Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

47

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

SEPERTI baru semalam pertemuan kembali antara Laura dan Raisya berlaku, sedar-sedar saja tempoh 3 hari yang diberikan oleh Raisya sudah berlalu dengan  begitu sahaja. Dan sepanjang tempoh itu jugalah Laura sudah membuat keputusan.

Ya, keputusan ini mungkin keputusan terbaik buat anak-anaknya sekarang. Dia akan berjumpa dengan Aryan hari ini untuk rujuk semula dengan lelaki itu dan kembali hidup seperti 'biasa'. Walaupun keputusan ini bakal memakan dirinya sendiri, Laura sudah bertekad. Dia akan terima dan hadap saja dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Bagi Laura, biarlah dirinya itu tidak merasakan kebahagiaan asalkan anak-anaknya dapat membesar dengan elok pun sudah cukup menggembirakan hatinya.

Jam yang tergantung di dinding diperhatinya sekilas. Pukul 8.45 pagi. Sebaik saja jarum panjang itu berubah ke angka 12, Laura akan bertolak dari rumahnya untuk berhadapan dengan Aryan sendiri. Kebetulan pula hari ini lelaki itu tidak bekerja, jadi mudahlah kerja Laura untuk berurusan dengan lelaki itu nanti.

Ting! Tong!

Bunyi loceng yang bergema di segenap ruang rumah itu memarik perhatian Laura untuk bangun dari duduknya lalu menghampiri tingkap bersebelahan pintu rumahnya.

Langsir di tarik sedikit bagi melihatkan siapa gerangan yang sedang berdiri tegak di luar sana. Naik hairan juga Laura apabila tiba-tiba saja ada orang yang datang pada waktu begini.

"Leo?" Nama lelaki yang sedang berdiri tegak di luar itu disebutnya. Lantas, tangan Laura mencapai alat kawalan jauh di atas meja kopi bagi membuka pagar automatiknya. Kemudian, Leo mula melangkah menghampiri pintu rumah Laura.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Leo? Kenapa datang?" soal Laura dengan dahi yang berkerutnya. Laura menjemput Leo masuk ke dalam rumah lalu dia kembali menutup pintu pagar rumahnya.

"Lee! Lee!" Suara ceria itu terus menyapa gegendang telinga apabila anak mata tiga orang kembar itu memandang wajah Leo. Laju saja mereka mengatur langkah berjalan perlahan-lahan ke arah Leo yang baru berura-ura mahu duduk di atas sofa.

"Hai Wazien, Wafiq dan Wafdan! Kau orang tengah main apa tu?" tanya Leo ceria seraya tangannya bergerak untuk mendukung Wafdan yang sedari tadi memanggilnya minta didukung.

"Ni!" Serentak Wazien dan Wafiq mengangkat mainan mereka tinggi ke udara. Leo hanya tersenyum apabila melihat wajah mereka yang ceria itu.

"So... Leo? Awak tak nak bagitahu ke kenapa awak datang sini secara tiba-tiba?" Laura kembali bersuara. Dia juga mengambil tempat di salah satu sofa yang menghadap Leo. Pandangan matanya dihalakan tepat ke wajah tampan milik Leo.

"Pasal apa yang Raisya cakap tu... apa keputusan kau?" Leo meletakkan Wafdan semula ke bawah sebelum dia beralih fokusnya ke arah Laura.

Mendengar soalan tang diajukan Leo tadi membuatkan lidah Laura kelu beberapa saat. Otaknya ligat memikirkan alasan apa yang patut diberikan kepada lelaki itu. Silap cakap nanti, habis Leo memberitahu segala benda yang terjadi kepada Ariesya. Tentang apa yang berlaku tiga hari lepas, hanya Laura dan Leo sahaja yang tahu.

Laura meminta Leo untuk merahsiakan perkara ini kerana dia tidak mahu menyusahkan orang lain. Lagipun, dia sudah tahu apa reaksi Ariesya apabila dia mengetahui tentang hal ini. Sudah pasti Ariesya menentang keputusannya.

"Aku..." jeda. Laura menundukkan wajahnya menekur lantai. Seperti teragak-agak sahaja gadis itu untuk memberikan jawapan.

Leo mengeluh perlahan.

"Kau setuju nak rujuk balik drngan dia, kan?"

Lambat-lambat kepala Laura mengangguk tanda bersetuju dengan tekaan lelaki itu.

"Kau ni dah fikir masak-masak ke Laura? Kau sedar tak apa yang kau buat ni? Kalau kau kembali dekat lelaki itu, belum tentu kau bahagia. Kau tahu tak tu?" Leo bangun dari duduknya lalu dia meraup rambutnya ke belakang dengan kasar. Fikirannya pun serabut setiap kali dia memikirkan jalan penyelasaian dalam masalah rumah tangga gadis itu.

"Habis itu? Apa lagi pilihan yang saya ada, Leo? Nyawa anak-anak saya jadi taruhan. Tak akan la saya nak berdiam diri saja? Saya sayangkan anak-anak saya, Leo. Awak kena faham tu." Tegas Laura berkata. Dia sudah maklum lebih awal lagi tentang apa yang dikatakan oleh Leo. Walau apa pun yang akan terjadi, dia perlu menghadapnya sahaja.

"Are you being serious Laura Emilia? Kalau dia seksa kau lebih dari sebelum ini macam mana? Apa yang kau nak buat? Tak akan la kau nak jadi macam patung bernyawa dan hadap segala benda? Jangan jadi bodoh Laura. Please, use your brain and think about it again," kata Leo lagi. Cukuplah dia melihat apa yang dilalui gadis itu sebelum ini. Sekarang ini Laura perlu bebaskan dirinya dan mencari kebahagiaannya sendiri.

Laura tersenyum nipis. Matanya sudah terasa panas. Sudahlah. Dia tidak mahu dengar semua itu. Dia tiada pilihan lain. Apa lagi yang dia boleh lakukan?

"Kalau macam tu... saya akan terus menjadi patung tak bernyawa dan  hadap segala kemungkinan yang berlaku. Leo, saya nak keluar jumpa Aryan. Tolong... jangan halang saya dan tolong jagakan budak-budak ni masa saya tak ada. Terima kasih."

Laura terus mencapai tas tangannya di atas sofa lalu melangkah ke arah pintu rumahnya. Leo hanya berdiri tegak di situ, melihat bayangan Laura yang semakin hilang dari pandangan mata.

"Kenapa kau seksa diri kau sendiri, Laura?"






KEPALA Laura didongakkan sekilas bagi memerhati sebuah rumah yng berdiri megah di hadapannya. Rumah ini... rumah di mana dia dan Aryan melakarkan memori indah bersama. Tidak lupa juga, disebalik memori indah itu juga ada terselit memori pahit yang masih segar di fikirannya.

Rumah ini menjadi saksi seorang Tengku Qayeed Aryan melafazkan talak ke atas Laura Emilia. Tanpa diduga, hari ini Laira kembali menjejakkan kakinya di sini.

Laura menarik nafas dalam sebelum meneruskan langkahnya. Sedari tadi, tidak henti-henti dia memesan kepada diri sendiri bahawa semuanya akan berjalan lancar dan dia tidak perlu berasa risau. Jauh di sudut hatinya, dia berdoa agar segala urusannya hari ini dimudahkan oleh-Nya.

Ting! Tong!

Punat loceng yang terlekat di dinding ditekannya sekali. Selang beberapa saat, pintu pagar itu sudah terbuka bagi menjemputnya masuk ke dalam rumah.

Saat kakinya menghampiri pintu rumah itu, anak mata hazel milik Laura sudah dapat menangkap susuk tubuh seseorang yang berdiri di muka pintu. Tengku Qayeed Aryan. Dia sudah berdiri tegak di situ dengan senyuman lebar terlakar di wajahnya.

Laura pasti, sekarang ini mesti lelaki itu merasakan dirinya sudah menang kerana Laura Emilia berjaya ditundukkan. Buktinya? Sekarang ini, Laura sendiri yang datang menghadapnya untuk merujuk semula.

"Kau datang? Wah... tak sangka," provok Aryan sambil tersenyum sinis. Laura hanya buat tak tahu dan meneruskan langkahnya. Sempat lagi mata Laura meliar untuk mencari sesorang. Siapa lagi kalau bukan Raisya?

Mujurlah, hari ini perempuan itu tiada. Setidak-tidaknya, perbincangan antara mereka akan berjalan lancar. Laura boleh membayangkan keadaan jika Raisya itu muncul sekarang ini. Sudah pasti, peremluan itu tidak akan setuju dengan syarat kedua yang bakal Laura anukan nanti.

Aryan menjemput Laura masuk ke dalam rumah lalu mereka berdua duduk di atas sofa yang di sediakan. Di atas meja kopi sudah terhidang teh panas dan beberapa jenis biskut.

Laura menjeling sekilas ke arah Aryan. Lelaki itu duduk di atas sofa sambil menyilangkan kakiknya.aura mencebik bibir. Ingat elok sangat ke buat macam tu?

"Tak sangka... sampai macam itu sekali awak buat semata-mata nak rujuk balik dengan saya, ya? Tak pasal-pasal... budak yang tak bersalah pun terlibat sekali dalam masalah ini," bidas Laura. Pandangan matanya masih merenung ke arah cawan kaca berisi teh panas yang menunggu habanya berkurang dari semasa ke semasa.

Laura masih lagi tidak mahu memandang wajah Aryan. Walaupun hatinya masih lagi tersisa rasa cinta dan sayang buat lelaki itu, namun apa yang lelaki ini cuba lakukan sudah melampaui batas. Tidak dinafikan, apa yang Aryan dan Raisya lakukan kepadanya sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak puas hati di dalam diri.

"For your information, tu bukan idea aku. Tapi tu idea girlfriend aku. Aku sendiri tak tahu dia sanggup pergi sejauh itu untuk tolong aku dapatkan kau semula. Girlfriend yang bagus, kan?" Aryan mengangkat cawan berisi teh yang terletak elok di atas meja lalu menyicipnya sedikit.

Girlfriend. Satu perkataan yang mampu mengguris perasaan seorang Laura Emilia.

"Saya tak nak duduk sini lama-lama. Kesian pula anak saya dekat rumah tu. Jadi, saya datang sini nak selesaikan masalah kita secepat mungkin. Ya, saya datang memang nak rujuk semula tapi ada dua syarat yang saya nak awak ikut. Awak ikut syarat ni dan hidup awak dan saya akan jadi mudah. Jangan risau, syarat saya senang saja dan semestinya tak melanggar larangan Tuhan."

Aryan meletakkan kembali cawan kaca tadi di atas meja kopi lalu fokusnya kembali ke arah wanita itu. Entah mengapa... ayat terakhir yang keluar dari mulut wanita itu membuatkan hati Aryan sedikit terasa.

"Apa syaratnya?" Kening Aryan dijongket sedikit. Pandangan matanya memandang tepat anak mata hazel milik Laura.

"Walaupun kita rujuk balik, tapi saya nak kita hidup berasingan. Awak buat kerja awak dan saya buat kerja saya. Kedua, awak perlu jaga anak-anak awak sama macam saya jaga mereka. Deal?"

Setelah mendengar dua syarat yang diajukan Laura tadi, Aryan mula berfikir sejenak. Tangannya diletakkan di dagu tanda berfikir. Setelsh beberapa saat berlalu, Aryan kembali memandang Laura.

"Deal. So... esok kita pergi mahkamah. Rujuk semula dan semuanya akan selesai. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Dan masing-masing tak boleh sibuk hal pasangan mereka. Okey?"

"Okey." Laura hanya bersetuju. Dengan cara ini, sedikit sebanyak dapat melegakan hatinya.

"So... now, welcome back sayang."






"KAK Emilia! Ya Allah lamanya tak jumpa!"

Saat Aryan mula memberi salam dan baru berura-ura mahu membuka pintu itu, pintu itu sudah dibuka dari dalam. Terus terpancul wajah Qaisara yang ceria saat kornea matanya disajikan dengan wajah Laura.

Lantas, Qaisara memeluk Laura demgan erat. Mujurlah anak-anaknya tiada dalam dukungan Laura ketika ini. Kalau tidak, mahu tersepit mereka dalam pelukan Qaisara.

"Qaisara sihat?" Pelukan dileraikan lalu Laura menyoal khabar gadis itu. Setahu Laura, tidak lama lagi Qaisara akan menghadapi peperiksaan terakhirnya sebelum dia menamatkan pelajarannya.

"Macam yang akak tengok la. Qaisara sihat aje,"kata Qaisara sambil tersengih.

"Qaisara... sampaj bila nak bagi dia orang berdiri depan pintu tu?" Suara Tengku Amanda mula mencelah. Tengku Amanda sibuk saja memasak pelbagai hidangan bagi menyambut Laura kembali dalam keluarganya. Mendengar berita gembira dari Aryan tempoh hari membuatkan Tengku Amanda dan Tengku Sharizal menumpang kegembiraan bersama.

Masing-masing tidak putus-putus berdoa dan berharap bahawa rumah tangga satu-satunya anak lelaki mereka akan kekal bahagia.

"Oh, jom la masuk dulu. Qaisara ada macam-macam nak cerita ni tau!" Qaisara menarik tangan Laura masuk ke dalam rumah. Serentak dengan itu, sempat lagi Qaisara menghadiahkan pandangan dingin ke arah Aryan. Dan perbuatan Qaisara tadi sedikit sebanyak menimbulkan rasa hairan dalam diri Laura.

Mengapa hubungan antara Qaisara dan Aryan nampak dingin saja?

"Sayang, abang letak barang-barang kita dekat atas dulu ya? Sembang tu, sembang juga. Tapi jangan lupa tengok-tengok sama budak-budak tu. Sejak dah pandai berjalan ni makin aktif pula dia orang ni bergerak," pesan Aryan sambil tangannya memegang satu bagasi besar khas buat pasangan suami isteri itu dan satu lagi bagasi kecil buat anak-anak mereka.

"Oh... ya. Okey," balas Laura. Kedengaran agak janggal di situ. Manakan tidak... tiba-tiba saja Aryan menukar panggilan daripada kau-aku kepada abang-sayang.

Sejak mereka berdua kembali hidup sebumbung ini, hubungan mereka berdua elok saja. Walaupun masing-masing membuat kerja sendiri tidak ada lgai pergaduhan kecil di antara mereka. Namun begitu, Aryan tetap menjaga anak-anaknya dengan baik. Seperti Laura harapkan.

Melihatkan sisi Aryan yang baik ketika bersama anak-anak mereka membuatkan hati wanita Laura terdetik. Laura rindukan Aryan yang dulu. Aryan yang sayang dan cintakan dia dengan sepenuh hati.

Bolehkah hubungan antara Laura dan Aryan kembali seperti dahulu?




TBC
So... chapter kali ni takde Raisya! HAHAHAH asyik dia aje muncul author pon meluat dah🙂sorry kalau update kali ni pendek aje!😖 jangan lupa vote dan komen okie? Bye!😚❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro