33
"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."
SUARA tangisan yang sayup-sayup kedengaran di halwa telinga mula menimbulkan rasa hairan dan risau dalam diri Aryan. Suara itu... takkanlah isterinya yang menangis? Tapi mengapa?
"Sayang?" Aryan terus mengatur langkah ke arah sofa di ruang tamu. Briefcase dan blazernya di campak ke atas sofa di sebelah lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah si isteri.
"Sayang... kenapa ni?" soal Aryan prihatin. Wajah isterinya ditekup dengan kedua-dua belah tangannya lalu pandangan matanya memerhati segenap wajah cantik si isteri. Alahai... habis mata dan hidung isterinya merah.
"Abang...hiks hiks... perut saya sakit la..." rengek Laura sambil menggoncangkan tangan suaminya berkali-kali. Wajah Aryan sudah berubah riak. Isterinya dah nak beranak ke ni?
"Sayang... sayang dah nak beranak ke? Kita pergi hospital sekarang eh? Tunggu kejap abang nak naik atas ambil barang-barang baby. Tunggu kejap tau. Sayang kena relaks. Tarik nafas... hembus. Okey?" pesan Aryan dengan riak wajah gelabahnya. Perasaan gelabah dan gembira dalam masa yang sama. Tak lama lagi dia dah nak pegang title seorang ayah. Tak sabar betul rasanya!
Baru saja Aryan mahu melangkah pergi, terasa tangan Laura memegang tangan Aryan. Seolah-olah mahu menahan Aryan daripada pergi, Laura masih tidak melepaskan tangan suaminya itu.
"Abang mengarut apa ni?" tanya Laura sambil memandang tepat ke arah Aryan. Air matanya yang mengalir tadi sudah diseka. Aryan pula memandang ke arah Laura dengan dahi yang berkerut. Mengarut? Apa ni?
"Apa yang sayang cakap ni? Abang nak naik atas la ambil barang baby. Sayang kan dah nak beranak," balas Aryan dengan wajah yang masih bingung. Laura menepuk dahinya. Ya Allah suamiku! Dia salah faham pula.
"Bila masa saya kata saya dah nak beranak? Saya menangis sebab craving ais krim Baskin Robbins la! Bukannya saya nak beranak dah. Dari tadi saya craving tau? Baby dalam perut ni pula tak habis-habis tendang perut saya. Dah la orang tengah lapar. Tambah pula kena tendang. Aduh... sadisnya hidup!" seloroh Laura sambil mencengkam dadanya tanda dia baru saja mengharungi perjalanan hidup yang sangat perit. Fuh, penat menangis tadi.
Pak!
"Aduh! Abang... apa ni? Kenapa abang pukul kepala saya? Kalau saya hilang ingatan macam mana nanti?" Laura menggosok kepalanya sambil menjeling tajam ke arah suaminya.
"Lain kali, cakap kalau lapar. Bukan menangis. Abang pula yang cuak tau? Haish... jangan buat macam tu lagi. Buat abang risau aje," pesan Aryan seraya menggelengkan kepalanya berkali-kali.
"Okey suamiku sayang... maafkanlah isterimu yang comel ini. Saya sengaja nak test abang sikit tadi. Nak tengok reaction abang. Tak sangka pula abang gelabah macam tu. Maafkan aye eh? Hm? " Laura bangun dari duduknya lalu terus memeluk lengan suaminya. Wajahnya didekatkan dengan wajah Aryan lalu dia mengerdipkan matanya berkali-kali agar Aryan berasa simpati dan memaafkannya.
"Ya la sayangku..." Aryan mengalah. Dia memang tak boleh nak marah lama-lama dekat isteri sendiri. Sekejap sangat dia dapat tahan godaan dari si isteri.
"Omo... thanks abang! Sayang abang! Muah!" ucap Laura lalu dia menghadiahkan kucupan di pipi kiri suaminya. Aryan tersenyum sedikit. Isterinya ini tak pernah tak comelkan?
"Sayang awak juga." Kali ini, giliran Aryan pula menghadiahkan kucupan pada isterinya. Kucupan ringkas itu berjaya mendarat di bibir merah si isteri. Memerah terus wajah Laura sekarang ini. Pantas saja wajahnya itu ditekup dengan kedua-dua belah tangan. Malu!
"Ha, kata nak makan ais krim. Sayang pergi la naik atas bersiap dulu. Lagi satu, awak dah bagi makan ke belum dekat Mr Grey? Kesian dia lapar pula nanti. Asyik penuhkan perut sayang aje. Perut dia dibiar kosong," omel Aryan panjang lebar. Kata-kata Aryan tadi mula menyedarkan Laura. Dahinya ditepuk perlahan. Ya Allah...dia terlupa!
"Ya Allah... macam mana la saya boleh terlupa? Mr Grey kesayangan mama! Maafkan mama kerana terlupa akan kehadiranmu dalam keluarga ini!" Laura mula membuka langkahnya pergi dari situ. Makanan kucing diambilnya lalu dia mencari-cari kelibat kucing kelabu di persekitaran rumahnya. Kesian kucing itu. Mesti lapar sangat sebab dari tadi Laura terlupa.
Aryan hanya memandang si isteri sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali. Hai la... kalau jaga kucing pun dah terlupa nak bagi makan. Macam mana la nak biarkan isterinya menjaga anak-anaknya seorang diri nanti? Pasti lagi tak terurus dibuatnya.
"AH! Dah kenyang! Tak sia-sia menangis tadi!" ucap Laura seraya menggosok perutnya yang sudah kekenyangan selepas menghabiskan beberapa cawan ais krim Baskin Robbins. Laura mula mengatur langkahnya perlahan-lahan menghampiri pintu keluar Mid Valley Megamall. Aryan pula hanya membuntuti langkah isterinya dari belakang.
Saat Laura menghampiri pintu keluar tersebut, tiba-tiba perutnya terasa sakit yang amat. Tangan Laura mula menyentuh bahagian perutnya yang terasa sakit. Wajahnya sudah berkerut dan bibirnya juga digigit kuat bagi menahan perit yang dia rasakan ketika ini. Aryan yang perasan akan keadaan isterinya itu terus menghampiri.
"Sayang... sayang kenapa ni?" soal Aryan dengan riak wajah yang risau. Tiba-tiba saja isterinya membuat reaksi begitu. Lagi terkejutlah dia.
"Abang..." panggil Laura perlahan, namun masih dapat ditangkap oleh Aryan. Aryan setia menggengam erat tangan kiri isterinya.
"Saya rasa... saya dah nak beranak ni," sambung Laura lagi.
"Sayang... sayang tak main-main kan? Kalau sayang tipu abang picit pipi sayang tu ha."
Mengucap panjang Laura apabila mendengar suaminya berkata begitu. Ya Allah... aku tengah sakit ni boleh pula dia main-main?
"Abang! Saya serius ni. Ya Allah... cepat la bawa saya ke hospital. Nanti saya terberanak dekat sini tak pasal-pasal orang kata anak pasaraya pula!" ujar Laura lagi. Ternaik sedikit suaranya tadi tanpa sengaja. Iyalah, punyalah dia menahan rasa perit yang datang tanpa dijemput ini. Boleh pula suaminya melengah-lengahkan masa.
Aryan terus mencempung isterinya lalu berjalan pantas ke arah tempat kereta mereka diparking. Tangannya pula yang bergetar hebat sekarang ini. Nervous? Mungkin. Nampaknya, kali ini memang betul-betul dia akan menyambut ahli keluarga baru dan bersedia memegang gelaran seorang ayah.
Pacuan empat roda itu dipandu laju membelah jalan. Aryan memandu keretanya ke hospital yang terdekat dengan lokasi mereka sekarang ini. Sesekali, Aryan menggengam erat tangan isterinya. Berkali-kali juga Aryan memesan untuk menarik nafas dan hembus supaya isterinya berasa tenang sedikit. Walaupun agak sukar untuk Laura melakukan apa yang disuruh opeh si suami, tetapi Laura tetap melakukannya perlahan-lahan. Sayang... bertahan kejap!
SAAT mereka berdua sampai ke destinasi, Aryan terus mencempung isterinya lalu dibawa masuk ke dalam hospital. Beberapa jururawat yang berada di situ pantas menghulurkan bantuan. Laura diletakkan di atas katil pesakit lalu jururawat itu terus menolaknya ke Labour Room. Sedari tadi Aryan mengikut jururawat dari belakang sehingga mereka masuk ke dalam Labour Room.
Rasa gementar menguasai diri Laura. Jantungnya berdegup lagu. Lain daripada irama biasa. Tangan Laura juga mula terasa sejuk. Peluh yang merenek di dahi hanya dibiarkan meleleh. Fikiran Laura sekarang ini terlampau sibuk untuk memikirkan apa yang akan berlaku kepada dirinya. Mampukah dia melahirkan anak-anaknya itu dengan jayanya?
"Puan, saya tahu puan boleh buat. Kepala baby dah nampak ni. Puan teran sikit okey?" kata doktor perempuan itu. Kata-kata doktor tadi seperti angin saja yang berlalu di tepi telinganya. Sakit. Sakit yang dia rasakan ketika ini tidak tahu bagaimana mahu diungkap. Otaknya tidak habis-habis memikirkan pelbagai perkara negatif yang mungkin berlaku.
'Ya Allah... macam ni ke ibu aku rasa masa lahirkan aku dulu?' desis Laura dalam hati. Matanya sudah bergenang. Sakit.
"Sayang..." Suara Aryan memecahkan segala lamunan Laura. Fikirannya yang memikirkan benda-benda negatif tadi terus hilang saat dia terdengar panggilan lembut si suami. Pandangan matanya bertaut dengan pandangan mata si suami kesayangan.
"Relaks okey? Abang yakin sayang boleh buat. Tarik nafas... hembus. Sayang kena relaks aje. Fikir benda baik-baik je. Ya? Abang tahu sayang boleh buat. Sikit aje lagi sayang. Sikit lagi anak-anak kita nak dapat lihat dunia. Bertahan ya sayang?" pujuk Aryan lembut. Tangan isterinya digosok perlahan lalu dikucup. Mengalir air mata Laura ketika ini. Tanpa sedar, Laura mengukirkan senyuman nipis ke arah suaminya.
Genggaman pada tangan Aryan semakin erat saat anaknya dilahirkan. Kata-kata semangat Aryan tadi diulang-ulang di dalam fikiran Laura sehingga ke semua anak-anaknya selamat melihat dunia. Tangisan yang kedengaran di halwa telinga saja sudah menghadirkan rasa gembira dan bersyukur dalam diri kedua-dua pasangan suami isteri itu.
"Tahniah puan, tuan. Semua anak-anak tuan dan puan lelaki. Tuan bolehlah azankan dia orang sekarang," ujar doktor perempuan tadi sambil senyumannya tersungging di bibir. Satu hembusan nafas lega Laura lepaskan. Alhamdulillah, dia berjaya melahirkan ketiga-tiga anaknya itu. Terasa lemah dan lenguh badan Laura ketika ini, namun tidak menjadi penghalang untuk melihat wajah anak-anak mereka.
Seorang jururawat menghulurkan anak pertama mereka ke arah Aryan. Aryan menyambutnya dengan perasaan yang sebak bercampur gembira. Jelas kelihatan senyuman kegembiraan di wajah Aryan. Aira mata Aryan juga turut mengalir saat dia mengazankan dan mengiqamatkan anak pertama, diikuti dengan anak kedua dan ketiga.
"Assalamualaikum anak-anak papa dan mama."
"ASSALAMUALAIKUM."
Sesi suap-menyuap antara Laura dan Aryan tadi terus terhenti apabila mereka terdengar salam diberi. Aryan meletakkan bekas berisi nasi dan beberapa lauk itu di atas meja. Pandangan mereka berdua dialihkan ke arah pintu bilik mereka. Aryan bangun lalu membuka pintu itu. Kelihatan Duke Arjuna serta Ariesya yang sedang mengendong seorang bayi perempuan sedang berdiri di hadapan pintu. Aryan terus menjemput pasangan itu ke dalam.
"Tahniah weh. Kau dah jadi bapak budak," ucap Duke Arjuna seraya menghulurkan satu plastik yang penuh dengan buah-buahan dan coklat. Bahu Aryan juga turut ditepuknya saat dia memghulurkan plastik itu. Tidak sangka, sekejap saja mereka berdua sudah bergelar ayah orang.
"Terima kasih. Nampaknya, aku dah boleh jadi geng kau," balas Aryan lalu meletakkan plastik berisi buah-buahan dan coklat itu ke dalam peti ais.
"Tahniah Laura! Tak sangka kau dah beranak. Terkejut tau masa mama bagitau aku tadi. Haritu baru aje kau cakap tahniah dekat aku. Sekarang ni aku pula cakap benda yang sama," ujar Ariesya dengan nada yang ceria. Nampaknya, sekarang ini anaknya itu tidak kesunyianlah nanti. Tambahan pula, anak-anak Laura semuanya lelaki. Boleh la jadi three musketeers untuk lindungi anaknya nanti! Aww... bestnya!
"Ha'ah. Semua ni sebab kau la. Kau yang doa pelik-pelik haritu. Tak pasal-pasal anak aku ni nak lahir lepas makan Baskin Robbins. Haih mulut tu... masin!" omel Laura. Fikirannya mengimbas kembali perbualannya dengan Ariesya sebulan yang lepas.
"Oh my gosh! Kak Ariesya dah dapat baby! Omo comelnya! Baby kapal terbang!" kata Laura sambil melihat seorang bayi perempuan sedang tidur lena di dalam katil bayi selepas kekenyangan minun susu. Alahai... comel saja bayi itu tidur. Lagi la tak sabar Laura nak dukung baby!
"Amboi amboi... sedap mulut kau mengata dekat aku ya? Takpa... aku doakan kau beranak betul-betul lepas kau makan ais krim Baskin Robbins. Silap-silap boleh jadi duta Baskin Robbins dah anak kau tu," balas Ariesya pula. Geram pula dengan mulut adiknya yang satu ini. Pandai-pandai saja melabelkan anaknya itu.
"Ala... kau ni. Aku bergurau je pun. Lagipun betul apa? Anak kau kalut nak tengok dunia lepas kau turun dari kapal terbang masa balik sini kan? Ha, mesti dia jealous tengok mummy dengan daddy dia dating. Sebab tu la dia buat perangai nak lahir awal," bidas Laura lagi. Tidak mahu mengalah. Ariesya hanya mampu menarik nafas dalam-dalam dan hembus. Haih... tak ada guna juga dia bertikam lidah dengan adiknya ini. Buang tenaga dia saja.
"Hahaha. Kau ingat lagi rupanya? Tak sangka pula jadi betul," kata Ariesya sambil tertawa kecil. Ariesya menghulurkan anak perempuannya yang nyenyak tidur itu kepada Duke Arjuna. Kemudian, dia menyusun langkahnya menghampiri katil bayi di sebelah kiri Laura. Wajah kembar tiga itu ditatapnya lama. Omo... why they are so cute?
"Ya Allah... comelnya anak kau!" puji Ariesya sambil tersenyum lebar. Wajah bayi baru lahir ini nampak suci saja. Sama seperti wajah anak perempuannya, Aurelia Wardina ketika lahir dahulu. Wajah yang mampu membuatkan Ariesya dan Duke Arjuna menitiskan air mata bahagia hanya dengan menatap wajah satu-satunya puteri mereka.
"Anak kau pun apa kurangnya?" balas Laura sambil tersenyum nipis.
"Kau dah tahu nak bagi nama apa ke dekat triplets ni?"soal Ariesya sambil matanya masih ralit memerhatikan ketiga-tiga wajah bayi lelaki di hadapan matanya.
"Ha'ah," jawab Laura pendek.
"Jadi... apa nama dia orang?" tanya Ariesya lagi. Tak sabar nak tahu apa nama triplets yang comel ni.
"Tengku Wazien Asyraq, Tengku Wafiq Hazza dan Tengku Wafdan Rifqi." Dengan tenang, Laura menjawab. Ketiga-tiga nama itu selalu saja meniti di bibir Laura setiap kali dia berborak dengan suaminya. Tidak habis-habis memberitahu benda yang sama bahawa dia mahu memberi nama anak mereka dengan nama itu. Aryan pula hanya angguk dan bersetuju saja dengan permintaan isterinya.
"Aish... nama pun sedap! Hai triplets yang comel lagikan hensem. Nanti, bila besar, boleh la jadi musketeers dekat anak auntie eh? Eee mesti comel aje kau orang ni bila protect anak auntie daripada bahaya ala-ala princess tu!" kata Ariesya sambil memandang ketiga-tiga bayi yang nyenyak dibuai mimpi itu.
Laura hanya menggelengkan kepalanya ketika melihat gelagat kakaknya bersama tiga kembar itu. Hai la... dah jadi mak orang pun perangai masih lagi macam budak-budak.
TBC
Rasa macam awkward je bila tulis bab ni😢HAHAHA dah la. Enjoy baca bab ni! Muah!😚❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro