Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

30

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

POSITIF.

Jelas terpampang dua garisan merah pada pregnancy test itu. Mata Laura mula terasa panas. Seakan-akan tidak percaya, bahawa tidak lama lagi mereka akan menerima ahli keluarga baru dalam keluarga mereka.

"Ya Allah... Alhamdulillah," ucap Laura, syukur. Setelah lama dia impikan saat ini, akhirnya dia dapat juga menjadi ibu buat anaknya nanti. Rasa gembira itu tidak usah dicakaplah. Gembira sangat!

Tidak silap, baru beberapa minggu lepas dia membincangkan soal anak dengan suaminya. Tidak sangka, secepat ini Allah memberi rezeki kepada mereka itu.

"Abang..." panggil Laura, meleret. Tangannya masih leka bermain dengan sudu yang berada di dalam cawan. Tangannya menongkat kepala, pandangan matanya pula setia menatap wajah si suami.

"Hm? Kenapa sayang?" soal Aryan. Dia pula sedang menilik skrin telefon pintarnya. Waktu-waktu macam ini jugalah kerja bertimbun. Terbatas sedikitlah masanya bersama isteri tercinta.

"Abang nak berapa anak?"  tanya Laura dengan wajah yang polos. Mata hazelnya tepat memandang anak mata Aryan.

Buk!

Tak semena-mena, telefon pintar Aryan terlepas dari pegangan tangannya. Terkejut apabila isterinya tiba-tiba menyoalkan tentang hal itu.

"H-ha? Apa yang sayang tanya ni?" soal Aryan kembali lalu dia membongkokkan sedikit tubuh badannya bagi mengambil telefon yang terjatuh tadi.

"Saya tanya, abang nak berapa anak?" Sekali lagi Laura menyoalkan hal itu. Sengaja dia bertanya. Mana tahu dia boleh usahakan?

"Ehem. Kenapa tiba-tiba sayang tanya ni? Tak pernah-pernah pula sayang soalkan tentang anak," balas Aryan lalu dia menyicip sedikit air kopi di dalam cawannya.

"Eh, takkan tanya pun tak boleh? Saja je la saya tanya. Teringin juga nak tahu impian suami sendiri ni macam mana. So, abang nak berapa?" Buat kesekian kalinya Laura menyoal benda yang sama.

"Erm... abang eh? Abang tak kisah pun berapa sebenarnya. Lagi banyak lagi bagus! Baru meriah rumah bila raya nanti. Tapi, bila fikirkan balik... kalau sikit pun tak apa. Abang tak kisah. Sebab abang kesiankan sayang nak lahirkan anak banyak-banyak kali. Mesti sakitkan? Ya la. Kalau tidak, tak adanya perempuan meninggal sebab lahirkan anak ni," terang Aryan panjang lebar. Laura pula sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.

"Athirah!" sergah Laura dengan nada yang lantang. Dengan wajah yang cerianya dia menghampiri Athirah yang sibuk menguruskan stok baju yang baru sampai ke butik mereka.

"Ya Allah... ya, cik? Cik nak apa? Terkejut saya tahu bila cik panggil nama saya kuat-kuat macam tu. Ingatkan saya ada buat salah ke apa tadi. Cuak juga la," kata Athirah sambil mengusap dadanya. Mujurlah dia tidak mempunyai masalah jantung. Kalau tidak, belum tentu selepas ini dia dapat melihat dunia lagi.

"Athirah! Saya nam bagitahu ni! Saya... saya pregnant! " seloroh Laura dengan nada yang gembira. Siap tunjuk pregnancy test lagi.

"Ya Allah... syukur Alhamdulillah! Tahniah Cik Laura! Tak lama lagi saya dapat dukung baby! Omo tak sabarnya!" ucap Athirah seraya memeluk tubuh Laura. Dia pula yang teruja lebih.

"Terima kasih Athirah. Awak pun, tak lama lagi nak jadi isteri orang kan? Nanti giliran awak pula la yang bagi baby dekat saya." Kata-kata Laura tadi membuatkan wajah Athirah memerah. Aish malu!

"Eh, Cik Laura ni. Ke situ pula difikirnya. Lambat lagi la. Okey la. Saya nak sambung buat kerja ni. Kalau cik nak apa-apa, bagitahu saya ya? Saya pergi dulu," pamit Athirah lalu mengatur langkahnya ke bilik stor.








SESEKALI Laura mengerling ke arah jam yang tersangkut elok di dinding. Jarum pendek pada muka jam itu sudah menganjak pada angka 11. Laura sudah maklum bahawa suaminya akan pulang lewat malam ini. Namun, itu bukan penghalang buat dirinya bagi mengkhabarkan berita gembira ini. Semasa dia dan suami bercakap melalui panggilan telefon tadi pun sudah jelas suaranya kedengaran teruja.

Laura mencapai telefon pintarnya yang berada di atas kaunter. Pantas, jarinya mencari nombor si suami lalu didail. Hatinya sungguh berdebar-debar ketika ini. Gembira sangat!

"Hello?"

"Hello. Assalamualaikum abang!" balas Laura. Apabila Aryan mendapati bahawa pemanggil itu ialah isterinya, terus senyuman pada wajahnya lebar terukir. Dengar suara isteri kesayangan masa penat ni boleh tingkatkan stamina tahu? Tiba-tiba Aryan bersemangat semula untuk membuat kerja.

"Waalaikumussalam. Ya, sayang? Kenapa ni tiba-tiba call abang? Rindu ke?" sakat Aryan. Pandangannya di alihkan ke luar tingkap. Penat hadap laptop lama-lama. Sakit mata!

"Rindu tu pasti! Tapi, saya call ni bukan nak cakap pasal rindu. Saya nak tanya, abang balik rumah tak hari ni?" soal Laura. Sejak kebelakangan ini, suaminya itu asyik sibuk dengan kerja. Sudah masuk 3 hari Aryan tidak pulang ke rumah. Setiap malam, pasti mereka akan berbual melalui telefon sehingga Aryan terlena kepenatan.

"Hari ni?" Aryan memandang kerja-kerjanya yang bertimbun di atas meja. Lagi sikit saja kerjanya yang tinggal. Mungkin, malam ini juga dia boleh siapkan semua kerjanya.

"Abang rasa abang boleh balik kot. Tapi lewat sikit la. Kenapa sayang tanya?"

Laura sudah tersenyum sedikit apabila mendengar bahawa suaminya dapat pulang ke rumah malam ini. Ah! Boleh la peluk puas-puas!

"Saja je tanya. Okey la bang. Saya ada pelanggan ni. Malam nanti kita jumpa ya? Bye abang! Love you!" kata Laura sambil melayangkan flying kiss je arah sktin telefon.

"Ya, sayang. Love you more."

Kreak...

"Assala..."

"Abang!" Belum sempat Aryan menghabiskan salamnya, terus Laura bangun dari sofa lalu lompat memeluk suaminya. Aryan yang terkejut dengan serangan secara tiba-tiba isterinya itu terdorong ke belakang sedikit. Terus matanya yang kelihatan penat dan kuyu itu bertukar menjadi segar.

"Ya Allah...sayang buat apa tak tidur lagi ni? Dah lewat kan? Tak elok untuk kesihatan tahu tidur lewat ni!" tegur Aryan. Badan isterinya digosok lembut dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi Aryan memegang briefcase-nya.

"Abang..." panggil Laura dalam nada meleret.

"Hm?" Aryan menunduk bagi melihat wajah cantik isterinya.

Cup!

Tiba-tiba sahaja Laura mengucup bibirnya. Terus membahang wajah Aryan. Serangan hendap! Tergamam terus Aryan dibuatnya. Mulutnya terkunci rapat. Masih tidak percaya bahawa Laura mengucupnya tadi. Baru balik takkan dah kena goda dengan isteri sendiri?

"Sayang abang!" ucap Laura lalu menghadiahkan senyuman semanis gula kepada suaminya. Lagi membahanglah wajah Aryan ketika ini. Apa yang Laura lakukan tadi semestinya jarang berlaku! Atau lebih tepat lagi, tidak pernah Laura membuat begitu. Maklumlah, malu.

"Sa...sayang. Sayang sihat ke tak ni? Demam ke?" soal Aryan prihatin. Badan isterinya ditilik sekilas lalu belakang tapak tangannya dilekapkan pada dahi si isteri. Sejuk aje. Tapi...kenapa tiba-tiba?

"Abang! Apa ni..." Laura mencapai tangan Aryan yang melekap pada dahinya tadi lalu tangan suaminya itu digenggam kemas.

"Saya sihat aje la. Apa yang abang mengarut ni?" Wajah Laura terus beryukar cemberut. Orang nak manja-manja pun tak boleh ke? Pelik sangat ke?

"Mana ada abang mengarut sayang. Sayang ni yang tiba-tiba kiss abang. Terkejut abang tahu? Muka pun gembira lain macam ni. Ada benda best yang jadi ke? Hm?" soal Aryan lembut. Wajah cantik isterinya dipandang penuh minat. Tangan Aryan tadi sudah naik bermain rambut isterinya.

Laura tersenyum suka. Suaminya sweet pula malam ini. Rawr!

"Abang... Laura nak tunjuk something ni."

"Apa sayang?" Aryan terus menarik tangan isterinya supaya duduk di atas sofa. Dari tadi mereka berdua berdiri. Sedangkan, sofa hanya terletak beberapa langkah daripada kedudukan mereka.

Blazer yang terletak elok di tubuh Aryan ditanggalkan lalu dia letakkan di atas sofa. Lengan bajunya pula disinting sehingga paras siku. Setelah dia berasa selesa sedikit dengan penampilan dirinya ketika ini, dia kembali fokuskan pandangan ke arah si isteri.

"Saya nak tunjuk... ni!" Laura mengeluarkan keputusan pregnancy test-nya. Aryan mencapai pregnancy test itu dengan perasaan berdebar-debar. Laura pula setia menunggu bagi melihat reaksi yang bakal ditunjuk oleh suaminya.

"Sayang..." kedengaran serak sedikit suara Aryan. Matanya mula terasa panas.

"Hm?"

"Sayang... betul ke pregnant ni?" soal Aryan tergagap-gagap. Pandangan matanya yang berkaca dihala ke arah isterinya. Lambat-lambat Laura mengangguk sambil tersenyum lebar.

"Ya Allah. Terima kasih Ya Allah," ucap Aryan penuh syukur lantas menarik isterinya ke dalam pelukan. Dikucupnya lama dahi si isteri diiringin dengan air mata gembira yang mengalir membasahi pipi. Gembira. Gembira yang tidak tahu bagaimana untuk terangkan.

Hati Laura turut tersentuh dengan perbuatan suaminya. Tidak sangka, begini sekali reaksi suaminya. Sangat berbeza dengan reaksi yang pernah Laura terima masa mengandung dahulu. Air matanya juga turut mengalir. Bahagia. Pelukqn suaminya itu dibalas kembali.

"Abang nak tahu? Saya dah jumpa doktor tadi.  Doktor kata... InshaAllah kita akan dapat triplets! Abang suka tak? Sekarang ni abang tak payah la risau kalau saya sakit kan? Kalau saya beranak sekali, dah dapat tiga! Tak sangka apa yang kak Ariesya doakan tu jadi kenyataan, kan abang?" ujar Laura dengan nada teruja. Siap tunjuk tiga jari lagi. Jelas kelihatan ceria wajah isterinya ketika ini. Bahagia. Bahagia yang Aryan  rasakan ketika ini tidak usah dicakap la. Bahagia sangat-sangat. Dia tidak pernah merasakan bahagia seperti ini seumur hidupnya.

Aryan tersenyum nipis apabila mendengar butir bicara isterinya. Perlahan-lahan, tangan Aryan kembali menarik tubuh Laura ke dalam dakapannya. Laura juga terdiam seribu bahasa. Wajah Aryan disembamkan pada bahu isterinya.

"Sayang..." panggil Aryan perlahan.

"Terima kasih."








TBC
Tak nak cakap banyak. Nak minta korang tekan bintang ⭐ comel tu aje. Boleh? Hehehe... sayang korang😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro