Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Teaser 3


Zahirah memandang mesej itu dengan pilu. Jemarinya kaku untuk membalas. Sudahnya dia mematung di situ. Hingga kemudiannya satu notif berbunyi lagi.

+Achid
Kalau awak dengar cakap saya, kita takkan bergaduh macam ni. Saya ada sebab dan alasan kenapa tak mahu jumpa awak buat masa sekarang. Tapi awak berdegil juga. Sudahnya hubungan kita jadi macam ni. Tak apalah. Mungkin kita tak patut berkawan pun. Saya faham. Maafkan saya.

Mesej kedua daripada Rashid kali ini benar-benar membuat hati Zahirah tambah terluka. Kenapa lelaki ini tidak cuba untuk memahami kehendak hatinya? Begitu susahkah untuk memahami?

Zahirah urut dada. Telefon bimbitnya dibaling ke atas bantal semula. Dia tidak menerima permohonan maaf Rashid jika hanya itu penjelasannya.

“Kenapa awak tak faham hah Achid? Awak jahat!”

Tak cukup dengan membaling telefon bimbitnya, kali ini Zahirah bingkas bangun dari.katil seraya menepis semua barang di atas meja soleknya pula. Dia melepaskan rasa marah dan kecewanya di situ hingga bilik itu menjadi berantakan.

“Ira... Ira!” Beberapa bunyi ketukan di pintu menghentikan tindakan gila Zahirah. Matanya memandang ke arah muka pintu.

“Buka pintu ni Ira. Apa yang kamu buat tu bunyi bising sangat?” Suara Puan Zahida memecah kebisingan di bilik itu.

“Tak ada apa, mama. Ira okey je.” Butiran air mata di pipi ditepis kasar.


Yg berminat boleh hubungi no wasap saya 0175816031.

arenayidin
05 Oktober 2021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro