
42
"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."
"MA!" Wazien dan Wafiq menepuk tangan kecil mereka pada riba Laura sekaligus menyedarkan Laura kembali dari lamunannya. Tidak sangka, sudah 30 minit berlalu sejak di termenung sambil matanya memandang sekeping gambar pada skrin telefon pintarnya. Gambar nikahnya bersama Aryan dulu.
Baru dua hari berlalu, perasaan rindu itu mula menjengah diri. Ya Allah... sungguh dia tidak kuat untuk menjalani hari-hari seterusnya seorang diri. Tanpa seorang suami yang sentiasa di sisi dan sentiasa menyayangi dia.
Laura tidak kuat.
"Oh ya? Kalau macam tu, aku ceraikan kau dengan talak satu. Sekarang, kau bukan lagi isteri aku. Jadi, apa kau tunggu lagi? Pintu rumah tu dah terbuka untuk kau berambus dari rumah ini."
Seperti ada pita layar di dalam kepalanya, ayat itu sentiasa berulang dan tergiang-ngiang di deria pendengarannya. Otaknya masih ingat setiap bait perkataan dan kelakuan suaminya pada malam itu. Ya, malam yang paling menyakitkan hatinya. Malam di mana kelakuan Aryan berubah 180 darjah.
Memikirkan setiap detik pada malam itu saja sudah berjaya menghadirkan rasa sebak bercampur kecewa di dalam dirinya. Tapi dia tidak nafikan, perasaan cinta dan sayang di dalam hatinya masih terlakar buat lelaki bernama Tengku Qayeed Aryan.
Bekas suaminya sekarang ini.
"Ma... up! Up!" ujar Wazien seraya mengangkat tangannya tinggi ke udara sebagai tanda dia mahu diangkat oleh Laura. Laura tersenyum nipis lalu tangannya mula bergerak untuk mengangkat anak sulungnya itu.
Wafiq di sebelah hanya melihat abangnya yang sudah berada di atas riba ibunya. Sebelah tangan Wafiq setia memegang buku cerita kegemaran mereka. Sementara itu, Wafdan pula menghabiskan masanya bermain lego di tepi meja kopi.
Laura perasan, sejak kebelakangan ini Wafdan juga sudah banyak berubah. Tidak lagi merengek seperti dulu. Tidak juga menangis apabila setiap pagi tiada wajah Aryan yang menghiasi kornea matanya. Namun begitu, sedikit sebanyak perubahan pada diri Wafdan itu menimbulkan rasa lega pada diri Laura. Nampaknya, selepas ini tidak susahlah untuk mengeruskan tiga kembar itu sendiri.
"Nak apa sayang?" soal Laura lembut, sambil tangannya menekup kedua-dua belah pipi tembam Wazien.
Wazien bangun dari riba Laura lalu tangannya menyentuh pipi ibunya. Kemudian, tangan kecil itu menyeka juraian air mata yang mengalir pada setiap lekuk wajah ibunya itu. Tindakan Wazien tadi agak mengejutkan Laura. Tanpa disangka, rupamya ada mutiara jernih yang menghiasi wajah cantiknya sedari tadi.
Wazien berjaya menjentik tangkai hati Laura sekali lagi. Hatinya tersentuh.
"Ma!" Wazien menunjukkan sebelah tapak tangannya yang menyeka air mata Laura tadi dengan wajah ceria. Senyuman Wazien ketika itu seolah-olah cuba memujuk Laura supaya berhenti bersedih. Wazien seakan-akan faham tentang apa yang dilanda mereka sekarang ini.
Mata Laura kembali terasa panas lalu dikucupnya tangan kecil milik Wazien.
Tangan Laura mula naik dan memeluk erat tubuh kecil anaknya. Mutiara jernih yang telah diseka oleh Wazien tadi kembali mengalir menghiasi setiap lekuk wajah Laura. Sesekali Laura mengucup ubun-ubun Wazien.
Wazien, Wafiq dan Wafdan hanya memandang Laura dengan pandangan yang tidak faham. Hairan mengapa ibu mereka tiba-tiba mengalirkan air mata di hadapan mereka.
Semakin lama semakin erat pelukan Laura pada tubuh genit itu. Seperti tidak mahu lepas. Buat masa sekarang, biarlah dia memikmati saat ini. Setiap detik yang terlakar bersama tiga orang anaknya. Merekalah satu-satunya manusia yang sentiasa menjadi sumber kekuatan buat diri Laura sendiri.
"Sayang... maafkan mama sebab dah pisahkan korang dengan papa. Mama janji untuk jadi ibu yang lebih baik untuk korang nanti."
"MA!" jeritan tiga orang adik beradik itu mula kedengarang memenuhi kereta. Laura tertawa kecil lalu kepalanya dikalih ke arah belakang.
Kelihatan, Wazien, Wafiq dan Wafdan yang berada di atas baby seat itu sedang tersengih suka. Siapa saja yang tidak suka bila nak jumpa tok ma kan?
"Sabar ya sayang-sayang mama... bagi mama parking kereta kejap. Nanti mama ambil korang eh? Amboi bukan main lagi muka masing-masing ceria semacam. Rindu sangat dekat tok ma tu," seloroh Laura dengan nada ceria. Melihat wajah anak-anaknya yang penuh dengan senyuman tidak lekang dari bibir itu membuatkan Laura turut gembira sama.
Syukur Alhamdulillah, hari ini dia dan anak-anak selamat sampai di perkarangan rumah Datin Aira. Rindu pada wanita tus itu sudah mencyrah-curah di dalam dirinya. Bila difikir semula, agak lama Laura dan Datin Aira tidak bersua muka kerana Laura sangat sibuk dengan kerja. Tambahan pula beberapa minggu yang lalu dia perlu menjaga Aryan yang masih terlantar di katil hospital ketika itu.
"Okey, sayang. Kita dah sampai. Meh sini dekat mama." Laura turun dari tempat duduk pemandu lalu menuju ke arah tempat duduk belakang. Pintu belakang di buka lalu tangan Laura dihulurkan ke arah anak-anaknya.
Bermula dengan Wazien dan Wafiq, Laura meletakkan mereka berdua di dalam baby stroller manakala Wafdan pula Laura lebih selesa untuk membawanya menggunakan baby carrier.
"Are you ready? Let's go!" Pecah tawa kembar tiga itu saat Laura menolak baby stroller dan berlari-lari anak menuju ke arah pintu pagar rumah. Namun, saat kakinya hampir menapak pada pintu pagar itu, langkah Laura terus terhenti.
Matanya melirik ke arah kereta Mercedes-Benz milik Duke Arjuna dan Ariesya. Tidak perlu tunggu Laura menjejakkan kaki ke dalam rumah itu, dia sudah tahu kenapa pasangan suami isteri itu datang ke sini hari ini.
"Ma?" Wafdan menyentuh pipi Laura dengan lembut. Dia mula berasa hairan apabila langkah ibunya terhenti dan reaksi ibunya juga tiba-tiba berubah. Tidak seceria tadi.
Laura tersenyum nipis lalu satu kucupan lembut dihadiahkan pada dahi anaknya.
"Jom kita masuk," ujar Laura sambil tersenyum. Langkahnya diteruskan sehingga sampai di hadapan muka pintu.
"Assalamualaikum..."
"Laura!" Ariesya datang menghampiri Laura lalu dipeluk erat tubuh Laura itu.
Tanpa dipinta, mutiara jernih itu tumpah menghiasi wajahnya. Sekali lagi.
"Laura... maafkan aku..." luah Ariesya, dengan nada suara yang tersedu-sedan.
Laura dapat rasakan, ada getaran pada tangan Ariesya ketika ini. Ini bermakna, dia betul-betul maksudkan apa yang dia katakan tadi.
"Maafkan aku... sebab aku dah terlambat. Kalau... kalau la aku hapuskan gambar-gambar tu dari dulu... mesti semua ni takkan jadi, kan?" Pelukan mereka dileraikan. Mata Ariesya yang sudah memerah akibat menangis itu memandang dalam anak mata hazel milik Laura.
Melihat saja mata Ariesya yang penuh penyesalan itu lagi membuatkan hati Laura tidak kuat. Kakinya mula berasa lemah. Ya Allah... kenapa berat sekali ujian yang Kau berikan kepada aku?
"Laura... mesti kau bencikan aku kan sekarang? Aku... aku bukan kakak yang baik. Dari dulu lagi... aku buat hidup kau terseksa. Tapi... tapi aku dah suruh Rizhan padam gambar tu! Kenapa dia masih simpan gambar tu!" Tangisan Ariesya sekarang ini makin menjadi-jadi. Nafasnya sudah naik turun.
Memikirkan segala kesalahannya terhadap Laura itu sudah menyeksa dirinya. Kenapa... dia terlampau kejam dahulu?
"Ariesya..." Laura mendekatkan jarak antara dia dan Ariesya. Melihat keadaan Ariesya sekarang ini lagi menimbulkan rasa bersalah dalam diri Laura. Disebabkan dia... kakaknya terseksa sebegini dan tidak henti-henti menyalahkan diri sendiri.
Cukuplah... Laura sudah penat.
"Jangan dekat dengan aku... aku bukan perempuan yang baik. Aku dah hancurkan rumah tangga kau dengan Aryan. Disebabkan aku, kau merana Laura." Ariesya mengundur setapak ke belakang. Tidak mahu hampir dengan Laura. Dia tidak mahu menjadi penyebab Laura merana lagi.
"Ariesya!" panggil Laura, lantang. Kedua-dua belah tangannya mencengkam bahu Ariesya. Lama mata mereka berdua bertentangan sebelum Laura menarik tubuh Ariesya ke dalam dakapannya.
"Ariesya... aku... aku dah lama maafkan kau. Jadi, berhenti la salahkan diri kau."
"MAMA bagitahu kau ke?" soal Laura perlahan. Sebelah tangannya mengacau teh panas di dalam cawan. Dari tadi cawan itu tidak disentuh, sebaliknya Laura hanya mengacau air teh itu.
"Tak. Kebetulan aku terdengar perbualan antara kau dengan mama semalam. Aku dengan abang Duke datang sini dari kelmarin lagi. So... tanpa sengaja aku dengar perbualan kau tu," balas Ariesya.
"Aku sebenarnya... memang berniat nak jumpa kau dan bagitahu pasal gambar tu. Aku dah minta tolong Leo hapuskan setiap gambar lagi. Tapi... tapi aku tak sangka semua usaha aku tu sia-sia. Perempuan tu dengan adik dia memang licik," sambung Ariesya lagi lalu dia meneguk secawan teh di hadapannya.
"Kau rasa... apa yang aku patut buat sekarang?" Sekonyong-konyong, ayat itu keluar dari mulut Laura.
Ariesya meletakkan kembali cawan berisi air teh itu lalu landangan matanya dan Laura bertaut.
"Kau masih sayangkan Aryan?" Soalan cepumas keluar dari mulut Ariesya. Lidah Laura terkelu. Tidak tahu jawapan apa yang sepatutnya dia berikan.
"Aku..."
"Kau sayangkan dia lagi. Betul kan? Tengok reaksi kau pun dah tau. Aku tak kisah kalau kau nak sayang dia lagi atau apa. Dan aku tak kisah kalau kau nak kembali pada dia. Tapi ingat, kau dah ada anak-anak. Dia orang pun kecil lagi. Jadi, aku nak kau fikir betul-betul dulu sebelum buat keputusan. Sama ada kau nak kembali pada dia, atau jalani hidup kau dengan anak-anak kau tanpa dia."
"Ya, aku tau apa yang aku cakap tadi memang tak mudah. Tapi, kau kena ingat, kau tak keseorangan. Aku, mama, Duke, Leo sekalipun akan sentiasa sekat sisi kau bila-bila masa kau perlukan kami. Tengok tu, anak-anak kau happy aje walaupun ayah dia orang tak ada dekat sisi mereka sekarang ini." Jari Ariesya dituju ke arah ruang tamu, tempat Duke Arjuna serta Leo menghabiskan masa dengan bermain dengan Aurelia dan tiga kembar itu.
Ceria saja wajah mereka bertiga saat ini. Seolah-olah tiada sebarang masalah yang melanda diri mereka. Melihat senyuman lebar yang terukir pada setiap wajah anak-anaknya membuatkan Laura terfikir. Dia mahu lindungi senyuman itu. Dia mahu senyuman itu sentiasa kekal menghiasi wajah mereka.
"Ariesya... terima kasih sebab ada bila aku perlukan seseorang untuk sedarkan aku."
"Ya, sama-sama."
TBC
Short update for today! Sorry kalau bab kali ni nampak serabut. Author pon tak tau kenapa bab ni nampak tunggang langgang😅 apa apa pun enjoy!😚❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro