Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

39

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

IRIS mata milik Aryan masih meliar ke luar tingkap kereta. Fikirannya kosong sekarang ini. Malas mahu fikirkan apa yang bakal dia lakukan setelah kakinya selamat mendarat di rumah kelak.

Qaisara masih memberi fokus sepenuhnya pada pemanduannya. Namun, kebisuan Aryan mengundang tanda tanya dalam hatinya. Mengapa abangnya tiba-tiba senyap? Tidak gembirakah mahu berjumpa isteri dan anak-anaknya nanti?

"Abang?" panggil Qaisara. Tangannya memainkan peranan untuk memusingkan streng kereta bagi memasuki selekoh di sebelah kanannya.

"Hm?" Pendek saja Aryan membalas. Dia tiada mood untuk melayan adiknya kerana hati sudah merindui seseorang. Mengapalah dia perlu menghadap wajah isterinya nanti? Dia lebih suka untuk menghadap wajah Raisya. Bukan isterinya. Dan... mengapa dia tidak mengahwini Raisya dahulu? Bodohkah dia?

Mendengarkan respon dari Aryan lebih memimbulkan tanda tanya di fikiran Qaisara. Sangkaannya tentang apa yang berlaku di hospital tadi sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak sedap hati. Adakah abangnya dan Raisya kembali menjalinkan hubungan? Tapi mengapa? Tudak sedarkah Aryan bahawa dia itu sudah menjadi suami orang? Bukan itu saja, malah Aryan juga sudah memegang status 'bapak orang'.

"Abang mesti tak sabar kan nak jumpa kak Emilia nanti? Mesti dia pun rindu sangat dekat abang." Suara Qaisara mula kedengaran bagi memecahkan kesunyian. Tak naklah senyap macam ni. Macam orang bisu pula.

"Entah la Qaisara. Abang tak rasa apa-apa pun."

"Eleh... abang ni nak cover pulak. Dalam hati tu entah-entah dah tak sabar nak peluk cium kak Emilia," usik Qaisara seraya ketawa kecil di hujung ayatnya.

Namun, Aryan masih tidak menunjukkan sebarang reaksi. Hal itu membuatkan Qaisara terasa sedikit geram dengan sifat abangnya. Dari tadi abangnya mendiamkan diri dan melemparkan pandangannya ke luar. Rasa macam cakap dengan tunggul pun ada. Abang Ayid ni dah kenapa? Kena sampuk dengan hantu ke sampai mulut tu dah bisu terus?

Tanpa sedar tempo kelajuan pemanduannya mula meningkat. Semakin galak pula kaki Qaisara itu menekan pedal minyak. Fuh, panas hati ni. Orang punya la tunggu dia sedar dari mimpi panjang dia tu. Macam ni pula dia layan kita bila sedar? Memang nak kena.

Kelajuannya mula berubah dari 60km/j kepada 120km/j. Mujurlah tiada banyak kenderaan di sini. Nampak gaya macam boleh laju lagi. Sesekali mata Qaisara melirik ke arah Aryan. Wajah abangnya sudah bertukar pucat. Hai abang... takut mati awal ke? Bibir Qaisara sudah menarik senyuman puas hati.

"Wo-woi Qaisara! Apa pasal laju sangat ni? Perlahan sikit! Kau nak mati awal ke?" kata Aryan dengan wajah yang cuak. Jantungnya mula mengepam darah lebih laju dari biasa. Melihat wajah Qaisara yang tersenyum penuh gembira itu lagi mrnakutkan dirinya. Sudah kenapa dengan Qaisara ni? Kena rasuk ke?

"Qaisara!" panggil Aryan, lantang. Namun sedikit pun Qaisara tak endahkan. Padan muka! Siapa suruh jadi orang bisu sangat kan?

Strettt...

Hampir saja dengan destinasi yang dituju, Qaisara mula perlahankan tempo kelajuannya. Semakin lama semakin perlahan sehinggalah sampai betul-betul di hadapan rumah semi d dua tingkat milik Aryan dan Laura.

"Baiklah tuan. Anda sudah sampai ke destinasi. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan saya. Jangan segan-segan untuk menggunakan perkhidmatan saya lagi," ujar Qaisara ala-ala seorang pemandu kereta peribadi. Satu senyuman manis Qaisara hadiahkan pada Aryan. Aryan hanya membalas senyuman manis itu dengan jelingan maut.

"Ya la kau. Tak nak la suruh kau drive lepas ni. Silap-silap nyawa aku sekali melayang. Apalah nasib Azraeyn nanti bila kahwin dengan kau. Kesian dia," balas Aryan sambil menggelengkan kepalanya.

Mendengar saja nama Azraeyn disebut oleh abangnya, terus wajah Qaisara masam mencuka. Satu penumbuk dilayangkan pada lengan Aryan.

"Eh, mulut tu baik sikit ya? Bukannya Qaisara nak seksa dia ke apa. Nanti bila dia kahwin dengan Qaisara, Qaisara akan layan dia baik-baik. Baik lagi dari abang!" Qaisara menjelirkan lidahnya. Sesedap mulut abangnya saja kata begitu kepada dirinya. Qaisara baik okey! Manis pula tu. Rawr!

Aryan ketawa sedikit. Hai la Qaisara... orang bergurau sikit pun dah naik angin. Aryan keluar dari perut kereta, lalu melangkah ke arah bonet kereta untuk mengambil beg pakaiannya sebelum masuk ke dalam rumah.

"Eh, abang. Tunggu kejap."

"Hm?"

"Nah." Segugus kunci bertukar tangan. Aryan memandang kunci itu dengan wajah yang berkerut lalu pandangannya berubah ke arah Qaisara.

"Kunci rumah ni," jawab Qaisara sambil tersengih sehingga menampakkan barisan gigi putihnya.

"Macam mana kau ada kunci rumah ni?"

"Oh, Qaisara yang minta kunci spare ni dekat kak Emilia. Senang sikit kalau Qaisara nak pecah masuk rumah kau orang nanti. Hehe."

"Haih... macam-macam la kau ni." Tangan Aryan naik lalu menggosok kepala Qaisara. Habis senget tudung Qaisara itu. Ya Allah... lelaki ni memang sengaja.

"Nak kena eh? Hish, habis tudung orang! Ha, dah la pergi masuk sana! Pergi lepaskan rindu puas-puas dekat kak Emilia tau! Mana tau tak lama lagi Qaisara dapat dukung baby lagi?" seloroh Qaisara seraya mengangkat keningnya berkali-kali.

"Eh, budak ni. Gatalnya! Dah la aku nak masuk ni. Drive elok-elok dan jangan lupa kirim salam dekat mummy dengan daddy. Oh, thanks juga sebab hantar aku."

"Iya... bye abang!"



KAKI yang melangkah itu seolah-olah enggan menjejak pada lantai rumahnya. Dalam hati Aryan juga tiba-tiba saja rasa berdegup semacam. Kenapa? Takkanlah nak jumpa isteri pun berdebar. Isteri? Ceh.

Sebelum dia mula teruskan langkahnya ke hadapan, sempat lagi matanya melirik ke arah rumah semi d yang tersergam indah di hadapan mata. Pintu pagar automatik itu dibukanya lalu kakinya mula memainkan peranan. Setapak demi setapak dia menghampiri pintu rumah itu. Saat tangannya ingin membuka kunci, halwa telinganya sempat menangkap satu suara wanita yang tengah bercakap di dalam rumah.

"Wazien, Wafiq... sini sayang. Meh sini dekat mama."

Suara lunak yang sedap kedengaran di halwa telinga itu mendetakkan tangkal hati kecilnya. Dalam hatinya mula timbul perasaan ingin tahu. Apa yang mereka lakukan di dalam? Jelas kedengaran bahagia dan gembira saja anak-anaknya ketawa.

Aryan melangkah ke sisi. Terdapat satu tingkap besar di situ. Perlahan-lahan Aryan rapatkan wajahnya dengan tingkap bagi melihat apa yang berada di dalam. Kelihatan, Laura sedang mengelap mulut Wazien dan Wafiq yang comot dengan kesan biskut coklat. Di sebelah isterinya pula kelihatan Wafdan sedang menikmati biskut bayinya.

Lama juga dia perhatikan gerak-geri anak-anak dan isterinya. Baru sekarang dia sedar bahawa dia sudah lama berdiri di luar itu. Tangannya kembali memasukkan kunci pada lubangnya lalu kunci itu di buka dan dia memboloskan diri ke dalam.

Saat dia melangkah kakinya ke dalam rumah, iris matanya dan iris mata berwarna hazel milik Laura bertaut. Lama. Tiada sebarang kata-kata yang keluar dari mulut mereka berdua ketika ini.

Pada pandangan Aryan, jelas kelihatan cecarir jernih mula menghiasi iris mata berwarna hazel itu. Bantal kecil pada genggaman Laura terlepas lalu gadis itu mula menapak ke hadapan, menghampiri tubuh Aryan yang masih kaku tidak bergerak di hadapan pintu.

Semakin lama semakin hampir sehingga wajah isterinya itu betul-betul di hadapannya. Tanpa dipinta, cecair jernih yang menghiasi empangan mata Laura itu tumpah menghiasi setiap lekuk wajah cantiknya.

Tangan Laura bergetar. Walaupun begitu, tangan itu tetap mententuh wajah Aryan. Aryan terkedu. Seperti baru sedar ke alam realiti. Matanya kembali berkelip seperti biasa.

"A... abang," panggil Laura, lembut. Jelas kedengaran suara itu bergetar. Bukan itu saja, pandangan mata Laura ketika memandangnya juga penuh dengan kasih sayang dan cinta. Hati Aryan seolah-olah berhenti berdegup. Walaupun begitu, dirinya terasa begitu tenang apabila menghadap wajah Laura. Rasa tenang, namun seperti ada yang kekurangan di dalam hatinya. Apa?

"Abang... maafkan saya. Maafkan saya sebab cakap macam tu dekat abang haritu. Saya tahu saya salah. Saya sedar kesilapan diri saya. Saya janji saya takkan ulang lagi benda tu. Saya terlalu ikutkan perasaan ketika itu sehingga saya sendiri tak boleh berfikir dengan waras. Jadi, tolong... tolong maafkan saya," luah Laura diiringi air mata yang galak membasahi wajahnya.

Pelukan Laura pada tubuh si suami sangat erat. Wajahnya disembam pada dada Aryan. Dia menghamburkan tangisan kekesalan semahu-mahunya. Dia sedar dia bukanlah isteri yang baik. Dan disebabkan dia, Aryan cedera.

Aryan mati kata. Entah mengapa, hatinya tersentuh apabila halwa telinganya menangkap setiap bait perkataan yang keluar dari mulut Laura. Melihatkan apa yang isterinya lakukan tadi cukup menyentuh tangkal hati lelakinya. Tangan Aryan mula bergerak untuk membalas pelukan itu.

"Kalau macam tu... ceraikan isteri you. Kita kahwin."

Kata-kata Raisya yang tiba-tiba terngiang-ngiang di telinganya membuatkan tangan Aryan yang mahu membalas pelukan Laura tadi menolak tubuh kecil Laura. Tidaklah terlalu kasar, tetapi penolakkan dari Aryan itu membuatkan hati Laura sedikit terguris.

Air mata Laura yang beransur itu nampaknya akan terus mengalir. Aryan... tak maafkan dia ke?

"Aku... nak naik atas. Aku penat."

Aryan kembali mencapai beg pakaiannya lalu mengatur langkah ke tingkat atas. Laura hanya melihat Aryan berlalu darinya. Dia juga tidak tahu mahu ungkapkan apa. Jadi lebih baik dia diamkan diri. Walaupun hati ini agak terasa dengan kelakuan Aryan tadi, tapi tidak mengapa. Mungkin dia masih marah dengan apa yang terjadi kepada mereka hari itu.

"Ma..."

Terasa seperti ada satu tangan kecil menyentuh kakinya, Laura menundukkan sedikit kepalanya bagi melihat Wafdan di bawah.

"Ya sayang? Wafdan panggil mama ke?" Badan Laura dibongkokkan agar tinggi mereka separas. Air mata yang mahu mengalir kembali itu pantas diseka. Buat masa sekarang, dia perlu tenangkan dirinya dahulu. Lagipun, dia sudah berjanji pada diri sendiri untuk tidak bertindak melulu. Mungkin, suaminya perlukan masa untuk memaafkan kesalahannya.

"Ma... tu!" Wafdan menghalakan tangannya ke arah sofa. Kelihatan Wazien dan Wafiq sedang memanjat sofa itu. Berubah terus wajah Laura. Ya Allah anak-anak aku!

"Wazien... Wafiq..."

Pandangan kedua-dua anak lelakinya itu berubah ke arah Laura. Wajah tidak bersalah mereka tayang. Nafas dalam di tarik Laura. Nak marah tak sampai hati pula bila tengok muka comel tu.

"Makan kat bawah sayang. Dsn tolong jangan panjat sofa ya? Kalau jatuh macam mana nanti? Korang juga yang sakit nanti. Bukan mama," seloroh Laura seraya mengangkat anak-anaknya lalu diletakkan di bawah. Wazien dan Wafiq hanya tersengih dan ketawa kwcil melihat ibu mereka beleter. Entah apa yang lawak pun tak tahulah.

"Makan ka bawah tau. Jangan makan dekat atas sofa. Habis la comot sofa mama nanti." Tangan Laura mencapai bantal-bantal kecil yang bertaburan di atas lantai. Hai la... baru tadi dia susun elok-elok. Kejap aje bersepah balik.

"Meow." Mr Grey jalan menghampiri Laura lalu kepalanya digosok-gosok pada kaki Laura. Ya Allah... ini satu lagi. Memang silap la dia muncul sekarang. Mata Wazien dan Wafiq dah membulat lain macam.

"Nya!" Wazien menarik ekor kucing gebu berwarna kelabu itu. Terjerit terus Mr Grey dengan perbuatan Wazien. Wajah garang sudah ditayang namun sedikit pun tidak menggetarkan seorang Tengku Wazien Asyraq. Lagi bertambah gelak ada la bidak itu.

"Gaa!" Kali ini Wafiq pula mengambil tempat untuk mengacau kucing gebu berwarna kelabu itu. Lari terus Mr Grey akibat terkejut. Wazien dan Wafiq tidak mendiamkan diri, mereka merangkak untuk mengejar Mr Grey kembali.

Ke mana kucing itu pergi ke situ juga la mereka ekori. Dan sekali lagi... rumah Laura kembali bersepah.

"Ya Allah budak-budak bertuah ni..."





TBC
Sorry kalau bab ni pendek dan bosan!😅tiba-tiba pulak takde idea sangat nak mengarang. Heheh apa apa pun enjoy okey?🙈❤ jangan lupa vote dan comment!😚❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro