33.5
"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya,"
Hai korang! So, macam korang nampak dekat title bab ni, dia tulis 33.5 kan? Author nak cakap bab ni sekadar bab ekstra sahaja sementara author tengah kekeringan idea🤧😢so, enjoy reading! Jangan risau, bab ni bab happy happy aje. Jemput baca ya!
"LEO, tolong jagakan Aurelia sementara saya tak ada ya? Aurelia tengah tidur sekarang ni. Jadi senang la sikit saya nak pergi cari kerja. Saya pun bosan asyik duduk rumah aje. Tambah-tambah bila Duke tak ada. Lagi la bosan saya. Jadi, tolong ya Leo! Tak lama pun saya pergi. Nanti saya balik. Bye!" Pintu rumah itu terus ditutup lalu bayangan Ariesya sudah tidak kelihatan. Leo hanya mampu memandang ke arah pintu itu dengan pandangan tidak percaya.
"Seriuslah perempuan ni?" kata Leo dengan nada yang sedikit meninggi. Mengeluh berat Leo sekarang ini. Sekali lagi. Sekali lagi pasangan suami isteri itu cuba mengenakan dia. Bukannya dia tidak tahu dengan perangai pasangan suami isteri yang suka mengusiknya itu. Macam budak-budak! Dah ada anak pun masih perangai tak matang.
Leo sendiri masih ingat akan kejadian di mana Duke Arjuna dan Ariesya meninggalkan Aurelia kepada dirinya secara senyap-senyap kerana mahu keluar meluangkan masa bersama. Duke Arjuna dan Ariesya hanya meninggalkan pesanan Whatsapp kepada Leo memberitahu bahawa Aurelia masih di dalam bilik mereka. Pantas saja Leo menyusun langkahnya ke bilik suami isteri itu untuk memastikan Aurelia berada dalam keadaan selamat. Risau juga kalau anak mereka itu tergolek jatuh dari katil. Fuh, naik pening Leo dibuatnya.
Bukan itu saja, malah mereka juga pernah menghubungi Leo di tengah-tengah malam semata-mata untuk membancuh susu buat Aurelia. Mengucap panjang Leo di saat itu. Tahu sangatlah apa yang pasangan suami isteri itu sedang lakukan pada malam itu. Kesian Aurelia ditinggalkan di biliknya seorang diri bertemankan air mata yang tidak henti-henti mengalir. Leo terus mencempung Aurelia lalu mendodoikan dia sehingga terlena kembali.
Dan sekarang, sekali lagi Leo perlu menjadi babysitter tak diiktiraf. Dia datang ke sini untuk menjaga keselamatan mereka sekeluarga, bukan menjadi pengasuh bayi! Punya banyak orang gaji di sini, dia juga yang dipilih mereka untuk menjaga Aurelia Wardina. Buku di tangan Leo dihempas kasar ke atas meja lalu rambutnya diraup ke belakang. Nafasnya ditarik dalam lalu dihembus perlahan. Selamat mengharungi satu lagi hari yang penuh cabaran, Leo.
"WAAAAAAAAAH!" Bunyi tangisan yang nyaring itu terus mematikan lamunan Leo. Tanpa melengahkan masa, Leo terus mengatur langkah ke atas. Risau juga kalau Aurelia memanjat pagar pada katilnya itu. Kalau di ikutkan usia Aurelia sekarang ini, memang mustahil. Tetapi, kita tidak boleh menyangka apa yang berlaku kan? Tak pasal-pasal, lebih bertambah kuat tangisan budak itu nanti.
Pintu bilik Aurelia dibukanya lalu Leo terus mendapatkan Aurelia yang sedang menangis di dalam baby court. Alahai Aurelia... habis mata dan hidung merah akibat menangis tadi. Leo mendukung Aurelia lalu menepuk belakang Aurelia dengan lembut beberapa kali sehingga Aurelia betul-betul senyap dan tenang apabila bersamanya.
Tiba-tiba hidung Leo dapat menangkap satu bau yang aneh. Ah, bau ni. Dia tau sangat. Aurelia yang berada di dalam dukungannya tadi diangkat menjauhinya sedikit lalu mata Leo memandang wajah bayi perempuan yang berusia 6 bulan itu. Satu senyuman Leo hadiahkan pada Aurelia.
"Aurelia... kita mandi dan tukar lampin dulu ya?"
SELEPAS hampir satu jam dia bertungkus lumus menyiapkan Aurelia, akhirnya dia berjaya. Walaupun sudah berkali-kali juga dia mandikan dan menukar lampin budak itu, tetap susah juga. Bertambah susah dari sebelum ini ada lah. Aurelia sekarang ini lebih suka bergerak. Maklumlah, dah boleh merangkak. Lagi suka Aurelia dibuatnya. Nak pakaikan lampin pun dah mengambil masa 30 minit kerana mengejar Aurelia.
"Sekarang... nak buat apa eh?" monolog Leo sendiri. Sesekali pandangannya beralih ke arah Aurelia yang sedang bermain permainannya. Atau lebih tepat, menggigit. Habis permainan budak itu di penuhi dengan air liurnya sahaja.
"Gaaa." Terasa seperti kakinya ditepuk berkali-kali, Leo terus mengalihkan pandangannya ke bawah. Kelihatan Aurelia sedang menepuk kakinya berkali-kali untuk memanggilnya. Alahai Aurelia... kenapa comel sangat ni?
"Ye Aurelia? Kenapa panggil uncle?" Leo duduk bertinggung bagi menyamai kedudukan mereka. Aurelia yang terduduk tadi diangkatnya bagi mengahadap wajah si comel. Aurelia menyentuh perutnya. Cuba memberitahu bahawa dia lapar. Harap-harapnya Leo fahamlah.
"Hahaha. Aurelia lapar ke? Alahai kesiannya. Aurelia tunggu kejap ya. Nanti uncle masakkan," kata Leo seraya tertawa kecil. Aurelia yang berada di pengangannya tadi diletakkan di tepi sofa berdekatan dengan mainannya. Tidaklah budak itu berasa bosan sementara menunggu makanannya siap.
"Now... let's see what we can cook today." Leo mencapai apron lalu membuka peti ais. Terbuntang luas matanya apabila melihat isi peti ais itu. Kosong! Seriuslah? Selama ni dia orang makan apa? Keluhan berat dilepaskan lalu rambutnya diraup kasar. Nampaknya, mahu tidak mahu dia sendiri yang perlu kaluar dan membeli bahan-bahan masakan.
Apron dilucutkan dari badan lalu dia meletakkan apron itu di atas island kitchen. Dia mencapai kunci keretanya di atas meja teh berdekatan sofa. Saat kakinya mahu melangkah, dia terasa seperti hujung seluarnya ditarik perlahan. Ah, dia sudah tahu siapa yang memanggilnya itu. Siapa lagi kalau bukan si kecil Aurelia Wardina? Leo membongkokkan sedikit badannya bagi memandang wajah Aurelia. Kepala Aurelia itu digosoknya perlahan.
"Aurelia, uncle nak keluar beli barang. Aurelia jadi budak baik dan duduk dekat rumah dengan Cik Kiah elok-elok ya? Nanti uncle balik uncle masakkan dekat Aurelia," ucap Leo dengan lembut. Dia dapat mengagak bahawa Aurelia mahu mengikutnya. Bukan dia tidak mahu membawa Aurelia bersama, cuma agak sukar apabila dia mahu membawa barang-barang nanti.
"WAAAAAAAAH!" Dah agak, pasti budak kecil itu akan menangis. Leo terus mendukung Aurelia lalu menepuk belakang badan budak itu dengan lembut.
"Aurelia... uncle pergi kejap aje. Aurelia duduk sini kejap eh? Aurelia budak pandai kan?" pujuk Leo lagi. Namun, pujukan Leo tadi langsung tidak memberikan kesan yang baik kepada Aurelia. Aurelia kembali mencebik. Matanya sudah berair. Bila-bila masa saja dia akan menangis kembali.
"Leo, apa kata Leo bawa aje Aurelia sekali. Bukan selalu Leo nak keluar bersama dengan Aurelia. Lagipun mesti dia sedih kena tinggal dekat sini. Ya la, pagi-pagi lagi Puan Ariesya keluar cari kerja. Tuan Duke pula outstation. Leo bawa dia sekali ya?" cadang Cik Kiah. Mendengar apa yang dikatakan oleh Cik Kiah itu, ada betulnya. Kesian pula kalau dia meninggalkan Aurelia di sini seorang diri. Orang yang betul-betul rapat dengan Aurelia pun hanyalah dirinya serta pasangan suami isteri itu.
"Ya la Cik Kiah. Saya bawa dia. Cik Kiah jangan lupa kunci pintu tau. Saya pergi dulu," pamit Leo lalu keluar dari situ. Wajah Aurelia yang tadi nampak begitu sedih itu terus berubah ceria. Leo hanya tersenyum melihat perubahan wajah budak kecil itu.
"SO... Aurelia nak makan apa? Nanti uncle buatkan," soal Leo sambil lalu menundukkan wajahnya bagi melihat si kecil yang elok berada di dalam baby holder. Aurelia juga turut melihat wajah Leo.
"Gaaah!" Seperti memahami apa yang disolakan kepadanya tadi, Aurelia mengangkat sebelah tangannya yang setia memegang biskut bayi. Disebabkan Aurelia masih belum sarapan, jadi Leo memberinya biskut dahulu bagi mengalas perut. Susu juga dia sudah beri semasa mereka berada di dalam kereta tadi. Leo hanya tersenyum melihat Aurelia itu. Ya Allah... kenapa comel sangat?
"Tak apa la Aurelia. Uncle search dekat Google la senang." Telefon pintarnya dikeluarkan lalu aplikasi Google ditekannya. Disebabkan dia tidak pernah memasak untuk seorang bayi, jadi terpaksalah dia membuat research. Ralit Leo meniti setiap resepi di dalam telefon pintarnya itu sehingga dia tidak perasan akan Aurelia yang dari tadi memanggilnya.
"Ya, sayang? Kenapa panggil uncle ni?" Anak mata Leo terus beralih ke arah Aurelia. Wajah Aurelia sudah berubah muram. Air matanya sudah bertakung. Jarinya pula menunjukkan ke arah lantai. Leo melihat sekilas ke arah yang ditunjukkan tadi. Patutlah wajah Aurelia berubah muram, biskut yang dipegangnya tadi sudah jatuh ke bawah.
"Aurelia... jangan menangis ya? Kejap uncle ambil biskut lagi satu," pujuk Leo lalu dia meraba-raba poket seluarnya. Nasib baiklah dia ada membawa biskut itu bersama.
"Alamak..." Malangnya, biskut yang itu sudah patah-patah sehingga sudah tidak kelihatan seperti biskut lagi. Baru teringat akan kesilapan diri sendiri, Leo sendiri yang tidak berhati-hati ketika meletakkan biskut itu ke dalam poket. Memang habis la patah biskut itu.
"WAAAAAAAAH!" Tangisan Aurelia pecah tanpa dipinta. Serentak mengalihkan pandangan pelanggan lain di dalam pasar raya itu.
"Aurelia... shh... jangan menangis sayang... uncle tak sengaja," pujuk Leo seraya menepuk perlahan belakang budak kecil itu. Namun, Aurelia tetap tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti menangis. Aduh, Leo betul-betul buntu. Apa yang perlu dia lakukan sekarang ini? Hatinya yang kuat itu pun boleh rapuh apabila melihat si kecil itu menangis sebegitu rupa hanya disebabkan biskut kegemarannya jatuh.
"Aurelia... maafkan uncle ya."
MEREKA akhirnya sampai ke rumah pada jam 3 petang. Aurelia juga sedang lena dibuai mimpi. Mungkin kepenatan selepas pergi membeli belah bersama Leo tadi. Wajah Aurelia dipandang dengan penuh kasih lalu dahi budak kecil itu dikucupnya.
Sementara si kecil itu di alam mimpi, bolehlah Leo menggunakan masa ini untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Sempat juga kalau dia mahu memasak makan malam Aurelia nanti. Biliknya dituju lalu dia mencapai kain tualanya bagi membersihkan diri. Kemudian, diikuti pula dengan solat Zohor sebanyak empat rakaat.
Setelah solatnya selesai, Leo bangun lalu duduk di birai katil. Fikirannya kembali teringatkan kejadian tadi, ketika Aurelia menangis dengan agak teruk. Tidak dinafikan, dia memang betul-betul buntu ketika itu. Tambahan pula ketika itu dia berada di pasar raya, ramai pelanggan yang memandang ke arahnya. Dia bukan kisahkan akan pandangan orang lain. Cuma, dia risau jika orang lain yang menuduhnya sebagai penyebab Aurelia menangis sebegitu rupa. Tidak pasal-pasal, orang akan menuduhnya sebagai orang jahat pula.
"Kenapa si comel ni menangis? Hm? Si comel ni nak biskut ke? Nah, auntie bagi," kata seorang wanita seraya menghulurkan biskut ke arah Aurelia. Tak dijangka, tangisan Aurelia tadi terus terhenti. Tangan kecil Aurelia mula mencapai biskut yang dihulur ke arahnya.
Leo memandang wanita yang memberikan biskut kepada Aurelia tadi. Wanita itu juga membawa seorang bayi di dalam baby holder. Cuma, anaknya lelaki.
"Terima kasih," ucap Leo perlahan, namun masih dapat ditangkap oleh wanita itu. Pada pandangan Leo, wanita itu kelihatan agak muda sebagai seorang ibu. Kahwin muda, mungkin?
"Ya sama-sama. Mesti susahkan nak jaga anak ni seorang diri? Tapi anak awak ni nampak macam budak baik. Saya bagi biskut tadi terus senyap walaupun tu bukan biskut yang sama dengan dia makan tadi. Kalau nak dibandingkan dengan anak saya, lain sangat. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak, selagi itu la dia menangis." Tanpa dipinta, wanita itu memulakan bicara. Nampaknya, gadis ini seorang yang peramah. Bukan seperti dirinya, jarang sangat untuk bergaul dengan orang.
"Sayang!" Satu suara garau menyapa dari belakang. Serentak mata mereka beralih ke arah empunya suara. Dalam fikiran Leo sudah menebak bahawa si pemanggil tadi ialah suami kepada wanita itu. Seperti yang diagaknya tadi, wanita itu memang berkahwin awal. Suaminya juga kelihatan muda. Mungkin dalam lingkungan... 21 atau 22 tahun?
"Ya, abang! Kejap, ya!" sahut wanita itu.
"Hey si comel, jangan menangis ya? Jadi budak yang baik dan dengar cakap papa tau! Bye!" pesan wanita itu lalu pergi dari situ. Sempat lagi dia tersenyum ke arah Leo dan Leo pula hanya beriak biasa.
"WAAAAAAAAH!" Tangisan Aurelia tadi berjaya menghentikan lamunan Leo. Pantas Leo menuju ke arah si kecil itu.
"Aurelia dah bangun? Baguslah. Mesti Aurelia lapar kan? Kita makan dulu ya, sayang?"
"AURELIA sayang! Your mummy is back!" ujar Ariesya dengan suara yang gembira dan lantang.
"Shh... puan, anak puan tengah tidur dengan Leo dekat atas sofa tu. Dia orang baru aje tidur. Mungkin penat sangat kot lepas keluar sama-sama tadi," tegur Cik Kiah. Ariesya terus menekup mulutnya. Alamak, dia tak sengaja. Mujurlah, anaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu terjaga dari mimpi indahnya.
Perlahan-lahan Ariesya mengatur langkah mendekati anaknya yang elok terlena di atas badan Leo di atas sofa. Ya Allah... kenapa dia orang ni comel sangat? Ariesya, ingat sikit kau tu dah bersuami. Nasib baik, malam ini Duke Arjuna juga akan pulang ke rumah setelah seminggu dia outstation. Tak sabarnya nak bermanja dengan suami!
Mata Ariesya kembali mendarat ke arah anaknya dan juga Leo yang terlena di atas sofa. Tersenyum sedikit Ariesya ketika ini. Dia gembira apabila melihat hubungan antara anaknya dan Leo. Sangat rapat walaupun status mereka sebagai anak majikan dan pekerja. Dengan cara ini juga, Ariesya boleh memdidik anaknya agar melayan orang sama rata tidak kira status atau keturunan. Hal ini kerana, dia sendiri tidak mahu melihat anak perempuannya menjadi seperti dirinya dulu. Tidak dinafikan, dulu Ariesya bukanlah seorang yang baik. Tetapi sekarang, perlahan-lahan dia sudah berubah dan mencuba untuk menjadi lebih baik lagi.
"Thanks Leo."
TBC
Halluuu gaisss! So, okey tak bab ekstra ni? 😚actually, author dah lama terfikir nak tulis bab pasal Leo ni. Kesian dia... watak dia tak menyerlah macam orang lain😂jadi author bagi peluang untuk dia pula.
Oh, suka untuk author ingatkan... buat masa ni, kita relax dulu. Sebab tak lama lagi author rasa macam nak rosakkan rumah tangga orang😗hehehe. Itu je nak cakap. Bye!🙈
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro