31
"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."
"MAMA sihat?" soal Laura melalui corong telefon. Hari ini hujung minggu. Butik yang dia usahakan juga cuti hari ini. Jadi, banyaklah masa yang terluang dia ada. Laura mengambil tempat di sofa, bersebelahan dengan suaminya. Hari ini juga suaminya cuti. Jadi, dapatlah dia meluangkan masa bersama suami.
Aryan yang leka menonton televisyen itu memandang sekilas ke arah isterinya setelah mendapati isterinya berada di sisi. Tubuh isterinya ditarik lalu tubuh Laura dibaringkan ke atas sofa. Kepala isterinya pula dialaskan dengan peha Aryan sendiri. Mereka berdua memandang sesama sendiri sambil membalas senyuman.
Sudah menjadi kebiasaan buat seorang Tengku Qayeed Aryan, dia akan bermain dengan rambut isterinya setiap kali isterinya baring dan mengalaskan kepala dengan pehanya. Laura juga tidak kisah akan hal itu. Sebaliknya, dia lebih suka kerana rasa disayangi.
"Mama sihat aje Laura. Kamu tu sihat ke tidak? Cukup makan tak? Kamu kena ingat, kamu tu bukannya berbadan dua macam ibu-ibu lain. Tapi, berbadan empat tahu! Pastikan kamu dapat makanan yang cukup. Bila mengandung ni, banyak makan pun tak apa sebab makanan yang kita makan tu bekalan untuk baby. Jangan kisahkan sangat kalau kamu tu gemuk ke apa. Inilah satu-satunya peluang kamu nak gemuk pun," seloroh Datin Aira.
Risau betul Datin Aira itu. Masakan tidak, dia agak terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Laura beberapa minggu yang lalu. Laura mengandung dan berkemungkinan akan melahirkan kembar tiga. Perasan Datin Aira ketika itu sungguh gembira bercampur dengan perasaan risau. Sudahlah Laura itu agak sibuk dengan kerjanya. Aryan juga begitu. Risau jika Laura tidak dapat menjaga diri dan kandungannya dengan baik.
"Mama... jangan risau pasal Laura la. Laura okey je. Alhamdulillah sihat. Lagi satu, mama ingat anak mama ni tak kuat makan ke? Tengah-tengah malam pun Laura akan jelajah dapur tahu? Sampai Aryan sendiri terkejut masa dia balik dari keja hari tu. Mama tahu tak? Aryan siap kata Laura ni lembaga hitam lagi! Kejam kan dia tu ma?" luah Laura dengan wajah masam mencuka. Aryan yang mendengar aduan isterinya hanya menahan gelak.
Tiba-tiba teringat pula peristiwa malam itu. Laura betul-betul lapar sebab makan sikit saja malam itu. Tidak sangka pula tengah-tengah malam dia akan lapar sebegitu rupa. Terus saja dia turun ke bawah untuk memasak maggi. Aryan yang baru pulang dari kerjanya terus terjerit sedikit apabila matanya menangkap 'lembaga hitam' yang elok menjamu selera. Hampir saja Aryan mahu memukul Laura. Mujurlah, Laura membuka lampu pada telefon bimbitnya setelah dia terdengar sesuatu.
"Laa... memang la dia kata kamu tu lembaga hitam. Makan dalam gelap lagi. Nanti kang ada benda lain teman baru tahu," usik Datin Aira seraya tertawa kecil. Wajah Laura masih sama seperti tadi, masam mencuka. Mama pun tak support!
"Mama, mama tak rasa sunyi ke duduk dekat rumah tu seorang diri? Esok Laura dengan Aryan pergi rumah mama eh? Kesian pula mama duduk seorang diri di sana. Kak Ariesya dengan Duke pun lama lagi nak balik Malaysia ni. Dia orang kan balik UK. Alang-alang tu mesti la dia orang nak honeymoon sama. Esok Laura pergi sana eh? Laura masak ayam gepuk favourite mama tu. Nak?" cadang Laura dengan nada yang ceria. Rasanya, sudah agak lama dia tidak melawat mamanya itu. Kali terakhir dia melawat pun sebelum Ariesya dan Duke bertolak ke UK.
Kata-kata Laura tadi mengundang senyuman nipis pada wajah Datin Aira. Alahai Laura... mengandung pun masih bersemangat ya?
"Tak payah susah-susah la Laura. Mama okey aje dekat sini. Bukannya mama duduk seorang diri. Orang gaji dekat rumah ni kan ada? Boleh la mama ajak bergosip ke apa. Kamu tak payah risau la. Kamu tu, sekarang kan tengah cuti. Suami kamu pun cuti sekarang ni. Jadi, gunalah masa ni untuk meluangkan masa bersama. Kau orang tu kan masing-masing sibuk. Jangan sia-siakan masa yang ada ni. Okey?" pesan Datin Aira.
Laura berfikir sejenak. Pandangan matanya dialihkan bagi mendongak wajah kacak si suami yang leka melayan televisyen itu. Aish, tengok tv pun hensem! Rawr!
"Hm... okey la mama. Nanti Laura fikirkan. Ada betul juga cakap mama tu."
"See? Mama sentiasa betul! Okey la Laura. Mama nak tolong Mak Tam masak ni. Mama letak dulu ya? Assalamualaikum," ucap Datin Aira lalu mematikan panggilan.
"Waalaikumussalam," balas Laura perlahan. Telefon pintarnya itu diletakkan di atas meja lalu Laura bangun dari baringnya. Posisi duduknya dibetulkan sedikit lalu kepalanya dilentokkan di atas bahu Aryan.
"Puas cakap dengan mama? Bukan main lama eh. Abang dekat sebelah ni pun sayang tak pandang," ujar Aryan dengan nada sesikit merajuk. Laura tertawa kecil lalu matanya melirik ke arah suaminya.
"Jealous ke abang?" soal Laura sambil memicingkan matanya.
"Mana ada. Buat apa abang jealous? Isteri abang dah ada dekat sebelah ni ha," kata Aryan sambil tersenyum lalu kembali fokus ke arah televisyen.
"Sayang."
"Hm?"
"Malam esok abang ada majlis penting. So, lepas maghrib macam tu la abang tak da dekat rumah. Sayang nak makan apa malam tu? Abang boleh tolong pesankan siap-siap," ujar Aryan. Majlis esok adalah majlis sambutan pembukaan cawangan baru syarikat mereka. Mahu atau tidak, dia mesti menghadirkan diri ke majlis itu. Wajib!
"Erm...kalau saya nak ikut abang, boleh? Saya bosan la duduk rumah ni. Lagipun kita dah lama tak keluar sama-sama. Jadi... bolehkan, bang?" soal Laura sambil mengerdipkan matanya berkali-kali agar suaminya bersimpati akan nasib isterinya yang satu ini. Laura nak keluar juga! Mana aci Aryan aje yang keluar.
Aryan tertawa kecil seraya menggosok sedikit kepala isterinya sehingga membuatkan rambut isterinya itu berserabut. Laura sudah tarik muncung tiga inci. Suaminya ini memang sengaja kan?
"Sayang larat ke? Sayang kena ingat eh, dalam tu, ada tiga. Bukan satu," ujar Aryan seraya menghalakan jari telunjuknya pada perut Laura yang sudah menampakkan bentuk.
"Eh, ni Laura Emilia okey? Mesti la larat! Lagipun kalau saya pergi, boleh saya makan banyak-banyak!" seloroh Laura dengan mata yang bersinar. Di fikirannya sudah terngiang-ngiang makanan sedap dan mewah di hadapan mata. Bukan senang nak dapat peluang ni!
Sekali lagi tawa Aryan terletus. Aryan terhibur melihat keadaan isterinya sekarang ini. Comel saja.
"Ya la. Abang bagi. Esok jangan lambat pula. Bukan abang tak tahu. Sayang tu kalau bersiap bukan main lama mengalahkan mak datin. Jangan buat-buat baru nak gosok baju bagai eh... abang jentik dahi tu kang biar benjol!" ugut Aryan sambil menayangkan senyuman sinisnya. Sengaja mahu menakutkan Laura.
"Iya la... saya tahu la!"
"SAYANG dah siap?" soal Aryan sambil membetulkan tali lehernya di hadapan cermin.
"Ya abangku sayang... isterimu ini tepati masa hari ini ya," perli Laura sambil tersenyum. Sengaja. Arayn sedaya upaya menahan tawanya. Alahai isterinya ini, tak akan la masih marah dengan usikkannya kelmarin?
"Meh sini saya betulkan. Dari tadi saya tengok abang perhati cermin tu. Last-last sama juga. Tali leher tu saya nampak lagi terbelit ada la," seloroh Laura lalu mengatur langkahnya menghampiri si suami yang setia berdiri di hadapan cermin. Aryan melepaskan pegangan tangannya pada tali leher lalu membiarkan isterinya membetulkan tali leher itu semula.
"Okey siap." Laura menepuk-nepuk sedikit bahu suaminya lalu dia tersenyum manis. Kacak betul Aryan malam ini. Laura pun tergoda!
"You look beautiful tonight, dear. Gorgeous," puji Aryan ikhlas. Anak matanya masih tidak lari dari memandang wajah cantik isterinya. Ya Allah... sungguh indah ciptaan-Mu!
"Mengada eh." Laura tergelak kecil llu mencuit sedikit hidung suaminya.
"Awak pun nampak handsome malam ni," kata Laura lalu dia mencapai tas tangannya yang berada di atas katil. Aryan mula tersenyum suka. Sukanya bila isteri sendiri puji!
"Are you ready, my queen?" soal Aryan sambil menunduk hormat dan menghulurkan tangan ala-ala seorang putera raja menjemput seorang puteri. Perbuatan Aryan tadi mengundang tawa Laura. Tanpa berlengah, Laura terus mencapai tangan suaminya.
"Yes, my king."
SETELAH 45 minit mereka bertolak dari rumah mereka,akhirnya mereka sampai ke destinasi. Aryan keluar dari perut kereta terlebih dahulu lalu dengan pantas dia tolong bukakan pintu kereta buat isterinya.
"Gentleman betul awak malam ni," puji Laura sambil tersengih.
"Well... I' m your husband right? So, why not?" balas Aryan. Tangan isterinya digenggam kemas lalu mereka berdua jalan beriringan masuk ke dalam hotel serba mewah itu.
Amethyst Hall.
Sempat lagi Laura menangkap nama dewan itu. Mana tahu nanti dia perlu ke tandas. Tidaklah tersesat nanti.
"Oh, Tuan Aryan. Selamat datang tuan, puan. Jemput masuk ya," sapa salah seorang pekerja itu. Aryan dan Laura hanya menghadiahkan senyuman lalu menuju ke tempat yang di sediakan.
Sesekali Laura memerhatikan dekorasi di dalam dewan itu. Cantik! Mewah betul. Sekali pandang rasa macam duduk dalam istana.
"Eh, bos! Bila bos sampai? I tak nampak pun you masuk tadi?" Tiba-tiba satu suara lunak menyapa halwa telinga Laura. Pantas saja mata Laura beralih pandangan. Matanya terpaut pada sepasang wanita yang berada di hadapannya dan Aryan? Siapa pula perempuan ini? Tak pernah nampak pun.
"Oh, Raisya. I baru sampai aje dengan isteri I tadi. I rasa... I tak pernah kenalkan lagi isteri I pada you kan? Ya la, you kan tak dapat datang masa wedding I hari tu?" seloroh Aryan. Raisya hanya tersenyum nipis.
"Yeah... tiba-tiba I ada hal pula hari tu. Sorry again. So... hi! Nama I Raisya. Raisya Aqila. Personal assistant you. Buat masa sekarang," ujar Raisya seraya menghulurkan tangannya ke arah Laura sambil menghadiahkan senyuman. Sesekali mati Raisya memerhati Laura dari atas ke bawah.
Oh, Laura sungguh tidak suka akan pandangan dan senyuman wanita di hadapannya ini. Nampak tak ikhlas dan ada muslihat tersembunyi.
"Hi! Laura. Laura Emilia. Isteri Aryan sekarang dan selamanya." Laura menyambut huluran tangan Raisya sambil melemparkan senyuman semanis mungkin. Di saat itu, sengaja Laura menguatkan sedikit genggaman tangannya sehingga membuatkan Raisya berdecit sedikit.
"Nice to meet you, pretty," sambung Laura lagi sebelum dia melepaskan tangannya. Raisya mula memandang Laura dengan pandangan tidak puas hati.
"Sayang. Jom duduk dekat sana. Dari tadi kita berdiri ni. Kesian pula dekat sayang nanti. Raisya, I pergi dulu ya," pamit Aryan lalu menarik tangan isterinya. Sebelum mereka beredar dan meninggalkan Raisya lebih jauh, sempat lagi Laura menoleh kepalanya memandang Raisya lalu menghadiahkan satu kenyitan mata kepadanya. Sengaja. Laura memang sengaja mahu menaikkan darah wanita itu.
Raisya hanya mampu menjeling tajam ke arah Laura. Kalau dia tidak hati-hati, pasti tercalar namanya nanti. Buat masa sekarang, biarlah dia hanya menjadi seorang pemerhati dan menanti masa yang sesuai.
"ABANG, saya rasa saya nak pergi tandas la. Tadi saya minum air banyak sangat," kata Laura demgan wajah sedikit berkerut. Tambahan pula sekarang ini dia tengah mengandung, lagi lah dia rasa mahu membuang air kecil!
"Sayang nak abang teman ke?" soal Aryan prihatin. Risau juga kalau isterinya tiba-tiba tersesat di dalam hotel ini.
"Eh... tak apa. Saya boleh pergi sendiri. Insha Allah tak sesat. Okey la abang. Saya pergi dulu tau! Dah tak tahan ni! Tolong jagakan beg saya," pesan Laura lalu dia terus mengatur langkah keluar dari situ.
Bilik air dituju, lalu setelah beberapa minit dia melepaskan hajat, dia keluar dari tandas dan menuju ke singki bagi mencuci tangan.
"Wow! Look who we have here."
Suara sumbang yang menyapa halwa telingan Laura itu menarik perhatiannya. Laura terus menutup pili air lalu memandang wajah si empunya suara.
"Yes, pretty?" balas Laura sambil tersenyum.
"Kau bahagia? Bahagia ke dengan Aryan tu? " soal Raisya dengan nada mendatar. Laura mula bersandar pada dinding. Tangannya pula disilang ke dada.
"Kau rasa? Kalau aku tak bahagia dengan dia, takdanya dia orang ni wujud," balas Laura sambil menepuk perlahan perutnya. Raisya hanya tersenyum sinis.
"Berlagaknya kau. Baru mengandung. Belum beranak lagi."
"So what? Do you have problem? Aku tak kacau kau pun kan. Dah la baru jumpa. Lepastu tiba-tiba serang orang. Tak malu ke? Kesian eh kadang-kadang," bidas Laura. Dia mencapai beberapa keping tisu lalu berura-ura untuk keluar dari situ.
"Kau ni memang..." Raisya terus menolak tubuh Laura dengan sekuat hati.
"Ah!" Terjerit Laura dibuatnya. Raisya mula tersenyum menang. Selalunya dalam drama, tolak sikit dah gugur. Kalau kandungan perempuan tu gugur lagi bagus!
"Just kidding. Setakat tolak macam tu takkan bagi kesan apa-apa dekat aku la. Aku dah pernah kena lagi teruk daripada tu dan Alhamdulillah masih hidup. Lagi pun kasut yang aku pakai ni bukannya tinggi macam kau. Jadi badan aku lebih seimbang. Sedar sikit ya," balas Laura lalu dia melanggar sedikit tubuh Raisya.
Buk!
"Auch! Perempuan tak guna tu... urgh!" Raisya berdecit. Pandangannya beralih pada pakainnya yang sudah kotor akibat jatuh di dalam bilik air. Dihidu sedikit bau bajunya itu.
"Hish, busuknya!"
Laura hanya teruskan perjalanannya menuju ke Amethyst Hall. Kemudian, dia mengatur langkahnya menghampiri si suami yang masih elok menjamu selera.
"Abang."
"Ya, sayang?" Aryan berhenti makan lalu dia memangdang isterinya. Wajah muram si isteri menarik perhatiannya. Sudah kenapa demgan isterinya ini?
"Jom balik... saya dah mengantuk la..." rengek Laura sambil menggosok matanya berkali-kali tanda dia betul-betul mengantuk. Aryan tertawa kecil. Mengantuk rupanya. Ingatkan apalah yang berlaku tadi sehingga wajah isterinya bertukar muram semacam.
"Alolololo... mengantuk ya? Kesiannya dia... dah jom balik. Jangan lupa ambil beg tu."
TBC
Jangan lupa vote dan comment ya! Makacihhh 🙈❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro