29
"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."
"DUKE? Maksud Ayid, Duke Arjuna anak kawan daddy yang duduk dekat UK tu ke?" soal Tengku Shahrizal tidak percaya. Manakan tidak. Tiba-tiba saja mendapat berita bahawa Ariesya mahu berkahwin dengan Duke Arjuna, anak kawan baiknya itu. Tambah-tambah lagi apabila dia dan isterinya mendapati bahawa hubungan antara Laura dan keluarganya sudah kembali jernih. Lebih gembiralah dia dan isteri.
"Wah! Ya ke? Tak sabarnya nak tengok lagi sepasang pengantin naik pelamin! Bila nak buat majlis tu? Benda yang baik macam ni sepatutnya dipercepatkan," kata Tengku Amanda teruja.
"Eh, kalau macam tu, mummy bagi la Qaisara kahwin! Qaisara ni dah lama sendu tahu? Tak kesian ke dekat Qaisara ni? Benda baik ni jangan dilenggahkan tahu?" potong Qaisara. Orang dah ada calon ni! Tak nak bagi green light ke mummy?
"Amboi... gatal eh? Belajar pun tak habis lagi ada hati nak kahwin!" seloroh Tengku Amanda lalu mencubit peha anaknya.
Wajah Qaisara terus bertukar cemberut. Terus masam mencuka. Mummy tak support betul!
Laura dan Aryan yang menjadi penonton hanya tergelak apabila melihat telatah Qaisara tu. Alahai Qaisara... lagi setahun aje tinggal. Mohon bertabahlah ya?
"Emilia, bahagian pengantin perempuan ni dah bincang ke belum? Nak buat dekat mana? Pakaian dengan hantaran lagi. Ha, duit pun satu hal. Ada tak duit? Cukup tak?" soal Tengku Amanda bertalu-talu. Tengku Amanda ni, kalau bab-bab kahwin memang dia cepat. Lagipun, dia memang suka benda-benda macam ni. Boleh kembalikan memori lama masa dia masih belum bergelar isteri.
"Oh, pasal tu... Emilia dah bincang dengan mama haritu. Mama kata, setakat sekarang duit masih ada. Cuma barang-barang aje belum beli," terang Laura sambil tersengih. Tiba-tiba pula dia rasa tidak sabar untuk melihat kakaknya naik pelamin. Mesti cantik kan?
"Ha, bagus sangat dah tu. Hujung minggu ni kita keluar sama-sama ya? Boleh beli barang-barang semua. Pasal hantaran tu, mummy pun boleh buat. Macam mummy buat dekat Emilia dan Aryan dulu? Nanti bagitahu Ariesya ya?" pinta Tengku Amanda lalu kembali menjamu seleranya. Laura pula sekadar mengangguk sambil tersenyum nipis.
"DUKE?" tegur Tengku Shahrizal dari arah belakang. Duke Arjuna yang tadinya ralit melihat skrin telefon terus bangun dari duduknya dan menghampiri Tengku Shahrizal yang baru turun dari tangga.
"Uncle." Duke Arjuna menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Namun, Tengku Shahrizal menarik tangan itu lalu memeluk tubuh Duke Arjuna. Erat. Sekaligus menyentakkan Duke Arjuna.
Pelukan Tengku Shahrizal dibalas. Lama. Lama mereka berpelukkan sebegitu. Saat itu membuatkan Duke Arjuna tersedar, bahawa dia dan ayahnya, Lucas Arjuna sudah lama tidak bersua muka. Entah bagaimana keadaan lelaki tua itu di sana.
"Dah lama kan? Dah lama kan kamu tak buat macam ni dengan ayah kamu?" bisik Tengku Shahrizal. Dia tahu apa yang terjadi pada keluarga itu. Segalanya dia tahu. Baru sekarang, dia sempat m bersua empat mata dengan Duke Arjuna, anak kawan baiknya.
Terasa bahu Tengku Shahrizal sedikit basah. Pelukan Duke Arjuna pada Tengku Shahrizal semakin erat. Dapat dirasakan tubuh Duke Arjuna sedikit bergetar. Dia menangis.
"Duke..." Tengku Shahrizal menggosok perlahan tubuh Duke Arjuna itu. Dia rindu. Dia rindu untuk merasakan kasih seorang ayah seperti ini.
"Uncle... ayah masih sayangkan Duke ke?" soal Duke Arjuna secara tiba-tiba. Dia sedar, dia sudah membuat banyak dosa pada lelaki tua itu. Lelaki yang sanggup menjaganya walaupun berkali-kali dia mengucapkan kata benci.
Tengku Shahrizal meleraikan pelukan mereka. Wajah Duke Arjuna ditatap lama. Lelaki tua itu tersenyum sedikit.
"Kalau Lucas tak sayangkan Duke, tak adanya dia susah-susah hantar orang supaya tengok-tengokkan Duke dekat sini," balas Tengku Shahrizal sambil tersenyum nipis. Bahu Duke Arjuna digosoknya lagi.
"Apa maksud uncle? Selama ni dia hantarkan orang nak tengok-tengokkan Duke? Siapa?" soal Duke Arjuna, bingung.
"Kau lupakan aku? Kejam juga kau ni kan? Aku dah buat macam-macam dekat kau kot. Kotorkan tangan sendiri pun aku sanggup demi kau tahu?" Tiba-tiba satu suara garau mencelah. Serentak pandangan mereka beralih pada pintu rumah.
Leo.
"Kau? Takkan kau kot yang ayah hantar? Kau kan pembantu aku."
Leo mengeluh perlahan. Kemudian dengan wajah yang selamba, ditambah pula dengan tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar, dia menyusun langkah ke arah sofa. Punggung dilabuhkan lalu tangannya mencapai secawan teh di atas meja. Dicicipnya perlahan air teh yang masih panas itu sebelum dia kembali bersuara.
"Kau ingat semua tu kebetulan? Struggle gila aku ekori kau supaya kau tak perasan tahu? Bila aku dapat tahu kau nak cari pembantu, aku cepat-cepat munculkan diri. Tanpa aku di sisi, belum tentu kau dapat tengok dunia hari ni," ujar Leo lalu kembali mencicip teh yang masih berbaki separuh.
Duke Arjuna menelan air liur kesat. Kiranya selama ini, ayahnya sudah tahu tentang bussiness haramnya? Menjual dadah di serata Malaysia? Oh, damn!
"Ehem, aku datang sini bukan nak bagitahu pasal tu je. Aku sebenarnya nak bagitahu yang Lucas Arjuna rindukan kau. Dia dah lama tunggu kau balik semula ke UK. Setiap hari dia mesti akan tanya pasal kau. Aku pula naik rimas. Tapi disebabkan ini memang kerja aku, nak tak nak aku memang kena hadap kan?" sambung Leo lagi.
Duke Arjuna hanya mendiamkan diri. Dirinya masih berfikir sama ada patutkah dia memjernihkan hubungan kekeluargaan mereka? Apa yang ayahnya buat selama ini masih terlekat di dalam ingatan. Tidak pernah lekang.
"Duke. Kamu masih marahkan ayah kamu atas kematian mama kamu ke?" soal Tengku Shahrizal. Sekali pandang, memang dia sudah dapat menebak apa yang berada di dalam fikiran Duke Arjuna itu.
"Kamu nak tahu kebenaran disebalik kematian mama kamu tak?" Sekali lagi Tengku Shahrizal menyoal. Tetapi kali ini, soalan yang diajukan itu cukup menarik minat Duke Arjuna.
"Apa kebenarannya?" tanya Duke Arjuna pula. Pandangan matanya tidak lkang dari memandang wajah Tengku Shahrizal itu.
"Kamu tahu tak? Sebelum mama kamu meninggal lagi, dia dah tahu yang ayah kamu dah ada isteri lain. Dan perkahwinan itu sendiri direstui oleh mama kamu. Ayah kamu tidak bersalah. Ada orang yang cuba jatuhkan reputasi dia, syarikat dia malah hancurkan keluarga dia sendiri. Jadi, orang tu cuba fitnah ayah kamu dengan ibu tiri kamu, Diana yang dia orang ada hubungan sulit. Padahal, dia orang hanya pekerja dengan majikan," terang Tengku Shahrizal. Duke Arjuna hanya mendiamkan diri dan menanti dengan penuh sabar apa yang bakal diceritakan oleh Tengku Shahrizal lagi.
"Masa tu, Diana tu baru aje bekerja. Keluarga dia miskin. Dia orang susah. Bila fitnah tu tersebar dia mula rasa takut. Semua orang dah mula pandang serong dekat dia. Tiara, mama kamu kesiankan Diana jadi dia suruh ayah kamu kahwin dengan Diana sebab nak jaga maruah dia. Mama kamu baik sangat. Dia sanggup berkongsi kasih sayang semua sendiri dengan orang lain."
"Tapi, satu hari orang yang dengkikan ayah kamu tu, masukkan dadah ke dalam tubuh Tiara. Tiara dah mula hilang kewarasan diri. Dia dah mula bergaduh dengan ayah kamu. Dia salahkan Diana sebab rampas ayah kamu dari dia. Diana tertekan dan akhirnya lari dari rumah. Tak sangka, saat tu juga kamu nampak mama kamu lintas jalan dan kena langgar dengan kereta," sambung Tengku Shahrizal lagi. Nafasnya dihembus perlahan.
Sudah lama Tengku Shahrizal menyimpan hal ini. Lucas Arjuna sendiri yang meluahkan segala ini kepada dirinya. Hidup Lucas Arjuna terus bertukar gelap setelah kehilangan Tiara Aileen dari hidupnya. Ditambah lagi dengan Duke Arjuna yang menyalahkan dirinya sekaligus membencinya. Lagi tak terurus dirinya. Nasib baik, Diana masih setia di sisi. Sanggup menjaganya walaupun Lucas Arjuna sudah kelihata seperti mayat hidup ketika itu.
Air mata Duke Arjuna sekali lagi menunjukkan rupa. Menyesal. Dia menyesal kerana tidak memberikan peluang kepada ayahnya untuk menerangkan keadaan. Sekarang ini, rasa bersalah itu sudah menebal di dalam diri. Dia mahu pulang. Dia mahu berjumpa dengan ayahnya!
"Hey, budak. Tak payah menangis la. Nak jadi suami orang pun masih menangis macam budak-budak ke? Tak malu ke kalau bakal isteri kau tengok nanti?" celah Leo. Duke Arjuna terus mengelap air matanya. Tak pasal-pasal pembantu sendiri nampak dia menangis. Buat malu saja.
"Diam la kau. Kau tahu apa?" bidas Duke Arjuna.
Tengku Shahrizal hanya tersenyum nipis. Nampaknya, hubungan Duke Arjuna dan ayahnya bakal kembali seperti dahulu. Dia juga turut tumpang gembira. Kalau selama ini Lucas Arjuna sanggup menjaga Aryan seperti anak sendiri sepanjang Aryan menatap di UK, apa salahnya kali ini dia tolong jernihkan hubungan anak itu?
HARI yang dinanti sudah tiba. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Dengan sekali lafaz, Qistina Ariesya sudah sah menjadi isteri kepada Duke Arjuna.
"Tahniah kak Ariesya!" ucap Laura seraya memeluk tubuh kakaknya itu.
"Terima kasih Laura."
"Baby... baby dalam perut ni tak lama lagi dah dapat tengok dunia. Jangan nakal-nakal tahu dalam perut mama tu! Kalau tak aunty picit pipi baby!" pesan Laura sambil mengusap perlahan perut Ariesya. Kandungannya baru berusia 4 minggu, jadi tidaklah terlalu ketara bahawa dia sedang mengandung.
"Laura... aku dah pregnant, kau bila lagi? Cepat-cepat la sikit mengandung tu. Nanti anak kau boleh la main dengan anak aku. Aku nak triplets tahu!" sempat lagi Ariesya memesan. Sesekali dia menjeling sedikit ke arah Aryan. Aryan hanya tertunduk malu. Adumak... kak ipar sendiri minta benda pelik-pelik pula. Dalam hati memang dah niat tapi Laura bagi ke? Nanti kang tak pasal-pasal kena belasah dengan isteri sendiri.
"Amboi... kau ingat senang ke?" Laura menggeleng kepalanya berkali-kali. Merepek sajalah kakaknya ini.
"Eleh... tu, suami kau kan ada? Boleh la dia usahakan," kata Ariesya lagi lalu dia menghamburkan tawanya. Merah terus wajah Laura ketika ini. Malu!
"
Aaa... dah, pergi sana! Daripada kau merapu dekat sini, baik kau lergi layan tetamu!" bidas Laura lalu menolak tubuh Ariesya. Ariesya hanya tertawa melihat wajah Laura yang sudah memerah.
"Ya la... orang usik sikit pun dah merah muka tu macam tomato," usik Ariesya lagi. Pantas Laura menjeling tajam ke arah kakaknya lalu membuat isyarat supaya senyap.
"Dear..." suara Duke Arjuna yang memanggil isterinya serta merta mematikan gelak rawa Ariesya.
"Yes, honey?" Ariesya segera menghampiri suaminya dengan senyuman tak lekang dari bibir.
"Ada orang nak jumpa kita."
"SIAPA yang nak jumpa dengan kita ni, abang?" soal Ariesya hairan. Kenapa tak jumpa terus saja? Kenapa nak kena berjumpa secara senyap?
"Abang pun tak sure, dear. Uncle yang suruh pergi bilik tu," jawab Duke Arjuna. Dia sendiri tidak dapat meneka siapa yang bakal dia berjumpa sekejap lagi. Entah mengapa, hatinya terasa begitu berdebar.
Ariesya hanya mendiamkan diri. Langkahnya diatur mengikut jejak si suami. Tangannya pula digenggam erat oleh Duke Arjuna.
"Kita dah sampai," ujar Duke Arjuna. Pegangan tangan mereka masih belum dileraikan. Sama seperti tadi. Erat.
Ariesya hanya menanti apa yang bakal suaminya lakukan. Baru sahaja tangan Duke Arjuna diangkat bagi mengetuk pintu, pintu itu terlebih dahulu dibuka.
"Duke..." seorang lelaki tua lingkungan lewat 50an keluar lalu dia terus memeluk erat tubuh Duke Arjuna. Seolah-olah masanya terhenti, Duke Arjuna hanya mengkakukan diri. Serentak dengan itu pegangan tangan Duke Arjuna dan Ariesya terlerai.
"A... ayah."
"Ayah rindukan kamu, Duke. Maafkan ayah sebab rahsiakan perkara tu pada kamu. Maafkan ayah sebab tak berjaya untuk menjadi ayah yang terbaik buat kamu. Sekali lagi, maafkan ayah," luah Lucas Arjuna, ikhlas. Dia betul-betul rindukan anaknya itu. Hampir 10 tahun mereka berjauhan. Sekarang ini, Allah berikan sekali lagi peluang untuk mereka bersua muka.
"Duke pun rindukan ayah. Duke pun nak minta maaf sebab tak dengar cakap ayah. Maafkan Duke, ayah!" Kali ini, giliran si anak pula meluahkan rasa yang terbuku di dalam hati.
"Duke..." satu suara perempuan pula menyapa. Pelukan anak beranak itu terlerai. Pandangan mata Duke Arjuna beralih pula pada wajah seorang wanita di sebelah ayahnya.
"Ibu?"
Air mata Diana gugur. Tersentuh dengan panggilan itu. Buat pertama kalinya, Duke Arjuna menggelarkan dirinya dengan gelaran itu.
"Duke dah boleh terima ibu?" soal Diana dengan suara yang kedengaran sesikit serak. Duke Arjuna pantas mengangguk sambil tersenyum.
"Maafkan Duke juga sebab selalu sakitkan hati ibu," ucap Duke Arjuna. Tangan ibunya dicapai lalu dikucup lembut. Lagi tersentuh hati Diana dibuatnya. Kepala Duke Arjuna diusapnya perlahan.
"Oh, sebelum Duke terlupa. Kenalkan, isteri Duke. Qistina Ariesya." Duke Arjuna menarik lengan isterinya supaya rapat sedikit dengan mereka bertiga. Baru teringat bahawa Ariesya masih berada di situ. Malu pula apabila isteri sendiri melihat sisi Duke Arjuna yang satu ini.
Ariesya menghulurkan tangannya, seraya mengucup tangan kedua-dua mertuanya.
"Alahai... cantiknya isteri kamu," puji Diana. Satu senyuman dia hadiahkan buat Ariesya. Terus tersipu malu Ariesya dibuatnya.
"Tahniah, Duke. Ayah harap kamu dapat jalankan tanggungjawab kamu dengan baik . Jaga isteri baik-baik ya? Ayah doakan yang terbaik buat kamu berdua," kata Lucas Arjuna seraya menpuk perlahan bahu anaknya. Duke Arjuna hanya tersenyum nipis.
"Terima kasih, ayah."
TBC
Kawen dahhh!!! Yeayyy!🥳
Extra:
"Qaisara? Kenapa muka cemberut tu? Awak tak sihat ke?" - Azraeyn
"Aaaaa mummy tak bagi kita kahwin! Selagi tak habis belajar, selagi tu tak boleh kahwin! Eee... Orang lain semua dah kahwin! Siap dah nak dapat anak lagi! Saya aje yang masih sama! Single forever! - Qaisara
"Alololo... sian dia, ya? Lagi setahun je awak. Sabar sikit aje lagi. Lepas awak habis belajar, saya terus minta dekat mummy nak kahwin dengan awak." - Azraeyn
"Janji eh?" - Qaisara
"Ye... janji." - Azraeyn
Muehehhehe...jangan lupa vote ya!😘
Psst... gambar dekat atas tu gambar Leo🙈
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro