Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

48

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

"LAURA? Mana budak-budak tu? Pagi-pagi lagi aku tak nampak dia orang." Aryan yang baru turun dari tingkat atas itu menghampiri Laura yang sedang sibuk menghidangkan makanan untuk sarapan mereka pada hari itu.

Laura. Kau-aku. Panggilan itu kembali meniti di bibir lelaki itu setiap kali mereka duduk berdua. Lelaki itu juga selalu memanggilnya dengan panggilan Laura, bukan Emilia seperti sebelum ini. Walaupun pada hakikatnya mereka masih berada di rumah orang tua Aryan, lelaki itu pandai menyembunyikan kejanggalan antara mereka ketika bersama. Tipulah kalau Laura kata dia tak terasa. Aryan hanya bercakap baik dengannya di hadapan keluarga.

Sedangkan, Laura tahu hati lelaki itu masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Laura merupakan isterinya yang sah. Aryan juga masih tetap dengan pemikirannya. Baginya, Laura itu seorang perempuan yang jijik. Tidak sesuci wanita lain.

Laura menolehkan badannya bagi menghadap Aryan. Bibirnya mencarik senyuman nipis.

"Budak-budak tu ada dekat sana. Tengah seronok main dengan makcu dia orang," balas Laura sebelum dia kembali ke dapur untuk membantu Tengku Amanda mengangkat hidangan yang lain.

Aryan memuncungkan mulutnya membentuk huruf 'o'. Sekilas, dia mengerling ke arah Laura yang semakin lama semakin hilang dari pandangannya.

Entah mengapa, setiap kali Aryan dan Laura duduk berdua, pasti Aryan merasakan sesuatu. Namun, kadang kala ada juga Aryan merasakan seperti ada sesuatu yang menghalang ingatannya kembali. Jika Aryan mencuba untuk mengingati apa yang berlaku sebelum ini, pasti kepalanya akan berasa sakit.

Bukan itu saja, sejak dia mula berenggang dengan Raisya ini... semakin membuak-buak pula perasaan rindu lelaki itu pada gadis itu. Setiap malam pasti Aryan akan mendapati sukar unyuk melelapkan mata kerana Raisya tiada di sisinya.

Hairan.

Aryan mengatur langkah ke arah ruang tamu, tempat di mana Qaisara dan anak-anaknya selalu meluangkan masa bersama.

Aryan tersenyum segaris sebaik saja kornea matanya dihiasi dengan wajah ceria anak-anaknya ketika mereka beemain dengan Qaisara. Suka sungguh mereka bertiga menghabiskan masa bersama adiknya itu.

Perlahan-lahan, Aryan menghampiri mereka berempat. Saat Aryan melabuhkan punggungnya di situ, Aryan dapat merasakan satu jelingan tajam yang datang dari arah Qaisara.

Tidak usah ditanya, Aryan tahu sangat Qaisara masih marah pada dirinya.

"Kenapa kau duduk dekat sini? Banyak lagi tempat, kan?" bidas Qaisara sambil memutarkan bebola matanya. Meluat.

Sungguh, perasaan marah dan kecewa itu masih tidak hilang dari dirinya. Sepanjang Aryan dan Laura bermalam di sini, Qaisara perhatikan saja gerak-geri pasangan suami isteri itu.

Seperti ada yang tidak kena saja pada pandangan mata Qaisara. Ya, Qaisara yakin itu. Dia yakin bahawa hubungan antara Aryan dan Laura masih lagi tidak elok sepeeti sebelum ini.

"Aku nak duduk sini, tengok anak-anak aku main. Salah ke?" soal Aryan. Sebelah tangannya menggolekkan kembali sebiji bola ke arah Wafdan. Wafdan yang mengajak Aryan bermain dahulu, jadi Aryan hanya melayannya sahaja.

"Kau pergi la sana. Yang nak sibuk dekat sini juga dah kenapa? Balik nanti kau boleh aje kan main dengan dia orang? Ini tak... nak juga cari pasal dengan aku dekat sini." Qaisara mencebik bibir. Tangannya disilang ke dada lalu pandangan matanya dihalakan ke arah lain.

Qaisara tidak mahu memandang wajah abangnya. Dia kecewa.

Kedengaran Aryan menghelakan nafas perlahan. Tangannya naik memicit perlahan dahinya. Aryan tidak suka hubungan adik beradik mereka jadi begini. Dia cukup tidak suka.

"Qaisara... sampai bila kau nak marahkan aku? Aku dah berbaik dengan Laura kan? Apa lagi yang kau nak? Tolong la... aku tak nak hubungan adik-beradik kita retak sebab benda kecil ni," jelas Aryan dengan lembut. Kalau ego dibalas dengan ego, sampai bila pun masalah tak akan selesai.

"Kau kata benda ni kecil? Kau sedar tak apa yang kak Emilia tu rasa sepanjang kau buat perangai macam ni? Kau curang dengan dia dan pandang perempuan lain. Kau tuduh dia macam-macam. Kau ingat dia tak ada perasaan ke?" ujar Qaisara dengan wajah yang berkerut.

"Mungkin, bagi kau kau orang dah berbaik. Tapi tidak bagi aku. Aku tengok kau orang ni macam try hard sangat nak tunjuk dekat kami yang kau orang ni bahagia. Sedangkan, hati kau ada pada perempuan lain dan hati kak Emilia pula sedang memendam rasa rindu dekat kau." Qaisara bangun dari duduknya. Bajunya dikibas-kibas sedikit bagi menghilangkan kesan kedut.

"Aku yang tengok ni pun penat, apatah lagi orang yang menanggung, kan?" Dan itu kata-kata terakhir yang keluar dari mulut Qaisara sebelum bayangan gadis itu mula hilang dari pandangan mata Aryan.

Aryan menundukkan wajahnya menekur lantai. Rambutnya diraup kasar ke belakang. Aryan mengeluh berat.

Sampai bila mereka mahu begini?









PINTU bilik dihempap kasar lalu tubuhnya direbahkan ke atas katil. Wajahnya ditekup dengan bantal lalu gadis itu menjerit sepuas-puasnya bagi melepaskan rasa.

Sekali lagi, Qaisara bergaduh dengan Aryan. Ikutkan hati dia memang mahu berbaik semula dengan lelaki yang bergelar abang kepada dirinya itu. Namun egonya sekarang ini lebih menguasai diri. Pasti ada saja yang tak kena jika Qaisara dan Aryan bersua muka.

Telefon bimbit yang terletak di atas meja lampu di sebelah katilnya dipandang sekilas. Tangan Qaisara mula bergerak mencapai telefon bimbit itu. Telefon dihidupkan lalu pantas saja jarinya menskrol skrin telefon untuk mencari nombor telefon seseorang.

"Hello?"

"Azraeyn? Awak... awak busy ke?" Sebaik saja panggilan telefonnya diangkat, Qaisara bangun lalu membetulkan posisi duduknya supaya selesa.

"Meeting saya baru aje habis jadi sekarang ni saya free. Kenapa? Dah rindu saya ke?" soal Azraryn ditalian sana. Tersenyum lebar Asraeyn saat ini setelah dia mendapati bahawa si pemanggil ialah Qaisara, kekasih hatinya. Terus hilang rasa penat. Disebabkan dia ada urusan kerja di luar negera, jadi mereka tidak dapat bersua muka.

Tambahan pula masing-masing sibuk sekarang ini. Azraeyn sibuk dengan kerjanya manakala Qaisara pula sibuk dengan pelajarannya. Tahun ini merupakan tahun akhir bagi Qaisara, jadi dia perlulah buat yang terbaik dalam peperiksaannya nanti.

"Lebih kurang," balas Qaisara seraya tertwa kecil di hujung ayatnya.

Mendengarkan suara Qaisara dari corong telefon, Azraeyn tahu gadis itu mempunyai masalah. Kerana suara Qaisara kedengaran sedikit serak dari biasa. Sama ada gadis itu menjerit atau menangis untuk melepaskan rasa yang terbuku di hati. Azraeyn masak sangat dengan perangai gadis itu.

"Qaisara... awak ada masalah, kan? Kenapa ni? Gaduh dengan Aryan lagi ke?" soal Azraeyn prihatin. Dia juga tahu tentang status hubungan antara Qaisara dengan Aryan sekarang ini. Masalah hubungan antara Laura dan Aryan juga dia tahu.

"Lebih kurang." Pendek saja jawapan yang diberikan oleh gadis itu. Entah mengapa, matanya mula terasa panas apabila dia kembali memikirkan kelakuannya terhadap Aryan tadi. Pasti abangnya juga kecewa dan terasa dengan dirinya.

"Qaisara... bukan ke saya kata awak perlu berbaik dengan abang awak? Bukan selalu awak nak berjumpa dengan dia tau. Patutnya awak gunakan masa ni untuk berbaik dengan dia," pujuk Azraeyn lembut.

Esakan Qaisara mula kedengaran. Tangisannya pecah. Mutiara jernih mula jatuh menghiasi setiap lekuk wajahnya.

"Saya... saya dah fikir cara nak berbaik dengan abang. Tapi saya tak tahu kenapa... bila saya tengok... hubungan antara abang dengan kak Emilia tak sama macam dulu, saya jadi sedih, kecewa. Dan saya akan teringat balik pasal hari tu... abang bawa Raisya dan bagitahu dia nak kahwin dengan perempuan tu. Saya... saya tak suka," luah Qaisara semahu-mahunya. Tangan naik mengesat air mata yang laju mengalir.

Mengapalah Azraeyn tiada di sini sekarang ini? Dia perlukan lelaki itu di sisinya.

"Shhh... Qaisara... jangan la menangis. It's okay. Take your time. Jangan risau, nanti kita fikirkan cara lain ya? Pasal hubungan Laura dengan Aryan tu, sama-sama kita doakan semoga hubungan dia orang kembali macam dulu. Okey, dear?"  pujuk lelaki itu lagi.

Sejak kebelakangan ini, mudah pula hati Qaisara tersentuh. Mungkin kerana stress belajar juga yang membuatkan dirinya begini. Disebabkan itulah Azraeyn tidak memaksanya untuk berbaik dengan Aryan secepat mungkin.

"Dah, lap air mata tu. Mesti comot dah muka. Tak comel la nanti."

"Eee... suka hati dia aje kata dekat orang. Bukannya nampak pun saya menangis!" Qaisara mencebik.

"Tak payah nampak pun saya dah boleh bayang muka awak bila menangis macam mana. Selalu sangat dah nampak."

"Ish, tak payah la ingat! Awak ni... bila nak balik Malaysia?" soal Qaisara. Sedaya upaya mengalihkan topik perbualan mereka tadi. Malu pula Qaisara apabila teringat semula bagaimana dia mudah sangat menangis di hadapan lelaki itu.

"Eh... ada orang tu rindu la. Baru dua minggu tak jumpa ni. Don't worry, hujung minggu ni awak dah nampak saya. Lepas tu... balik nanti kita dating puas-puas ya? Tunggu tau!" ujar Azraeyn dengan nada cerianya. Qaisara hanya tergelak kecil.

"Ya awak... saya tunggu."








SETELAH tiga hari dua malam mereka sekeluarga bermalam di rumah Tengku Shahrizal dan Tengku Amanda, akhiranya hari ini mereka selamat kembali ke rumah. Bermula malam ini, mereka akan kembali hidup dalam dunia mereka sendiri. Aryan dengan dunianya dan Laura dengan dunianya. Masing-masing melakukan kerja sendiri tanpa sebarang gangguan. Seperti mereka berdua janjikan.

"Aku nak naik atas, mandi. Tak selesa pulak berpeluh ni. Beg pakaian semua aku dah letak dekat atas. Nanti pandai-pandai la kau kemas. Aku naik mandi dulu. Lepas mandi nanti aku tengok-tengokkan pula budak-budak itu," ujar Aryan lalu dia melangkah naik ke tingkat atas, di mana biliknya berada.

Laura hanya mengangguk saja apabila mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu. Apa yang dia mahu hiraukan? Mereka berdua tidur di bilik berasingan. Itu apa yang Aryan mahukan. Mahu tidak mahu, Laura oatut turutkan saja. Dia sedar siapa dirinya. Dia hanyalah perempuan jijik di mata lelaki itu. Walaupun pada hakikatnya dia bergelar isteri yang sah buat Tengku Qayeed Aryan.

Ting! Ting!

Tidak henti-henti bunyi notifikasi dari telefon pintar milik Aryan berbunyi. Tidak cukup dengan itu, ada juga manusia yang cuba menghubungi Aryan berkali-kali. Namun sayang... panggilan itu tidak diangkat kerana tuan badan masih sibuk membersihkan diri di atas.

Saat ini, rasa ingin tahu Laura membuak-membuak. Gatal saja tangan wanita itu mahu menyentuh telefon pintar milik suaminya untuk melihat siapa pemanggil yang tidak putus asa menghubungi Aryan berkali-kali.

Ting!

Sekali lagi bunyi notifikasi itu menarik perhatian Laura. Kali ini, Laura memutuskan untuk melihat saja nama yang tertera pada skrin itu. Perlahan-lahan Laura menghampiri telefon pintar Aryan yang berada di atas meja kopi itu. Matanya dikerling sedikit kenarah telefon bimbit itu.

Raisya.

Tidak silap lagi, sebaris nama itu yang meniti dibibirnya saat matanya melihat nama yang tertera pada skrin telefon itu. Laura tersenyum hambar.

'Apa yang kau expect, Laura? Kau memang ingat ada peluang lagi ke untuk kau bahagia bersama lelaki itu?' desis hati kecil Laura. Memang silaplah jika dia masih menyimpan perasaan terhadap Aryan. Kerana apa? Kerana cinta lelaki itu buat Laura Emilia sudah terpadam buat selamanya.

"Oh, dekat sini rupanya. Patut la aku cari dekat atas tadi tak jumpa."

Sekonyong-konyong, suara garau milik Aryan muncul dari arah belakang Laura. Lantas, Laura menjarakkan jarak antara dirinya dengan telefon bimbit milik Aryan itu. Risau juga jika Aryan menuduhnya bukan-bukan. Jadi, sebelum semua itu beraku baik Laura pergi dari situ dulu.

"What? Seriously?" Kedengaran lantang suara Aryan ketika ini. Jelas reaksi terkejut di wajahnya.

Ting! Tong!

Serentak pandangan Aryan dan Laura beralih ke arah pintu rumah. Laura menyelak langsir sedikit bagi melihat gerangan manusia yang datang ke rumah mereka pada waktu-waktu ini.

"Tak payah nak was-was. Bukak aje pagar tu. Aku tau siapa yang datang tu," arah Aryan seraya mencapai kunci rumah bagi membuka pintu utama rumah mereka.

"Oh my! Baby!"

Serentak pintu rumah itu terbuka, terus Raisya melompat memeluk tubuh tegap Aryan. Tangannya dililit pada leher lelaki itu lalu beberapa kucupan dihadiahkan pada Aryan.

Tidak kurang juga dengan Aryan, dia juga membalas perbuatan gadis itu.

Laura masih berdiri tegak di situ. Menjadi penonton tidak berbayar mereka berdua. Bertapa remuknya hati ini apabila melihat suaminya berpelukan sebegitu dengan perempuan lain selain dirinya.

"Raisya... kenapa kau ada dekat sini?" soal Laura. Sebelah tangannya sudah mengepal penumbuk dengan kemas. Dadanya mula berombak. Nafasnya naik turun, tidak teratur seperti sebelum ini. Mengapa perempuan ini berada di sini?

"Oh, Laura. Lama tak jumpa, kan?"











TBC
Jangan lupa vote dan komen! Sorry jugak kalau bab ni pendek dan bosan🤧 Me always love you!😚❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro