Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

38

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

SUDAH dua hari berlalu sejak Aryan sedarkan diri. Tengku Amanda dan Qaisara juga ada memberitahu Laura tentang berita baik itu. Namun, Laura masih tidak menunjukkan tanda-tanda mahu menjenguk suaminya di hospital.

Kejadian tempoh hari yang berlaku di depan matanya cukup menyayat hati. Sakit hati itu masih tersisa. Buat masa sekarang, lebih baik Laura tidak memunculkan diri di hadapan Aryan. Risau juga jika amarahnya menguasai diri.

Kejam? Kejamkah dia sebagai seorang isteri tidak melawat suami yang sedang sakit di hospital? Laura juga masih keliru dengan tindakannya. Takkanlah dia mahu berdiam diri saja? Tipulah kalau dia kata dia tidak rindukan suaminya sendiri. Setiap hari dia menunggu dan menanti dengan penuh sabar sehingga Aryan sedarkan diri.

Malangnya, pada hari lelaki itu sedarkan diri, bukan wajahnya yang menjadi wajah pertama yang memenuhi pandangan suaminya. Tetapi... wanita itu. Raisya Aqiela.

Satu keluhan berat Laura lepaskan. Tangannya naik lalu menyentuh dahi. Dipicit-picit sedikit dahinya itu. Pening kepalanya apabila memikirkan hal rumah tangganya. Tambahan pula sekarang ini Raisya mula berani tunjukkan belang. Agaknya... apa lagi rancangan perempuan itu?

Tap!

Sekonyong-konyong, Laura merasakan ada sesuatu menghempap tangannya dengan perlahan. Fokus Laura mula beralih ke arah sisinya. Kelihatan, Wazien sedang memegang buku di sebelah tangan kanannya manakala Wafiq pula setia di sisi abangnya. Lama mereka merenung wajah ibunya.

Laura mula tersenyum nipis. Alahai anak-anak mama ni. Selalu ada bila mama tengah sedih macam ni. Bertambah sayang la macam ni!

"Ma... ni!" Wazien mengangkat buku yang dipegangnya tadi tinggi ke udara. Wafiq pula sudah menepuk-nepuk tangannya sambil tersengih sehingga menampakkan dua batang giginya yang putih.

"Nak mama bacakan buku ni?" soal Laura seraya mengambil buku bertajuk The Ugly Duckling dari tangan Wazien. Mata kedua-dua orang anaknya itu kekal fokus pada buku yang sudah berpindah tangan. Melihat reaksi kedua-dua puteranya itu mengundang ketawa kecil dari Laura. Ya Allah... kenapa comel sangat dia orang ni?

Sementara Wafdan masih dibuai mimpi, dapatlah Laura meluangkan masanya bersama Wazien dan Wafiq. Bila Wafdan terjaga, agak susah sedikit untuk Laura memberi fokus sepenuhnya kepada lagi dua orang anaknya. Mungkin disebabkan perangai Wafdan yang manja dan abang-abangnya pula tidak banyak ragam.

Mujurlah Laura dikurniakan anak-anak seperti Wazien dan Wafiq ini. Walaupun mereka masih kecil, mereka seolah-olah faham saja apabila Wafdan membuat perangai. Wazien dan Wafiq selalunya akan bermain bersama dan membiarkan Laura memberikan sepenuh perhatian kepada Wafdan.

"Meh, duduk sini sayang. Mama bacakan buku." Laura menarik sedikit kedua-dua tubuh anaknya supaya hampir dengan kedudukannya. Kemudian, dia memulakan bacaan. Wazien dan Wafiq hanya mendiamkan diri dan mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari mulut Laura. Leka mereka mendengar apa yang diceritakan oleh Laura itu sehingga kedua-duanya terlelap di atas riba si ibu.

Buku cerita kanak-kanak itu Laura tutup lalu diletakkan di atas meja kopi. Selepas itu, Laura mula mencempung satu per satu badan kecil anaknya lalu menyusun langkah ke bilik tidur mereka.

Selimut ditarik sehingga menutupi tubuh. Tangan Laura mula mengusap perlahan kepala si anak sebelum satu kucupan penuh kasih dihadiahkan buat mereka bertiga.

"Mimpi yang indah, sayang."







SESEKALI Raisya menggoyangkan kakinya di atas katil. Retina matanya pula tidak lepas daripada memandang Aryan. Setiap gerak geri lelaki itu diperhatinya tanpa berkelip. Seolah-seolah mahu merakam semua pergerakan dan setiap inci tubuh badan lelaki itu dalam kotak memorinya.

Aryan yang mula perasan akan pandangan tidak lepas dari Raisya itu mula menghentikan perbuatannya. Baju-baju yang dilipat diletakkan di tepi buat seketika sebelum dipindahkan ke dalam beg pakaian. Badannya pula dipusingkan 180° bagi menghadap wajah jelita kekasih hati. Kemudian, Aryan membongkokkan sedikit tubuhnya agar wajah mereka betul-betul bertentangan.

Tiada sebarang pergerakan dari Raisya. Mungkin sudah berangan jauh agaknya. Wajah kacak Aryan yang berada betul-betul di depan mata juga dia tidak perasan. Pelik. Apalah yang gadis itu sedang fikirkan?

Tanpa dipinta, Aryan menghadiahkan satu kucupan pada dahi licin Raisya serentak Raisya mula sedar ke alam realiti. Bukan itu saja, tubuh Raisya juga terdorong ke belakang sedikit akibat terkejut dengan serangan Aryan secara tiba-tiba. Fuh, kus semangat.

"Kenapa you buat macam tu tadi? Terkejut I tau? Nasib tak jatuh, " seloroh Raisya, seolah-olah tidak puas hati dengan perbuatan secara tiba-tiba oleh Aryan tadi. Mata Raisya kembali tertumlu pada Aryan yang mula memasukkan baju-bajunya ke dalam beg pakaian.

"Kenapa? You la mengelamun jauh sangat. I dekat depan mata you pun dah tak nampak," ujar Aryan dalam nada seolah-olah merajuk.

Raisya mula tersenyum nipis lalu dia bangun dan menghampiri Aryan. Tubuh tegap Aryan didakapnya dari arah belakang. Pipi kirinya diletakkan di belakang badan lelaki itu. Tangannya pula diletakkan pada dada bidang Aryan. Kali ini, tangan Aryan pula mula memainkan peranan. Tangan Raisya yang masih berada di dadanya digenggam erat sebelum satu kucupan dilabuhkan di atas kekura tangan wanita itu.

"Kenapa ni sayang?" soal Aryan, lembut. Sesekali tangannya menggosok perlahan tangan wanita itu.

"I will miss you..."  Pelukan Raisya dieratkan. Kalau ikutkan hati, dia tidak mahu Aryan pulang ke rumah. Mesti Aryan akan bersua empat mata demgan wanita itu. Raisya tak nak!

Aryan melepaskan ketawa kecil lalu pelukan mereka dileraikan. Tubuh badannya dipusing supaya menghadap Raisya lalu tangannya mendongakkan sedikit wajah cantik wanita di hadapannya. Mata mereka berdua bertembung. Lama.

"I tak pergi lagi dah rindu? Manjanya sayang I ni." Jari Aryan mencuit hidung mancung Raisya. Terus masam mencuka wajah gadis itu.

"Eee... you ni! Lepas ni tak nak rindu dah la!" rajuk Raisya. Dia menarik wajah seraya menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada.

"Alololo... merajuk pula dia. Meh, sini nak peluk." Aryan mendepakan tangannya seolah-olah mahu menjemput Raisya ke dalam dakapannya itu. Namun, perbuatan Aryan tadi hanya dibalas dengan jelingan tajam.

"You ni nak kena kan? Boleh pula dia melawak. I punyalah risau nak lepaskan you dekat perempuan tu balik. Kalau perempuan tak guna tu goda you macam mana? Nanti tak pasal-pasal you lupakan I," bebel Raisya panjang lebar. Bibirnya dimuncungkan tanda tidak puas hati. Dari tadi hatinya rasa tidak sedap saja setiap kali memikirkan hal itu. Bagaimana kalau... tiba-tiba ingatan Aryan kembali pulih? Musnahlah rancangannya nanti!

"Sayang..." Tangan Raisya ditarik oleh Aryan supaya jarak antara mereka semakin dekat.

"Pandang I please?"  pinta Aryan, lembut.

Lambat-lambat Raisya mengangkat wajahnya bagi melihat wajah Aryan.

"Don't worry okay, dear? Takkan la I nak tergoda dengan perempuan murah macam dia? Dia dah tak ada nilai diri kalau nak dibandingkan dengan you. Lagipun, belum tentu I akan pamdang dia nanti. So... don't worry okay?"

Manis betul kata-kata yang keluar dari mulut seorang Tengku Qayeed Aryan. Kalau tidak sebelum ini, memang Raisya tak akan mendengarlah ayat-ayat seperti itu. Tanpa sedar, Raisya sangat bersyukur kerana Aryan kehilangan memori indahnya. Indah bagi Aryan, tidak bagi Raisya.

"Hm..."

"Good girl." Satu kucupan dihadiahkan pada ubun-ubun Raisya.

"Janji jangan tergoda dengan perempuan murah tu eh?"

"Iya..."

"Abang Ayid kesayangan Qaisara!" jerit satu suara dari luar bilik Aryan. Serentak dengan itu Aryan dan Raisya menjarakkan diri mereka. Risau jika Qaisara ternampak apa yang mereka berdua sedang lakukan.

"Hm? Akak Raisya pun ada? Akak buat apa dekat sini? Tak pergi kerja ke?" soal Qaisara bertalu-talu sambil mengukirkan senyuman manis ke arah Raisya.

"Oh, akak datang sini sebab nak tanya Aryan bila dia dapat masuk ofis balik. Tak sangka pula hari ni dia dah boleh discharge. Oh, by the way, sekarang waktu rehat tengahari. Sebab tu akak datang sini kejap," balas Raisya seraya menghadiahkan senyuman tidak ikhlas kepada Qaisara. Dalam hatinya mula menyumpah gadis itu. Mengapalah dia perlu muncul sekarang? Sibuk betulla!

Qaisara hanya mengangguk kepalanya seraya membuat mulut berbentuk 'o' seolah-olah faham dengan jawapan yang diberikan oleh Raisya tadi. Tetapi, ada sesuatu yang menarik perhatian Qaisara ketika wanita dihadapannya ini menjawab persoalannya. Mengapa Raisya hanya membahasakan diri Aryan sebagai Aryan, bukan bos? Sedangkan dia dan Aryan sekarang ini berstatus pekerja dan bos.

'Something smell fishy here...' monolog Qaisara dalam hati.

"Abang, jom. Meh sini barang-barang abang tu. Biar Qaisara bawa," pelawa Qaisara sambil berura-ura mencapai beg pakaiam Aryan. Tanpa sempat tangan Qaisara menyentuh beg itu, Aryan sudah menghalangnya. Berkerut wajah Qaisara memandang kelakuan abangnya itu. Sudah kenapa pula dengan abangnya ini?

"Tak payah la Qaisara. Bukan berat pun. Lagipun abang dah sihat sekarang ni. Qaisara pergi la turun dulu. Abang ada barang lagi tak letak dalam beg ni," dalih Aryan lalu satu senyuman terlakar buat adiknya.

Qaisara melepaskan keluhan lemah lalu mencebik. Orang nak tolong dia tak bagi pula! Bukan senang nak tengok Qaisara baik hati macam ni.

"Ha ye la. Jangan lambat eh! Kalau tak Qaisara tinggal abang lepastu abang pandai-pandai la balik jalan kaki!" Qaisara memjelirkan lidahnya lalu terus keluar dari bilik itu.

Bukan apa, dia tiba-tiba berasa tidak senang dengan kehadiran Raisya di situ. Qaisara sendiri tahu tentang hubungan antara Aryan dan Raisya dahulu. Dia juga tahu mengapa mereka berdua putuskan hubungan. Tetapi mengapa... pada pandangan Qaisara mereka berdua kelihatan begitu mesra? Mengapa abangnya perlu memeluk dan mencium peremluan lain sedangkan dia sudah mempunyai isteri yang setia menunggu di rumah?







"WAZIEN, Wafiq... sini sayang. Meh sini dekat mama." Dengar saja si ibu memanggil, terus mereka berdua itu meninggalkan permainan mereka lalu bergegas merangkak menghampiri Laura. Tersengih-sengih mereka berdua saat memandang wajah Laura. Wafdan pula masih setia berada di sisi Laura sambil menikmati biskut bayinya.

"Ya Allah... anak siapa la yang comot sangat ni? Haih... macam mana nak jumpa papa kalau masing-masing comot macam ni? Hm?" Laura mencapai tuala kecil lalu mengelap wajah comot Wazien dan Wafiq akibat memakan biskut berperisa coklat tadi. Kemudian, anak mata bewarna gazel itu terarah pula pada tempat anaknya bermain.

Usah disebutlah, sudah pasti temlat itu juga comot dengan kesan biskit berterabur di merata tempat. Tergeleng-geleng kepala Laura melihat tempat main anak-anaknya. Hai la... nampaknya lambat la dia dapat berjumpa dengan Aryan.

Laura mula menyusun langkah ke arah sofa tempat anaknya bermain tadi lalu bantal-bantal kecil itu diangkat lalu ditepuk beberapa kali sebelum diletakkan semula di tempat asal. Sekonyong-konyong, kedengaran seolah-olah kunci pintu dibuka. Wajah Laura mula berubah cuak. Siapa... siapa manusia yang berada di luar sana?

Ritma jantungnya sudah berubah menjadi laju. Tangannya menggigil. Dia takut sekarang ini. Sudahlah di dalam rumah ini hanya dia dan anak-anaknya. Pencuri atau penjahat yang berada di sebalik pintu itu?

Perlahan-lahan tangan Laura mencapai bantal kecil yang baru disusun rapi di atas sofa. Peluh mula menghiasi dahi licinnya. Air liur ditelan kesat. Saat pintu itu dibuka, sebelah tangan Laura mula menggenggam penumbuknya dengan kemas. Dalam kiraan tiga, dia akan menyerang sesiapa saja manusia di sebalik pintu itu.

Satu.

Dua.

Tiga.

Kreak...

Pap!

Pergerakkan Laura serta merta terhenti. Bantal kecil yang berada di tangan mula terlepas dari genggaman. Kakinya lemah. Seolah-olah tidak berdaya untuk berdiri dengan betul lagi. Matanya mula terasa panas. Empangan matanya mula dipenuhi dengan mutiara jernih.

Kakinya mula mengambil langkah ke hadapan. Selangkah, dua langkah, tiga langkah. Sehingga jarak antara mereka betul-betul hampir, Laura barulah hentikan langkahnya. Tangannya yang bergetar itu mula naik dan menyentuh wajah itu. Wajah yang amat dirinduinya. Setiap inci wajah itu ditilik dengan penuh kasih. Perasaan rindunya terhadap lelaki itu membuak-buak sekarang ini. Sukar untuk diungkapkan melalui kata-kata.

Akhirnya, mutiara jernih yang bertahan lama di empangan mata itu tumpah membasahi wajah cantiknya. Perasaan rindu ini tidak dapat dibendung lagi. Dia rindu. Kasih sayang dan rindunya terhadap Tengku Qayeed Aryan tidak pernah berkurang.

"A... abang."





TBC
Enjoy this chapter! Jangan lupa vote dan comment!😚❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro