Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10

Pejam celik pejam celik, Laura dah bekerja dengan Meer Nash hampir 1 bulan lebih dah. Bertahan juga ehh Laura ni bekerja dengan si Meer Nash yang annoying tu ? Alahh setakat nak hadap si artist annoying tu, ni Laura lah. Dah beribu orang dia hadap masa kerja  food panda dulu. Malah ada yang lebih teruk lagi.

Selama bekerja dengan Meer Nash 1 bulan lebih ni, Laura dah mula faham rutin harian Meer Nash.

Dia  juga sudah mula cekap mengatur jadual Meer Nash. Cepat betul Laura belajar kan? Tangan Meer Nash juga sudah mula membaik. Lagi seminggu dia dah boleh buka balutan tangannya.

Lagi seminggu juga Laura akan berhadapan dengan dunia baru. Dunia apa ? Dunia di set pengambaran lah. Meer Nash dah berehat hampir 2 bulan juga lah. Dia dah nak kembali berlakon semula.

“ Minggu depan awak ada appointment dengan doktor untuk buka balutan tangan awak…”jelas Laura sambil melihat catatan di dalam buku kecil yang dibawa ke mana – mana saja sejak dari 1 bulan lebih yang lalu.

Meer Nash hanya leka menonton televisyen. Apa yang dicakapkan oleh Laura itu macam masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri aje.

“ Awak dengar tak ni apa yang saya cakap ? Nanti terlupa lah apa lah…baru nak gelabah…”balas Laura lagi. Laura memang kuat melawan Meer Nash sikit.

Meer Nash mengalihkan pandangannya kearah Laura. Dia merenung Laura.

“ Kau ni kan suka membebel aje. Tak boleh ke kalau sekali tu kau tak membebel ? Haish..”balas Meer Nash.

Laura mencebik.

“ Buat mulut macam tu….aku kiss kang nanti !”monolog Meer Nash di dalam hati. Eeee gatal juga kau ni kan Meer Nash ?

Laura mula beredar dari situ. Dia nak mencari Pak Din sekejap. Nak tengok orang tua tu tengah buat apa ? Ke dia tengah masak dekat dapur ?

Part of Pak Din.

Pak Din mengusung sebuah kotak kecil yang sudah lama dia simpan di dalam biliknya ke dapur. Dia mengambil tempat di meja makan di bahagian dapur. Seketika dia membuka kotak tersebut. Ada beberapa barang di dalam kotak tersebut. Tangannya pantas mencapai sekeping gambar. Kelihatan di dalam gambar tersebut ada beberapa figura yang berdiri tegak di belakang dua orang tua yang duduk. Figura yang berdiri di belakang itu ada seorang perempuan dan seorang lelaki. Pak Din mengusap gambar itu perlahan.

“ Abang rindukan kau adik….”gumam Pak Din kecil.

Seketika Pak Din mula beralih ke sekeping gambar lagi. Kali ni gambarnya hampir sama, cuma berbeza keluarga. Ada sebuah keluarga yang kelihatan bahagia di dalam gambar tersebut. Di dalam gambar tersebut ada juga seorang perempuan yang tadinya ada di dalam gambar satu lagi.
Pak Din mula menterbalikkan gambar tersebut. Tercatat sesuatu tulisan di belakang.

Keluarga Dato Mustaqeem Al- Irshad.

" Pak Din buat apa tu ? "

Pak Din sedikit tersentak. Dia terus menyimpan gambar - gambar tadi semula.

" Eh Cik Laura...errr Pak Din tak buat apa - apa pun..."kata Pak Din gugup lalu menutup kotak tersebut.

Laura mendekati Pak Din.

" Ohh...Pak Din...kan saya dah cakap jangan panggil saya Cik Laura...panggil Laura aje pun dah cukup..."kata Laura.

" Ehh Pak Din lupa pulak...maaf Cik..errr Laura.."

Laura menggeleng kecil.

" Pak Din dah masak ke ? Ada apa - apa yang Laura boleh tolong ?"

" Ermm dah Pak Din dah siap masak dah...tak ada apa - apa pun yang nak ditolong...Laura kenapa tak duduk depan aje dengan Tuan Meer ? "

Laura mencebik.

" Duduk depan dengan Tuan Meer ? Herrr tak payah lah Pak Din...sakit otak aje duduk dengan dia kat depan tu..."jawab Laura.

Pak Din hanya ketawa kecil. Pak Din sedar semenjak kehadiran Laura ke rumah besar ni, hampir setiap hari riuh rendah jadinya. Ada saja benda berlaku di antara gadis itu dengan Meer Nash. Memang hari - hari mereka kini tidak lagi sunyi. Yelah tak pernah - pernah ada perempuan kan dekat dalam rumah ni.

***

" Assalamualaikum..."

Laura melangkah masuk ke dalam rumahnya. Kelihatan Mak Timah sedang kusyuk menonton televisyen. Drama kegemarannya lah apa lagi..

" Waalaikumusalam...hah kamu dah balik ? Lambat hari ni ? Banyak pesanan ke kena hantar ?"kata Mak Timah.

Glurp ! Laura tertelan liur sendiri. Aduh ! Dah nak dekat sebulan lebih ni juga aku tak bagitahu dekat mak dengan abang Dhamin pasal aku dah tak kerja food panda lagi dan dah dapat kerja baru sebagai PA artist Malaysia.

" Apa yang kamu ternganga dekat situ ?"tegur Mak Timah lagi setelah Laura tidak memberi respon.

" Hah ? Errrr...tak...Mak..errr Laura..."

Iklan berganti semula ke drama membuatkan kepala Mak Timah langsung menoleh semula ke televisyen.

" Tak apa lah..kamu masuk la berehat...mesti kamu penat kan ? Dah - dah jangan kacau mak....mak nak tengok Meer Nash ni..."gumam Mak Timah sambil memeluk bantal kecil sofa.

Laura menghembus nafas lega. Dia menjenguk sedikit curi - curi tengok wajah Meer Nash di kaca televisyen itu. Hmmm apa lah reaksi mak ehh kalau dia tahu aku jadi PA Meer Nash yang dia minat sangat tu ?

Sesudah selesai mandi dan solat apa semua, Laura mula merebahkan tubuhnya di atas katil single empuknya itu. Walaupun hanya katil kecil biasa namun mampu merehatkan tubuhnya selama ini.

Laura mendongak memandang syiling biliknya. Terbayang seketika wajah senyuman arwah mama dan papanya.

" Mama...papa..Laura...dah besar dan berdikari sekarang...Laura dah boleh hadap semua liku - liku kehidupan...mesti mama dengan papa bangga kan ? "luah Laura.

Terbit juga rasa rindu di benak hatinya. Hmmm sampai saat ini, Laura masih menanam satu hal dalam dirinya. Dia akan tuntut semula hak mama dan papanya.

" Mama...papa...Laura..akan kembali...tuntut semula hak keluarga kita...."tekad Laura.

Ting ! Ting !

Telefon bimbit Laura berbunyi tanda ada notifikasi whatsapp masuk. Laura mengeluh kecil. Dia mencapai telefonnya itu. Malas - malas dia membuka pesanan ringkas dari seseorang itu.

Encik Artist Annoying 🤪

Esk sblum dtg umh aku bwakan aku pizza.

Aku teringin nk mkn.

Kau lupa siap kau !

Ehh mamat ni, nak makan pizza pulak ? Macam - macam. Kenapa dia tak suruh aje Azka beli kan ? Tak pun order aje la food panda.

Tetiba Laura terdiam sejenak. Teringat kejadian sewaktu dia menghantar pizza dulu dekat rumah Meer Nash. Itu kali pertama pertemuan mereka.

Laura tersenyum kecil sendiri tanpa sedar.

Kenapa ?

Tak sangka. Hanya disebabkan pertemuan itu, kini dia telah bekerja pulak dengan customer a.k.a artist paling annoying si Meer Nash.

***

Setiap potongan disumbatnya ke dalam mulut. Tidak diendahkan orang kelilingnya yang hanya memandang tidak berkutik.

" Gelojohnya kau ? Macam tak pernah makan pizza apa hal ?"tegur Azka.

" Aku craving gila lah.."gumam Meer Nash sambil mulutnya juga tidak henti - henti menguyah pizza tersebut.

Laura hanya menggeleng. Perangai tak macam artist dalam drama langsung ! Haish kesian peminat - peminat dia dekat luar sana tu. Tak tahu perangai tak senonoh pelakon diaorang ni.

Setelah dirasakan perutnya sudah kenyang. Meer Nash sendawa agak kuat. Dia tersandar pada sofanya.

" I'm full ! "teriaknya.

" Ish kau ni...tak senonoh betul lah...Malu lah sikit dekat depan perempuan..."kata Azka.

Meer Nash mencebik.

" Aku ? Nak malu ? Depan perempuan ni ? Ceh ! Tolong sikit eh ni rumah aku..so aku boleh buat ikut suka hati aku lah...kau dan kau...kena lah hadap..."balas Meer Nash sambil jarinya ditujukan pada Laura dan Azka silih berganti.

" Apa - apa aje lah kau ni Meer..."mengalah Azka akhirnya. Bukan boleh dilayan sangat si Meer Nash ni.

Meer Nash mencebik seraya memeluk tubuhnya.

" Ni director dah sibuk tanya...2 minggu lagi kau masuk set shooting balik kan ? Bising dia, drama kau postpone terlalu lama..."beritahu Azka.

" Hmm. Haah. Ni lah sebab dia ni lah..aku jadi macam ni..habis shooting aku kena postpone.." bebel Meer Nash.

Laura mengetap bibir. Ish dia ni kan ! Asyik nak mengungkit aje. Kalau tak ikhlas nk tolong lain kali tak payah susah - susah tolong aku.

" Hah ! Mengutuk aku dalam hati lah tu.." kata Meer Nash sambil dia memandang tajam ke arah Laura.

Laura tersentak ! Eh dia ni boleh pulak baca fikiran aku ?

" Mana ada lah.."nafi Laura.

" Dah - dah kemas semua ni...aku nak workout jap..nak buang semua lemak - lemak pizza yang aku makan tadi..."kata Meer Nash seraya mula berlalu.

Setelah figura Meer Nash mula menghilang, Laura dan Azka sama - sama mengemas sisa  - sisa makanan yang ditinggalkan Meer Nash itu.

" Awak sabar aje lah ea dengan Meer tu..jangan masukkan kata - kata dia tu ke hati..."nasihat Azka.

Laura mengangguk.

" Ye..awak jangan risau..saya dah mula faham macam mana perangai dia...dan saya akan kuat hadap dia.."kata Laura bersemangat.

Azka tersenyum lebar. Laura memang seorang perempuan yang kuat. Hmmm macam mana lah dia boleh jadi perempuan sekuat dan setabah ni ? Mesti dia dah lalui macam - macam dekat luar sana kan ?

#Hi guys i'm back. Maaf sis baru dapat mood and semangat kembali untuk mengupdate story ni. Now sis dh bertekad untuk berusaha habiskan story ni sebaik yg mungkin. Hrp reader yg mna msih membaca dan ikut setiap bab story ni akan sokong sis okay. Keep vote and comment everyone ! Tq 💓💓💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro