Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

40

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

SEKETIKA Laura memerhatikan dirinya dari hujung kepala hingga hujung kaki pada biasan cermin. Bibirnya melorekkan senyuman nipis sebaik sahaja hatinya mula berasa puas dengan penampilan dirinya hari ini.

"Ah!"

Sekonyong-konyong, satu jeritan separa kuat menyapa gegendang telinga Laura. Terus Laura memusingkan tubuhnya 90° ke kiri. Kelihatan, Aryan sedang menggosok kepalanya yang terasa sakit akibat terlanggar pintu bilik air yang berada di dalam bilik mereka.

Laura tergeleng sedikit lalu kakinya melangkah menghampiri Aryan. Telefon pintar pada pegangan Aryan itu diambilnya. Pandangan Aryan sekarang ini mula berubah memandang ke arah seraut wajah itu.

"Berapa kali saya nak cakap? Lain kali nak jalan tu tengok depan, bukan tengok telefon ni. Apa telefon ni lawa sangat ke? Kan kepala tu dah biru sikit. Sakit tak?" soal Laura, lembut. Tangannya mula menyentuh dahi Aryan. Sebelum itu sempat lagi dia membebel Aryan. Manakan tidak, pintu yang bukan main besar pun tak nampak.

Laura perasan, sejak kebelakangan ini suaminya lebih gemar menghabiskan masa dengan menghadap telefon pintarnya. Aryan juga kurang bercakap sepanjang dua hari mereka tinggal bersama sejak Aryan keluar dari hospital. Dan hari ini, merupakan hari pertama Aryan bakal menjejakkan kakinya kembali di lantai pejabat.

Mata Aryan tertumpu pada wajah cantik Laura. Dekat saja jarak antara wajah mereka berdua ketika ini. Jantung Aryan berdegup laju. Seperti dapat merasakan sesuatu setiap kali Laura berada sedekat ini dengannya. Namun, pada masa yang sama rasa bersalah perlahan-lahan mula timbul dalam dirinya.

"Kalau macam tu... ceraikan isteri you. Kita kahwin."

Ayat itu selalu berlegar-legar di dalam fikiran Aryan. Semakin lama semakin rimas. Serabut dia mendengar suara itu di dalam kepalanya.

"Abang? Sakit ke tak?" Suara Laura memecahkan lamunannya. Pantas saja tangan Aryan menolak Laura menjauhi dirinya lalu dia bergerak ke arah katil untuk mencapai briefcase yang terletak elok di situ. Laura sedikit tersentak. Hatinya sedikit terasa dengan perbuatan Aryan tadi.

"Sampai bila kita nak macam ni?" bisik Laura perlahan. Kepalanya tunduk menekur lantai. Air mata yang sudah tersedia bertakung di tubir mata sedaya upaya dia tahan daripada terus menghiasi wajahnya. Dia harus kuat untuk menghadap semua ini. Kalau tidak, bagaimana dia mahu pertahankan rumah tangganya?



BAU wangian itu memenuhi setiap jalan yang dilaluinya. Kuat betul bau minyak wangi yang dipakai oleh Raisya hari ini. Tuang satu botol, mungkin? Pakaian yang menjadi penghiasan tubuh rampingnya itu juga kelihatan lain dari biasa. Atau lebih tepat, menjolok mata. Tidak dilupakan juga solekan tebal pada wajah cantiknya. Entah berapa inci solekan yang dikenakan pada wajahnya itu.

Raisya perasan, dari pagi tadi sejak dia mula menjejakkan kaki di pejabat lagi deria pendengarannya sudah dapat menangkap suara-suara sumbang yang mengutuk dan memerli dirinya. Seperti tiada apa yang berlaku, Raisya hanya membuat tidak endah dengan segala kutukan dan perlian itu.

Fikirnya, buang masa saja dia mengambil kisah tentang hal itu. Lebih baik dia fokus akan penampilan dirinya seperti sekarang. Sekurang-kurang, dengan cara ini dia dapat menggoda Aryan. Pintu bilik Aryan itu ditolaknya. Aryan mendongakkan sedikit kepalanya untuk melihat gerangan yang membuka pintu biliknya.

Setelah Aryan mendapati bahawa manusia itu ialah Raisya, wajahnya yang kelihatan muram dan stres akibat menghadap kerja bertimbun itu terus berubah ceria. Satu senyuman manis dilemparkan ke arah Raisya.

"Sayang..." panggil Raisya, meleret. Siap dengan pakej muka comel sekali dia bagi.

"Yes, dear? Kenapa ni? Muka macam ada masalah aje. Come here." Aryan menepuk ribanya berkali-kali. Raisya mula tersenyum suka. Ini yang dia mahukan. Belum mula menggoda lagi Aryan dah bagi green light.

"Kenapa sayang? Muka muram aje?" soal Aryan prihatin. Segala kerja yang bertimbun tadi diletakkan di tepi dahulu. Ada baiknya dia merehatkan fikirannya sebentar.

Tangan Aryan mula naik lalu jarinya bermain-main dengan rambut panjang ikal mayang milik Raisya. Sesekali haruman daripada rambut panjang mengurai itu diciumnya.

"You tahu tak... pekerja-pekerja perempuan you tu tak habis-habis mengutuk pakaian dari pagi tadi. Terus tak fokus I nak buat kerja. You... salah ke I pakai baju macam ni? I pakai ni untuk you juga," adu Raisya dengan mimik wajah masam mencukanya. Kata-kata Raisya tadi seperti angin yang berlalu di telinga Aryan. Entah mengapa tiba-tiba fikirannya teringatkan Laura.

Raisya yang perasan akan keadaan Aryan itu mula memandang pelik. Sudah kenapa Aryan mendiamkan diri. Dia juga lerasan bahawa sejak pagi tadi Aryan seolah-olah mengelak daripada memandangnya. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Ingatan Aryan sudah kembali pulih ke?

"You..." panggil Raisya, kali ini nada suaranya ditekan sedikit. Geram pula Raisya apabila Aryan tidak memberi fokus sepenuhnya kepada dirinya.

"Hm? Ya sayang? Sorry I tak dengar tadi. I tengah fikir kerja I yang banyak lagi tak siap," balas Aryan. Alasan. Hakikatnya fioirannya melayang mekikirkan Laura. Apa agaknya yang Laura sedang lakukan ketika ini?

"Hish, you ni. Asyik fikirkan kerja you aje. Habis I ni you nak biar aje? Sampai hati you kan?" rajuk Raisya. Tangannya disilang rapat ke dada lalu pandangannya menoleh ke arah lain. Sengaja mahu menarik perhatian lelaki itu.

"Sayang... jangan cakap macam tu. I'm sorry, okey? Jangan la merajuk. I tak reti tau nak pujuk orang merajuk ni. Seriously, I'm so sorry. Forgive me, please? I will do anything for you. Jadi jangan merajuk eh?"

Mendengar kata-kata Aryan tadi mula menimbulkan saru idea dalam otak Raisya. Dalam diam bibirnya mula mengukir senyuman sinis. Mungkin, ini masa yang sesuai unyuk menggunakan benda itu.

"Betul you akan buat apa-apa je?" soal Raisya unyuk mendapatkan kepastian. Pantas Aryan mengangguk.

"Kalau macam tu... spend your time with me tonight. I really miss you so bad, baby."






"ABANG, tengokkan Aurelia kejap. Saya nak pergi cari biskut baby dekat budak tu. Sejak-sejak Leo tolong  jagakan Aurelia ni, makin kuat pula budak tu makan. Silap-silap gemuk macam panda anak kita nanti," seloroh Ariesya seraya menggelengkan kepalanya.

Leo yang sentiasa berada di sisi pasangan suami isteri itu mula menjeling ke arah Ariesya. Ya, memang tidak dinafikan Aurelia semakin tembam sejak Leo kerap menjaganya. Manakan tidak, setiap kali Leo memasak makanan untuk budak itu pasti Aurelia akan meminta lagi. Kalau masih tidak cukup, biskut bayi pula Leo akan beri kepada Aurelia.

"Eh, sedap betul mulut tu kata dekat orang. Kalau tak nak anak kau orang tu gemuk macam panda tak payah la bagi aku jaga. Duit berkepuk takkan la pengasuh seorang pun kau orang tak boleh nak upah?" Leo mula bersuara tidak puas hati.

"Eh, Leo ni. Orang main-main aje la. Lagipun Aurelia tu suka sangat main dengan awak. Kesian pula dekat dia nanti kalau awak dah tak jaga dia. Mesti dia sunyi. Kan sayang? Aurelia sayangkan uncle Leo kan?" soal Ariesya kepada anaknya.

Seolah-olah faham akan apa yang disoalkan oleh Ariesya tadi, Aurelia terus mengangkat tangannya lalu menjawab dengan penuh semangat.

"Aye!" Tergelak kecil pasangan suami isteri itu apabila melihat reaksi Aurelia. Comel betul wajah Aurelia ketika tersengih begitu.

"Alasan je tu." Leo mencebik.

"Betulla! Ha, dah la saya nak pergi belah sana. Borak dengan kau orang ni esok pun belum habis." Ariesya membuka langkah pergi dari situ lalu bahagian susu dan makanan bayi dituju.

Ralit matanya memehati setiap makanan bayi yang tersusun rapi di atas rak itu.

"Ha, dah jumpa!" Tangannya diangkat tinggi ke atas. Kakinya pula dijinjat sedikit. Ya Allah... tak boleh tinggi lagi ke rak ni? Pekerja pasaraya ni ingat perempuan macam dia ni tinggi macam galah ke apa? Letak barang tinggi melangit. Nak panggil Duke pun jauh sangat.

Kemudian, Ariesya kembali berusaha mencapai satu kotak biskut bayi berperisa coklat di atas rak.

"Argh, sikit lagi nak dapat!"

Sekonyong-konyong, ada satu tangan yang mula mencapai kotak biskut itu. Membulat mata Ariesya ketika ini. Seriuslah? Aku punyalah struggle nak ambil kotak tu dekat atas langit sana. Sesenang hati dan jiwa raga dia aje ambil kotak biskit tu dulu.

"Excuse me, sir. Tapi saya rasa saya yang..."

"For you."

Belum sempat mulut Ariesya mahu menghabiskan bicaranya, lelaki itu sudah memotong ayatnya. Agak menyakitkan hati di situ tapi tidak mengapa. Lelaki tadi mula menghulur kotak biskut bayi berperisa coklat tadi ke arah Ariesya.

Ariesya mencapai kotak tersebut tanpa melihat wajah lelaki tadi. Tiba-tiba rasa malu pula sebab tuduh orang macam tu aje. Tanpa melengahkan masa, Ariesya menoleh ke arah kiri untuk kembali ke tempat suami dan anaknya berada.

"Ariesya, kan?" tebak lelaki tadi.

Badan Ariesya terus berubah kaku tidak bergerak. Tangannya menggeletar. Kenapa tiba-tiba... suara lelaki tadi kedengaran familiar?

"Hmm... senyap tandanya betul. Kiranya betul la kau Ariesya. Wow! Tak sangka kita dapat jumpa balik. Dan tak sangka juga kau dah banyak berubah. Long time no see, huh?" Rizhan mula menapak menghampiri Ariesya. Sekarang ini dia betul-betul berada di hadapan Ariesya. Dari pandangannya, dapat dilihat wajah Ariesya yang sudah berubah pucat. Hal ini mengundang senyuman sinis di wajah Rizhan.

"Alahai... kenapa muka pucat sangat tu? Hm? Tak gembira ke dapat jumpa aku balik? Aku dah tolong kau huru-harakan hidup adik kau kot," sambung Rizhan lagi.

Badan Ariesya masih lagi terkaku di situ. Dia tidak suka dirinya sekarang ini. Kenapa badannya tidak mahu bergeram pada waktu sebegini. Argh, tolonglah... dia tidak mahu memandang wajah Rizhan ketika ini.

"Kau nak apa Rizhan?" Akhiranya Raisya kembali bersuara. Pandangan matanya menikam tepat anak mata lelaki di hadapannya.

"Wah... garangnya muka. Hahaha. Aku bukannya nak buat kecoh pun. Tapi entah kenapa tiba-tiba aku rindukan adik kau, Laura. Hmm... dah lama aku tak 'rasa' dia."

Sebelah tangan Ariesya sudah mengenggam penumbuk dengan kemas. Dia cukup tidak suka apabila ada krang lain yang berkata buruk terhadap adiknya. Walaupu  dulu Ariesya sendiri tidak sukakan Laura, namun sekarang dia sudah berubah. Dia lebih sukakan hubungan adik beradik antara dia dan Laura. Ariesya yang sekarang bukan Ariesya yang dahulu. Ariesya yang sekarang sudah banyak berubah dan perlahan-lahan menjadi yang lebih baik lagi.

"Jangan berani sentuh dia!" Perlahan, namun kedengaran tegas. Gigi Ariesya diketap kuat. Kalaulah badannya ini boleh bergerak bebas seperti beberapa minit lepas, dia pasti wajah lelaki di hadapannya ini sudah memakan penumbuknya. Malang sekali badan Ariesya masih tidak menunjukkan apa-apa tanda mahu bergerak.

"Wah... sejak bila kau caring ni? How sweet. Don't you worry. Aku takkan sentuh dia. Tapi ingat, orang lain banyak lagi yang boleh buat macam-macam dekat adik kau. Nak tau tak apa yang lebih menarik? Rumah tangga dia pun tak lama lagi akan musnah. Disebabkan diri kau sendiri."

"A-apa maksud kau?"

"Tak payah nak acah baik la. Kau dah lupa ke pasal ni?" Gambar Laura berpakain ketat di kelab malam dan dikelilingi beberapa orang lelaki itu dipandang Raisya tidak lepas. Kakinya seakan-akan lemah saat matanya melihat gambar itu.

Tanpa sedar beberapa titis air mata tumpah membasahi lekuk wajah. Ariesya terduduk di atas lantai. Badannya seakan-akan lemah. Fikirannya sekarang ini hanya memikirkan nasib Laura tidak lama lagi.

"Ariesya!" Duke Arjuna menghampiri Ariesya yang terduduk longlai di atas lantai. Duke Arjuna membantu Ariesya untu bangun kembali. Air mata yang menghiasi pipi isterinya diseka. Pandangan mata Duke Arjuna beralih menikam anak mata Rizhan. Wajah bengis dia tayang.

"Apa yang kau buat dekat isteri aku?" soal Duke Arjuna, keras. Tidak perlu menyoal lebih, dia sudah dapat mengagak bahawa lelaki ini punca Ariesya menangis.

"Isteri? Hahaha. Seriously? Tak sangka perempuan macam kau pun ada lelaki yang nak."

"Kau!" Penumbuk Duke Arjuna sudah naik tinggi untuk menumbuk wajah Rizhan. Nasib baik, Leo pantas menghalang. Takkan la mereka mahu membuat kecoh di sini? Tempat awam kot.

"Huh. Malas nak kecoh lebih-lebih. Jadi aku nak pergi dulu. Ariesya, semoga kita berjumpa lagi. Atau... mingkin tidak? Lagipun aku lebih berminat nak jumpa adik kau. Bye."

Bayangan Rizhan mula menghilang pada pandangan mata. Duke Arjuna kembali fokus ke arah Ariesya. Wajah Ariesya masih pucat. Namun kurang dari tadi.

"Sayang... kenapa ni? Apa yang jadi?" soal Duke Arjuna dengan wajah yang risau. Dia lebih risau apabila melihat ada mutiara jernih menghiasi wajah isterinya tadi kerana Duke Arjuna tahu bahawa isterinya bukanlah seorang perempuan yang senang menangis.

Air liur ditelan kesat lalu Ariesya memandang wajah suaminya di sebelah. Mujurlah Duke Arjuna datang kepadanya. Kalau tidak, entah sampai bila dia perlu menghadap wajah Rizhan.

"Abang... tolong saya. Tolong saya selamatkan rumah tangga Laura."






TBC
Jangan lupa vote dan komen! Muah!😚❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro