Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

27

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

"ARIEYSA! Kau nak pergi mana lagi ni? Kau sedar tak diri kau tu dah berubah? Susah sangat nak melekat dekat rumah ni. Kau ni dah kenapa? Kau ada jantan lain pulak ke?" Memetir kuat suara nyaring Datin Aira. Panas saja hatinya ketika ini. Sejak kebelakangan ini, perangai anaknya itu berubah. Dia juga tidak faham apa yang terjadi pada anaknya.

"Mama! Boleh tak mama diam? Ikut suka hati Ariesya la nak pergi mana, dengan lelaki mana sekali pun. Sedikit pun tak kacau hidup mama kan!" jerkah Ariesya lantang, naik turun nafasnya ketika ini. Sudahlah dirinya serabut dengan masalah yang menimpa. Ditambah pula dengan bebelan mamanya yang tidak henti-henti. Bising!

PANG!

"Kau tak payah nak jadi kurang ajar sangat ya, perempuan? Sedar sikit siapa yang lahirkan kau dekat dunia ni. Kalau aku gugurkan kau dulu, kau takkan hidup la! Kau ingat aku tak tahu ke kau bazirkan duit kita ha? Main judi sana-sini. Kau belanjakan semuanya kan! Sekarang kita nak makan apa? Sekarang kita nak makan apa, bodoh!" Jari Datin Aira ditunjal kasar pada dahi Ariesya. Sudahlah pipi Ariesya sekarang ini masih terasa kebas akibat tamparan hebat mamanya tadi.

"Mama ni menyemak la! Arisya benci!" Terus saja tangannya menolak tubuh wanita tua itu sehingga terjatuh. Tanpa menunggu lagi, Ariesya terus mencapai beg tangannya lalu melangkah keluar dari rumah itu. Dia sudah tidak kisah apa yang terjadi pada mamanya sekarang ini, yang penting sekarang, dia mahu berjumpa dengan lelaki itu. Duke Arjuna!









"ABANG, kejap lagi kita pergi rumah mama, nak tak? Lama dah kita tak menjenguk mama tu," cadang Laura. Wajah suaminya di tatap. Tengah makan pun handsome! Macam mana la Laura tak tergoda?

Sudu dan garfu diletakkan perlahan di atas pinggan. Pandangan Aryan sekarang ini beralih ke searut wajah cantik isterinya. Alahai... isteri siapa la yang cantik sangat ni? Rawr!

"Kenapa tiba-tiba nak pergi ni? Takkan rindu kot? Macam pelik je," balas Aryan sambil tergelak kecil. Yalah, hubungan Laura dengan kedua-dua anak beranak itu kan tidak elok. Kalau jumpa, mesti ada saja benda yang nak digaduhkan.

"Auch!" Satu cubitan selamat mendarat di tangan sasa Aryan. Fuh, pedihnya bukan beshe-beshe.

"Abang ingat saya ni kejam sangat ke? Hey, saya pun manusia okey? Saya pun rindu juga nak tengok muka mama sekali-sekala. Last kita bersemuka dengan dia orang pun masa majlis kahwin kita hari itu. Dah dua bulan setengah tahu! So, jom la... kita pergi melawat dia orang. Boleh kan abang?" soal Laura sekali lagi. Matanya dikerdipkan berkali-kali tamda minta simpati. Dia betul-betul mahu berjumpa dengan mama dan Ariesya sekarang ini. Mahu menjernihkan hubungan mereka. Sampai bila mereka harus begini?

"Ye la sayang..." balas Aryan sambil tersengih.

"Eee... thanks abang! Sayang abang ketat-ketat! Muah!" kata Laura sambil menghadiahkan flying kiss.

"Eh...kalau nak kiss, kiss dekat sini. Bukan macam tu. Baru la sweet. Dapat pahala lagi." Tiba-tiba saja Aryan mencelah.

"Ish abang ni! Tak payah nak mengada. Tak cukup lagi ke saya layan abang hari tu? Dah... cepat habiskan makanan tu."








"DUKE Arjuna! We need to talk! Now!" arah Ariesya, lantang. Sebaik saja dia menjejakkan kaki ke rumah agam lelaki itu, terus games room yang menjadi tempat melepak lelaki itu diterpanya. Bilik yang mempunyai pool table dan mini bar memang menjadi tempat kegemaran lelaki itu.

Langkah Duke Arjuna disusun menghampiri gadis dihadapannya. Senyuman sinis terukir di bibir. Tak sangka...perempuan itu masih berani menunjukkan rupanya.

"Yes, darling? What is it?" Wajah Duke Arjuna menghampiri wajah cantik Ariesya. Dapat dirasakan nafas hangat lelaki itu menampar wajah Ariesya. Agak tergoda, tapi maaf. Bukan hari ini. Ariesya tidak akan terjatuh lagi dengan godaan lelaki ini.

"Jangan dekat dengan I. I tak suka." Tubuh Duke Arjuna ditolaknya perlahan. Sekali lagi tindakan Ariesya itu mengundang senyuman sinis seorang Duke Arjuna. Anak mata biru milik Duke Arjuna itu menikam tajam ke dalam anak mata hitam pekat milik Ariesya. Lelaki kacukan British itu memang tampan. Tidak dinafikan, Ariesya sendiri terjatuh di dalam lembah godaan lelaki itu.

"Kenapa you datang ke sini, sayang? Bukan untuk goda I ke?"

"Shut your f*cking mouth Duke Arjuna!" You yang goda I! You yang sentuh I dulu Duke Arjuna! You yang mulakan!" jerkah Ariesya, lantang. Duke Arjuna tergelak kecil.

"Then? What? Itu bukan pertama kali you serahkan tubuh you pada lelaki. I bukan orang pertama yang 'rasa' badan you, Ariesya. Don't blame me." Selamba saja lelaki itu berkata. Dia tidak kisah apa yang terjadi pada Ariesya sebenarnya. Asalkan, dirinya sendiri terasa puas.

PANG!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Duke Arjuna sehingga kepala lelaki itu terteleng sedikit ke tepi.

"I nak you bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Kita kahwin!" Mutiara jernih sudah kelihatan. Dia tidak sanggup untuk tanggung semua ini dengan sendiri. Dia tahu, semua masalah ini berlaku di sebabkan dia. Kalau dia tidak menjual maruahnya dahulu, pasti semua ini tidak terjadi.

"Kau tak guna! Berani kau tampar muka aku!" Duke Arjuna menghampiri Ariesya lalu rambut gadis itu dicengkamnya kasar. Terdongak sedikit wajah Ariesya ketika ini. Dia takut. Dia takut dengan apa yang bakal terjadi pada dirinya nanti.

"Kau ingat aku ni bodoh sangat ke, perempuan? Berpuluh-puluh lelaki yang pernah 'rasa' kau sebelum aku, senang-senag aje kau letak segala tanggungjawab dekat aku. Otak kau dah tak ada ke ha! Dah tak boleh fikir?" Tubuh Ariesya ditolaknya kasar sehingga terhempas ke dinding. Hidung Ariesya yang mula mengalirkan cecair merah tidak dihiraukan. Dia tidak akan tertipu dengan gadis licik itu. Tidak akan sesekali.

"Hey perempuan. Kau ingat aku tak tahu ke kau curi duit aku? Ha? Kau ingat aku bodoh sangat ke! Semua dadah aku yang kau jual tu... mana hilang semua duit tu? Kau guna kan? Kau ni memang bodoh! Sudahlah murah! Layak duduk dalam tong sampah aje!"  Kali ini, tubuh Ariesya pula ditendangnya kasar. Dia tidak kisah. Biarlah perempuan itu nak mati sekalipun, duitnya lebih penting! Habis duitnya sebanyak RM 1.5 juta habis digunakan oleh gadis itu. Dasar perempuan tak guna!

"Duke... I tak tipu... anak dalam kandungan ni... memang anak you. I... I dah lama tak keluar dengan lelaki lain selain you. Tolong... tolonglah percaya..." rayu Ariesya lagi. Namun, Duke masih sama. Dia tetap tidak menghiraukan rayuan gadis itu.

"Leo, kau kurung perempuan ni dalam bilik bawah tanah. Lepastu, pergi cari mak dia," arah Duke Arjuna, tegas. Leo hanya mengangguk lalu menghampiri tubuh Ariesya yang sudah lemah. Dari mula mereka berdua bergaduh lagi, Leo sudah ada di situ. Namun, dia hanyalah pembantu peribadi tuanny. Kemana tuannya pergi, di situlah dia akan memunculkan diri.

Langkah Duke Arjuna terhenti apabila mendapati ada satu tangan yang menahan kakinya daripada terus bergerak. Duke Arjuna mengalihkan pandangannya ke arah gadis itu.

"Jangan...jangan sentuh mama...dia tak bersalah Duke..." rayu Ariesya lagi. Sekalj lagi air matanya gugur. Dia betul-betul tidak mahu mamanya terlibat dengan masalah ini. Ini salahnya sendiri. Dia yang menyebabkan semua ini terhadi. Ya, dia puncanya.

"Too bad, darling. Duit, tetap kena bayar. Kalau tak nak bayar, mati ajelah caranya," tutur Duke Arjuna lalu beredar dari situ.









TING! TONG!

"Siapa pula yang datang petang-petang macam ni?" Lambat-lambat, Datin Aira bangun dari duduknya. Sakit di bahagian belakang masib terasa. Semua ini disebabkan anak perempuannya itu lah!

Kalau bukan disebabkan Ariesya, pasti pergerakannya tidak terbatas seperti sekarang. Huh! Dasar anak derhaka!

TING! TONG!

Sekali lagi loceng rumah ditekan. Sekaligus mengundang kemarahan Datin Aira.

"Tak sabar-sabar betul la! Tak tahu ke aku tengah sakit ni? Kejap!" jerit Datin Aira lantang. Entah dengar ke tidak orang di luar itu.

Tobol pintu dipulasnya, tanpa melihat wajah manusia dihadapannya, terus saja dia menyoal. Seperti dapat mengagak, bahawa di hadapannya ini ialah anak perempuannya, Ariesya. Dah lari dari rumah tu, lari la. Buat apa datang sini lagi?

"Ha, kau nak apa?" Kasar saja nada pertuturan Datin Aira. Matanya masih dipejam, tangannya disilang ke dada.

"Aku tak nak cakap banyak, just ikut aku dan semua benda akan jadi mudah."

Satu suara garau yang menerpa hamwa telinga itu menyentakkan Datin Aira. Terus saja matanya membulat apabila kornea mata dihiasi dengan figura seorang lelaki yang berpakaian serba hitam dihadapannya.

"Ka... kau siapa?! Macam mana kau masuk ke sini? Pak Abu! Pak Abu! Pak...emph!" Tubuh badan Datin Aira ditarik lalu mulut dan hidungan ditutup sengan kain yang mengandungi cecair klorofom. Terus pandangan wanita tua itu berubah menjadi kabur, lalu gelap tidak nampak sebarang cahaya.

"Kan aku dah kata, ikut aku. Kalau kau tak bising tadi tak ada la kau pengsan macam ni. Menyusahkan betul la orang tua ni. Tak pasal-pasal aku kena angkat kau masuk kereta," dengus Leo lalu mengangkat tubuh Datin Aira keluar dari situ.









"KENAPA mesti ayam gepuk? Tiba-tiba aje awak nak masak ayam gepuk dekat rumah mama hari ni. Dekat rumah kita awak tak pernah masak pula," soal Aryan, hairan. Tiba-tiba saja Laura beria mengajak Aryan pergi ke pasar raya Giant untuk membeli bahan bagi memasak menu makan malam hari ini. Pelik.

"Saja la. Lagipun, ayam gepuk ni, menu kegemaran mama tahu! Ha, apa salahnya sekali-sekala saya masak dekat dia?" terang Laura. Aryan sekadar mnegangguk faham.

Setelah mereka selamat memarkir kereta, Aryan menolong Laura mengangkat barang-barang masakkan. Ceria sungguh wajah isterinya ketika memberitahu Aryan bahawa dia mahu masak makanan sedap-sedap buat mama dan kakaknya malam ini. Aryan juga turut gembira melihat wajah isterinya itu.

"Assalamualaikum... eh. Ya Allah, Pak Abu!" Laura yang ternampak tubuh Pak Abu tersandar lemah di pondoknya itu terus menerpa.  Aryan juga tanpa banyak tanya terus mengikuti jejak langkah isterinya.

"Pak Abu... Pak Abu okey tak ni?" soal Laura, seraya menggoyangkan sedikit tubuh tua itu. Wajah Pak Abu sedikit lebam dan tepi bibirnya terdapat sedikit cecair merah yang sudah kering. Nasib baik, Pak Abu tersedar. Badannya yang terasa sakit dibetulkan sedikit gaya duduknya agar berasa selesa. Belakang tengkuk yang terasa sengal digosoknya perlahan.

"Cik Laura? Cik Laura buat apa dekat sini? Suami cik pun ada?"

"Pak Abu, apa yang jadi ni? Kenapa Pak Abu duduk dekat sini? Mama dengan kak Ariesya mana?" soal Laura bertalu-talu. Tiba-tiba saja rasa tidak sedap hati itu menerpa dirinya.

"Ya Allah, Datin! Tadi... tadi ada orang lelaki cari Datin! Pak Abu cuba halang tetapi Pak Abu tak mampu nak melawan dia, cik. Maafkan Pak Abu!" Pak Abu terus menundukkan wajahnya. Dia rasa bersalah. Bersalah kerana tidak mampu melindungi satu-satunya majikannya.

"Pak Abu..." Laura juga turut berasa kasihan dengan keadaan Pak Abu itu. Sudahlah lelaki itu sudah tua. Tidak pasal-pasal perlu menghadap semua ini.

"Pak Abu, angkat kepala tu. Jangan risau, dia orang tak akan buat apa-apa dekat Datin Aira dan Ariesya," celah Aryan yang baru selesai meletak barang di dalam rumah. Sambil-sambil itu, sempat lagi dia memerhati keadaan sekeliling.

"Macam mana abang tahu? Abang yakin ke? Dia orang dalam bahaya tu abang! Kita tak tahu apa yang akan jadi pada dia orang nanti!" Mata Laura yang terasa panas sedari tadi terus mengalirkan cecair jernih. Ya Allah, tolong...tolonglah jangan ambil nyawa mereka berdua lagi. Berikan aku lagi satu peluang untuk menjernihkan hubungan kami sekeluarga.

"Sayang... jangan risau. Abang akan uruskan benda ni," pujuk Aryan, perlahan. Tubuh isterinya ditarik ke dalam dakapan hangatnya. Belakang tubuh badan Laura digosoknya perlahan.

"Abang yakin ke? Abang tahu ke dia orang dekat mana sekarang ni?" Dengan tersedu sedan Laura bersuara. Dia tidak bersedia lagi untuk kehilangan orang yang rapat dengannya. Sejahat atau sebenci mana pun mama dan kakak tirinya terhadap dia, dia tidak kisah. Semua orang pernah melakukan kesilapan dan mereka juga berpeluang untuk membetulkan keadaan itu. Sebab itulah, Laura datang ke sini. Untuk mengeratkan balik hubungan keluarga sesama mereka.

"Ya, abang dah tahu dekat mana. Malam ni juga kita pergi dan selesaikan masalah."






TBC
Haiiiiii! Ada yang rindu author tak? Mueheheheh gurau aje. Maaf ya sebab dah jarang update. InshaAllah, hari ni last saya update sebemum saya hiatus selama beberapa bulan😢 so, stay tuned ya! Maaf kalau bab kali ni tak best dan tak.gempak😷enjoy this chapter! Jangan lupa tekan ⭐ tau! Bye 😆

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro