
46
"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."
ARYAN mendengus kasar. Tali leher yang terlilit kemas pada lehernya ditarik kuat sebelum dia menghempas briefcase ke atas meja. Tubuhnya direbahkan pada sofa lalu tangannya naik meraup rambutnya sehingga berubah kusut.
Memikirkan tentang apa yang berlaku kepada dirinya hari ini saja sudah membuatkan kemarahan dalam dirinya membuak-membuak. Mengapalah lelaki itu perlu ada semasa dia bertemu Laura? Sibuk saja!
Kalau bukan disebabkan lelaki itu menghalang, sudah pasti sekarang ini Laura sudah menunduk di hadapannya. Tangan Aryan digenggam tanda geram. Sekarang ini, dia perlu memikirkan cara lain untuk 'memujuk' wanita itu supaya bersetuju untuk merujuk semula. Kalau tidak, Tengku Amanda tidak mahu lagi melihat wajahnya.
Dan semestinya, Aryan tidak akan izinkan perkara itu berlaku dalam hidupnya.
"Sayang?" Suara lunak yang kedengaran tidak jauh dari situ menyapa gegendang telinga Aryan. Lantas, lelaki itu mengalihkan pandangannya ke sisi.
Kelihatan, Raisya yang mengenakan lace lengerie bewarna hitam pada tubuhnya mula melangkah menghampiri Aryan yang sedang duduk di atas sofa.
Aryan menggigit bibir sambil matanya tidak lepas daripada memandang setiap lekuk tubuh Raisya. Pakaian yang dikenakan Raisya malam ini sungguh menggoda nafsu seorang Tengku Qayeed Aryan.
Raisya tersengih apabila melihat reaksi Aryan yang mrmbulat mata memandangnya lalu dia merebahkan punggungnya di atas peha Aryan. Tangannya naik menyentuh wajah lelaki itu. Jarinya bermain-main pada pipi kekasih hatinya.
"Kenapa ni sayang? I tengok you ni macam stress je? Ada problem ke? Hm?" soal Raisya. Tangannya tadi mula bergerak pula untuk bermain rambut lelaki itu. Dibelainya penuh kasih sehingga Aryan ralit dengan belaiannya.
"You know what? Perempuan tu tak nak rujuk balik. Dia kata dia dah bahagia macam tu. Lepastu tadi masa I bercakap dengan dia, tiba-tiba ada lelaki mana entah datang halang I. Tak pasal-pasal lepas ni I kena fikir cara lain pula untuk minta dia rujuk balik dengan I," kata Aryan. Raisya yang berada di atas ribanya hanya mendengar dengan teliti.
"I rasa... lelaki tu boyfriend baru dia kot. Heh, baru bercerai dah ada pengganti? Wow! Nothing less than what we expect. Perempuan murah macam tu cepat aje cari mangsa dia. Lepas puas, dia mula la abaikan. Lelaki tu pon sama bodoh aje. But, it's okay baby. Don't you worry about that b*tch. I dah ada idea baru nak 'pujuk' dia supaya dia rujuk balik dengan you." Raisya tersenyum sinis. Dalam hatinya sudah tidak sabar mahu menjalankan idea barunya itu.
"Really, sayang?" Aryan pandang Raisya dengan pandangan yang tidak percaya.
"Hello... ni Raisya la. You ingat girlfriend kesayangan you ni tak pandai ke? Setakat nak tundukkan perempuan murah macam Laura tu, petik jari pun dah boleh la," ujar Raisya dengan bangga.
"Aww... thank you, baby!" Aryan mengucup dahi Raisya. Raisya tersenyum suka.
"So... malam ni kita boleh enjoy kan?" Raisya melilitkan tangannya pada leher Aryan. Mata mereka berdua bertentangan. Hidung mereka bersentuhan antara satu sama lain.
Mendengar ayat itu keluar dari mulut Raisya saja sudah meningkatkan lagi nafsu Aryan. Terus bibir merah milik Raisya itu menjadi sasarannya.
"Let's enjoy tonight, baby."
KIRI kanan dipandang terlebih dahulu sebelum Raisya mula melangkah maju ke hadapan. Siapa sangka? Hari ini idea bernasnya itu sudah boleh diguna pakai. Kebetulan pula dia ternampak Laura keluar bersama-sama anaknya hari ini. Nampaknya, selepas ini Aryan tidak perlu lagi susah hati tentang soal rujuk semula ini kerana hari ini juga Raisya akan selesaikan hal itu.
Setelah Raisya memastikan dua orang anak Laura yang berada di dalam baby stroller itu dibiar sendiri, Raisya mula melangkah menghampiri mereka berdua. Sesekali matanya melirik ke arah Laura serta lelaki yang keluar bersama wanita itu tadi. Nasib baik, Laura dan lelaki itu masih tidak menunjukkan tanda-tanda mahu kembali ke sini bagi melihat keadaan dua adik beradik ini. Lebih mudahlah kerja Raisya.
Wajah Raisya ditunduk sedikit bagi melihat wajah anak-anak Laura. Raisya mencebikkan bibirnya.
"Tak ada la comel sangat kau orang ni. Aku rasa anak aku dengan Aryan nanti lagi comel!" Sempat Raisya memuji 'bakal anaknya' itu. Entah bakal wujud atau tidak. Itu dia tidak kisah, yang penting... anak-anak Laura sudah berada di tangannya.
Raisya menolak baby stroller itu ke satu tempat yang kurang manusia. Kalau tempat macam ni, baru la kena dengan rancangannya. Tiada sebarang gangguan. Ya, itu yang dia mahu.
"Waaaaaaah!" Sekonyong-konyong, rengekka kecil dari dua orang adik beradik itu mula kedengaran. Raisya mendengus kasar. Ini yang dia tidak suka. Mendengar bayi menangis adalah salah satu benda yang paling dibencinya! Rimas!
"Shhh! Kau orang ni diam kejap boleh tak? Aku bunuh kang!" ugut Raisya seraya mengacukan penumbuknya ke arah Wazien dan Wafdan. Terus senyap dua beradik itu. Tangisan mereka sedaya upaya ditahan. Takut apabila diugut sebegitu.
Sementara itu, Raisya mengeluarkan telefon pintarnya lalu nombor telefon milik Laura didail. Perlahan-lahan, satu senyuman kecil terukir di wajahnya.
'Agak-agaknya... apa reaksi perempuan tu bila tahu anak dia hilang eh?' detik hati Raisya. Sudah pasti, wajah Laura ketika ini sangat risau dan mahu menangis. Membayangkan wajah Laura ywng buruk pada pandangan matanya itu saja sudah menggembirakan hati Raisya.
Tut.
"Ah... angkat pun. Hello there! Cari anak yang hilang ke tu?" soal Raisya dengan suara yang ceria. Jelas kedengaran ketawa kecil dihujung ayatnya.
"Raisya... kau... kau ke yang ambil anak-anak aku? Mana kau sembunyi dia orang hah! Apa lagi yang kau nak? Aku tak ganggu hidup kau pun! Raisya jawab soalan aku!" Sebaik saja suara Raisya menyapa halwa telinga Laura, terus saja perasaan marah itu datang tanpa dipinta.
Dada Laura berombak. Giginya diketap rapat. Penumbuknya juga dikepal kemas. Tidak dinafikan, sekarang ini dia betul-betul marah. Mujur sajalah Raisya tiada di depan matanya ketika ini. Silap-silap, sudah lama kesan biru dan ungu menjadi hiasan tambahan pada wajah wanita itu.
"Wah... garangnya janda ni. Hahaha! Jangan selalu marah. Nanti muka tu akan celat nampak tua. Bila tua nanti, mesti la orang tak nak dekat kau! Single la kau sampai mati!" kutuk Raisya dengan girangnya. Dia puas. Luas hati apabila melihat Laura terseksa begini.
"Raisya. Aku tak nak gaduh dengan kau. Tolong la... bagi balik anak-anak aku. Kau nak apa lagi dari aku? Aku dengan Aryan dah tak ada apa-apa. Sekarang ini kau ambillah dia! Aku dah tak kisah dah! Tapi tolong la... bagi anak-anak aku balik," rayu Laura. Nada suaranya kedengaran lembut dari tadi. Sekarang ini, dia lebih risaukan keadaan anak-anaknya. Dia harap anak-anaknya itu berada dalam keadaan selamat.
"Haih... kau ni tak best la. Cepat sangat merayu. Lembik! Baru aku nak seksa anak-anak kau tadi bagi kau merayu dekat aku. Tapi... hmm... cepat sangat la pulak kah ni mengalah."
"Raisya... tolong la jangan sentuh anak-anak aku... dia orang kecil lagi. Tolong la. Aku merayu sangat-sangat. Aku dah tak ada apa-apa. Aku hanya tinggal dia orang aje. Dia orang la kunci kebahagiaan aku sekarang ini. Raisya... please tell me where you are."
Raisya melepaskan keluhan perlahan. Meluat pula dia apabila mendengar rayuan Laura tadi. Mengapalah perempuan ini celat sangat berubah hati?
"Tapi... aku rasa sekejap sangat la masa yang aku luangkan dengan anak-anak kau ni. Macam mana kalau aku rindu dia orang nanti?" soal Raisya. Sebelah tangannya yang memegang pisau lipat kecil ditangannya itu digoyang-goyangkan di depan Wazien.
"Kau ni dah kenapa perempuan? Dia dah cakap elok-elok kot. Apa masalah kau yang susah sangat nak ikut? Kau sedar tak kau tengah culik anak orang sekarang ni? Kalau aku call polis sekarang ni, sia-sia aje kau usaha susah payah jadi kaya. Alih-alih meringkuk dalam penjara juga. Kau bernasib baik sebab Laura tak bagi aku laporkan pada polis sebab dia tak nak benda ni dibesar-besarkan."
Sudah lama Leo menahan rasa sabar dalam dirinya. Tetapi maaf, kesabarannya bukanlah tinggi seperti orang lain di luar sana. Mendengar suara Raisya saja sudah membuatkan hatinya bergelora dan panas semacam. Akhirnya, dia merampas telefon pintar milik Laura dan bercakap sendiri dengan perempuan itu.
"Wow! Boyfriend pula yang nak serang aku? Kau ni hebat betul la Laura. Cepat aje kau bagi lelaki ni sayangkan kau dan anak-anak kau. Entah apa la yang kau guna sampai dia jadi macam ni," provok Raisya. Sesekali dia melirikkan matanya ke arah si kembar itu. Masih senyap dan tidak menunjukkan tanda-tanda mahu menangis. Bagus.
"Jaga mulut kau sikit perempuan! Baik kau bagitahu dekat mana kau sekarang!" herdik Leo. Perempuan ini sudah melampau!
"WAAAAAAAAAAH!"
Suara itu...
"Wazien! Wazien... mama dekat sini sayang... Raisya! Apa yang kau buat dekat anak aku sampai dia menangis macam tu? Jawab soalan aku Raisya!" Mata Laura sudah bergenang. Mendengar tangisan anaknya dari corong telefon saja sudah membuatkan hati Laura luluh. Dia tahu, tangisan itu bukan tangisan biasa. Itu tangisan yang menadakan bahawa dia sakit. Apa yang perempuan itu lakukan sehingga Wazien menangis sebegitu rupa?
"Opps. Looks like his hand is bleeding! Hahaha! Kesian. Bodoh sangat. Siapa suruh pegang pisau tu? So, Laura. Kejap lagi aku hantar location. Cepat datang ya. I will wait for you."
"WAZIEN! Wafiq!" Laura terus menerpa ke arah anaknya apabila matanya terlihat baby stroller di tepi sebuah bangku di bawah sepohon pokok besar.
"Cepat juga kau cari tempat ni." Raisya yang sedari tadi menyandarkan dirinya pada batang pokok itu mula melangkah menghampiri Laura. Satu senyuman manis Raisya hadiahkan. Namun, senyuman itu hanya disambut dengan jelinga maut dari Laura.
"You should be grateful that I took care of your beloved son. Ikutkan hati, aku nak bagi dia main lagi pisau tu. Biar sampai dia bunuh diri sendiri," kata Raisya dengan wajah yang selambanya.
"Kau nak apa sebenarnya? Cakap aje la apa-apa pun. Nanti aku akan usahakan. Kau nak duit? Aku boleh bagi!" Laura menghulurkan Wazien ke arah Leo lalu Leo menyambutnya. Sesekali mata Leo memerhatikan setiap inci tubuh kecil itu. Risau jika dia tercedera di tempat lain selain tangannya.
"Aku ni tak kisah la pasal duit kau. Setakat duit, aku pon boleh usaha sendiri. Tambahan pula... Aryan sentiasa ada di sisi aku kalau aku nak apa-apa. So, back to our topic... aku nak kau rujuk semula dengan Aryan. Lagi cepat lagi bagus."
Laura memandang wajah Raisya dengan pandangan tidak percaya. Serius la?
"Kalau aku tak nak?"
Raisya tersengih sebelum menjawab, "Kalau kau tak nak, get ready la tengok anak kau mati nanti."
"Kau ni dah kenapa!" Leo mencelah. Kakinya sudah setapak maju ke hadapan bagi menghampiri wanita itu. Mujurlah Laura sempat menghalang. Kalau tidak, besar kemungkinan ada juga yang bakal jadi arwah tak lama lagi.
"Aku bagi kau masa 3 hari. Kalau kau masih lagi tak membuat keputusan, aku pula yang akan bertindak."
Laura dan Leo hanya mendiamkan diri. Masing-masing tidak tahu mahu membalas apa. Apa yang mereka berdua boleh lakukan sekarang ini hanyalah mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari mulut wanita licik itu.
"Ingat Laura, aku bagi masa dekat kau 3 hari aje untuk buat keputusan. Sama ada kau rujuk balik dengan Aryan, atau kau tengok anak-anak kau mati di tangan aku."
TBC
So... sorry tau kalau bab ni pendek sikit😂otak izinkan perah idea sampai sini aje😗and sorry jugak kalau ada banyak typo😅
So, untuk pengetahuan korang... mungkin tak lama lagi Emerald bakal melabuhkan tirai. Mungkin dalam 10 bab lagi yang tinggal? Tapi tak sure lagi la. Mana tau terpendek sikit ke Hahaha😆 so... stay tune gais! Jangan lupa vote dan comment!😚❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro