
45
"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."
TANGAN Laura lincah menulis setiap baju yang baru sampai di butiknya di atas kertas. Sesekali matanya meneliti beberapa kotak yang berisi barang jahitan. Mata pen ditutup lalu kertas dan pen tadi diletakkan di atas meja berdekatan sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi.
Tangannya menongkat dagu. Fikirannya melayang memikirkan design pakaian baru untuk butiknya. Tak lama lagi Datin Roziana akan mengadakan fashion show bagi memilih baju pengantin paling terbaik untuk bakal menantunya. Sudah semestinya, butik Laura juga tercalon dalam senarai peserta yang dijemput ke majlis itu.
Puas berfikir, satu idea pun tidak datang menyinggah dalam fikirannya. Laura mengeluh perlahan. Kepala yang tidak gatal digarunya. Tak ada idea ni semua efek sebab lama tak kerja ke? Rasanya baru lima hari dia cuti.
Akhirnya, Laura memutuskan untuk keluar dari bilik stor dan menyoal tentang pendapat Athirah sendiri. Mana tahu jika gadis itu mempunyai idea yang menarik untuk design baju pengantin mereka?
"Encik, berapa kali saya cakap... cik Laura tak ada dekat sini. Buang masa saja encik datang sini cari dia." Berkali-kali Athirah mengulang ayat yang sama. Setiap kali itu jugalah Aryan hanya buat tidak tahu. Kisqh apa dia? Dia datang sini untuk berjumpa Laura. Mahu tidak mahu, hari ini juga dia mahu selesaikan masalah antara mereka berdua.
"Aku kata, aku nak jumpa dia! Kau tak faham ke? Apa yang susah sangat ha? Kau bagi aku jumpa dia, lepas aku bercakap dengan dia sekejap, aku pergi la dari sini!" herdik Aryan. Pandangan matanya yang memanah tepat ke dalam anak mata Athirah itu betul-betul nampak menggerunkan. Dari jauh, Laura boleh nampak perubahan wajah Athirah yang sudah bertukar pucat.
"Kenapa awak datang sini? Apa yang awak nak? Dan satu lagi... siapa awak untuk bercakap sekasar itu dengan pekerja saya?" Suara Laura mula mencelah. Tangannya disilang ke dada lalu tubuhnya disandarkan di tepi kaunter. Mata Aryan dan Laura ketika ini saling bertaut.
"Kau tipu kata dia tak ada dekat sini tadi. Blah la kau!" Aryan menolak tubuh Athirah sehingga gadis itu terundur ke belakang sedikit. Kemudian, dia mula menyusun langkahnya mendekati Laura.
"Kenapa kau tak jawab call aku? Mesej aku pun kau tak balas. Kau ni memang nak kena kan?"
Laura tertawa kecil sebelum menjawab, "Saya tak angkat call awak dan tak balas mesej awak tu semua kehendak saya. Awak siapa untuk arahkan saya dan marah saya sebab saya abaikan awak? Ingat, Aryan. Saya bukan lagi isteri awak. Awak tak ada hak untuk kawal hidup saya."
Aryan meraup rambutnya kasar sebelum helaan berat dilepaskan.
"Aku malas nak buat kecoh dekat sini. Aku datang sini sebab nak rujuk balik dengan kau," luah Aryan. Ayatnya disusun rapi dahulu sebelum berkata. Dia perlu melakukannya dengan sehabis baik kerana dia tidak mahu lagi benda ini berlarutan.
Laura terkelu seketika. Rujuk balik? Dia... tak salah dengarkan?
"Jadi... apa jawapan kau?" soal Aryan. Dirinya masih berdiri tegak di hadapan Laura sementara menunggu jawapan yang krluar dari mulut wanita itu.
"Saya tak nak. Saya dah bahagia macam ini. Buat masa sekarang, saya nak nikmati setiap masa ssya dengan anak-anak saya. Jadi, Aryan... awak boleh balik sekarang. Terima kasih sebab susah-susah datang sini dan minta rujuk balik," kata Laura sambil tersenyum nipis.
Laura sudah nekad, dia tidak tahu mengenangkan masa lalu. Andai jodohnya dan lelaki itu sampai di situ saja, dia redha. Mungkin... ada hikmah disebalik perpisahan mereka.
"Apa yang susah sangat kau ni? Terima saja la! Banyak akal pula. Kau ingat aku nak sangat ke datang sini, hadap muka kau dan minta rujuk balik? Kalau bukan disebabkan mummy... aku takkan terhegeh-hegeh la datang sini," dengus Aryan. Tangannya merentap kasar tangan Laura sehingga jarak antara mereka hanya beberapa inci.
"Oh, ya? Then... good for you! Awak datang sini, minta rujuk dengan saya bukan sebab diri awak yang nak. Tapi mummy awak kan? Huh. Sayangnya... apa yang awak buat sia-sia, Aryan. Saya takkan rujuk balik. Nak tahu sebab apa? Sebab saya sedar diri saya. Saya ni perempuan jijik. Tak setaraf dengan lelaki suci tanpa sebarang dosa macam awak." Laura menarik tangannya sekuat hati supaya terlepas dari cengkaman lelaki itu.
Berombak dada Laura ketika. Hatinya sakit. Sekali lagi. Dia ingatkan... lelaki itu mula menyesal dengan keputusannya dahulu. Namun hampa, itu cumalah khayalan Laura. Benda itu mustahil berlaku kerana ego Aryan lebih melampaui batas.
"Kita rujuk balik dan kau aku akan hidup seperti biasa! Tak boleh ke kau dengar cakap aku sekejap? Bukannya susah pun!" Sekali lagi tangan Aryan merentap tangan Laura.
"Apa awak ni! Saya kata tak nak... tak nak la! Awak ni dah hilang akal ke? Hidup seperti biasa? Heh. Mungkin awak rasa macam tu, tapi diri saya tak akan terima dengan 'kehidupan' macam tu. Sekarang, lepaskan tangan saya, Tengku Qayeed Aryan!" bentak Laura. Giginya diketap rapat.
"Aku takkan lepaskan sehinggalah kau setuju untuk rujuk balik dengan aku!" Cengkaman tangan Aryan semakin kuat sehingga Laura mengerutkan wajahnya menahan sakit.
"Lepaslah!"
"Hey! Kau ni dah kenapa? Lepaskan dia la!" Tiba-tiba, satu suara yang amat dikenali menyapa halwa telinga mereka berdua.
"Lepaskan tangan dia la! Kau ni dah pekak ke?" Leo menarik tubuh Aryan dengan kuat sehingga genggaman tangan Aryan pada lengan Laura terlepas.
"Wah... kau ni siapa pula? Baru bercerai perempuan ni dah cari lelaki lain? Memang tak salah lagi... gambar-gambar itu semua memang betul. Kau memang perempuan murah!"
Pak!
Leo mencengkam rahang Aryan sekuat hati seraya menolak tubuh itu ke dinding. Cengkaman Leo pada rahang Aryan agak kuat sehingga jelas kelihatan wajah Aryan sudah bertukar merah menahan rasa.
"Kau dengar sini baik-baik. Siapa pun aku, itu langsung tak ada kena mengena dengan kau. Dan lagi satu... jaga sikit mulut kau tu. Sebelum nak kata dekat orang, baik kau cermin diri kau dulu. Ingat, kau bukan lagi suami dia jadi kau tak berhak nak apa-apakan dia. Jangan sampai aku hilang kesabaran aku dekat orang macam kau. Sia-sia saja kau hidup selama ni."
Tegas amaran yang diberikan Leo itu. Selepas habis berkata, dia mula melepaskan rahang Aryan.
"Kau bernasib baik Laura. Tapi jangan ingat aku akan mengalah semudah itu," kata Aryan sebelum dia beredar dari situ.
"KAU nak keluar kan? Tunggu Leo datang ambil kau. Jangan pandai-pandai pergi sendiri pula. Nanti kalau jadi apa-apa dekat kau ke... aku juga yang susah hati."
Terngiang-ngiang kata-kata Ariesya malam tadi. Laura menepuk dahinya perlahan. Disebabkan kejdian kelmarin, Datin Aira dan Ariesya sudah membuat peraturan baru. Laura tidak dibenarkan pergi ke mana-mana seorang diri. Setiap hujung minggu pula, Laura wajib pulang ke rumah Datin Aira dan bermalam di situ.
"Ma... ma! Tu!" Wafdan menepuk peha Laura lalu jarinya menunjuk ke arah tingkap rumahnya.
"Lee! Lee!" Wazien dan Wafiq menyebut nama Leo dengan nada yang ceria. Gembira apabila melihat Leo yang turun dari kereta miliknya. Sedari tadi tiga orang kembar itu melihat ke arah tingkap. Menunggu kedatangan Leo.
"Bukan Lee, sayang. Uncle Leo." Laura mencuit hidung kecil anaknya lalu tersenyum nipis.
"Ma... go!" Wafiq mengheret tas tangan Laura lalu diberikan kepada ibunya. Alahai Wafiq... habis rosak la beg tangan mama kalau macam ni.
"Iya... jom pergi."
"Assalamualaikum." Salam diberi sebaik saja pintu rumah Laura terbuka.
"Lee!" Wafdan awal lagi menghalakan tangannya ke arah Leo minta untuk didukung. Leo pula, hanya tersenyum sambil mendukung budak kecil itu.
"Ma... nak tu!" Wafiq menarik kain milik Laura sambil menayang wajah masamnya seraya menunjuk ke arah Leo.
"No, sayang. Penat la uncle nak dukung ramai-ramai. Tunggu giliran masing-masing, okey? Sekarang ni, kita bagi adik dulu tau?" pujuk Laura. Wafiq hanya mengangguk faham. Sedangkan dia sekarang sudah menahan tangisannya.
"Okey anak-anak mama...jom masuk kereta. Kau orang kata nak beli mainan kan? Jadi, tolong jangan buat perangai ya? Siapa buat perangai nanti mama tak nak belikan..." ugut Laura seraya tertawa kecil di hujung ayat.
"Aye!" Jawab mereka bertiga serentak.
"BETUL ni dah tak ada apa-apa yang kau nak beli? Kalau kau teringin nak beli apa-apa lagi... baik beli sekarang. Aku malas nak ulang-alik banyak kali ni." Buat ke sekian kalinya, Leo menyoalkan perkara yang sama.
"Ya... awak tak payah risau la. Ni pun dah banyak dah ni. Boleh jadi stok untuk dua bulan kot," jawab Laura acuh tak acuh.
"Pandai la kau. Bahan basah macam tu mana tahan kalau simpan lama-lama. Lagipun, lama-lama nanti dah tak fresh. Lepas ni, kalau kau nak apa-apa just bagitahu aku. Biar aku pergi sendiri aje."
Mendengarkan jawapan Leo, membuatkan Laura mengukirkan senyumannya tanpa sedar. Hai la Leo... baru tadi dia cakap tak nak ulang-aling banyak kali. Alih-alih, dia juga yang pelawa untuk tolong orang.
"Thanks for today, Leo. Tak pasal-pasal awak pula yang kena teman saya hari ni," ucap Laura, ikhlas.
"Jangan risau. Aku tak kisah pun. Lagipun, aku rasa kau patut risaukan lagi keselamatan kau. Bekas suami kau tu memang dah berubah. Lain dari diri dia yang dulu. Jadi, nak tak nak kau kena sentiasa berjaga-jaga bila kau duduk seorang diri," pesan Leo.
Laura tersenyum nipis. Betul kata Leo, Aryan sudah berbeza. Jauh berbeza dari Aryan tang dulu. Aryan yang mencitai dan menyayanginya dahulu...
"Oh! By the way... saya nak tanya something ni. Dah lama saya nak tanya tapi tak berkesempatan lagi."
"Hm? Nak tanya apa?" Leo mengangkat sebelah keningnya. Tangannya pula menepuk-nepuk badan kecil Wafdan yang berada di dalam baby holder.
"Nama penuh awak... memang Leo aje ke?" Dengan wajah yang polos, Laura bertanya. Sudah lama persoalan itu bermain di dalam fikirannya. Manakan tidak... dia tidak pernah berjumpa lagi lelaki islam bernama Leo. Nama ala-ala mat salleh tu.
Seketika, persoalan Laura tadi mengundang tawa Leo. Ketika itu, mata Laura tidak lepas dari memandang wajah Leo. Ini... ini merupakan kali pertama dia melihat Leo ketawa.
"Hey! Apa yang lawaknya?" Laura menghentikan langkahnya. Begitu juga dengan baby stroller yang ditolaknya itu. Matanya memandang tepat wajah Leo demgan wajah yang tidak puas hati. Lawak sangat ke soalannya tadi?
"Sorry... tak sangka pula kau tanya soalan tu. Tak tau kenapa tapi aku rasa soalan tu lawak. Agak-agak la nama penuh aku Leo pun. Ya, memang nama aku Leo tapi itu hanya nama samaran yang diambil dari nama asal."
"Habistu... apa nama penuh awak?"
"Luth Edrian Othman. Othman tu nama ayah aku. Leo tu pula diambil dari huruf depan nama aku," jelas Leo satu persatu. Laura dan Leo mula melabuhkan punggung di sebuah bangku di bawah pokok rendang.
"Wah... cantiknya nama! Kenapa tak panggil Luth aje? Sedap apa?" soal Laura lagi. Sesekali mata Laura menilik wajah anak-anaknya yang lena dibuai mimpi.
"Ya ke? Macam pelik aje. Dari kecil lagi aku dah biasa dengan panggilan Leo," balas Leo lagi. Laura hanya meuncungkan mulutnya tanda faham.
"Kau nak aiskrim? Aku belanja. Panas-panas ni buat aku dahagakan benda yang sejuk pula."
"Boleh aje. Awak pergi la beli dulu. Bagi Wafdan dekat saya. Susah pula awak nak bawa aiskrim nanti." Tangan Laura mula dihulurkan ke arah Leo.
Leo melihat sekilas wajah Wafdan yang elok lena di dalam dukungannya. Melihatkan wajah comel itu sedang menikmati tidurnya membuatkan Leo tak sampai hati mahu mengganggu budak kecil itu.
"Tak apa la. Aku boleh bawa dia. Kau jaga Wazien dengan Wafiq dulu okey? Kejap lagi aku datang balik."
Tanpa banyak suara, Laura hanya mengangguk faham. Biarlah Leo meluangkan masa dengan Wafdan dahulu. Tak lama lagi, mereka sudah mahu pulang ke rumah.
"Waaaa..."
Tangisan yang kedengaran tidak jauh dari tempat Laura berada itu menarik perhatiannya. Lantas Laura melirikkan matanya bagi mencari arah suara itu datang. Selepas beberapa saat, akhirnya Laura sudah menjumpa si empunya suara.
Laura bangun dari duduknya lalu menghampiri seorang kanak-kanak perempuan yang terjatuh beberapa dari temlat Laura. Lantas Laura menuju ke sana dan menolong budak itu untuk bangun semula.
"Adik... adik okey?" soal Laura prihatin. Tangannya naik membetulkan sedikit rambut budak peremluan itu yang sudah bertukar serabai.
"Sa... sakit..." rengek budak perempuan itu sambil mengesat air matanya.
"Khayra!" Satu suara lunak kedengaran dari arah depan mereka berdua. Lantas budak kecil itu berjalan mendekati ibunya.
"Ibu... sakit..." rengek Khayra lagi.
"Shh... sikit aje ni. Balik kita letak ubat ya? Terima kasih ya sebab tolong anak saya. Saya bersyukur sangat-sangat sebab awak jumpa dia. Tiba-tiba saja tadi dia hilang dari pandangan saya. Sekali lagi, terima kasih ya?" ucap wanita itu seraya menundukkan sedikit kepalanya.
"Eh... tak apa la cik. Kebetulan pula saya ternampak dia terjatuh dekat sini."
"Kalau macam tu... saya lergi dulu ya? Terima kasih."
Setelah kelibat kedua-dua anak beranak itu sudah tidak kelihatan, Laura kembali melangkah ke tempat duduknya tadi.
Namun, saat dirinya selamat menjejakkan kaki disitu, terus dirinya terasa lemah. Nafasnya sudah tidak teratur. Dunianya seakan-akan bertukar gelap. Seperti tidak percaya akan pemandan yang disajikan di depan matanya.
"Laura? Laura kenapa ni?" Leo yang perasan akan keadaan Laura itu terus bergegas ke arahnya. Terkejut Leo saat matanya melihat sekujur tubuh Laura yang sudah terduduk di atas lantai.
"Leo... anak... anak saya... mana?"
TBC
Jangan lupa vote dan komen!😚❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro