Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

41

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

SINARAN mentari yang menusuk kelopak matanya membuatkan Aryan terjaga dari lenanya. Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan. Seketika, mata dikecilkan dahulu sebelum dibuka luas melihat dunia. Silau cahaya itu masih lagi tertumpu tepat pada matanya. Agak sakit matanya sekarang ini, tetapi tidak mengapalah kalau ini satu-satunya cara untuk bangunkan dia dari lena.

Badan Aryan diregangkan lalu nafasnya ditarik dalam. Tiba-tiba rasa lenguh dan sengal pula tubuhnya pagi ini.

"Dah bangun?"

Mendengar suara seoarang wanita yang tidak pernah di dengarinya ketika menjelang pagi itu agak mengejutkan Aryan. Pantas anak matanya beralih melihat empunya suara.

Kelihatan, Raisya yang masih mengenakan bathrobe pada tubuhnya sedang terduduk elok di atas sofa yang berada di penjuru bilik sambil menyilang kakinya sehingga terdedah sedikit betisnya yang licin tanpa sebarang parut. Seketika, otak Aryan sedang ligat memikirkan apa yang berlaku sekarang ini. Dan ya, dia baru ingat bahawa semalam dia tidak pulang ke rumah. Sebaliknya, dia menghabiskan masanya bersama Raisya.

"Sayang? Kenapa diam?" Naik hairan Raisya apabila sedari tadi Aryan membisu. Raisya memandang buah hatinya dengan wajah yang berkerut.

"Oh, ya. Sorry. Pukul berapa sekarang ni?" soal Aryan lalu turun dari katil itu dan mencapai kain tuala yang tersangkut di dalam almari.

"Erm... baru pukul 7.30. Awal lagi kalau nak masuk kerja." Raisya meletakkan cawan yang berisi teh di atas meja lalu menapak menghampiri Aryan. Wajah Aryan ditariknya sedikit supaya anak mata mereka berdua bertentangan antara satu sama lain.

Saat ini, ada secalit senyuman yang menghiasi wajah Raisya. Akhirnya, Aryan sudah menyentuh dia. Dan semua itu tak akan berubah lagi. Aryan sudah betul-betul curang dengan isteri sendiri. Buktinya? Aryan masih berada di sini, di sisi dia dan selamanya akan bersama dia.

"Sayang?" panggil Aryan. Terkejut dia apabila Raisya menarik wajahnya betul-betul hampir dengan wajah Raisya. Telan liur ! Aryan dibuatnya.

Cup!

Satu kucupan Raisya hadiahkan di atas bibir Aryan. Sekali lagi Raisya tersenyum lebar. Gembira apabila Aryan sudah berada di sisi dia. Betul-betul di hadapannya. Dan kali ini, bukanlah mimpi. Tetapi realiti.

"I love you," bisik Raisya dengan nada yang agak menggoda. Jarinya sudah bermain-main di dada bidang Aryan.

Aryan tersenyum senget lalu tangan gadis itu dicapainya. Wajahnya didekatkan dengan wajah Raisya sebelum satu kucupan penuh sensual singgah di bibir merah gadis itu. Kemudian, Aryan kembali menjarakkan wajahnya dengan Raisya. Matanya memandang tepat ke arah anak mata wanita itu seraya dia menggigit bibirnya penuh menggoda.

"Nakal eh." Jari Raisya menyentuh bibir Aryan dengan lembut. Matanya tidak dari memandang seraut wajah kacak milik Aryan.

"Salah you. Don't blame me if anything happen, okey? You serang I dulu," kata Aryan seraya mengundur ke belakang beberapa tapak dan mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda tidak bersalah. Reaksi Aryan mengundang ketawa kecil dari Raisya.

"Don't worry, dear. I will not blame you. So... how about another round?" Kaki Raisya melangkah ke hadapan. Semakin lama semakin hampir dengan Aryan sehingga hidung mereka berdua berlaga.

Aryan sudah tersenyum nakal apabila mendengar ayat itu keluar dari mulut gadis yang dicintainya. Pinggang ramping Raisya menjadi sasaran Aryan lalu diangkatnya tubuh itu ke atas katil. Tubuh Aryan sudah menindih tubuh kecil Raisya. Bibirnya digigit penuh menggoda.

"That's why I love you baby."





SESEKALI mata Azraeyn melirik ke arah Qaisara yang berjalan di sisinya. Tidak kiralah berapa puluh kali Azraeyn tengok pun, dia pasti gadis itu mempunyai masalah. Kalau tidak, kenapa wajah Qaisara tidak ceria seperti selalu? Bukan itu saja, fokus Qaisara juga entah terbang ke mana. Entahlah apa yang difikirkan oleh gadis itu sedari tadi.

Sekonyong-konyong, Azraeyn memutuskan untuk menghentikan langkahnya. Mahu melihat sama ada Qaisara perasan atau tidak bahawa dia sudah tiada di sisi gadis itu.

Satu langkah.

Dua langkah.

Tiga langkah.

Okey, tak. Langkah Qaisara sudah lebih dari itu. Namun, gadis itu masih tidak perasan bahawa Azraeyn tiada di sisinya. Ini membuktikan bahawa, fokus Qaisara betul-betul sudah meninggalkan tuan badan. Sekali pandang Qaisara seperti patung hidup yang sedang berjalan tanpa arah tuju.

Azraeyn mula menapak menghampiri Qaisara lalu tas tangan gadis itu ditariknya dengan agak kasar. Walaupun kelihatan agak kasar pada pandangan orang, tetapi percayalah... ini satu-satunya cara untuk menyedarkan gadis itu daripada tenggelam dalam dunia dan masalahnya sendiri.

"Hey!" Terjerit sedikit Qaisara saat ini. Manakan tidak, tas tangan kegemarannya senang-senang saja ditarik oleh Azraeyn. Sudahlah tas tangan itu dibeli oleh abangnya. Mahal dan limited edition tahu? Bukan senang Aryan nak baik hati dengan Qaisara.

"Awak... lepaslah!" bentak Qaisara. Nada suaranya sudah berubah sedikit marah. Azraeyn hanya mengabaikan kata-kata Qaisara itu sehingga mereka berdua berhenti di sebuah bangku.

"Duduk situ." Ayatnya biasa, namun kedengaran tegas pada halwa telinga seorang Tengku Qaisara Inara.

Tas tangan yang ditarik oleh Azraeyn tadi dilepaskan lalu Qaisara duduk di atas bangku yang tersedia di situ. Wajahnya ditunduk menekur lantai. Dia tiada mood untuk memandang wajah Azraeyn ketika ini. Sudahlah kepalanya serabut memikirkan tentang apa yang berlaku antara Aryan dan Raisya. Kali ini, Azraeyn pula sengaja menyakitkan hatinya.

"Qaisara, pandang saya," pinta Azraeyn, lembut. Tubuhnya direndahkan supaya ketinggian mereka sama. Qaisara duduk di atas bangku manakala Azraryn bertinggung di atas lantai sambil matanya menatap wajah Qaisara yang masam mencuka.

"Sayang... pandang saya, please?," pinta Azraeyn, sekali lagi. Kali ini nada suaranya lebih dilembutkan. Seakan-akan merayu dan berharap agar Qaisara kembali melihat wajahnya.

'Argh... ni yang aku tak kuat ni. Lelaki ni memang pandai cairkan hati aku betul la," monolog Qaisara dalam hati. Kemudian, kepala Qaisara mula diangkat bagi melihat wajah Azraeyn.

Azraeyn tersenyum sedikit. Mujurlah hati Qaisara ini cepat sejuk drngan pujukannya.

"Kenapa ni? Awak ada masalah kan? Saya tengok hari ini awak senyap aje. Sedangkan awak yang ajak saya keluar dulu. Tak best la kalau masa kita date awak senyap aje. Saya rindukan suara awak tahu? Dah la sekarang ni kita jarang jumpa sebab masing-masing sibuk. Jadi, jangan la senyap macam ni. Kalau awak ada masalah, feel free to tell me. Okey dear?" ujar Azraeyn panjang lebar.

Kata-kata Azraeyn tadi berjaya mengetuk pintu hati Qaisara. Tanpa sedar, ada mutiara jernih yang sudah bertakung oada kelopak matanya. Ya Allah... aku sayangkan lelaki ini.

"Awak... saya rasa, hubungan abang dengan kak Emilia tak baik la," luah Qaisara lalu tangannya menyeka air mata yang mahu membasahi pipi.

"Kenapa awak kata macam tu? Awak nampak dia orang gaduh ke? Ke macam mana?"

"Bukan. Masa saya pergi hospital hari tu, saya nampak abang peluk kak Raisya. Perempuan yang kerja sebagai PA abang tu. Saya rasa dia orang ada hubungan la. San benda tu tak mustahil sebab abang masih dalam tempoh hilang ingatan. Saya tak tahu bila ingatan dia akan kembali pulih. Tapi saya betul-betul rasa tak sedap hati la." Qaisara meluahkan segala isi hatinya. Kali ini, air matanya tidak dapat dibendung lagi. Hanya memikirkan nasib Laura dan anak-anaknya mula menyentuh hati Qaisara.

Tidak dapat bayang dek akal bagaimana keadaan keluarga itu jika Aryan dan Laura berpisah. Kasihan anak-anak mereka nanti. Kecil-kecil lagi perlu berhadapan dengan semua ini. Qaisara tidak mahu semua itu berlaku.

"Qaisara... jangan la menangis. Jangan risau, saya akan selesaikan benda ni. Mungkin, apa yang awak nampak tu hanya salah faham. Nanti saya cuba tanya dia, ya? Dah, lap air mata tu. Sayangnya saya tak boleh nak tolong lap air mata awak. Kita tak halal lagi. Tunggu la halal nanti, lebih dari tu saya buat," pujuk Azraeyn lembut. Sempat lagi dia bergurau di hujung ayatnya. Gurauan Azraeyn tadi sedikit sebanyak mengundang gelak tawa Qaisara.

"Gatal eh. Bagi tau mama!"

"Amboi... dah pandai mengadu dekat mama eh? Tak apa... cuba la bagitau. Mana tahu nanti mama dengan papa cepatkan perkahwinan kita?" kata Azraeyn seraya mengenyit sebelah matanya. Kali ini Qaisara betul-betul melepaskan tawanya. Puas dia gelak apabila melihat perubahan Azraeyn. Dari tegas dan matang bertukar menjadi seoarang yang mengada dan gatal.

"Ya Allah dia ni... mengadanya!"





LAURA tidak senang duduk. Dari tadi dia berjalan ke hulu ke hilir di ruang tamu rumahnya. Memikirkan keberadaan suaminya sahaja sudah mengundang perasaan risau dalam dirinya. Ke mana lelaki itu pergi? Dari semalam lagi batang hidung lelaki itu tidak kelihatan di rumah. Hairan.

Kalau diikutkan hati, Laura mahu memunculkan dirinya di pejabat Aryan. Namun, apabila dia memikirkan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku, cepat-cepat Laura mematikan niatnya. Lagipun, dia sedar bahawa hubungan antara dia dan Aryan masih tidak baik seperti dahulu.

Aryan masih tidak mahu bercakap dengannya apatah lagi mahu bertentang mata seperti apa yang mereka selalu lakukan sebelum ini. Jauh sekali.

Laura menapak ke arah sofa lalu dia merebahkan dirinya di atas sofa. Matanya melirik ke arah jam yang tergantung elok pada dinding. Pukul 11.30 malam. Laura mengeluh sedikit. Apabila jarum pendek pada jam itu dituju pada angka dua belas, dia akan naik ke atas dan tidur. Esok dia masih bekerja. Mahu tidak mahu, dia perlu bangun awal dan menyiapkan apa yang patut di butik miliknya.

Daripada posisi duduk, Laura sudah mengubah posisinya kepada baring. Matanya merenung siling. Tangannya di angkat ke udara. Fikirannya melayang. Kalaulah... hubungan mereka berdua kembali seperti dulu...

Tangan Laura yang diangkat ke udara tadi dijatuhkan semula. Matanya dipejam rapat. Ya Allah... ke mana suaminya pergi pada waktu-waktu begini?

KREAKKK...

Bunyi engsel pintu yang bergesel antara satu sama lain itu mengundang perhatian Laura. Pantas dia bangun lalu melihat ke arah pintu. Ternyata tepat sangkaannya, suaminya sudah pulang.

Tanpa berfikir panjang, Laura terus mengatur langakah menghampiri Aryan lalu memeluknya erat. Badan Aryan terkaku seketika manakala Laura menggunakan peluang ini untuk melepaskan rindu yang sudah lama terbuku di dalam hati.

"Abang pergi mana? Kenapa tak balik semalam? Saya rindukan abang sangat-sangat tau!" seloroh Laura dalam nada yang manja.

Aryan meraup kasar rambutnya lalu dia menolak tubuh Laura dari tubuhnya. Pelukan erat oleh Laura tadi sudah terlerai. Mata Laura membulat sekarang ini. Dia terkejut.

Namun, bukan itu saja penyebab Laura terkejut sebegini rupa. Tetapi saat matanya menangkap kesan ciuman di leher suaminya, terus saja air mata Laura jatuh menghiasi wajah cantiknya tanpa dipinta.

"Awak pergi mana malam tadi?" Suara Laura kedengaran keras dan bergetar. Dia kecewa. Hatinya seperti baru terhempas di atas batu sehingga berkecai. Kenapa... kenapa Aryan buat macam ini kepada dirinya?

"Bukan urusan kau untuk tahu aku pergi mana." Mudah sahaja Aryan mennawab pertanyaan Laura. Tetapi jawalan yang diberikan itu bukanlah satu jawapan yang mampu mengubat hati Laura. Malah, hati Laura lebih terasa sakit.

"Saya isteri awak Tengku Qayeed Aryan! Jadi saya berhak tahu awak ke mana!" Nada suara Laura sudah naik seoktaf. Nafasnya tidak teratur begitu juga dengan dadanya yang sudah naik turun menahan rasa sakit dan geram di hati.

"Oh ya? Kalau macam tu, aku ceraikan kau dengan talak satu. Sekarang, kau bukan lagi isteri aku. Jadi, apa kau tunggu lagi? Pintu rumah tu dah terbuka untuk kau berambus dari rumah ini." Semudah itu saja Tengku Qayeed Aryan melepaskan talak ke atas Laura Emilia.

Laura mati kata. Lidahnya kelu. Masa di sekelilingnya seakan-akan berhenti bergerak. Namun kakinya pula melangkah ke hadapan. Menghampiri Aryan yang masih berdiri tegak tanpa sebarang reaksi tercalit pada wajah lelaki itu.

"Awak... apa... apa awak cakap ni? Kenapa... kenapa awak ceraikan saya?" Tamgan Laura mencengkam kuat pada baju Aryan. Mata hazelnya yang berair itu menikam tepat pada anak mata Aryan. Air liur ditelan kesat. Kakinya lemah sekarang ini. Seperti sudah hilang segala kekuatan yang ada pada diri.

"Kenapa kau sentuh aku? Kan aku dah kata kau bukan lagi isteri aku! Kau ni halal haram pun tak reti beza ke?" herdik Aryan. Sekali lagi tubuh kecil Laura ditolak menyembah tanah.

"Tapi apa salah saya? Kenapa awak senang sangat ceraikan saya, Aryan? Apa salah saya?"

Laura masih tidak mengalah. Dia mahu pertahankan keluarga ini. Kerana dia sayang akan keluarga yang dibina di atas mahligai yang tersemai kasih sayang dan cinta antara dia dan Aryan.

"Kau tanya apa salah kau? Ni! Ni apa Laura? Aku rasa gambar ni dah cukup untuk menggambarkan kau ni orang macam mana. Tak sangka aku boleh terjatuh dalam godaan perempuan sejijik kau!"

Gambar-gambar berterbangan di udara itu dikutip Laura lalu diperhatinya. Ternyata gambar itu adalah gambar dia pada 5 tahun yang dulu. Tahun di mana terbukunya segala kejahilan seorang Laura Emilia.

"Kau dah tahu kesalahan kau, kan? Jadi apa kau tunggu lagi? Ambil anak-anak kau dan pergi dari sini! Dan jangan sesekali tunjuk muka kau lagi depan aku. Aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan perempuan jijik macam kau!"

Setiap bait perkataan yang keluar dari mulut Aryan itu bagaikan pedang yang menusuk hatinya berkali-kali. Luka pada hatinya semakin lama semakin bertambah sehingga Laura mula hilang harapan untuk pertahankan rumah tangga ini.

Dia akur, dia bukanlah perempuan yang baik dan suci seperti perempuan di luar sana. Dia sedar siapa dirinya. Dan dia juga sedar, bahawa dia bukanlah wanita yang layak untuk berdiri setaraf dengan lelaki sehebat Aryan.

'Maafkan mama sayang. Mama tak berjaya nak pertahankan keluarga ini.'





TBC
Ehem. Jangan marah author. Ehem. Dan sorry kalau part awal awal tu menggelikan. Ehem. Author tak bersalah. Hehhe🤭jangan lupa vote dan comment!❤ oh, thanks jugak untuk 10k reads!🥺 me always love you!!😚❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro