36
"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."
LANGIT yang perlahan-lahan bertukar menjadi jingga keemasan itu ditatap penuh minat oleh Raisya. Setiap gerak geri burung yang berterbangan bebas di langit itu diperhatinya sambil menghembus asap rokok berkepul-kepul. Jauh dia termenung sehingga tidak sedar bahawa masa yang berlalu itu cukup pantas.
Puntung rokok tadi diletakkan di atas bekas kaca khas bagi membuang abu rokok. Langkah kakinya di susun rapi ke arah sofa berdekatan lalu punggungnya di labuhkan di situ. Badannya di sandarkan di muka sofa seraya tangannya mencapai beberapa keping gambar di atas meja kopi di sebelahnya.
Terus saja senyuman penuh bahagia itu dicariknya apabila iris matanya dihiasi dengan gambar yang menjelaskan segala kisah silam seorang Laura Emilia dahulu. Tidak sangka, dunia ini sungguh kecil. Sekejap saja dia sudah dapat mengorek rahsia terbesar gadis itu. Semua ini disebabkan pertolongan adiknya, Rizhan Raykal tempoh hari.
"Kau mimpi apa tiba-tiba call nak jumpa aku ni?" Rizhan mendengus kasar seraya menarik kerusi berhadapan Raisya. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja kakaknya minta bersua muka. Buang tebiat ke apa kakaknya yang satu ini?
"Aku panggil minta jumpa kejap pun dah nak bising ke? Bukannya kau sibuk pun." Raisya mencebik lalu menyilangkan tangannya ke dada. Dengan sifat adiknya yang sebegini, perlu ke dia minta tolong? Entah-entah lagi teruk kerja budak ni nanti.
"Mulut kau jaga sikit eh. Kau kata aku tak sibuk? Hey, aku ni kena ikut orang tua tu ke hulu hilir tau? Kau ingat tak penat ke? Alih-alih aku tengok dia bawa keluar masuk perempuan lain-lain juga. Kau tak apa la. Jadi PA dekat syarikat orang lain lepas tu senang aje lepas tangan dekat aku. Tapi takpa, tak lama lagi orang tua tu dah nak letak jawatan. Lepas ni aku la pula ambil alih syarikat tu," ujar Rizhan panjang lebar. Sempat lagi Raisya menangkap senyuman sinis Rizhan dihujung ayatnya. Dia pasti, lelaki itu sudah tidak sabar untuk mengambil alih syarikat papa mereka.
"Huh. Apa-apa je la."
"So, kau panggil aku ni kenapa? Aku tak boleh lepak dengan kau lama-lama. Nanti orang tua tu bising pula. Sekarang ni dia tengah lunch dengan partner dia. Jadi boleh la aku blah dari situ kejap." Rizhan mencapai gelas berisi air teh ais dihadapannya lalu disedut perlahan bagi menghilangkan dahaganya. Penat bercakap panjang lebar.
"Aku nak kau cari maklumat pasal seorang perempuan ni. Aku rasa kau boleh buat. Kau kan padu bab-bab ni. So, tolong ya?" pinta Raisya. Rizhan terus mengangkat wajahnya bagi melihat wajah si kakak. Apa pula yang kakaknya mahu lakukan dengan maklumat itu?
"Apa pasal kau nak cari maklumat perempuan tu? Wait... ni mesti ada kaitan dengan gambar yang kau suruh aku edit hari tu kan?" tebak Rizhan. Dia sudah masak dengan perangai kakaknya ini. Jika Raisya mahukan sesuatu, dia pasti akan dapatkannya. Tidak kiralah dengan cara apa sekali pun.
"Yes. That's true. So... ni gambar perempuan tu. Pandai-pandai la kau cari maklumat pasal dia." Sekeping gambar yang sudah dicuci Raisya hulur ke arah Rizhan. Rizhan terus mencapai gambar itu lalu anak matanya memerhati segenap wajah wanita di dalam gambar itu.
"Perempuan ni... nama dia Laura Emilia ke?" soal Rizhan bagi mendapat kepastian. Wajah wanita di dalam gambar itu begitu familiar pada pandangan matanya.
Mendengar saja soalan yang disoal oleh Rizhan itu, terus terbuntang mata Raisya. Adiknya... kenal dengan perempuan tak guna tu? Wow! What a coincidence!
"Jap... mana kau tahu? Kau kenal dia ke?" Pantas Raisya menyoal kembali. Senyuman di wajahnya jelas terukir.
Rizhan tergelak kecil sebelum meneruskan ayatnya. "Kalau kau tanya pasal perempuan ni, aku dah kenal dia lama," balas Rizhan. Matanya masih lagi tertumpu pada sekeping gambar itu. Siapa sangka... mereka berdua akan bertemu kembali?
"Kau nak tahu tak? Perempuan ni dulu, pelacur masa aku belajar dekat luar negara dulu. And aku sendiri pernah sentuh dia. Actually, semua ni berlaku bukan atas sebab dia sendiri yang nak jadi pelacur dekat sana. Kakak tiri dia, Ariesya tu. Kawan aku dulu. Disebabkan dia tau aku akan sambung belajar dekat tempat yang sama dengan adik dia, jadi dia minta tolong aku rosakkan hidup perempuan tu."
"Aku apa lagi kan? Aku buat je la apa-apa pun yang aku suka. Aku paksa dia jadi pelacur dekat sana. Aku ugut dia, kalau dia bagitau dekat orang lain, aku akan bagitau dekat ayah dia. Dia tak nak. Jadi, terpaksa la dia ikut cakap aku. Hahaha. Rindunya zaman tu. Duit aku setiap hari masuk aje. Aku pula duduk dekat sana goyang kaki aje," sambung Rizhan lagi seraya mengukir senyuman lebar. Begitu juga dengan Raisya.
"Kau ada lagi tak gambar perempuan ni dulu? Kalau ada, aku nak kau cuci gambar tu semua and bagi dekat aku. Aku dah dapat rancangan baru nak musnahkan hidup dia."
"As you wish, Raisya. Nanti kalau kau nak minta tolong aku lagi, call je la. Okey la, orang tua tu dah panggil aku. Aku pergi dulu."
Gambar di tangannya tadi diletakkan kembali di atas meja kopi. Secawan kopi panas yang sedari tadi terletak elok di atas meja itu diambilnya lalu, perlahan-lahan Raisya menyicip sedikit air di dalamnya. Nikmat benar tekaknya apabila disajikan dengan secawa kopi panas pada waktu senja begini. Ditemani pula dengan alunan piano yang sentiasa menemaninya.
Fikirannya melayang jauh membayangkan apa yang bakal berlaku kelak. Hatinya pula sudah meronta-ronta tidak sabar untuk menganggu kebahagiann yang pasangan itu bina. Saat yang ditunggu-tunggu pasti akan tiba yak lama lagi.
"Laura Emilia... kau memang silap kalau cari pasal dengan aku. Kau tunggulah... satu persatu masalah aku akan timbulkan dalam perkahwinan kau dan Aryan!"
MALAM yang penuh dingin itu menjadi peneman Laura pada malam ini. Laura menghampiri balkoni biliknya lalu kepalanya didongakkan sedikit bagi melihat keindahan ciptaan-Nya. Bulan yang bersinar terang ditemani bintang-bintang kecil di sekelilingnya itu menghiasi kornea mata Laura.
Saat kornea matanya menatap langit yang cantik itu, terus saja dia teringatkan suaminya, Aryan yang masih tidak sedarkan diri di hospital. Kalau Aryan ada di sisinya sekarang ini, pasti lelaki itu akan memeluknya dari belakang sambil menikmati bintang-bintang ini bersama. Namun, apakan daya. Suami kesayangannya masih tidak sedarkan diri sejak kemalangan tempoh hari.
Sebak hatinya ini setiap kali memikirkan keadaan suaminya. Hampir lima hari sejak kemalangan itu berlaku, namun Laura masih tidak dapat melupakan sesaat pun tentang apa yang terjadi kepada mereka berdua.
Disebabkan khilafnya sendiri, dia dan Aryan terlibat dalam kemalangan. Hampir-hampir saja kereta mereka berdua mahu berlanggar dengan sebuah lori dari arah bertentangan. Namun, Aryan pantas mengelak dari berlanggar dengan lori tersebut. Malangnya, mereka berlanggar pula dengan sebuah pokok yang agak besar di sebelah jalan. Hal itu menyebabkan kepala Aryan terhantuk kuat pada stereng kereta sehingga berlaku pendarahan yang agak serius. Lain pula dengan Laura, dia hanya menerima kecederaan kecil. Tangannya sedikit terseliuh manakala dibahagian lain pula hanya terdapat kesan calar sedikit.
Setiap hari Laura akan melawat Aryan di hospital bagi mengetahui tentang perkembangan suaminya. Namun, setiap kali dia melawat itu jugalah Aryan tudak menunjukkan sebarang reaksi atau tanda-tanda mahu sedar dari alam mimpi.
"Abang... maafkan saya..."
Berkali-kali sudah lafaz itu diucap Laura. Dia betul-betul rasa berdosa. Berdosa teramat sangat. Kalaulah dia tidak bertindak melulu pada hari itu, pasti semua ini tidak berlaku. Kalaulah dia tidak percayakan kata-kata daripada Raisya tempoh hari, pasti mereka akan gembira menikmati percutian mereka sekarang ini.
"WAAAAAAAH!" Tangisan seorang bayi lelaki itu menyentakkan Laura dari lamunannya. Air mata yang mengalir tanpa sedar itu diseka lalu pantas Laura menghampiri anak kembarnya.
Laura terus mencempung Wafdan lalu menepuk perlahan punggung budak itu. Lambat-lambat mata Wafdan mula layu menandakan bahawa dia akan terlelap kembali bila-bila masa sahaja. Tersenyum sedikit Laura saat ini. Laura perasan, sepanjang Aryan tiada di rumah ini, Wafdan semakin menjadi-jadi menangis. Laura pasti, anaknya juga sangat merindui papanya itu.
Sekali lagi, kelopak mata Laura terasa berat akibat menampung air mata daripada jatuh membasahi pipi mulusnya. Melihat wajah anak-anaknya sekarang ini lebih menambahkan lagi rasa bersalah dalam diri Laura. Disebebkan kesilapan dirinya juga, anak-anaknya terpaksa berjauhan dengan Aryan.
Dahi Wafdan dikucup lembut oleh Laura seraya mutiara jernihnya jatuh membasahi pipi mulus itu.
"Maafkan mama, sayang... mama pun rindu sangat dekat papa."
AWAL pagi lagi Raisya sudah terpacak di hadapan pintu bilik yang menempatkan Aryan. Setahunya, Aryan masih belum sedarkan diri. Raisya juga hampir setiap hari datang menjejakkan kaki ini. Walaupun kerjanya bertimbun di pejabat sana, namun dia tetap mencari masa untuk melawat buah hatinya.
Pintu bilik itu dibukanya lalu Raisya memboloskan diri ke dalam. Perlahan-lahan kakinya menapak menghampiri katil Aryan itu. Tas tangannya diletakkan di tepi lalu punggungnya dilabuh di atas kerusi yang terletak elok di sebelah Aryan.
Leka matanya memerhatikan segenap wajah tampan buah hatinya. Kasihan buah hatinya itu, disebabkan perempuan tidak guna itu, tidak pasal-pasal habis calar wajah tampan Aryan. Tanpa sedar sebelah tangan Raisya sudah mengepal penumbuk. Geram betul hatinya apabila dapat mengetahui tentang berita kemalangan Aryan.
Raisya pasti, kemalangan ini mesti ada kena mengena dengan perempuan itu. Apalah nasib buah hatinya ini mendapat isteri yang tidak pandai menjaga suami seperti Laura? Kalau dari mula lagi Aryan setia memilihnya, pasti semua ini tak akan berlaku.
Tangan Raisya mula naik bermain dengan rambut Aryan itu. Perlahan-lahan jarinya menyentuh balutan di kepala Aryan.
"Sayang... you tak nak bangun lagi ke? You tak rindukan I ke?" ujar Raisya dalam nada perlahan. Saat dirinya leka mengusap kepala Aryan itu, tiba-tiba Raisya merasakan seperti tangannya disentuh seseorang. Anak mata Raisya mula melihat ke arah tangannya. Kemudian, perlahan-lahan anak matanya beralih memandang wajah Aryan.
Ternyata, Aryan sudah sedar dari mimpi panjangnya. Raisya membisu seketika. Lidahnya kelu. Entah mengapa dia berasa seram apabila kornea mata Aryan tidak lepas dari memandangnya. Begitu juga pegangan Aryan pada lengannya. Air liurnya ditelan kesat.
"Ma... maafkan..."
Tangan Raisya ditarik lalu tubuh Raisya itu didakap Aryan. Erat. Seperti tidak mahu lepas. Terbuntang mata Raisya ketika ini. Apa... apa yang sedang berlaku?
Pak!
Tas tangan Laura terlepas dari tangannya. Mata Raisya dan mata Laura bertembung saat ini. Laura mati kata. Seperti tidak percaya dengan apa yang disajikan di depan mata.
Mata Laura mula terasa panas. Hatinya sakit. Kecewa setelah melihat suaminya memeluk perempuan lain di depan matanya sendiri.
Tanpa berfikir panjang, Laura kembali mencapai tas tangannya lalu mengatur langkah keluar dari situ. Dia tidak boleh bertindak melulu. Mungkin, itu hanyalah salah faham. Walau apa pun yang berlaku, dia perlu tenangkan dirinya dahulu sebelum membuat spekulasi lain.
Laura tidak mahu disebabkan kesilapan dan tindakannya, masalah lain pula menimpa. Sungguh, dia betul-betul mahu mengelak daripada sebarang masalah sekarang ini. Jadi, ada baiknya dia mengundur diri.
Wajah Raisya yang terkejut tadi mula berubah ceria. Lebih bahagia dirinya apabila kornea matanya bertemu dengan wajah terkejut Laura tadi. Walaupun dia sendiri masih tidak faham tentang apa yang berlaku kepada Aryan sekarang ini, namun bukan itu perkara yang perlu dia risaukan. Kerana, Aryan sendiri yang membuka langkah mendekatkan jurang antara mereka. Aryan yang menariknya ke dalam dakapan dahulu. Raisya pula, hanya membalas dakapan hangat itu. Jadi, itu bukan salah dirinya bukan?
"Please... don't leave me."
TBC
Pendek je bab kali ni😅enjoy this chapter and jangan lupa vote dan comment!😚❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro