43
"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."
"EH, kau perasan tak sejak kebelakangan ni, bos rapat betul dengan si Raisya tu kan? Aku pernah nampak dia orang balik sekali pula tu. Kau rasa dia orang ada apa-apa ke?" soal Zarina, salah seorang pekerja perempuan di situ. Zarina menyandarkan tubuhnya pada dinding bilik pantri sambil matanya memerhatikan Safiya yang sedang membancuh kopi panas.
Sebenarnya, sudah lama Zarina perhatikan kelakuan Aryan sejak dia keluar dari hospital. Dari pemerhatiannya, jelas nampak perubahan bosnya itu. Selama ini, Aryan jarang sekali membenarkan Raisya masuk ke dalam biliknya tanpa urusan kerja. Sekarang, Raisyalah manusia yang selalu kelihatan di dalam bilik itu. Entah apa la yang dua manusia itu sedang lakukan.
Sedikit sebanyak menimbulkan rasa curiga dan ingin tahu dalam diri Zarina.
Safiya yang baru sudah membancuh kopinya memusingkan tubuhnya menghadap kawan sekerjanya.
"Kalau pasal rapat tu, aku tak nafikan. Memang jelas lagi nyata yang dia orang tu rapat. Kau kata, kau pernah nampak dia orang keluar sekali kan? Tu boleh diterima lagi tau? Aku ni, siap pernah nampak Raisya tu cium bos lagi. Lagi mengejutkan, bos tak buat apa-apa." Safiya menyicip sedikit kopinya yang panas sebelum diletakkan semula di atas meja.
"Macam yang kau cakap tadi, aku pon rasa dia orang tu ada hubungan. Kalau tidak, tak akan la bos senang-senang aje bagi Raisya tu buat macam-macam dekat dia? Silap-silap kena buang kerja perempuan tu. Tapi kan, bukan bos tu dah ada isteri ke? Isteri dia tak kata apa-apa ke?" sambung Safiya lagi.
Ralit mereka berdua bersembang kosong di dalam bilik pantri sehingga tidak perasaan akan kehadiran Raisya. Raisya hanya berdiam diri dan merakam setiap bait perkataan dua orang manusia itu. Dalam diam, Raisya sudah mengukirkan senyuman sinis. Hai la... nak bergosip pun cari la tempat yang betul.
"Aku rasa... perempuan tu dah goda bos la. Bos pun satu, cepat sangat tergoda dengan perempuan murah tak cukup kain tu," balas Zarina. Safiya di sebelahnya pula hanya mengangguk tanda setuju dengan pernyataan tadi.
"Perempuan murah tak cukup kain? Wow! Such a nice and beautiful nickname. I tertanya-tanya... siapa perempuan tu ya?"
Sekonyong-konyong, satu suara lunak datang dari arah sebelah kiri mereka. Zarina dan Safiya terus menelan liur dan membisu tanpa sebarang suara kedengaran. Mata mereka berdua tepat bertentangan dengan mata milik Raisya. Raisya tersenyum sinis.
"Sedap betul mengata dekat orang kan? Agaknya... duit kau orang tu dah banyak sangat kot sampai tak peelu buat kerja. Sebaliknya, curi tulang dekat bilik pantri ni sambil bergosip pasal orang." Raisya berjalan mendekati mereka berdua lalu wajahnya sengaja didekatkan dengan wajah mereka berdua yang sudah berubah pucat.
"Apa... apa yang kau mengarut ni? Bila masa kami mengata dekat kau?" dalih Zarina. Jarinya sudah mencuit lengan Safiya yang berada di sisi.
"Alahai... dah la hodoh. Bodoh pula tu! Kesian betul I tengok kau orang ni. Kau orang ingat... I ni bodoh sangat ke? Ni... semua bukti dah ada dalam ni. I sempat rakam semua perbualan kau orang. Nampaknya... tak lama lagi kita dah tak bersua muka, kan?" Raisya tersengih. Puas hatinya apabila matanya dihidangkan dejgan wajah cuak dua orang wanita di hdapannya.
Padan muka! Nak sangat mengata dekat orang, kan?
"Buang balik rakaman suara tu! Apa yang kau tak puas hati sangat dekat kami ni ha? Lagipun apa yang kami cakap tadi betul. Kau goda bos kan? Sebab tu sekarang ni bos dah tergilakan kau. Sekarang ni jelas la... kau ni perempuan murah!"
Pang!
Tak semena-mena, kata-kata yang dilontarkan oleh Zarina tadi mengundang penampar Raisya. Pantas saja tangan Raisya itu melekap pada pipi Zarina. Zarina menghadiahkan satu jelengan tidak puas hati pada Raisya lalu tangannya mencapai secawan kopi yang masih panas di atas meja dan melemparkannya ke arah Raisya.
Prang!
"Argh!" Nyaring jeritan Raisya kedengaran di tingkat itu. Dan jeritan itu, berjaya menarik perhatian Aryan.
Tanpa melengahkan masa, Aryan dan beberapa pekerja lain terus bergegas ke bilik pantri. Beberapa minit berlalu, pintu bilik itu sudah dikerumuni beberapa orang manusia.
"Apa yang jadi ni?" soal Aryan, tegas. Matanya melirik ke arah segenap ruang di dalam bilik pantri itu.
Kelihatan, Raisya yang sudah terduduk di lantai dengan bajunya yang sudah basah disimbah kopi panas. Kulit putih Raisya juga sudah berubah merah akibat melecur sedikit.
Melihatkan keadaan di dalam bilik itu, pekerja-pekerja lain mula berbisik dan membuat spekulasi sendiri.
"Raisya, are you okay? Apa yang berlaku sebenarnya? Mind to tell me?" soal Aryan lembut.
"Dia orang... cuba bunuh I! Dia orang ni benci sangat dekat I sebab bos ambil I sebagai personal assisstant dan bukan dia orang. Bukan itu aje, dia orang siap fitnah bos lagi yang bos curang dengan isteri sendiri. I cuma nak tegakkan kebenaran aje. Tak sangka... benda ni pula jadi," luah Raisya dengan nada suaranya yang bergetar. Seolah-olah dia mangsa dalam hal ini. Sedangkan, dia yang mula bertindak dahulu.
Kedengaran Aryan mengeluh berat lalu pandangan matanya beralih kebarah dua pekerja wanita tadi. Pandangan yang penuh dingin itu berjaya membuatkan Zarina dan Safiya kecut perut. Air liur juga ditelan kesat. Tidak perlu menunggu kata-kata itu keluar dari mulut Aryan, mereka berdua sudah tahu apa nasib yang bakal menimpa mereka. Dibuang kerja.
"Aku malas nak cakap banyak. Kau orang berdua dipecat. Jadi, boleh bergerak dan kemas barang-barang kau orang. Aku tak nak tengok dah muka kau orang lepas ni," kata Aryan, tegas. Anak matanya masih melirik tepat ke arah dua orang pekerja wanita itu.
Dada Zarina berombak. Sebelah tangannya mengenggam kemas serpohan kaca dari cawan tadi sehingga ada cecair merah mula mengalir jatuh ke lantai. Safiya yang perasaan akan kelakuan Zarina itu hanya mampu menggosok belakang badan kawannya supaya berasa tenang sedikit. Nampaknya, mereka betul-vetul sudah tersilap langkah. Disebabkan kata-kata yang penuh dusta itu, mereka berdua kehilangan kerja dengan sekelip mata.
Sementara itu, Raisya mula menyembunyikan senyuman kemenangannya. Gembira apabila manusia toksik seperti Zarina dan Safiya dibuang kerja. Baru mereka kenal, Raisya ini siapa.
"Yang lain tunggu apa lagi? Pergi sambung kerja!"
Mendengar arahan dari seorang Tengku Qayeed Aryan, terus semua pekerja bergegas kembali ke tempat masing-masing dan menyambung kerja mereka yang tertunggak tadi.
Selepas semua pekerja sudah tidak kelihatan, Aryan dan Raisya mula melangkah pergi dari situ dan menuju ke arah bilik kerja Aryan.
"Apa yang jadi tadi, sayang? Macam mana you boleh kena simbah dengan kopi ni? Sakit tak?" soal Aryan prihatin. Gangan kanannya mencapai tuala lalu dibasahkan dengan air sebelum mengelap wajah Raisya.
"Ergh! Pekerja you tu la! Sesedap rasa aje kata macam-macam dekat I! Bila I kata nak report you mula la nak cuak. Lepas tu simbah kopi dekat orang pula. Habis kotor baju I ni! Dah la mahal!" dengus Raisya. Rambutnya diraup ke belakang. Tak selesa betul tubuh badannya ketika ini. Terasa melekit sekaligus berbau kopi.
Aryan melepaskan tawa kecil. Suka apabila melihat Raisya membebel tidak puas hati begitu. Nampak comel saja di mata Aryan.
"You ni dah kenapa gelak dekat I?
Suka la tu tengok I dimalukan macam tu!"
"Hey... mana ada. Saya gelak sebab tengok awak membebel la. Nampak comel aje walaupun comot."
"Ya la tu." Raisya menjeling ke arah Aryan. Namun, sedikit pun Aryan tidak kisah. Lagi bertambah ketawa ada la.
"Cuba senyum sikit. I nak bagitahu berita gembira ni. Tengok you bermasam muka dengan I ni buatkan I tak jadi nak bagitahu berita gembira tu," seloroh Aryan. Kali ini, dia pula pura-pura merajuk. Mahu tidak mahu, Raisya perlu memaniskan mukanya semula. Dia juga mahu tahu tentang berita gembira yang disebut Aryan tadi.
"Sayang... pandang I kejap." Raisya menarik dagu Aryan supaya mata mereka berdua bertentangan. Kemudian, satu senyuman manis Raisya hadiahkan.
"Ha, apa berita gembira tu? Tak nak bagitahu I lagi ke?"
"I dah ceraikan perempuan tu. So... sekarang ni kita boleh la rancang wedding day kita!" ujar Aryan, teruja. Tersengih lebar Aryan saat mengucapkan kata-kata itu. Raisya pula, semestinya sudah bersorak gembira di dalam hati.
"Oh my god, sayang! I love you! Can't wait for that day to come!" Raisya memeluk Aryan lalu satu kucupan dilabuhkan pada dahi lelaki itu. Sedikit saja lagi... Raisya bakal menjadi suri hati buat lelaki pujaan hatinya.
"I love uou more, sayang. But, kita kena jumpa parents I dulu. Okey?" Aryan menggosok tangan Raisya sambil matanya memandang tepat ke dalam anak mata gadis itu.
"Anything for you, sayang."
"BETUL ke kau nak balik ni? Tak nak tinggal sini lagi dua, tiga hari ke?" tanya Ariesya lalu beg pakaian milik anak-anak Laura dihulurnya ke arah gadis itu.
"Ish, kau ni... agak-agak la nak tinggal sini lama-lama pun. Aku dah tak jenguk butik tu empat hari tau? Kesian pula dekat pekerja aku tu. Seorang diri aje jaga butik." Laura menggelengkan kepalanya lalu mencapai beg pakaian yang dihulur Ariesya tadi.
"Laura... tak nak pindah duduk dengan mama terus ke? Mama tak nak tengok kamu duduk seorang diri dalam rumah tu. Kalau jadi apa-apa dekat kamu macam mana? Kalau bekas suami kamu cari kamu semula macam mana?" Datin Aira menghampiri Laura lalu digenggam erat tangan anaknya itu.
"Mama... Laura dah besar la. Jangan risau okey? Pandai-pandai la Laura uruskan nanti. Laura boleh jamin la Aryan takkan cari Laura balik. Lagipun, Laura bukannya seorang diri dalam rumah tu. Triplets selalu ada untuk teman Laura," balas Laura sambil tersenyum. Tangan kirinya naik menggosok bahu Datin Aira. Dia tidak mahu merisaukan Datin Aira. Tambahan pula wanita tua itu mempunyai penyakit darah tinggi.
"Laura, ingat ni. Kalau ada apa-apa berlaku dekat kau, terus bagitahu kami tau? Kami sentiasa ada untuk tolong kau. Dan kami juga akan sokong setiap keputusan yang kau buat. Kalau boleh, kalau nak keluar mana-mana nanti, suruh la Leo teman. Jangan risau, free of charge aje. Lagipun dia ni rajin dan boleh diharap tau?" Ariezya tersengih. Sempat pula mempromosi bodyguard sendiri.
"Pandai-pandai aje kau ni kan? Okey la... aku nsk bertolak sekarang ni. Apa-apa jadi nanti, aku call kau dengan mama."
"Iya!"
"Wafdan... sini sayang. Kita balik ya?" Tangan Laura dihalakan ke arah Wafdan yang masih berada di dalam dukungan Leo. Laura perasan, sejak mereka berempat menjejakkan kaki di sini, Wafdan sangat rapat dengan Leo. Walaupun baru bersua muka, Wafdan sudah berasa selesa dengan kehadiran Leo.
"Emph!" Wafdan menolehkan wajahnya ke arah lain. Sebelah tangannya menggenggam erat t-shirt milik Leo. Laura mengeluh lemah. Dia sudah mengagak, perkara seperti ini akan berlaku. Tengoklah, baru beberapa hari berjumpa, Wafdan dan Leo sudah rapat.
"Sayang... jangan macam ni. Kita kena balik. Esok mama ada kerja. Kita balik ya sayang?" pujuk Laura lembut, dengan harapan kali ini Wafdan akan mendengar kata-katanya.
"WAAAAAAAAAH!" Tidak semena-mena, Wafdan mula menangis. Wajahnya disembamkan pada bahu Leo. Gengaman tangannya pula semakin erat. Tiada tanda-tanda mahu terlepas.
Sekali lagi, Laura mengeluh lemah. Ya Allah... apa yang dia nak buat sekarang ini?
"Wafdan sayang... berhenti menangis okey? Wafdan budak baik kan?" Beberapa patah perkataan yang keluar dari mulut Leo itu sekejap saja mampu menghentikan tangisan Wafdan. Wafdan mula menoleh wajahnya menghadap wajah Leo.
"Macam ni la budak baik. Wafdan, Wafdan kena balik tau. Kesian dekat mama... esok dia kena pergi kerja. Wafdan budak baik kan? Kalau macam tu, dengar cakap mama okey? Nanti bila-bila masa kita main la lagi."
Sepanjang Leo bercakap tadi, Wafdan hanya mendiamkan diri dan mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari mulut Leo. Seketika, Laura agak kagum dengan Leo. Sekejap saja mampu memujuk Wafdan.
"Wafdan... kita balik ya sayang?" Sekali lagi Laura menghulurkan tangannya. Namun, kali ini Wafdan tidak lagi melawan.
"Kami balik dulu ya? Assalamualaikum," ucap Laura lalu mula memandu keretanya. Wafdan pula hanya melihat ke arah tingkap sambil melambaikan tangan kecilnya ke arah Leo.
SEPERTI yang dirancangkan, hari ini Aryan dan Raisya memutuskan untuk berjumpa Tengku Shahrizal Izman dan Tengku Amanda Shafriena, merangkap ibu bapa Aryan.
Mereka berdua sudah berfikir masak-masak. Mereka mahu membina masjid bersama. Jadi, sekaranglah satu-satunya masa yang sesuai untuk memberitahu ibu bapa Aryan tentang status hubungan mereka.
"Nervous?" soal Aryan. Tangan kanannya masih menggenggam kemas tangan gadis pujaan hatinya itu.
"Ada la sikit."
"Jangan risau, walau apa pun yang terjadi, I tetap bertekad dengan keputusan I," balas Aryan lalu dia mengucup tangan Raisya.
"Sweet talker kan you ni?" Raisya tertawa kecil.
"Well... you know me."
"Eleh... ya la."
"Are you ready, sweetheart?" tanya Aryan.
"Always ready, honey."
Mereka berdua tersenyum, lalu Aryan memulas tombol pintu dan memberi salam.
"Assalamualaikum."
"Waalakumussalam. Ya Allah Ayid anak mummy! Rindunya mummy dekat kamu! Mana Laura dengan anak-anak? Mummy pun rindu sangat dekat dia orang!" Teruja betul Tengku Amanda Shafriena ketika matanya memandang wajah kacak anaknya.
"Auntie..." Suara Raisya mencelah sekaligus menghentikan perbuatan Tengku Amanda. Pelukannya pada tubuh Aryan dileraikan lalu matanya beralih ke arah Raisya. Raisya mengahdiahkan senyuman nipis ke arah Tengku Amanda.
"Raisya."
"Long time no see, auntie."
TBC
Jangan lupa vote dan comment!🙈❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro