Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

35

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

FIKIRAN Laura berserabut. Dari dua hari yang lepas lagi otaknya tidak henti-henti memikirkan tentang apa yang diceritakan oleh Raisya. Betul ke apa yang perempuan itu ceritakan? Bukti sudah ada di depan mata. Takkan la Laura nak tutup mata dan pura-pura macam semua itu tidak pernah berlaku saja?

Masih jelas dalam fikiran Laura, tentang gambar yang ditunjuk oleh Raisya tempoh hari. Tidak dinafikan, Laura sendiri mati kata ketika kornea matanya disajikan dengan beberapa keping gambar yang mampu mengguriskan hatinya.

"Kenapa... betul ke apa yang kau tunjuk ni? Kau... kau tak main-mainkan aku kan?" soal Laura dengan nada suara sedikit bergetar. Matanya mula terasa panas. Kecewa. Kecewa yang dia rasakan setelah melihat gambar yang ditunjukkan oleh Raisya. Terdapat beberapa keling gambar Raisya dan Aryan di luar negara.

Dari segi pandangan Laura sendiri, dia dapat menyaksikan senyuman lebar Aryan ketika lelaki itu bersama Raisya. Gambar itu tidaklah menggoreskan hati Laura sangat, namun rasa sakit hati Laura lebih terasa apabila Raisya menunjukkan gambarnya 'bersama' Aryan. Hampir luluh jantung Laura ketika ini.

"Heh. Ikut you la nak percaya ke tak. I cuma nak bagitahu you pasal ni je. I dengan Aryan, pernah menjalinkan hubungan sebelum ni. Boleh dikatakan lama juga la kami bercinta. Tapi tak sangka, perasaan Aryan terus berubah bila you muncul dalam hidup dia!"

"You ni tak malu ke? Tak malu rampas hak orang lain? Oh, for your information... Aryan lelaki pertama yang pernah sentuh I. Jadi sekarang, I nak dia bertanggungjawab. You tak boleh blame I dalam hal ni. Sebab, I cuma nak tuntut hak yang sepatutnya atas diri I sendiri. You ingat... ada ke lelaki yang nak dekat I lepas I dah kena 'tebuk' dengan orang lain? Ha?" sambung Raisya lagi. Melihat reaksi Laura yang sudah berubah pucat dan kecewa itu mula menimbulkan rasa bahagia di dalam diri Raisya.

Nampaknya, rancangannya berjaya. Bukan susah sangat untuk memperdaya perempuan seperti Laura. Mudah.

"Kau datang sini sebab nak bagitahu tentang tu je ke?" Setelah sekian lama Laura mendiamkan diri, akhirnya dia mula bersuara. Tersenyum sinis Raisya saat ini. Tangannya di silang ke dada lalu pandangan penuh sombong dia lemparkan ke arah Laura.

"Ya."

"Tapi kenapa sekarang baru kau bagitahu pasal ni? Kalau kau nak dia bertanggungjawab, kenapa kau tak bagitahu dia dengan lebih awal? Kenapa! Kau ada muslihat apa lagi perempuan?Kau cuba tipu aku kan? Kau ingat aku tak kenal ke suami aku tu? Aku kenal dia lebih baik dari kau. Kau tak boleh main-mainkan aku. Jangan harap aku akan cepat terpedaya dengan permainan licik kau!"

Nada suara Laura naik seoktaf. Dia cuba untuk tidak terpedaya dengan segala cerita Raisya itu. Walaupun mereka berdua baru bersua muka beberapa kali, Laura sudah maklum dengan perangai wanita di hadapannya. Licik.

"Hahaha. I tak tau la nak kata you ni bodoh ke apa? Dah jelas I tunjuk bukti dekat you. Itu pun tak percaya lagi? Hey, I kenal Aryan lebih lama tau? Dari kecil lagi kami berkawan. Kisah silam dia sendiri I dah tau lebih awal dari you. You ingat... you dah betul-betul kenal suami you ke? Yakin?" provok Raisya lagi. Kali ini, Laura betul-betul mati kata. Tak sangka... perempuan ini juga pandai berkata-kata. Agak susah untuk Laura membidas kata-kata wanita itu kali ini.

"Kalau you tak percaya apa yang I cakap... apa kata you sendiri tanya dia sendiri? Kalau dia nafikan, cuba pula tanya di mana buktiknya? Mudah kan? So... good luck Laura."

"Sayang?"

"Argh!" Akibat terkejut dengan sapaan suaminya tadi, tanpa sengaja jarinya terkena pisau. Pantas Aryan menuju ke arah isterinya.

"Ya Allah sayang... kenapa cuai sangat ni?" Aryan terus menggapai tangan isterinya lalu mengelap darah yang mengalir tadi dengan tisu.

"I'm sorry okey? Tak sangka pula sayang boleh terkejut sampai macam ni. Meh sini, abang nak letak ubat." Saat Aryan mahu menarik tangan Laura bagi mengikut langkahnya, tiba-tiba saja Laura menarik tangannya dengan kasar. Aryan agak terkejut dengan tindakan isterinya tadi lalu dia terus menoleh dan memandang tepat ke arah wajah si isteri.

Laura juga terkejut akan tindakan yang tiba-tiba itu. Pasti suaminya akan hairan dengan tindakannya tadi.

"Tak apa la abang. Sikit je ni. Saya nak sambung masak balik ya? Abang pergi la tengok budak-budak tu dulu," ujar Laura seraya tersenyum nipis ke arah suaminya. Langkahnya mula di atur ke dapur. Buat masa sekarang ini, dia tidak boleh melihat wajah suaminya. Setiap kali dia melihat wajah Aryan, pasti dia akan teringatkan akan gambar yang Raisya tunjukkan tempoh hari.

"Nanti."

Tangan Aryan menahan pergerakan Laura. Lambat-lambat Laura menoleh ke arahnya.

"Sayang okey ke ni? Muka sayang nampak pucat," kata Aryan dengan wajah yang risau. Sebelah tangannya naik lalu menyentuh perlahan wajah isterinya. Dia sendiri perasan akan perubahan isterinya dalam tempoh dua hari ini. Laura kurang bercakap dengannya. Mood Laura juga kelihatan tidak baik seperti selalu. Dia ada buat salah ke?

"Eh, saya sihat je la. Pening sikit aje ni. Abang tak payah risau la," balas Laura lalu meleraikan tangan Aryan dari wajahnya.

"Ish, tak boleh la macam tu! Sayang ni mesti banyak sangat buat kerja. Dah, sekarang ni pergi duduk dekat sofa sana. Rehat. Biar abang pula masak. Ya?"

"Eee... tak payah la. Biar la saya buat. Abang tu yang sepatutnya berehat. Bukan saya! Dah pergi sa..."

Cup!

Terbuntang mata Laura saat bibirnya bersentuhan dengan bibir si suami. Ya Allah jantung... tolong jalankan tugas dengan betul!

"Nak kena kiss lagi ke?" soal Aryan seraya tersengih nakal. Wajah merah Laura itu ditatapnya penuh minat. Lambat-lambat Laura menggeleng kepalanya.

"Okey, good. Now, pusing ke belakang dan pergi ke arah sofa!" arah Aryan tegas. Kali ini, mahu tidak mahu Laura perlu turutkan juga.

Laura melabuhkan punggungnya di atas sofa, lalu bantal kecil yang berada tidak jauh dari situ dicapainya.

"Ahhh!" jerit Laura sekuat hati sambil menekup wajahnya dengan bantal kecil itu. Tubuhnya direbahkan ke atas sofa lalu pandangannya memandang siling.

'Macam mana aku nak tanya pasal benda tu kalau setiap kali dia berjaya buat hati aku berdegup kencang?'






"YOU tak lupa kan apa yang I bagitahu haritu? Well... I just nak cakap yang I masih menunggu jawapan you sama ada percaya atau tidak. Kalau you tak percaya cerita I... then proof it! Lagi satu, jangan lupa ya. I ada hak untuk berkahwin dengan Aryan. Sebab dia perlu bertanggungjawab atas apa yang dia lakukan."

Whatsapp yang diterima oleh Laura pagi tadi kembali mengubah mood Laura daripada ceria bertukar suram. Kenapa perempuan ini perlu ingatkan tentang hal itu? Sekali lagi Laura rasa tidak sedap hati. Mimpi haritu juga mula dimainkan kembali di dalam fikiran seolah-olah ada pita rakaman di dalam kepalanya menunjukkan setiap gerak-gerik mereka di dalam mimpi.

Ting!

Bunyi notafikasi menyentakkan Laura dari lamunannya. Bayangan mimpinya tempoh hari ditepis sejauh mungkin dari kotak fikiran. Laura, tenangkan diri kau. Ingat, itu hanyalah permainan mimpi.

Tangan Laura mula bergerak mencapai telefon pintar yang terletak di tepi katil. Nama Raisya mula terpampang pada kotak notafikasinya. Satu keluhan Laura lepaskan. Apa pula kali ini? Jarinya menekan aplikasi Whatsapp lalu  mesej antara Raisya dan dia dibukanya.

Laura mati kata. Matanya mula terasa panas akibat menampung mutiara jernih yang bertakung di kelopak matanya. Matanya masih tepat memandang skrin, manakala jarinya laju menskrol setiap gambar. Dari gambar mereka menghabiskan masa di luar sehinggalah gambar mereka 'bersama'. Tiada satu pun yang tercicir.

Kali ini Raisya betul-betul berjaya menggoreskan hati Laura dengan agak dalam. Dia tak kuat untuk melihat gambar kemesraan mereka berdua. Tangannya yang memegang telefon tadi terus dicampaknya ke belakang sehingga telefon pintar itu jatuh menyembah lantai.

"Ya Allah..."






SESEKALI Aryan mencuri pandang ke arah isterinya yang setia melemparkan pandangan ke luar tingakp kereta. Hampir satu jam mereka berdua begini. Aryan sendiri hairan dengan perangai isterinya yang tiba-tiba berubah. Tidak seceria dulu.

Hari ini, Aryan mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama isterinya di Port Dickson. Anak-anak mereka semua di hantar ke rumah orang tua Aryan. Pada mulanya, Laura sendiri agak susah untuk meminggalkan kembar tiga itu. Tambah-tambah lagi Wafdan. Tetapi setelah dipujuk oleh Aryan dan Tengku Amanda, barulah Laura bersetuju. Tiga hari bersama ini harap-harapnya dapat mengembalikan senyuman isterinya semula.

"Sayang... kenapa senyap aje? Abang ada buat salah ke? Sejak kebelakangan ni abang perasan sayang macam dah tak banyak cakap dengan abang. Please tell me... abang ada buat salah ke?" Lembut saja pertuturan Aryan. Namun, Laura masih mendiamkan diri. Matanya lebih berminat untuk memandang pemandangan di luar. Sedikit sebanyak dapat menenangkan fikirannya.

Kalau di ikutkan hati, Laura tidak mahu keluar bercuti dengan Aryan hari ini. Hatinya masih terasa sakit dengan gambar-gambar itu. Tetapi, sampai bila dia mahu begini? Sampai bila dia mahu mendiamkan diri dan membiarkan fikirannya berfikiran negatif sedangkan dia masih belum tahu sama ada perkara itu benar atau salah. Jadi, kali ini dia sendiri sudah bertekad untuk menyoalkan tentang hal itu sendiri kepada suaminya.

"Sayang... I'm talking to you."

Akhirnya, pandangan Laura mula beralih ke arah suaminya. Tersenyum sedikit Aryan saat ini. Nak tarik perhatian isteri pun susah eh?

"Abang tak buat salah pun." Ringkas saja jawapan Laura.

"Habistu? Kenapa sayang moody semacam?" soal Aryan lagi sambil menjongketkan sebelah keningnya.

"Abang... saya nak tanya something boleh?" Soalan suaminya tadi dibiarkan sepi. Sekarang ini hatinya sudah tidak sabar mahu menyoal tentang hal itu. Apa pun jawapan yang diberikan nanti, dia perlu terima. Kerana apa yang berlaku itu semuanya sudah lepas. Sekarang, mereka sudah bersama. Jadi, tiada masalah la kan?

"Sayang nak tanya apa?"

"Raisya, PA abang tu bekas kekasih abang ke?"

Terkejut Aryan apabila seolan itu dituju kepadanya. Kenapa tiba-tiba dan dari mana dia tahu?

"Sayang tahu mana?"

"Saya tahu mana tu tak penting. Sekarang ni jawab soalan saya, dia tu bekas kekasih abang ke?" Sekali lagi Laura menyoal. Jantungnya berdegup kencang. Di dalam hatinya tidak putus-putus berdoa agar jawapan yang diberikan oleh Aryan bertentangan dengan apa yang Raisya ceritakan kepadanya.

"Ya. Dia bekas kekasih abang. Lima tahun yang lepas kami putus."

Bagai ada satu panahan yang tersusuk tepat di dada Laura ketika ini. Kecewa. Fikirannya sekarang ini sudah tidak dapat memikirkan hal positif. Kiranya... memang betul la dia orang pernah menjalinkan hubungan dan melakukan 'itu'?

"Kenapa... isk isk... kenapa abang tak bagitahu saya? Kenapa abang sembunyikan hal ni daripada saya!" bentak Laura. Air matanya laju saja mengalir menghiasi wajah cantiknya.

"Sayang... kenapa menangis ni? Maafkan abang sebab sembunyikan hal ni. Abang tak cerita sebab benda ni tak penting. Lagipun benda tu dah lama lepas," ujar Aryan lagi. Dia sendiri buntu mengapa isterinya tiba-tiba menangis. Dia ada tersilap cakap ke tadi?

"Oh... dah 'tebuk' anak dara orang tu, tak reti bertanggungjawab la kan? Dengan alasan, benda dah lama lepas. Lelaki apa abang ni? Abang tak malu ke dengan diri abang? Kenapa abang pilih saya, perempuan yang dah tak ada harga diri, bekas pelacur ni jadi isteri abang? Apa yang abang fikirkan ha?" sinis Laura. Perasaan marah dan kecewanya bercampur sekarang ini. Dia sendiri tidak dapat mengawal emosinya.

"Apa yang sayang cakap ni?" Suara Aryan baik sedikit. Kesabarannya mula hilang secara perlahan-lahan. Tambah pula dia sedang memandu sekarang ini, lebih serabut kepalanya.

"Saya cakap benda betul! Kenyataan! Abang nak nafi apa lagi? Abang nak bukti? Ni, saya tunjukkan!" Gambar di telefon Laura ditunjukkan betul-betul di hadapan wajah Aryan. Terbuntang mata Aryan ketika ini.

"Awak buang gambar tu sekarang." Ayatnya ringkas, namun kedengaran tegas.

"Kenapa abang nak saya buang? Oh... sebab nak tutup kesalahan abang ke? Sekarang abang nak buat apa? Abang nak biarkan Raisya macam tu je? Abang tak kesiankan dia ke? Abang ni dah tak ada hati perut ke!" bidas Laura lagi. Semakin lama semakin menjadi-jadi amarahnya.

"Abang kata buang, buang la! Abang berani sumpah yang abang tak pernah sentuh perempuan tu! Awak satu-satunya perempuan yang abang pernah sentuh, Laura Emilia!" Kali ini kesabarannya betul-betul teruji. Kenapa dengan isterinya ini?

"Abang, kata-kata boleh menipu. Kalau abang kata saya satu-satunya perempuan yang abang pernah sentuh, abang ada bukti ke? Habis tu macam mana pula dengan gambar ni? Ada apa-apa yang abang nak jelaskan?" kata Laura lagi.

Kali ini Aryan hanya mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu mahu cakap bagaimana lagi.

"Diam bermakna benda itu betul. Kan abang?" provok Laura lagi.

"LAURA EMILIA!" Naik seoktaf suara Aryan. Terkunci terus mulut Laura ketika ini. Tiba-tiba pula dirinya berasa gerun. Masing-masing perpandangan dengan agak lama. Seperti mereka sedang berbicara di dalam dunia yang lain. Kedua-dua mereka sudah tenang sedikit. Masing-masing mula menyedari kesilapan diri sendiri.

"Ma-maafkan..."

PIIINNN!

"Abang!"


TBC
Jangan lupa vote dan komen!😚❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro