54
"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."
ARYAN meraup rambutnya ke belakang. Tubuhnya disandarkan pada kerusi khas yang terletak di bilik kerjanya itu. Pandangan matanya menghadap ke atas, merenung siling itu dengan pandangan yang kosong.
Satu keluhan berat dia lepaskan. Kedua-dua belah tangannya naik menekup wajah buat beberapa saat. Fikirannya bercelaru. Sejak Laura melangkah keluar dari rumahnya pagi tadi, ada satu rasa yang mengetuk tangkal hatinya.
Rasa bersalah.
Ke mana perempuan itu pergi membawa diri, ya?
Kreak...
"Bie... jom lunch," ajak Raisya sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik kerja lelaki itu. Ajakannya tadi hanya dibiar sepi. Aryan langsung tidak memandangnya. Sebaliknya, lelaki itu lebih fokus memandang siling kosong itu.
Raisya mendengus sedikit. Sudah kenapa dengan lelaki ini? Isteri dekat sini pun dah tak nampak ke? Lawa sangat ke siling itu?
"You!" panggil Raisya, kali ini nadanya naik seoktaf. Pandangan Aryan terus beralih ke arah Raisya yang berdiri tegak di hadapan pintu. Segaris senyuman nipis Aryan ukirkan lalu dia bangun dari duduknya dan mencapai kot yang tersangkut pada tempat penyangkut yang disediakan di bilik itu.
"Apa yang you fikirkan tu? I dekat sini pon you tak nampak." Raisya mencebik. Bebola matanya diputarkan seraya wajah merajuk dia tayang. Walaupun begitu, wajah Aryan masih kelihatan sama. Senyuman nipis itu masih terukir di wajahnya. Senyumannya tawar, tidak seperti sebelum ini.
"You ni dah kenapa senyap? Bisu dah ke? You ni ada masalah apa sebenarnya?" Raisya mencekak pinggang. Wajah marah dia tayang. Dia tak suka melihat Aryan begini. Dia mahu Aryan melayannya. Bukannya hanya senyap dan senyum macam patung bernyawa!
"Tak ada apa-apa." Jawab Aryan ringkas lalu dia mengatur langkah menghampiri pintu.
Raisya mengeluh, sekali lagi. Kepala yang tidak gatal dia garu. Siapa yang mengandung sekarang ni? Dia ke Aryan? Kenapa Aryan ni bad mood aje hari ni?
"You masih sedih sebab kawan baik you tu mati ke?" tebak Raisya. Serentak dengan itu, Aryan mematikan langkahnya lalu menoleh ke belakang. Raisya hanya melihat kelakuan Aryan itu sambil tangannya disilang ke dada dan sebelah keningnya terangkat.
Beberapa minit berlalu, namun sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut lelaki itu. Raisya meraup rambutnya kasar ke belakang. Tidak tahu lagi untuk membalas apa pada lelaki itu. Jadi, lebih baik dia meneruskan niatnya untuk menjamu selera.
"Haih, kalau I tunggu you bercakap ni... esok pun belum tentu. Dah, jom keluar. I lapar ni." Tangan Aryan ditariknya. Aryan pula hanya menurut selerti patung yang mendengar cakap tuannya.
"Berita terkini, sebuah myvi putih ditemui terbakar di Jalan Bukit Bintang pada jam 9 pagi tadi. Menurut siasatan, kereta ini terbakar berpunca daripada kebocoran sistem bahan api dan dipercayai kereta hilang kawalan lalu melanggar sebuah pokok sebelum terbekar. Mangsa kejadian ini masih lagi tidak ditemui."
Langkah Aryan terhenti, seraya kepalanya ditoleh ke belakang bagi melihat berita yang disiarkan pada skrin tv itu. Myvi putih yang ditunjukkan dalam berita itu diperhatinya lama, tidak berkelip dia memandang.
"Myvi... myvi putih itu..." ujar Aryan tersekat-sekat. Nafasnya tidak teratur. Jiwanya tidak tenteram saat dia melihat berita yang terpapar itu. Serentak dengan itu, bagai ada layar putih dalam kepalanya yang memainkan semula memori lama.
"Kenapa... isk isk... kenapa abang tak bagitahu saya? Kenapa abang sembunyikan hal ni daripada saya!" bentak Laura. Air matanya laju saja mengalir menghiasi wajah cantiknya.
"Sayang... kenapa menangis ni? Maafkan abang sebab sembunyikan hal ni. Abang tak cerita sebab benda ni tak penting. Lagipun benda tu dah lama lepas," ujar Aryan lagi. Dia sendiri buntu mengapa isterinya tiba-tiba menangis. Dia ada tersilap cakap ke tadi?
"Oh... dah 'tebuk' anak dara orang tu, tak reti bertanggungjawab la kan? Dengan alasan, benda dah lama lepas. Lelaki apa abang ni? Abang tak malu ke dengan diri abang? Kenapa abang pilih saya, perempuan yang dah tak ada harga diri, bekas pelacur ni jadi isteri abang? Apa yang abang fikirkan ha?" sinis Laura. Perasaan marah dan kecewanya bercampur sekarang ini. Dia sendiri tidak dapat mengawal emosinya.
"Apa yang sayang cakap ni?" Suara Aryan baik sedikit. Kesabarannya mula hilang secara perlahan-lahan. Tambah pula dia sedang memandu sekarang ini, lebih serabut kepalanya.
"Saya cakap benda betul! Kenyataan! Abang nak nafi apa lagi? Abang nak bukti? Ni, saya tunjukkan!" Gambar di telefon Laura ditunjukkan betul-betul di hadapan wajah Aryan. Terbuntang mata Aryan ketika ini.
"Awak buang gambar tu sekarang." Ayatnya ringkas, namun kedengaran tegas.
"Kenapa abang nak saya buang? Oh... sebab nak tutup kesalahan abang ke? Sekarang abang nak buat apa? Abang nak biarkan Raisya macam tu je? Abang tak kesiankan dia ke? Abang ni dah tak ada hati perut ke!" bidas Laura lagi. Semakin lama semakin menjadi-jadi amarahnya.
"Abang kata buang, buang la! Abang berani sumpah yang abang tak pernah sentuh perempuan tu! Awak satu-satunya perempuan yang abang pernah sentuh, Laura Emilia!" Kali ini kesabarannya betul-betul teruji. Kenapa dengan isterinya ini?
"Abang, kata-kata boleh menipu. Kalau abang kata saya satu-satunya perempuan yang abang pernah sentuh, abang ada bukti ke? Habis tu macam mana pula dengan gambar ni? Ada apa-apa yang abang nak jelaskan?" kata Laura lagi.
Kali ini Aryan hanya mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu mahu cakap bagaimana lagi.
"Diam bermakna benda itu betul. Kan abang?" provok Laura lagi.
"LAURA EMILIA!" Naik seoktaf suara Aryan. Terkunci terus mulut Laura ketika ini. Tiba-tiba pula dirinya berasa gerun. Masing-masing perpandangan dengan agak lama. Seperti mereka sedang berbicara di dalam dunia yang lain. Kedua-dua mereka sudah tenang sedikit. Masing-masing mula menyedari kesilapan diri sendiri.
"Ma-maafkan..."
PIIINNN!
"Abang!"
"Ohh... nampaknya, perempuan tu dah mati," kata Raisya sambil melorekkan senyumam sinis di bibirnya. Kedua-dua belah tangannya di silang ke dada, tanda dia berasa bangga dengan 'kematian' yang dia katakan tadi.
"A-apa kau kata tadi?" soal Aryan, dengan wajah yang berkerut. Sebelah tangannya naik menyentuh kepala yang tiba-tiba terasa sakit. Kepalanya berdenyut-denyut.
"Apa? I kata perempuan tu dah mati. Finally, tiada lagi penyibuk dekat dunia ni. Rancangan yang I usahakan selama ini semuanya berjaya! Dan sekarang kita boleh hidup bahagia. You, I dan anak-anak kita. Bahagia sehingga hembusan nafas terakhir. Impian kita bersama, sudah tercapai!" kata Raisya teruja. Jelas wajahnya menunjukkan reaksi gembira. Tiada secalit pun rasa sesal pada wajah itu. Dan disebabkan wajah itu jugalah, kemarahan Aryan mencanak naik.
"Kenapa kau bunuh dia! Dia isteri aku!" jerkah Aryan lantang. Urat-urat mula timbul pada rahangnya menunjukkan bahawa dia betul-betul marah. Sakit kepalanya makin terasa. Badannya mula hilang keseimbangan sehingga membuatkan dia terpaksa berpaut pada sesuatu. Entah mengapa... tubuh badannya betul-betul berasa letih saat ini. Walhal dia tidak melakukan sebarang aktiviti lasak.
"You ni dah kenapa marahkan I? Apa salah I? Biarlah perempuan tu mati sekalipun! Dia hidup pun tak datangkan faedah kepada kita la!" Raisya melangkah menghampiri Aryan. Mengapa pula lelaki ini tiba-tiba marahkan dia?
"Jangan dekat." Halang Aryan. Sebelah tangannya diangkat sebagai amaran.
"You ni dah kenapa!" Raisya memberontak. Lagi dia majukan langkahnya ke hadapan. Langsung dia tidak hiraukan amaran Aryan tadi.
"Jangan dekat!" Dan itu kata-kata terakhir dari Aryan sebelum dia rebah tidak sedarkan diri.
"KAU pembunuh, Aryan."
"Kau dah bunuh aku, sekarang kau bunuh Laura pula? Kau ni manusia ke?" Azraeyn tertawa kecil di hujung ayatnya.
"Abang..."
"Abang memang bencikan saya ke?" Jika tadi dia melihat kelibat Azraeyn, sekarang ini dia ternampak kelibat Laura pula.
"Saya dah tak ada di dunia ni. Apa yang abang rasa? Bahagia tak?" soal Laura sambil tersenyum manis.
"Abang?"
"Aku bencikan kau!"
"AHH!" Aryan terjaga dalam posisi duduk. Tangannya memegang dadanya yang berombak laju. Degupan jantungnya lebih laju dari biasa. Dahinya pula basah dengan peluh dingin. Dalam keadaan terketar-ketar, dia menarik nafasnya perlahan lalu dihembus keluar.
Tadi... itu hanyalah sekadar mimpi. Mimpi ngeri.
Kreak...
"Bie? You dah bangun?" soal Raisya seraya mengatur langkah menghampiri Aryan yang terduduk di atas katil. Seplastik buah-buahan yang dibelinya tadi disusun di dalam raga yang terletak di atas meja bersebelahan katil pesakit.
"Kau..." Tangan Aryan mencengkam selimut yang membaluti tubuhnya.
Raisya menolehkan wajahnya. Sebelah keningnya terangkat saat mendengar perkataan 'kau' keluar dari mulut Aryan.
"Kau pembunuh! Kau dah sihir aku sampai aku berubah dan berkasar drngan isteri aku sendiri. Berani kau tunjukkan muka depan aku lagi?! Kau berambus la perempuan!" herdik Aryan seraya tangannya menolak kasar tubuh Raisya sehingga dia terdorong sedikit ke belakang.
Raisya tertawa halus. Rambutnya yang terjuntai ke depan diselak laylu diselit di belakang telinga.
"You dah ingat rupanya. Alahai... sayangnya. You ada bukti ke? You ada bukti ke yang I ni sihir you dan bunuh perempuan murah tu?" soalnya dengan wajah yang berlagak. Raisya pasti, lelaki itu tiada bukti yang kukuh untuk menuduhnya sebegitu. Jadi, itu dikira sebagai dia tidak bersalah.
"Oh, ya? I guess today is your bad day. Semua bukti tu dah ada dekat tangan aku." Satu suara garau mencelah dari arah pintu. Serentak dengan itu Arysn dan Raisya menolehkan pandangan.
Leo.
Dan... Rizhan?
"Rizhan? A-apa kau buat dekat sini?" Riak wajah Raisya terus berubah cuak. Apa yang lelaki itu cuba lakukan kali ini? Melihatkan wajah Rizhan yang tersenyum sinis, Raisya sudah dapat menebak ada sesuatu yang dirancang lelaki itu.
"Kau ni memang salah pilih musuh la. Tak fasal-fasal aku kena tangkap dengan dia ni tahu?" ujar Rizhan yang setia berdiri dua langkah di hadapan Leo.
"Macam mana kau boleh kena tangkap? Kau ni bodohlah!" dengus Raisya. Fikirannya buntu sekarang ini. Dia tidak tahu mahu lari ke mana.
"Well... semua manusia buat silap kan? Aku pun manusia juga. Tak sangka kerja aku terkantoi dengan mamat ni. Dia dah lama perhatikan kau tahu tak? Dan kebetulan, masa aku buat kerja tu dia nampak. Jadi, inilah balasannya. Nyawa aku di tangan dia. Sekarang, giliran kau pula," kata Rizhan sambil tersenyum lebar. Suka melihat wajah kakanya yang berubah pucat itu.
"Raisya. Kau rasa, aku ni bodoh sangat ke? Kau ingat aku tak ada bukti ke yang kau sihir aku? Sejak Azraeyn bagitahu fasal hal ini, aku dah mula cari sesuatu yang ada kaitan dengan sihir tu. Aku cari dekat bilik tidur kita. Dan aku terjumpa benda ni. Susah untuk aku percaya sebenarnya sebab masa tu otak aku tak betul-betul berfungsi lagi. Tapi sekarang, Alhamdulillah Allah dah tarik aku balik."
Raisya mati kata. Pandangannya jatuh pada telefon pintar lelaki itu. Jelas terpampang seutas tangkal dan sebotol minyak pengasih. Sekarang ini Raisya rasa dirinya betul-betul terancam. Matanya mula meliar, mencari jalan untuk keluar dari situ.
"Kau orang rasa kau orang dah menang ke? Dah dapat tangkap aku masuk lokap? Heh. Kau memang silap la!" Raisya mencapai tas tangannya lalu dia nenolak tubuh Rizhan sehingga lelaki itu berganjak ke tepi.
Pantas Raisya berlari ke arah pintu wad itu lalu turun ke bawah. Mencari pintu keluar hospital besar itu. Tak semena-mena, matanya bertaut dengan mata salah seorang anggota polis di situ.
'Argh! Tak sangka lelaki itu sudah menghubungi polis terlebih dahulu!' desis Raisya dalam hati.
Sekelip mata saja, dia dikejar. Tidak berfikir panjang, sesi melepaskan dirinya diteruskan. Raisya terus berlari tanpa memandang kiri dan kanan. Tidak kisah apa yang berlaku pada orang di sekelilingnya, yang penying dirinya selamat. Jika dia tertangkap, meringkuk dalam penjaralah jawabnya. Dan sudah semestinya dia tidak akan izinkan peekara itu berlaku!
PON! PON!
Mata Raisya terbeliak. Tubuh badannya yang lincah bergerak melepaskan dari dua orang polis tadi tiba-tiba saja kaku di situ. Bagai kakinya dilekatkan di atas jalan tar, berkali-kali dia cuba untuk bergerak sekalipun, hasilnya tetap sama. Ritma jantungnya bertukar laju. Lori di sebelah kanannya pula semakin menghamipri, tiada tanda-tanda menunjukkan mahu berhenti.
BUK!
Suasana di jalan yang sibuk dengan kenderaan tadi terus berubah. Jalan tar itu mula dibanjiri oleh manusia-manusia yang turun untuk melihat kemalangan tragis yang berlaku.
Jalan tar yang hitam pekat itu sudah bertukar merah pekat. Orang ramai di situ mula berbisik sesama sendiri. Leo juga tidak ketinggalan. Dia juga turut berada di tempat kejadian di mana kemalangan berlaku. Elok saja Raisya melepaskan diri tadi, terus dia mengekori dari belakang. Rizhan pula diberikan kepada orang lain buat seketika bagi mengawasinya.
Leo dan dua orang polis itu mengarahkan orang ramai yang lain supaya kembali pada kenderaan masing-masing. Kemudian, mereka menghampiri mayat Raisya yang sudah terkulai lemah di atas jalan tar.
Keadaan mayat Raisya ketika ini sangat tragis. Dengan perutnya digilis, tangan dan kakinya patah serta kepalanya retak. Sekali pandang pun sudah meloyakan tekak. Disebabkan tindakan kurang bijak Raisya, tidak fasal-fasal anak dalam kandungannya juga turut terkorban dalam kemalangan ini.
Pekerja hospital mula memainkan peranan mereka. Mayat Raisya diangkat lalu ditutup dengan kain putih sebelum dimasukkan ke dalam hospital untuk bedah siasat.
"Sia-sia saja kau lari dari polis, Raisya. Kerana, di 'sana' nanti kau tetap menerima hukuman atas perbuatan kau."
TBC
okey tak chapter ni? 🙈❤ jangan lupa tekan bintang kecil kat bawah tu eh! Jangan lupa komen juga!😚❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro