash supaya in character. Meer Nash serabut kepala. Tak tahu dia nak belajar dari siapa in character sebagai teman lelaki tu. Takkan aku nak upah orang untuk bercinta dengan aku pulak ?
" Kau okay ke Meer ? "soal Azka sambil memandang patulan cermin sisi hadapan.
Kelihatannya Meer Nash hanya mendiamkan diri sejak dari tadi.
" Ermmm aku faham perasaan kau hari ni..kau tak boleh nak bawa character tu..but its okay...kau mesti boleh punya nanti..."nasihat Azka.
Meer Nash menghembus nafas berat lagi kali ni. Entah berapa kali dia mengeluh pun tak tahu lah..
" Ermm apa kata kau try bercinta ? Mana nak tahu character tu dapat ke ? "cadang Azka tetiba.
Meer Nash pantas memandang pandangan Azka kembali melalui cermin sisi hadapan itu.
" Bercinta ? Aku nak bercinta dengan siapa ?"soal Meer Nash akhirnya.
Bukk !
Meer Nash tersentak ! Terasa bahunya berat tiba - tiba. Dia menoleh sedikit.
Sesedap rasa aje, Laura tertidur lalu melentok kepalanya di bahu Meer Nash. Hahaha orang lain yang berlakon tengah panas hari ni, orang lain yang penat macam dengan apa lagi sampai tertidur.
" Kau...try la bercinta dengan perempuan sebelah kau tu.."kata Azka menjawab soalan Meer Nash yang tadi.
" Hah ?! "teriak Meer Nash terkejut kuat.
Terbangun terus Laura jadinya.
" Apa ? Apa ? Kenapa ? Apa yang berlaku ? "soal Laura spontan terkejut dan terjaga dari tidurnya apabila terdengarkan teriakan Meer Nash itu.
Meer Nash mengerling tajam.
" Sedap kau aje tidur atas bahu aku ea ? "kata Meer Nash.
Laura tercengang.
" Mana lah saya sedar..."
Meer Nash mencebik.
***
Agak penat juga hari ni hampir separuh hari di set shooting. Pengalaman pertama Laura di set shooting agak mencabar dan menarik juga lah. Macam - macam dia nampak dalam bidang lakonan ni.
Tetiba dia teringat kata - kata beberapa crew soal Meer Nash.
" Hmmm Meer Nash tu...harapkan muka aje handsome tapi kalau bab nak in character jadi teman lelaki or scene pasangan kekasih memang fail lah ! Menyusahkan orang betul nak buat repeat action banyak kali.."
Laura menggeleng.
" Hmmm tak semua orang tu perfect...mesti dia ada kekurangan juga even dia sehebat mana pun..." gumam Laura sendiri.
Walaupun Laura banyak bergaduh dengan Meer Nash tapi dia tahu, ada sisi baik , kuat usaha dalam diri dia yang tak semua orang nampak.
Seketika Laura mengambil phonenya lalu dicari aplikasi instagram lalu dibukanya.
Nama Meer Nash ditaip.
Laura mula stalk instagram Meer Nash. Dilihatnya ada satu post gambar Meer Nash ootd hari ni. Tersengeh sendiri Laura. Bangga juga dia rasa sebab gambar yang dipost Meer Nash tu dia yang tolong ambilkan tadi.
" Berdiri lah elok - elok. Kenapa nampak macam patung cendana sangat ?"tegur Laura.
Meer Nash menjeling !
" Cepat lah ambil gambar aku elok - elok.."balas Meer Nash.
" Yelah..cepat lah berdiri tu betul sikit...buat lah gaya sikit..ni kaku aje.."kata Laura selamba. Sikit pun dia tak takut dengan Meer Nash. Dia aje lah satu - satunya manusia yang berani lawan Meer Nash.
Akhirnya Meer Nash hanya akur demi mendapatkan ootd yang cantik hahaha.
Tok ! Tok ! Tok !
Pintu bilik Laura diketuk kasar mematikan lamunan Laura. Ish kacau betul lah orang nak flashback aje pun..
Laura membuka pintu biliknya cepat - cepat. Silap hari bulan boleh lekang kot pintu bilik aku.
Buka - buka aje pintu. Terpampang wajah abang Dhamin yang agak serious.
" Nak apa ? "soal Laura.
Dhamin hanya merenung Laura serious. Belum sempat Dhamin nak buka mulut,tetiba Laura mencelah.
" Oh mesti nak pinjam motor lagi kan ? Hah jap...nah..."kata Laura seraya menghulurkan kunci motornya.
Dhamin hanya memandang kosong ke arah huluran Laura itu.
" Kenapa tak ambil ? "
" Bukan kunci motor yang abang Dhamin nak..."kata Dhamin mendatar.
" So ? "
" Abang just nak kepastian..."
" Kepastian apa pulak ni ? "
" Betul ke Laura dah berhenti kerja dari jadi penghantar food panda ? Habis selama ni Laura keluar pergi kerja...Laura kerja mana ? Kenapa tak bagitahu langsung dekat abang ? " bebel Dhamin.
Glurp ! Alamak ! Macam mana abang Dhamin boleh tahu ni ? Siapa pulak yang kantoi kan ?
" Errr ...jap ! Macam mana abang Dhamin tahu ni ? Siapa yang bagitahu abang ? "soal Laura gugup.
Dhamin memandang tajam ke arah Laura..
" Explain to me now ! "
Berguling - guling Dhamin dibuatnya bila mendengarkan penjelasan daripada Laura. Dia macam tak percaya aje adiknya kini telah menjadi PA kepada artist. Hahahah gila nak percaya ? Perangai macam adik dia ni nak jadi PA artist ? What the fish !
" Eeee ni lah yang malas nak cerita dekat abang Dhamin...mesti abang takkan percaya punya lah....benci betul lah.."kata Laura sambil tangan mencubit lengan Dhamin.
" Tak lah Laura punya pekerjaan tu macam tak kena aje dengan Laura...Hahahaha..."balas Dhamin bersama ketawa yang masih bersisa.
Laura mengetap bibirnya.
" Ish biar lah....sudah lah terpulang abang nak percaya ke tak..jangan sampai suatu hari nanti adik abang ni dah famous...time tu jangan sibuk - sibuk nak tumpang famous sekali ea.."kata Laura.
Dhamin masih ketawa kuat. Dianggap Laura masih buat lawak.
" Tapi kan...macam mana abang boleh tahu Laura dah tak kerja food panda dah ?"
Dhamin terdiam seketika. Ketawanya juga terhenti akhirnya.
" Ermm...Laura lupa ke ? "
" Lupa apa pulak ? "
" Abang ada kawan juga kan yang kerja food panda...kawan abang lah yang bagitahu.." kata Dhamin.
" Oh ya ehh ? Laura tak perasan pun.."
" Laura memang pun. Kalau dah kerjs bukan tengok kiri kanan dah..."kata Dhamin lalu menolak kecil pipi adiknya itu.
Laura mengerutkan dahi apabila dibuat sebegitu.
" Hmm tak apa lah...tak kisah la Laura kerja apa pun...yang penting jaga diri ea...jangan buat bukan - bukan yang boleh bahayakan diri sendiri....abang takkan dapatkan maafkan diri abang andai jadi apa - apa dekat adik abang satu - satunya ni..."ucap Dhamin tetiba serious. Dia mengusap rambut panjang Laura seketika.
Laura pulak yang terdiam. Jarang dia nak tengok abang Dhaminnya berkata serious seperti ini.
Laura mengangguk kecil.
" Abang jangan lah risau...Laura dah besar dan Laura pandai jaga diri..."
Dhamin menggeleng kecil.
" Sampai bila - bila pun, Laura tetap adik kecil pada abang..."
#Siapa rasa Meer Nash patut try bercinta dengan Laura ? Cer komen tengok ! Heee keep vote and comment. 💓😍
#Hari ni sis belanja 2 bab dlm msa satu hari. Enjoy guys !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro