Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

28

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

"LEPASKAN aku, bodoh!" jerkah Datin Aira. Leo yang mendukung Datin Aira seperti memikul beras di hatu itu masih tidak beriak. Setakat pukul macam tu dekat bahu dia, sikit pun tidak berasa.

"Ma...mama!" Pandangan Ariesya di alihkan ke arah suara nyaring mamanya. Seperti yang di jangka, memang itu mamanya. Datin Aira Jasmin. Memang tidak salah lagi. Lelaki itu betul-betul menculik mamanya!

"Kau, Ariesya? Kau buat apa dekat sini? Eh, apa pasal aku pun terjebak sekali ni? Hey! Lepaskan aku la, lelaki tak guna!"

Leo meletakkan Datin Aira dengan kasar di atas kerusi bersebelahan dengan Ariesya. Kira-kira 2 meter jugalah jarak di antara Ariesya dan Datin Jasmin.

"Hey, aku cakap dengan kau ni. Kau pekak ke? Lepaskan aku!" Kali ini, kaki Datin Aira berjaya hinggap di pipi Leo ketika lelaki itu mengikat kaki Datin Aira di kaki kerusi.

Leo mengelap sedikit sisa kekotoran pada wajahnya lalu dia menghadiahkan jelingan setajam pemangsa menikam anak mata mangsanya. Teguk liur Datin Aira dibuatnya. Serta-merta mulutnya terkunci rapat.

"Aku tak nak ulang benda ni. Tapi disebabkan kau ni dah tua. Mungki  kau lupa, kan?" Leo bangun, lalu menundukkan wajahnya supaya separas dengan wajah Datin Aira.

"Jangan buat masalah. Sebelum aku hilang sabar, baik kau behave. Ingat, marahnya orang yang penyabar ni lebih bahaya," pesan Leo seraya menghadiahkan senyuman sinisnya. Selepas selesai kerjanya, lelaki itu terus melangkah keluar dari bilik bawah tanah itu. Buat apa mahu berlama-lama di situ? Buat pekakkan telinganya sahaja adalah!

BUM!

Terhinjut bahu kedua-dua anak beranak itu setelah mendengar efek hentakan kuat dari pintu. Bilik yang diterangi dengan lampu kalimantang itu menjadi peneman setia mereka. Sekarang ini, hanya derapan nafas mereka berdua kedengaran.

Kekok. Tiba-tiba pula suasana menjadi senyap dan kekok antara mereka. Walhal, setiap hari mereka bersua muka. Bukan ini kali pertama.

"Mama... Ariesya... Ariesya minta maaf," tutur Ariesya, ikhlas. Wajahnya ditunduk menekur lamtai. Dia tidak tahu bagaimana mahu menghadap mamanya sekarang ini.

"Kau ke punca semua ni? Kau buat apa Ariesya! Tak pasal-pasal aku pun terjebak sama!" bentak Datin Aira, lantang. Terus mengalir air mata Ariesya apabila dibentak sebegitu. Tiba-tiba pula dia berasa dirinya ini begitu berdosa. Berdosa kerana melanggar perintah-Nya selama ini. Kalau dia tidak melakukan semua benda terkutuk itu, pasti dia tidak akan jadi sebegini.

"Mama...maafkan Ariesya! Ariesya tahu Ariesya salah! Disebabkan Ariesya, bayi dalam kandungan ni wujud! Ariesya tak mampu jaga dia dan Ariesya juga tak mampu nak gugurkan dia, ma! Mama... Ariesya rasa bersalah sangat. Lebih-lebih lagi, Ariesya rasa bersalah dekat semua anak-anak yatim di Rumah Nurul Iman! Disebabkan Ariesya, dia orang makan makanan daripada hasil yang haram, ma. Mama... macam mana Ariesya nak tebus balik kesalahan Ariesya,ma? Masih adakah peluang untuk Ariesya berubah?" luah Ariesya dengan bersungguh. Air mata yang mengalir laju di pipi tidak mampu diseka kerana pergerakannya terbatas. Kedua-dua belah tangan Ariesya di ikat pada brlakang kerusi.

Terkedu Datin Aira apabila mendengarnya.
Apa... apa yang berlaku sebenarnya? Kata-kata Ariesya tadi, menapar tepat ke hatinya. Baru dia tersedar, selama ini dia buta. Buta dengan kemewahan dunia sehingga dia terlupa bahawa dunia ini hanyalah sementara.

Kreak...

Pandangan anak beranak itu terus beralih ke arah tangga. Bayang-bayang seoarang telah kelihatan. Serentak membuatkan hati kedua-dua anak beranak itu berdegup hebat. Apa yang bakal terjadi kepada mereka selepas ini?

"Wah-wah... nak mati pun masih ber-feeling-feeling eh? Drama air mata apakah ini?" Bergema segenap ruang itu dengan suara garau Duke Arjuna. Wajah lelaki itu terhias senyuman lebarnya. Tampan, tetapi sayang... dia bukan lelaki yang baik.

"Kau... kau ayah kepada budak dalam kandungan anak aku, kan?" soal Datin Aira dengan penuh berani. Membulat mata Ariesya memandang mamanya. Apa yang mama cuba lakukan ini?

"Pft... HAHAHAHA. Kau percayakan pelacur ni? Serius lah? Mak dengan anak pun sama-sama bodoh! Kesian. Tapi takpa... tak lama lagi kau orang akan mati juga," jawab Duke Arjuna dengan penuh selamba. Kerusi berdekatan ditariknya lalu dia duduk menghadap kedua-dua perempuan di hadapannya.

"Kau nak bunuh aku dan anak aku, kan? Ha, tunggu apa lagi? Bunuh la sekarang!" provok Datin  Aira. Dia juga tidak tahu apa yang dia cuba lakukan. Tetapi dia tidak kisah. Apa nak jadi, jadilah. Mungkin, ini balasan buat dia dan anaknya yang selalu melanggar perintah-Nya?

"Erm... nampak menarik cadangan kau tu. Tapi, maaf. Aku ada rancangan yang lebih menarik. Tak akan aku nak biar kau orang berdua aje mati? Habis, seorang lagi tu nak biar dia hidup bahagia?" soal Duke Arjuna.

Terus terdiam Datin Aira dan Ariesya. Seorang lagi? Siapa yang dimaksudkan oleh Duke Arjuna itu?

"Si... siapa kau maksudkan?" soal Ariesya tergagap-gagap.

"Siapa lagi kalau bukan adik kau? Aku ada letak note dekat rumah kau. Aku harap, dia datang la sini dan bayar aku. Jadi, kau orang dapat peluang untuk hidup sekali lagi. Bijakkan aku? Yeah, aku tahu tu," ujar Duke Arjuna, bangga.

"Kau dah gila! Tak mungkin la Laura nak datang sini! Lagipun dia bencikan kami. Memang mustahil kalau dia berani jejakkan kaki dekat sini. Sia-sia saja kau buat semua tu!" jerit Ariesya. Nafasnya naik turun. Srjujurnya, benda itu memang tidak mustahil kerana dia kenal Laura Emilia orang yang bagaimana. Tetapi, dia tidak mahu melibatkan adiknya itu dalam hal ini. Cukuplah dia dan mamanya melakukan macam-macam ke atas diri Laura dahulu. Dia patut bahagia sekarang ini. Bukan menderita.

"Heh. Well, apa yang kau cakap tu semua salah. Tetamu kita dah sampai," kata Duke Arjuna sambil tersengih.

"Mama... Laura..." rintih Ariesya. Air matanya yang kering tadi kembali bertakung. Di dalam hatinya tidak putus-putus berdoa agar 'tetamu' yang dimaksudkan tadi bukan Laura.

"Kita banyakkan berdoa, ya? Insha Allah, semuanya akan selamat."








"WELL, welcome to my house, Laura Emilia,"  sambut Duke Arjuna sambil menundukkan sedikit kepalanya ala-ala seorang butler menjemput seorang tuan puteri.

"Er... I'm sorry. I'm Tengku Qayeed Aryan, not Laura Emilia. Long time no see, huh? Duke Arjuna?" balas Aryan sambil tersengih. Terkedu Duke Arjuna dibuatnya. Tengku Qayeed Aryan?

"Kenapa muka cuak sangat tu? Terkejut sangat ke sebab dapat jumpa balik abang angkat kesayangan kau ni?" soal Aryan sekali lagi.

Terpampan. Duke Arjuna betul-betul mati kata. Tidak sangka, setelah 12 tahun berlalu, mereka berdua dapat bersua muka kembali.

Tengku Qayeed Aryan.

Duke Arjuna.

"Apa yang kau buat dekat sini? Kenapa sekarang baru kau muncul?" soal Duke Arjuna mendatar. Pemumbuknya dikepal kuat. Geram. Kenapa? Kenapa! Kenapa mesti sekarang lelaki ini perlu memunculkan dirinya! Kenapa!

"Duke, baik kita duduk dulu. Bincang elok-elok. Benda ni tak akan settle kalau kau biarkan emosi kau menguasai diri," terang Aryan dengan tenang. Dia juga tidak sangka bahawa mereka akan bertemu kembali seperti ini, sekaligus dia teringatkan tentang kejadian 12 tahun lalu.

"Mama!"

Stret... bum!

Segalanya berlaku dengan pantas. Sekelip mata sahaja, dunianya bertukar menjadi kelam. Kenapa... kenapa mamanya harus mati!

Tiara Aileen. Satu-satunya wanita yang mampu membuatkan hari-harinya bahagia. Tetapi malangnya, selepas ini tiada lagi hari bahagia buat dirinya.

"Mama! Bangun, ma! Jangan tinggalkan Duke seorang diri macam ni! Mama!"

Tidak kiralah berapa kali dia cuba mengejutkan mamanya supaya sedarkan diri, keadaannya masih sama. Kenyataan tetap tidak akan berubah. Tiara Aileen, sudah mati. Buat selama-lamanya.

Kreak...

"Papa? Duke lapar..."  kata Duke Arjuna sambil menggosok matanya. Sisa kantuk masih terasa. Sejak mamanya tiada di sisi, dia susah untuk melelapkan mata. Dia juga masih tidak boleh terima sepenuhnya akan pemergian mamanya itu.

Tanpa mengetuk pintu dahulu, Duke terus memulas tombol pintu bilik ayahnya. Terkedu. Serta-merta matanya yang terasa mengantuk tadi dibuka luas. 'Permandangan' yang menghiasi kornea matanya ketika ini sungguh menyayat hati seorang Duke Arjuna. Air mata yang bertakung tadi tertumpah jua. Sedaya upaya dia menahan daripada menangis, namun dirinya tidak kuat.

"Apa yang papa buat dengan perempuan tak guna tu! Disebabkan perempuan tak guna tu la mama lari dari rumah sampai kena langgar, kan? Sekarang? Papa bahagia? Bahagia lah dapat bersama perempuan tu? Macam tu?!" herdik Duke Arjuna. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangisan.

"Duke... ni bukan macam apa yang Duke sangkakan. Semua ini salah faham!"  terang Lucas Arjuna dengan wajah yang cuak. Tidak sangka, anaknya akan nampak semua ini.

"Papa diam! Duke bencikan papa!"

Duke Arjuna terus berlari keluar dari rumah agam itu. Sekarang ini, satu tempat saja yang berada di fikirannya, rumah kecil di belakang rumah mereka. Rumah itu terletak agak jauh sebenarnya kerana rumah itu lebih hampir dengan kawasan hutan. Tetapi, di situlah tempat yang selalu menjadi destinasi Duke Arjuna ketika dia bosan atau ada masalah. Tempat di mana Aryan tinggal sepanjang dia berada di UK ini.

Tombol pintu rumah itu dipulasnya lalu dia terus menerpa masuk. Kosong. Ruang tamunya kosong, lalu Duke menyusun langkah ke arah bilik tidur. Malangnya, sama seperti tadi. Kosong.

Di mana... di mana Aryan berada sekarang saat Duke Arjuna memerlukan dia di sisi?
Air mata Duke Arjuna masih lagi mengalir laju. Tidak menunjuakkan tanda-tanda mahu berhenti. Duke Arjuna menyeka air matanya lalu menyusun langkah ke arah dapur.

Tempat di mana Aryan selalu masak makanan kegemarannya ketika mamanya keluar bekerja. Namun segalanya sudah berubah. Tiada lagi Tengku Qayeed Aryan di sini. Dia sudah pulang ke Malaysia. Bagaimana dia tahu? Duke Arjuna tahu, kerana Aryan melekatkan sekeping note pada peti ais.

"Maafkan abang sebab balik ke Malaysia tanpa beritahu Duke dahulu. Sekali lagi, abang minta maaf. Jangan risau, satu hari nanti kita akan berjumpa sekali lagi. Abang janji :) "

"Kenapa? Kenapa abang pun perlu tinggalkan Duke macam ni? Kenapa!"  Malam itu, hanya hujan dan tangisan yang menjadi peneman tidur seorang Duke Arjuna.

"I'm sorry, Duke. Aku tak tahu yang kau ada masalah waktu tu. Kalau aku tahu, aku akan bagitahu daddy yang aku akan duduk UK lama sikit," tutur Aryan, ikhlas. Dia juga agak terkejut apabila mendengar berita tentang kematian Tiara Aileen, wanita yang sanggup menjaga dan melayannya seperti anak sendiri sepanjang dia berada di UK. Tiara Aileen mati pada tarikh yang sama Aryan pulang ke Malaysia. Disebabkan dia tidak mahu menyusahkan keluarga Duke Arjuna, dia membuat keputusan untuk pergi ke lapangan terbang sendiri.

"Kau kejam, Aryan. Kau kejam. Kau abang yang paling jahat aku pernah jumpa!" luah Duke Arjuna. Air matanya yang sudah lama tidak mengalir kembali mengalir semula.

"Ya, aku tahu. Aku abang yang kejam." Aryan melangkah setapak demi setqpak menghampiri Duke Arjuna. Terus, bafan tegap afik angkatnya itu di dakap kemas.

"Maafkan aku. Aku betul-betul menyesal dengan tindakan aku sebelum ni. Aku harap, kau dan aku dapat jadi macam dulu," sambung Aryan lagi.

Pelukan Aryan dibalas Duke Arjuna. Rindu. Rindu sangat dengan abang angkatnya itu. Abang yagmng selalu ada ketika dia perlukan seseorang di sisi.

"Aku dah lama maafkan kau," balas Duke Arjuna sambil tersengih sedikit.

"Woi! Apa ni main peluk-peluk suami orang? Tahu la adik angkat pun tapi jangan nak melebih eh! Aku karate kau dekat sini juga kang!" Memetir suara Laura mencelah sesi melepaskan rindu mereka. Laura menghampiri ke arah Aryan dan Duke Arjuna. Kemudian, dia menolak tubuh Duke Arjuna dengan kasar sehingga lelaki itu terdorong ke belakang.

"Ehem! Ini, aku punya. Yang tu, kau punya! Sedar diri sikit, ya!" marah Laura sambil menundig jari ke arah Aryan, kemudian ke arah Ariesya.

"Eh, kau ni dah kenapa? Sesedap kau aje tolak aku!" Duke Arjuna tidak mahu mengalah. Sengaja dia mangacu penumbuknya supaya Laura berasa takut. Namun, Laura tetap Laura. Dia tidak kisah langsung kalau Duke Arjuna memukulnya. Kenapa? Sebab encik abang kesayangan ada di sisi! Berani nak tumbuk isteri abang amgkat sendiri? Rrrrrr.

"Duke, ni Laura Emilia. Wife aku sekarang ni." Tanpa diminta, Aryan sudah mengenalkan Laura kepada Duke Arjuna. Terlopong luas Duke Arjuna dibuatnya. Patutlah Aryan ada di sini. Adik kepada Ariesya rupa-rupanya isteri kepada abang angkatnya.

"Dah, tak payah nak terkejut sangat. Sekarang ni, aku nak kau srlesaikan masalah kau dengan Ariesya. Kau yang bagi muka dia yang lawa tu lebam kan? Nasib kau adik angkat kesayangan suami aku aje. Kalau tidak, dah lama pisau buah tu mendarat dekat muka kau tahu! Kau nak?" ugut Laura. Pandangan matanya tepat menikam anak mata Duke Arjuna. Telan liur Duke Arjuna dibuatnya.

"Er... I... I minta maaf Ariesya. I akan bertanggungjawab ke atas anak kita dalam kandungan tu dan I akan jadi suami you yang sah," ucap Duke Arjuna. Dia juga turut bersalah dalam hal ini. Kalau dia lebih berhati-hati, pasti benda ini tidak akan terjadi. Namun, nasi sudah menjadi bubur. Mereka pun sudah agak lama bergelar kekasih. Walaupun tidaklah terlalu lama, tetapi cukup untuk mengenal hati budi masing-masing.

"I pun nak minta maaf sebab guna duit you. Banyak tu. Tapi semua tu I bagi dekat pusat anak yatim. Disebabkan pertemuan I dengan seorang budak hari tu, I baru sedar apa yang I buat selama ni salah. I tak pernah bersyukur dengan kehidupan I. Dan mulai saat itu I bertekad untuk berubah. Maafkan I sekali lagi," tutur Ariesya pula. Duke Arjuna hanya tersengih memandang wajah Ariesya.

"Laura..." panggil Datin Aira perlahan.

"Ya, ma?"

"Maafkan mama, sayang. Maafkan mama sebab dah seksa hidup anak mama sendiri. Maafkan mama." Tubuh Laura terus didakap erat. Air matanya tumpah. Air mata kekesalan. Kesal dengan segala perbuatannya dahulu.

"Mama..." Mata Laura mula terasa panas. Tidak sangka, mamanya sudah dapat menerima dirinya. Ya Allah... terima kasih Ya Allah.

"Laura...aku pun nak minta maaf..." Kali ini, Ariesya pula mencelah. Datin Aira dan Laura terus menarik Ariesya ke dalam dakapan mereka. Bertambah banyaklah air mata yang gugur ketika ini.

Bahagia. Akhirnya, Laura dapat merasakan kebahagiaan bersama keluarga setelah sekian lama. Ya Allah...Alhamdulillah.

"Maafkan aku dengan mama, ya?" pinta Ariesya.

"Laura dah lama maafkan mama dengan kak Ariesya," balas Laura sambil tersenyum manis.

Aryan dan Duke Arjuna hanya tersenyum gembira ketika melihat insan yang mereka cinta bahagia.

Semoga, kebahagiaan ini kekal milik mereka.








TBC
So... okey tak bab ni?😂😅kenapa rasa macam laju eh jalan penceritaan tentang Duke Arjuna ni?🙃HAHAHAH nevermind. Just enjoy this chapter dan jangan lupa tekan ⭐ okey?! Semoga kita berjumpa lagi!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro