Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

52

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

DIPERHATINYA saja dari atas hingga bawah tidak lepas. Pandangan hairan Raisya tayangkan. Aryan ni nak pergi mana malam-malam ni?

"Kenapa sayang? Tengok I tak lepas macam nak terkam aje?" Aryan mencuit hidung Raisya. Terus gadis itu memuncungkan bibirnya.

"You nak pergi mana malam-malam ni?" soal Raisya dalam nada tidak puas hati.

"I nak keluar jumpa Azraeyn kejap la sayang. Muka tu jangan la masam mencuka sangat. Tak comel la nanti." Sempat lagi Aryan bergurau. Dia tak tahu ke Raisya ni tengah marah? Pakai segak-segak takkan nak jumpa Azraeyn aje?

"Tipu. Kalau you nak jumpa dia aje, kenapa segak sangat? You jangan macam-macam eh... dah ada dua isteri pun tak cukup lagi ke?" bidas Raisya lagi.

Seketika, Aryan memerhati cara pemakaiannya pada biasan cermin. Segak? Biasa aje dia tengok. T-shirt hitam dengan jeans. Simple. Macam tu pun segak ke?

"Seriously, dear. I keluar nak jumpa Azraeyn aje. Kalau you tak percaya... nanti you tanya la dia sendiri. Okey tak macam tu?"

"Hmm... okey la. Jangan balik lewat eh?" pesan Raisya. Jangan keluar lama-lama. Nanti dia yang rindu.

"Ya, sayang." Satu kucupan lembut mendarat pada dahi licin Raisya. Terus wajah Raisya yang masam mencuka tadi berubah ceria.

Adegan 'manis bergula' antara Aryan dan Raisya itu hanya diperhati jauh oleh Laura. Malas nak masuk campur, jadi dia meneruskan perjalannya turun ke bawah untuk mengambil ubat buat Wafdan. Disebabkan cuaca sekarang tidak menentu, Wafdan pula mendapat demam panas.

Sepanjang hari ini Wafdan lebih banyak menangis dan merengek saja. Makan juga tidak berselera seperti biasa. Kasihan pula budak kecil itu.

"Laura."

Langkah Laura terus terhenti sebaik saja lelaki itu memanggil namanya. Dengan tidak relanya dia menoleh ke belakang bagi kelihat wajah si pemanggil.

Laura mengangkat sebelah keningnya sebagai tanda "apa?". Bukan tidak mahu bercakap atau berkelakuan kurang ajar. Tapi, takut ada makhluk menyampuk.

"Tolong tengok-tengokkan Raisya masa aku tak ada nanti. And one more thing, please jangan bergaduh. Kalau Raisya bagitahu dekat aku yang kau cuba cari fasal dengan dia, tunggu la kau balik nanti." Keras amaran itu dilemparkan buatnya. Namun, wajah Laura langsung tiada reaksi dengan kata-kata Aryan tadi. Sebaliknya, dia hanya membalas semula dengan satu patah perkataan sahaja.

"Okey."

"Sayang, I pergi dulu okey? Take care." Sekali lagi Aryan mengucup dahi Raisya.

"Take care too, dear," balas Raisya lantas melambaikan tangannya.

"See? Ternyata Aryan lebih sayangkan aku berbanding kau." Raisya tersenyum sinis. Bangga.

"Oh, ya? Jadi kau nak aku buat apa sekarang ni? Gelabah ke? Hahaha. No way. Baik aku pergi jaga anak-anak aku daripada kecoh tentang hal kecil macam ni. Nanti kang, ada juga orang buat cerita kata aku cari fasal dengan dia," balas Laura lalu meneruskan perjalannya. Raisya yang nasih berdiri tegak di atas hanya dibiarkan begitu saja.

Orang gila macam tu, tak perlu dilayan. Nanti lagi kecoh dari makcik-makcik bawang.







"AZRAEYN? Kenapa kau tiba-tiba nak jumpa aku ni?"

Sekonyong-konyong, suara Aryan kedengaran dari arah belakang. Azraeyn menolehkan kepalanya lalu sebaris senyuman dia ukirkan buat Aryan.

"Yo! Lama aku tak borak kosong dengan kau sebab tu aku ajak kau lepak malam ni." Azraeyn menghampiri Aryan lalu satu pelukan dia berikan. Aryan sekadar membalas pelukan itu sahaja.

"Hahaha. Itu la. Kau pun asyik sibuk aje memanjang." Aryan mengambil tempat di sebelah Azraeyn. Tangannya direhatkan di atas penghadang besi itu. Pandangan mereka berdua tertumpu pada suasana Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan lampu-lampu pada malam itu.

"Weh... lama kan kita tak lepak atas ni sama-sama?" Azraeyn memulakan bicaranya.

Aryan memgalihkan pandangannya untuk melihat wajah sahabatnya di sebelah. Dari nada percakapan Azraeyn itu, Aryan dapat mengagak bahawa ada sesuatu yang tersirat di sebaliknya.

"Azraeyn. Aku tahu kau nak jumpa aku malam ni sebab nak bagitahu sesuatu kan? Apa yang kau nak bagitahu tu? Cakap la."

Satu hembusan nafas hangat Azraeyn lepaskan. Angin dingin yang bertiup perlahan pada malam itu menjadi peneman mereka berdua. Sekarang ini mereka di bumbung apartment Azraeyn. Tempat di mana Azraeyn dan Qaisara berjanji untuk bertemu pada malam ini.

Azraeyn juga menjemput Aryan. Dan niatnya pada malam itu untuk menyelesaikan segala salah faham antara Aryan dan Qaisara sekaligus memberitahu kebenaran kepada lelaki itu.

"Aryan, kau cintakan Raisya tak?"

"Aku cintakan dia sepenuh hati aku." Pantas saja soalan itu dijawab. Azraeyn hanya mrngangguk sedikit apabila mendengar jawapan Aryan tadi.

"Kau cintakan Laura tak?"

"Tak."

"Kau pasti?" Sekali lagi Azraeyn menyoal bagi mendapatkan kepastian. Kali ini, Aryan  membisu seketika.

"Aryan... kau bukan Aryan yang aku kenal dulu. Kau yang sekarang sangat berbeza dengan diri kau yang dulu. Kau sedar tak tu?"

Wajah Aryan berkerut. Apa yang Azraeyn cuba memberitahunya sekaramg ini? Dia tidak faham.

"Apa yang kau merepek ni, Azraeyn? Aku, tetap diri aku. Tak ada apa yang berubah."

Azraeyn menggeleng kepalanya tanda dia menafikan pernyataan itu.

"Tak, kau lain. Dulu, kau langsung tak pandang Raisya walaupun kau bercinta dengan dia. Malah, kau lebih suka menyebut nama Laura walaupun masa tu kau sendiri tak tahu nama penuh dia, apatah lagi wajah dia."

Aryan tertawa kecil. Sah, Azraeyn sudah hilang akal. Kata-kata yang keluar dari mulut Azraeyn tadi langsung tidak masuk dek akal. Gila!

"Apa yang kau merepek ni weh? Kau ni stress sangat ke sampai kau cakap pun dah tak betul?"

"Aku tak merepek Aryan. Apa yang aku cuba cakapkan adalah... kau dah kena guna-guna dengan seseorang."

Pak!

"Jadi kau nak kata Raisya tu guna-guna aku la? Macam tu!" Tubuh Azraeyn ditolak kasar  sehingga berlaga dengan penghadang besi di situ. Terus wajah Azraeyn berubah terkejut. Tidak menyangka sampai begini sekali Aryan bertindak apabila nama Raisya dibangkitkan dalam perbualan mereka.

"Aryan, listen. Aku tak tuduh sesiapa pun dalam ni. So, kau boleh tenangkan diri kau. Kita slow talk dan bincang elok-elok fasal benda ni," pujuk Azraeyn perlahan. Ini bukan seperti yang dia rancang. Aryan yang ini betul-betul mudah hilang kesabarannya.

"Aku tau la kau tak suka Raisya tu. Ni mesti sebab perempuan bodoh tu kan? Mesti Laura tu kan yang cerita dekat kau macam-macam fasal Raisya. Betul kan! Perempuan tu memang nsk kena! Tak padsn dengan perempuan murah!" Tangan Aryan semakin kuat menekan dada Azraeyn sehingga meninggalkan rasa sakit pada dirinya.

'Okey, this is not good,' desis Azraeyn dalam hati. Jika benda ini berlarutan, boleh mati Azraeyn di tangan lelaki ini. Tambahan pula sekarang ini mereka berdua di atas bumbung. Tingkat atas sekali. Jika mahu meminta pertolongan, siapa saja yang akan mendengar?

Buk!

Azraeyn menendang Aryan sekuat hati sehingga lelaki itu terdorong jauh ke belakang. Kelihatan, Aryan masih berdiri teguh di sana. Seperti tendangan yang diberikan oleh Azraeyn langsung tidsk memberi kesan pada dirinya.

"Kau dah melampau Aryan! Laura masih lagi isteri kau! Kenapa kau perlu hina dia macam tu sekali? Dia masih lagi di bawah tanggungjawab kau! Kau sedar tak tu? "

"Aku benci dia! Bodoh! Kau ni memang sengaja nak bagi aku marah, kan?"

Buk!

Satu tumbukan dilayangkan pada wajah Azraeyn sehingga kepalanya terteleng sesikit ke tepi. Pedih. Begini rasanya tumbukan seorang Tengku Qayeed Aryan. Selama dia berkawan baik dengan Aryan, tidak pernah lagi mereka bergaduh sebegini. Dan malam ini, merupakan kali pertama mereka bertentang satu lawan satu.

"Tolong la Aryan, aku tak nak bergaduh dengan kau." Azraeyn mengundur beberapa tapak ke belakang sebagai tanda dia betul-betul memaksudkan kata-katanya tadi.

"HAHAHAH! Kau memang pandai menipu Azraeyn. Kau ingat aku akan termakan dengan kata-kata kau tu? Aku tahu... mesti perempuan tak guna tu mengadu dekat kau kan? Memang nak kena perempuan tu!" Tubuh Azraeyn ditolak kasar sehingga menyembah tanah. Tangan Aryan mula memainkan peranannya. Leher Azraeyn menjadi sasaran.

"Aryan... apa yang kau buat... ni?"

"Kau tak nampak ke? Aku tengah cuba sedaya upaya nak sedarkan kau balik ni!" Aryan tersenyum lebar. Tangannya sudah berada pada leher lelaki itu.

Pada saat ini, Azraeyn dapat merasakan seperti ada 'aura' lain yang berada di situ. Aryan bukan lagi Aryan. 'Aryan' yang ini berbeza. Dapat dirasakan bulu roma Azraeyn sudah mencanak naik.

"Lepaskan aku, Aryan!" Tangan Azraeyn naik menolak tubuh Aryan dengan kasar sehingga tubuhnya berlaga dengan penghadang besi itu.

Malangnya, penghadang besi yang dilanggar tadi tidak kukuh. Kakinya sudah lari dari landasan yang betul dan mengakibatkan Aryan juga tersedar dan hilang keseimbangan.

"Ya Allah, Aryan!" Azraeyn yang tersedar akan hal itu terus bergegas menghampiri Aryan lalu menghulurkan bantuan. Lantas tubuh itu ditarik kembali ke atas.

Nafas kedua-dua mereka tercungap-cungap. Aryan memegang dadanya yang berdegup kencang sedari tadi. Fikirnya, dia sudah tidak dapat melihat dunia lagi. Mujurlah Azraeyn bertindak cepat dan menariknya semula.

"Azraeyn... terima ka... Azraeyn!"










SEBAIK saja Qaisara turun dari keretanya, terus dia mendail nombor telefon Azraeyn. Dari tadi batang hidung lelaki itu tidak kelihatan. Selalunya, pasti lelaki itu akan menunggunya di sini.

"Pelik... call pun tak angkat?" Sekali lagi Qaisara mendail nombor yang tertera pada skrin telefon pintarnya itu.

Keluhan kecil dilepaskan. Panggilannya masih lagi tidak terjawab. Tak akanlah lelaki itu marahnya? Jika benar, mengapa?

Penat mendail nombor yang sama berkali-kali, jadi Qaisara memutuskan untuk naik ke atas dan menunggu lelaki itu sendiri. Mana tahu... mungkin Azraeyn mahu membuat kejutan buatnya?

Qaisara mengatur langkahnya ke arah pintu utama apartment itu berada. Buat kali terakhir, dia mendail nombor telefon lelaki itu. Jika Azraeyn tidak mengangkat panggilan juga, dia bertekad untuk naik ke atas sendiri.

Tut...

BUK!

Bunyi panggilan yang bersambung dengan panggilan sana tiba-tiba saja mati sekaligus bunyi sesuatu yang jatuh kuat kedengaran pada deria pendengarannya. Disebabkan bunyi itu terlampau kuat dan kedengaran hampir dengan tempatnya berada, Qaisara memberanikan diri juga untuk menolehkam pandangannya.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Mata Qaisara tertancap pada sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas tar. Mata Qaisara teebeliak, satu tubuh badannya seakan-akan menggigil. Tetapi, kakinya tetap maju ke hadapan. Sedaya upaya memberanikan diri untuk melihat apa yang berada di hadapannya.

Tap!

Mutiara jernih mula kelihatan turun dari tubir matanya, menghiasi setiap lekuk wajahnya sebelum titisan jernih itu jatuh menyembah lantai bumi. Lidahnya kelu. Kakinya sudah tidak berdaya lagi untuk berdir tegak dan teguh seperti tadi. Ekspresi wajahnya juga sudah berubah serta-merta. Dunianya seakan-akan gelap buat seketika. Dalam keadaan terketar-ketar itu, perlahan-lahan tangannya naik menekup mulut.

"Az... AZRAEYN!"








TBC
Ada sesiapa potong bawang tak tu?🤧 chapter ni pendek aje😅but, enjoy this chapter and jangan lupa vote dan komen okie? Me always love you!😚❤🙈

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro