Teaser 2
“Kenapa mak selalu bagi harapan pada Su tu? Janganlah mak! Achid tak suka main-mainkan hati perempuan. Achid cuba nak jadi orang baik. Tapi mak nak juga Achid jumpa Su setiap kali Achid balik sini.” Rashid meluah perasaan kurang senangnya kali ini.
“Memanglah mak suruh jumpa masa kamu balik sini Achid ooi. Kalau kamu tak balik macam mana nak jumpanya?” Telinga Rashid dipulas Mak Cik Raziah. Geram pula dia dengan gelagat anak lelakinya ini.
“Aduh mak! Janganlah macam ni! Achid cakap yang betul kan? Mak tu dah bagi syarat, janganlah bagi harapan pulak pada Su. Tak elok mak main-mainkan perasaan orang. Lagi hati perempuan ni mudah terusik. Mudah terasa. Achid tak mahu dipersalahkan, mak!”
Kali ini Mak Cik Raziah bingkas bangun dari duduknya. Dia bergerak dan berdiri berhadapan dengan Rashid yang masih duduk di anak tangga. Dia mencekak pinggang di situ dengan tatapan mata yang tajam menikam.
“Kamu merepek apa ni Achid? Kena sampuk hantu ke apa? Mak suruh kamu jumpa Su, minta dia datang jumpa mak saja kan? Ada mak minta buat benda lain? Tak ada kan? Yang kamu merepek sampai mainkan perasaan tu dah kenapa?”
“Achid tahu mak minta Achid jumpa Su. Mak nak jumpa dia.”
“Haa dah tu? Apa yang susahnya?”
“Bukan ke lebih senang mak je pergi rumah Su, jumpa dan ajak dia esok. Mudah kan mak?”
“Eiii bertuahnya anak! Kita suruh dia, dia suruh kita balik. Nak kena kamu ni dengan mak ya Achid?”
arenayidin
03 Oktober 2021
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro