Epilog
"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."
"YAH! Dah sampai!" Tubuh Wafdan didukungnya lalu dia meletakkan budak kecil itu di bawah. Wafdan hanya mengekek ketawa sambil menutup mulutnya. Suka apabila ayahnya mendukungnya tadi.
"Wazien, Wafiq... jom masuk rumah. Sambung main kereta tu dekat dalam eh?" ajak Aryan seraya membawa keluar barang-barang mereka dari perut kereta. Seminggu dia dan anak-anaknya menetap di rumah Tengku Shahrizal dan Tengku Amanda. Jadi, ada baiknya juga untuk dia pulang ke rumah.
Bila Aryan fikir dan hadamkan kata-kata Tengku Amanda tempoh hari, dia sudah sedar bahawa dia tidak boleh bersedih begini. Andai dia berasa sedih, anak-anaknya mesti lebih terasa. Dari kecil lagi mereka sudah terpisah dengan ibu mereka. Kasihan anaknya.
Sebagai seorang ayah, Aryan juga perlulah memikirkan apa yang terbaik buat anak-anaknya kelak. Dia mahu melihat anak-anaknya itu membesar dan menjadi orang yang berjaya. Itu impiannya.
"Papa! Papa!" Wafiq memanggil ayahnya. Lambat pula papa ni nak buka pintu. Tadi bukan main suruh kami main dekat dalam.
"Sabar, sayang." Aryan memasukkan kunci ke dalam lubang pada tombol pintu itu sebelum dia memulasnya. Kemudian, dia membiarkan anak-anaknya masuk ke dalam rumah terlebih dahulu sebelum kembali mengangkat beberapa barang yang masih ada di dalam kereta.
"Kenapa lambat sangat abang balik? Penat tahu saya tunggu dekat rumah ni sorang-sorang." Suara lunak itu tiba-tiba mencelah.
Pantas, kepala Aryan menoleh ke belakang. Kornea matanya tertancap pada figura seorang wanita yang berdiri tidak jauh dari pintu rumah itu. Lidahnya kelu. Matanya mula berkaca. Pegangan tangannya mula melonggar. Buat seketika dia menggosok matanya berkali-kali. Untuk memastikan bahawa wanita di hadapannya ini realiti. Bukan satu ilusi yang dia sendiri cipta.
"Mama!" Tiga kembar itu sudah berlari-lari anak ke arah Laura lalu memeluk kaki wanita itu. Jelas senyuman lebar dan kegembiraan yang terlakar pada wajah anak-anaknya ketika ini.
"Ya, sayang. Ini mama." Laura tersenyum manis. Tubuhnya dibongkokkan agar ketinggian mereka berempat selaras. Tangan Laura ketika itu sudah naik membelai kepala anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Ya Allah... dia rindukan saat ini. Saat yang dia gunakan untuk bersama keluarga tercinta.
"Sayang... ya Allah... betul ke apa yang aku nampak ni?" Aryan masih ragu-ragu dengan apa yang dilihatnya ketika ini. Dia mahu mendekat dan memastikannya sendiri. Namun, dia begitu takut untuk menerima kenyataan bahawa apa yang dia nampak itu hanyalah ilusi yang dia cipta di dalam fikirannya sahaja.
Aryan menggeleng kepalanya berkali-kali. Sedaya upaya menyingkirkan bayangan Laira tadi dari kepalanya. Tangannya menyeka juraian air mata yang laju mengalir.
'Ya Allah... jangan uji aku macam ni. Aku tak kuat. Jangan bagi aku terbayang-bayang wajah dia lagi. Aku takut aku tak dapat menerima pemergiannya.' desis hati kecil Aryan.
"Abang... jangan menangis. Ini saya. Laura. Apa yang abang nampak ini satu kenyataan. Saya masih hidup, saya di sini... di depan abang. Bukalah mata abang dan pandang saya..." Tangan Aryan dicapainya lalu Laura meletakkan tangan kasar itu di wajahnya. Digenggam dengan erat tangan suaminya itu.
Kata-kata Leo tempoh hari betul-betul menyedarkan dirinya. Laura masih cinta dan sayangkan Aryan. Hatinya tetap dan selamanya akan ada pada lelaki itu. Dan dia sendiri tidak pernah menyesal dengan keputusannya sekarang ini. Kembali di sisi suaminya, Tengku Qayeed Aryan adalah satu keputusan yang baik.
"Sayang..." Aryan menarik tubuh Laura ke dalam dakapannya. Dipeluk tubuh itu seeratnya. Wajahnya disembam pada bahu wanita itu. Menghamburkan tangisan sesalan bercampur gembira. Betullah apa yang dikatakan Laura tadi. Ini bukan satu ilusi. Buktinya? Sekarang ini wanita itu sudah berada di dalam dakapannya. Kembali ke pangkuannya. Syahdu bercampur bahagia dalam masa yang sama.
Ya Allah... terima kasih.
"Maafkan abang, sayang." Pelukan mereka masih tidak lepas. Beberapa minit sudah berlalu, tetapi mereka masih kekal begitu. Aryan memeluk Laura seperti tidak mahu lepas. Dia mahu menikmati saat ini. Saat dimana isterinya kembali padanya dan sentiasa kekal di sisi.
"Maafkan Laura juga sebab tinggalkan abang macam tu," ucap Laura. Tanpa sedar mutiara jernih turut mengalir turun dari tubir matanya. Melihatkan tangisan seorang Tengku Qaueed Aryan di depan matanya sendiri, sedikit sebanyak membuat hati wanitanya turut tersentuh.
"Shh... Laura tak bersalah. Memang patut pun Laura tinggalkan abang masa tu. Sebab abang sendiri sedar abang terlalu kejam dengan isteri abang sendiri." Pelukan terlerai. Kini kedua-dua mereka bertentang mata. Saling membalas pandangan.
"Tapi tu bukan salah abang. Abang sendiri tak sedar yang abang buat semua tu. Laura pula... boleh ikutkan perasaan dan tinggalkan abang macam tu aje. Tanpa siasat dulu apa yang jadi. Dan disebabkan Laura juga, semua ni jadi. Kalau la Laura dengar penjelasan abang masa tu..."
Cup!
Kata-kata Laura terhenti saat bibirnya bersentuhan dengan sesuatu yang lembut. Buat sementara badannya kaku di situ sebelum dia menjeling tajam ke arah suaminya. Boleh pula Aryan serang dia senyap-senyap.
"Apa abang ni! Spoil betul la. Saya tak habis cakap lagi." Laura tayang wajah cemberut. Dah la kiss depan budak-budak. Alamak... buat malu aje. Budak-budak tu mesti dah nampak drama spontan dia orang.
Aryan tertawa kecil. Terubat rindunya selepas melihat wajah isterinya yang cemberut itu. Tak sangka, dia dapat melihat wajah itu sekali lagi.
"Sayang..." Aryan mencapai tangan Laura lalu dia menggengam kedua-dua belah tangan itu dengan erat. Digosoknya penuh kasih belakang tangan wanita itu sebelum dia mengucupnya.
Laura mendongakkan wajahnya, melihat wajah tampan si suami. Menunggu perkataan seterusnya yang bakal keluar dari mulut lelaki itu.
"Nak tahu tak? Sepanjang awak tak ada di sisi abang ni, abang baru tersedar sesuatu. Bertapa susahnya untuk kita melupakan seseorang yang kita cintai sepenuh jiwa kita. Seseorang yang sentiasa ada di sisi, yang sayangkan kita sepenuh hati dia... tiba-tiba hilang dari dunia ini tanpa sebarang berita. Dan itu paling terkesan dalam diri abang."
"Abang tak boleh nak bertenang selagi tak jumpa awak. Walaupun abang dah dengar kemungkinan awak dah terbakar sekali dalam kemalangan tu sampai tak dapat dikesan, abang masih tak boleh percaya. Abang tak tahu dah dekat mana lagi nak cari awak. Abang bertekad, kalau abang dah jumpa awak lagi sekali... abang nak minta maaf atas segala benda yang abang pernah buat dulu. Itu aje. Hati abang tak akan tenang selagi tak dapat dengar suara awak kata awak dah maafkan abang."
"Tapi bila awak dah ada di sini, berdiri di depan abang sekali lagi... buatkan abang betul-betul tak nak lepaskan awak sekali lagi. Abang nak jaga awak betul-betul kali ini. Abang pun nak berubah. Berubah menjadi seseorang yang lebih baik sehingga layak berdiri di sisi awak sebagai suami dan ayah kepada anak-anak kita."
Laura tersenyum gembira ketika dia mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari mulut suaminya. Tangannya naik menyeka lembut air mata si suami yang perlahan-lahan mengalir menunjukkan diri. Dari getaran pada suara lelaki itu, Laura tahu bahawa suaminya betul-betul ikhlas dengan kata-katanya tadi. Segala yang keluar dari mulut lelaki itu datangnya dari hati, tanpa terselit sebarang penipuan.
"Abang... you know what?" Tangan Laura mengelus lembut pipi suaminya itu lalu, tangan Aryan pula menyentuh tangan isterinya.
"Hm?"
"You made me fall in love with you again."
Aryan tertawa kecil lalu diikuti pula dengan gelak tawa Laura. Selang beberapa saat gabungan gelak tawa mereka beransur hilang. Perlahan-lahan Aryan merapatkan ruang antara mereka. Dahi Aryan dan Laura berlaga antara satu sama lain. Anak mata hitam pekat milik Aryan menikam lembut anak mata hazel milik Laura.
Nafas hangat menampar kedua-dua wajah itu. Hangat namun terselit ketenangan dan kebahagiaan antara mereka.
"Laura Emilia binti Yusof Khalid, I love you. And I'll love you, over and over without pause, without a doubt, in a heartbeat, I'll keep loving you."
"Tengku Qayeed Aryan bin Abdullah, I love you more. For the rest of my life, my heart will be yours and forever yours."
Ya Allah, Kau hadirkan dia sebagai punca kebahagiaan aku di dunia. Namun aku berharap dan akan terus berdoa supaya dia akan kekal menjadi milik aku di syurga.
Semoga perkahwinan ini berakhir dengan bahagia, di dalam redha-Mu dan sentiasa terlindung di bawah perlindungan-Mu, ya Allah.
TAMAT
Alhamdulillah... EMERALD berjaya melabuhkan tirainya hari ini😌 jangan skip chapter lepas ni! Sebab author nak selitkan sikit part kembar tiga ketul tu. Muehehhehe😚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro