Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

34

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

"KAU pelacur! Aku jijik dengan perempuan macam kau!" jerkah Aryan seraya menunding jari tepat ke arah wajah Laura. Wajah Laura berubah pucat. Terasa gerun apabila melihat wajah bengis suaminya. Nafasnya turun naik. Matanya terasa panas. Mutiara jernih mula bertakung di bibir matanya.

Sesekali anak matanya mengerling ke arah satu sudut tidak jauh dari kaki suaminya. Kelihatan anak lelakinya, Tengku Wafdan Rifqi terbaring lemah selepas ditendang sebegitu rupa oleh ayah kandung sendiri. Kali ini, mutiara jernih Laura tidak mampu dibendung lagi. Laju saja mutiara jernih itu jatuh menghiasi wajah cantik Laura yang sudah berubah menjadi pucat.

Perlahan-lahan, Laura berjalan ke arah anaknya yang terkulai lemah. Tangan itu mula mengendong si anak. Badan anaknya jelas terasa panas. Kasihan anaknya, sudah masuk tiga hari dia bertarung dengan demam panas ini. Namun, si ayah langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu mengambil berat akan keadaan anaknya. Dua lagi puteranya, Tengku Wazien Asyraq dan juga Tengku Wafiq Hazza hanya mampu menangis sekuat hati tatkala kornea mata mereka dihidangkan dengan kekejaman ayahnya terhadap adik mereka sendiri.

Kenapa... kenapa sampai begini sekali dia berubah?

Laura mati kata. Pandangan matanya mula berubah menjadi kabur. Wajahnya juga sudah berubah. Kosong. Tiada perasaan yang tercalit pada wajah cantik itu. Kepalanya tunduk menekur lantai. Air matanya masih setia menjadi peneman. Tangannya pula masih erat mengendong si anak.

Tangisan dua anaknya masih terngiang-ngiang di telinga. Seperti tiada penghujung saja untuk tangisan itu berhenti. Bising... Bising! Kenapa dia perlu menghadap semua ini? Kenapa!

"Laura Emilia binti Yusof Khalid..."

"AHHH!" Matanya terbuka luas. Nafasnya tercungap-cungap. Peluh dingin mula menghiasi dahinya. Dadanya yang berombak tadi disentuhnya lalu digosok beberapa kali. Air liurnya ditelan kesat.

"Astaghfirullah..." ucap Laura perlahan. Namun, jeritannya tadi berjaya mengejutkan Aryan dari mimpinya.

"Kenapa ni sayang?" soal Aryan dengan suara serak dan garaunya. Tubuh itu diregangkan sedikit, lalu tangannya naik menggosok mata. Laura hanya mendiamkan diri, tidak tahu apa jawapan yang sebetulnya untuk dijawab.

"Sayang?"

"WAAAAAAAH!" Tiba-tiba, tangisan anak mereka kedengaran dari iPad mereka. Mujurlah mereka memasang kamera di bilik anaknya itu. Senang untuk perhatikan apa yang anak-anak mereka sedang lakukan. Jika anaknya menangis atau memerlukan sesuatu, lebih mudah untuk mereka mengetahuinya.

"Saya pergi bilik dia orang dulu ya? Wafdan menangis pula malam-malam ni." Dengan pantas Laura mengubah topik perbualan mereka tadi. Laura mula berura-ura untuk turun dari katilnya.

"Sayang tak nak abang ikut sekali ke? Mana tau kalau Wafdan buat perangai nanti?" soal Aryan bagi mendapatkan kepastian. Laura pula hanya membalas persoalan suaminya itu dengan senyuman nipis.

"Tak apa, abang tidurlah dulu ya? Jangan risau, saya boleh uruskan sendiri."

Laura mengatur langkah ke arah bilik anak-anaknya. Pintu bilik itu ditolaknya lalu kornea matanya menangkap susuk tubuh seorang bayi lelaki yang sedang menangis di dalam baby court.

Laura mengangkat tubuh kecil si anak lalu mendodoinya kembali. Lama kelamaan, tangisan Wafdan juga terhenti. Matanya kembali layu menandakan bahawa dia sudah hampir ke alam mimpi. Tersenyum nipis Laura ketika dia melihat wajah si comel yang sedang tidur dengan lena di dalam dukungannya.

Cup!

Satu kucupan Laura hadiahkan pada dahi si kecil. Tersenyum kecil Wafdan ketika itu. Saat itu, entah mengapa senyuman Laura tadi terus pudar dari wajahnya. Tiba-tiba matanya mula terasa panas. Akal fikirannya masih teringatkan akan mimpinya tadi. Mimpi itu... satu petanda ataupun hanyalah mainan mimpi?

Wajah anaknya yang tertidur lena itu dipandang dengan rasa kasih buat kesekian kalinya. Wajah Laura ditundukkan lalu perlahan-lahan Laura merapatkan dahinya pada dahi si anak. Matanya dipejam rapat, tangannya pula erat mengendong Wafdan.

"Wafdan... mama sayang Wafdan."







"SAYANG."

Tangan Laura yang lincah memotong bahan-bahan untuk memasak tadi terus terhenti apabila deria pendengarannya menangkap satu suara yang memanggil namanya. Pisau diletakkan di sebelah papan pemotong lalu Laura mengatur langkah ke singki bagi membasuh tangannya.

Setiap gerak geri Laura itu diperhati penuh minat oleh Aryan sehingga terlupa terus akan niatnya datang ke sini. Melihat isterinya yang cantik itu lebih menarik minatnya. Tanpa sedar, Laura sudah berdiri terpacak betul-betul di hadapan Aryan. Satu pandangan pelik Laura hadiahkan kepada suaminya. Apa yang suaminya tengok sampai tak berkelip mata tu?

"Abang? Abang tengok apa tu? Kenapa abang panggil Laura tadi?" Suara Laura tadi terus mematikan lamunan Aryan. Terus pandangan matanya beralih pada Laura yang sedang berdiri elok di hadapannya.

"Abang panggil saya tadi kenapa?"

"Oh... abang saja panggil. Nak tanya sayang masak apa hari ni."

"Eleh... ya la tu. Cakap je la rindu," usik Laura seraya ketawa kecil dihujung bicaranya. Laura kembali ke dapur bagi meneruskan kerjanya yang terbantut tadi.

"Kalau abang kata rindu, sayang nak buat apa?" tanya Aryan seraya memeluk isterinya dari belakang. Terhinjut sedikit bahu Laura akibat terkejut dengan perbuatan suaminya itu. Fuh, nasib tak terlepas pisau ni. Kalau tidak, mungkin ada juga kaki yang nak berdarah ni.

"Tak payah nak mengada eh. Anak-anak pun kecil lagi tu. Tiga orang pun dah kelam kabut. Apatah lagi kalau lebih? Sekarang ni, apa kata abang bagi budak-budak tu makan. Dari tadi dia orang asyik tengok Mr Grey makan aje. Kesian dia orang tu lapar. Takkan nak penuhkan perut abang je? Nanti lama lama gemuk, baru tahu!" seloroh Laura. Aryan hanya tertawa kecil mendengar leteran isterinya itu. Hai la...comel saja isterinya ini.

"Are you sure? Abang makan banyak tapi tak gemuk pun. Ha, ni buktinya!" Laju saja tangan Aryan menarik tangan Laura lalu di letakkan betul-betul di atas absnya. Terus bertukar merah wajah Laura ketika ini. Ya Allah... tanganku sudah tercemar!

"Eee... apa abang ni! Main-main pula! Dah pergi sana. Kalau abang kacau saya masak ni, sampai bila pun tak siap!" Laura menolak tubuh suaminya itu keluar dari dapur. Aryan pula tidak habis-habis ketawakan isterinya itu.

"Ya la sayang..."






TERGESA-GESA Laura turun dari anak tangga. Jamnya dikerling beberapa kali. Alamak... nampaknya dia sudah terlewat untuk ke majlis pembukaan butik barunya seraya menjadi pereka fesyen jemputan dalam Fasion Show tahun ini di Putrajaya. Mujurlah Athirah sudah berada di sana, kurang sedikit beban Laura.

Dia hampir terlupa akan hari penting ini. Manakan tidak, malam tadi dia terpaksa tidur lewat kerana dodoikan Wafdan. Wafdan memang agak susah untuk terlelap sekiranya ayahnya tiada bersama sebelum dia tertidur. Kebetulan malam tadi pula Aryan pulang lewat akibat siapkan kerjanya.

Wazien, Wafiq dan Wafdan diletakkan di atas baby car seat di bahagian tempat duduk belakang. Laura akan meninggalkan triplets ini di rumah Tengku Shahrizal dan Tengku Amanda dahulu sebelum dia bertolak ke Putrajaya. Sejujurnya, Laura sendiri agak segan untuk meninggalkan anak-anak mereka di bawah jagaan keluarga mertuanya. Tetapi, disebabkan Tengku Amanda memujuknya berkali-kali, Laura terpaksa akur juga.

"Assalamualikum." Salam diberi lalu Laura terus mengucup tangan kedua-dua orang mertuanya. Qaisara pula laju sahaja ke kereta Laura bagi menjemput triplets itu.

"Oh my gosh! Triplets dah makin tembam la!" Bersinar-sinar mata Qaisara tatkala iris matanya dihidangkan dengan wajah comel kembar tiga itu. Tangannya mula naik untuk memicit pipi tembam mereka. Aish... Makcu harap kau orang ni tak membesar! Boleh makcu picit-picit pipi tu sampai puas!

"Eh, Qaisara! Apa picit pipi budak-budak tu? Habis merah pipi tu ha!" Tengku Amanda memandang tajam ke arah anak daranya itu sambil mencekak pinggang.

"Tak pa la mummy! Dia orang bukan nangis pun! Betul tak kesayangan makcu sekalian? Kau orang suka kan main dengan makcu?"

"AYE!" Seperti faham saja apa yang disoal oleh Qaisara tadi, ketiga-tiga mereka menjawab sambil mengangkat tangan dan tersenyum sehingga ternampak gusi.

"Omo... macam ni la makcu sayang! Muah ciked!"  Wajah Qaisara sudah didekatkan dengan kembar tiga itu lalu, ciuman bertalu-talu dihadiahkan pada pipi gebu mereka. Laura yang menyaksikan adegan itu hanya tergeleng sambil tertawa kecil.

"Sudah-sudah la tu Qaisara... bawa dia orang masuk dalam rumah. Nanti terlewat pula kak Emilia nak pergi kerja," pesan Tengku Amanda. Kali ini, Qaisara hanya mengangguk akur dengan arahan mummynya.

"Okey la mummy, Emilia pergi dulu ya?" pamit  Laura seraya mencium tangan dan kedua-dua belah pipi Tengku Amanda.

"Eh, kak! Kejap! Qaisara nak tanya ni. Kalau Qaisara bawa dia orang pergi jalan-jalan dengan Azraeyn boleh tak?" Soalan Qaisara tadi mengundang jelingan maut dari Tengku Amanda.

"Amaboi anak dara ni... gatal eh? Belajar pun tak habis lagi ada hati nak keluar dating eh?" Satu cubitan berjaya mendarat di lengan Qaisara. Termengaduh Qaisara dibuatnya. Ergh... cubitan ketam mummy tak pernah tak berbisa!

"Ala... mummy! Mummy tak bagi Qaisara kahwin! Takkan la keluar dating sekali sekala pun tak boleh?" kata Qaisara sambil tayang muncung itiknya sebagai tanda protes. Mummy kedekut!

"Boleh je Qaisara. Lagi budak-budak tu suka. Qaisara jaga dia irang elok-elok ya?" pesan Laura seraya tersenyum nipis. Terus berubah ceria wajah Qaisara setelah mendapat keizinan kakak iparnya. Kak Emilia! Qaisara sayang akak!

"Kak Emilia bagi! Jadi, mummy tak boleh halang!" ujar Qaisara teruja seraya menjelirkan lidahnya ke arah Tengku Amanda. Ya Allah budak ni... perangai dah serupa monyet dah.

"Ya la. Boleh keluar tapi jangan susahkan Azraeyn ya?" pesan mummy.

"Eee... thanks mummy!"

"Okey la mummy, Qaisara. Akak minta diri dulu tau? Akak dah terlewat ni. Bye!"

"Bye kak Emilia! Drive elok-elok!"






SATU keluhan berat dilepaskan lalu punggungnya dilabuhkan di atas sofa berdekatan. Susah juga mahu menguruskan pakaian-pakaian model tadi. Nasib baiklah Athirah seorang yang pantas dan cekap ketika membuat kerja. Sekejap saja dia menyiapkan solekan dan pakaian model-model itu.

"Cik Laura... saya nak duduk sini boleh?" soal Athirah seraya menghulurkan air 100plus ke arah Laura. Laura mencapai huluran itu lalu mengesot ke tepi sedikit bagi memberikan ruang kepada Athirah untuk duduk sama.

"Tak  sangka habis lewat juga majlis peembukaan butik dan Fashion Show hari ni. Tapi kan cik Laura, bagus juga kita join Fashion Show ni kan? Ya la, jenama cik Laura sekarang ni lagi dapat tumpuan artis-artis perempuan Malaysia sebab rekaan bajunya semua menutup aurat dan cantik! Rekaan cik Laura juga semuanya boleh dikatakan up to date! Wah... nampaknya boleh la kita besarkan bisnes ni lagi kan?"

Jelas terpancar riak wajah teruja pada wajah Athirah. Laura juga turut bersetuju akan pernyataan Athirah tadi. Sebelum ini, jenama baju Laura hanya popular di luar negara. Lagipun, pada masa itu banyak rekaan bajunya yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Tetapi sekarang, Laura sudah mengubah kebanyakkan rekaannya kepada pakaian yang menutup aurat.

"Athirah, terima kasih tau! Kalau awak tak ada ni, entahlah macam mana saya nak uruskan semuanya seorang diri. Boleh pengsan saya dibuatnya," seloroh Laura lalu tertawa kecil dihujung ayat.

"Tak apa la cik Laura. Saya memang suka kerja ni. Sebab tu la saya nak berikan yang terbaik dalam setiap kerja saya."

"Oh ya. Sebelum saya terlupa... macam mana dengan Afeeya sekarang? Belajar semua okey ke? Dia kan baru masuk universiti haritu. Tak sempat saya nak jumpa dia untuk ucap terima kasih sebab tolong uruskan butik juga masa saya tak ada. Nanti bila-bila, awak bawa la dia jumpa saya. Boleh saya belanja dia makan ke apa," cadang Laura.

Sepanjang dia dalam tempoh pantang, sungguh jarang untuk melihat kelibat Laura di butiknya. Semua ini kerana Aryan sendiri melarangnya untuk bekerja. Kata suaminya, lebih baik jaga kesihatan diri dahulu sebelum benda lain. Kalau jadi sesuatu, susah pula untuk Aryan uruskan antara anak-anak dan isterinya. Tambahan pula lelaki itu sudah kembali sibuk dengan kerja yang tidak henti-henti. Setiap kali Aryan ada urusan kerja di luar, pasti Aryan akan menghantar Laura ke rumah orang tuanya supaya Laura sentiasa berada dalam keadaan sihat begitu juga dengan anak-anak mereka.

"Eh, tak payah susah-susah la cik Laura! Adik saya ikhlas tolong hatitu. Lagipun sementara dia tunggu keputusan universitinya, ada baiknya juga dia cari pengalaman bekerja. Jadi, cik Laura jangan risau ya?"

Laura tersenyum nipis apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Athirah. Salah satu sebab dia suka bekerja dengan gadis ini kerana Athirah seorang yang merendah diri. Laura menyentuh kekura tangan Athirah seraya memandang tepat ke arah anak mata gadis itu.

"Athirah, saya pun ikhlas nak belanja adik awak. So, jangan lupa bagitahu dia ya? Saya nak balik dulu. Dah lewat ni. Kesian pula anak-anak saya nanti. Bye! Terima kasih untuk hari ni!"

Laura mencapai tas tangannya lalu terus mengatur langkah keluar untuk ke tempat parkir kereta. Pemergian Laura tadi hanya dihantar dengan ekor mata Athirah dan sebaris senyuman.







SATU langkah.

Dua langkah.

Tiga langkah.

Akhirnya, Laura mengambil keputusan untuk menghentikan langkahnya. Dari tadi dia dapat rasakan seperti ada seseorang yang mengekorinya dari jauh. Apa pula sekarang ni?

"Aku tau kau ada dekat situ. Sampai bila kau nak ekori aku senyap-senyap macam ni?"

Tap. Tap.

Derapan tumit tinggi jelas kedengaran di tempat parkir kereta itu. Seperti yang dijangkakannya dari tadi, perempuan itu yang mengekorinya sejak habis majlis pembukaan butik fan Fashion Show tadi. Senyuman sinis Laura tarik lalu dia menoleh kebelakang. Tangannya disilang ke dada lalu pandangan matanya tajam menikam anak mata si gadis.

Laura betul-betul tidak suka akan kehadiran perempuan itu di sini. Tambahan pula selepas Laura baru saja menghadapi mimpi buruk. Lagi tidak sedap hatinya. Apa yang dia mahukan? Nak kebas suami orang? Suami orang yang dah ada anak tiga pun nak kebas ke?

"We meet again."

"Ha'ah. Kita terjumpa sebab kau yang ekori aku. Bukan satu kebetulan. Apa yang kau nak?" Dengan wajah sehabis tenang Laura menyoal. Walhal di dalam hatinya sudah berombak marah.

"Well... I datang ni dengan niat baik. Bukannya nak cari gaduh dengan you. I nak bagitahu you something. Mind to lend me your ears? Just for 5 minutes," jelas Raisya sambil tersenyum sinis. Entah apa permainan wanita di hadapannya ini. Hati Laura agak ragu-ragu dengan wanita ini. Namun, fikirannya pula meronta-ronta untuk mengetahui apa yang mahu diberitahu oleh wanita itu.

"Apa yang kau nak bagitahu? Pasal apa?" Perasaan ragu-ragu itu pantas ditepisnya. Laura memberanikan diri untuk bertanya. Fikirannya tidak boleh menolak perasaan ingin tahu itu. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

"Hmm... good choice. I datang ni sebab nak cerita pasal benda ni." Tangan Raisya menunjukkan skrin telefon pintarnya ke arah Laura. Terbuntang mata Laura ketika ini. Itu...

"Kenapa..."

Melihat reaksi terkejut Laura sudah menimbulkan rasa gembira di dalam hati Raisya. Finally... you fell for it.








TBC
Ha... agak-agak apa yang Raisya tunjuk tu? 🙈 sepanjang cuti ni, author akan cuba untuk update setiap hari. Jadi, korang doa-doakan la author rajin dan ada idea mencurah-curah tau!😆 hehehhe love you!!😚❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro