Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

DENGAN sekali lafaz, Laura Emilia sudah sah menjadi wanita yang halal buat Tengku Qayeed Aryan. Walaupun banyak halangan yang perlu ditempuhi sebelum kedua-dua insan ini disatukan, namun mereka tetap berjaya mengharunginya sehingga sekarang.

"Tak tidur lagi?" sapa Aryan dari belakang. Terhinjut sedikit bahu Laura akibat terkejut. Pandangannya dialihkan ke belakang. Wajah suaminya ditatap lalu satu senyuman manis dihadiahkan.

"Awak nampak saya tengah buat apa ni?" soal Laura kembali. Tangannya disilang, pandangan matanya tidak lekang dari memandang seraut wajah suaminya. Aryan yang duduk di birai katil hanya tergelak kecil.

"Termenung. Kenapa? Masih ingatkan pasal kejadian tadi ke?" soal Aryan. Tangan Laura ditariknya perlahan lalu di bawa duduk di sebelahnya.

Kejadian yang dimaksudkan oleh Aryan tafi ialah kejadian yang paling memalukan buat  seorang insan bernama Laura Emilia. Fuh, kalau diikutkan hati, mahu saja dia bersembunyi di bawah meja ketika itu!

Seusai sahaja akad nikah dilafazkan, para pengunjung menadah tangan bagi memanjatkan kesyukuran kepada-Nya. Tengku Amanda turut mengalirksn air matanya. Akhirnya, saat yang dinanti-nantikan buat anak terunanya yang satu itu tiba jua.

Majlis akad nikah juga dibuat di dewan hotel. Banyak orang-orang yang ternama menghadirkan diri di majlis itu. Semuanya kenalan Tengku Shahrizal. Tetamu yang dijemput juga agak ramai. Suasana di dalam dewan itu sungguh meriah. Tambah-tambah lagi apabila saudara-mara sendiri yang datang. Lagi meriahlah dibuatnya.

"Tahniah Aryan, kahwin juga kau ni. Aku ingatkan sampai ke tua nak single aje," ucap Tengku Riyadh, abang kepada Tengku Amanda. Tengku Amanda mempunyai tiga orang abang kembar. Tengku Riyadh merupakan abang ketiga.

"Amboi, uncle. Uncle ingat Aryan ni tak laku sangat ke?" balas Aryan. Dia juga turut tergelak kecil.

"Uncle tak kata pun kau tak laku. Cuma kau tu je la yang  jual mahal sangat! Ha, nasib la ada juga perempuan yang berjaya buka hati kau tu," seloroh Tengku Riyadh.

"Emilia, jaga Aryan ni elok-elok tahu? Dia ni memang nakal sikit tapi dia ni baik. Ha, kalau nakal dia tu terlebih, bagitahu aje pakcik. Biar  uncle 'sekolahkan' dia balik." Sempat lagi Tengku Riyadh memesan pada Laura.

"Jangan risau pakcik. Kalau dia buat perangai aje, Emilia terus call uncle," balas Laura.

"Eh, kamu berdua ni. Dari tadi mummy cari. Sampai bila nak bersembang tu? Kek tu memang nak biar macam tu je ke? Jadi hiasan? Meh sini potong kek ni. Penat-penat mummy tempah." Suara Tengku Amanda mengalihkan perhatian mereka berdua daripada meneruskan perbualan. Aryan dan Laura terus meminta diri lalu menuju ke arah kek pengantin yang tersedia elok di atas meja berdekatan pelamin.

Mata-mata tetamu terus difokuskan ke arah mereka berdua. Kamera juga sudah tersedia untuk menangkap gambar mereka berdua sebagai kenangan.

Ariesya yang melihat dari jauh sudah tersenyum sinis. Langkahnya diatur menghampiri Laura yang tengah berjalan berpegangan tangan bersama Aryan.

Hampir saja dua insan itu dengan kek pengantin yang setinggi tiga tingkat itu, kaki Ariesya dengan sengajanya menahan kaki Laura sehingga Laura hilang keseimbangan badan.

Semuanya berlaku dengan sekelip mata. Malang sekali, Laura tersadung lalu wajahnya tersembam pada kek. Semua tetamu yang hadir turut terkejut dengan kejadian yang berlaku dihadapan mata.

Tidak cukup dengan itu, baju pengantin yang dipakai Laura juga turut dipijak  Ariesya sehingga terkoyak sedikit di bahagian bawah.

"Emilia, awak okey?"  Aryan pantas menghulurkan tangannya ke arah Emilia lalu menarik Emilia ke dalam dakapannya. Belakang badan isterinya digosok perlahan supaya Laura berasa sesikit tenang. Mata Laura terasa panas. Pipinya mula membahang. Dia malu. Malu apabila semua mata tertumpu ke arahnya.

Selepas beberapa saat Laura berada di dalam dakapan Aryan, Aryan meregangkan sedikit tubuh mereka. Tengku Amanda, Tengku Shahrizal dan Qaisara terus bergegas ke arah mereka.

"Kak Emilia okey? Macam mana boleh terjatuh ni?" soal Qaisara dengan wajah risau. Tisu yang dibawa dihulurkannpada Aryan. Aryan mencapainya lalu mengelap wajah Laura yang comot itu dengan lembut. Dia juga tidak sangka perkara ini akan berlaku.

Tuxedo yang dipakai Aryan juga turut comot ketika dia memeluk Laura tadi. Qaisara menilik sekilas baju yang terletak elok pada tubuh Laura. Di bahagian belakang baju, ada kesan terkoyak namun tidaklah terlalu besar sehingga menampakkan aurat.

"Emilia dengan Aryan, pergi naik atas tukar baju dulu ya? Ada lagi sepasang baju pengantin dekat dalam bilik kamu. Kamu boleh la tukar nanti. Nasib baik mummy bawa spare, tak sangka benda macam ni akan jadi," kata Tengku Amanda. Aryan dan Laura hanya mengangguk lalu membuka langkah untuk keluar dari dewan itu.

"Alahai, cuai betul pengantin perempuan tu. Perempuan macam ni ke yang kahwin dengan anak Tengku? Tak layak langsung!"

Tiba-tiba satu suara mencelah. Siapa lagi kalau bukan Ariesya? Keadaan tetamu yang senyap tadi tiba-tiba berubah bising. Ada yang sudah berbisik sesama sendiri. Disebabkan itu, Laura menjadi semakin malu. Wajahnya hanya menunduk. Tidak mampu untuk menatap mata-mata tetamu di hadapannya.

"Kau ni dah kenapa perempuan? Nak cari pasal ke!" Qaisara sudah mula hilang sabar. Dia pasti, perempuan inilah punca kekecohan ini berlaku.

"Qaisara, behave. Dekat sini orang ramai. Apa pula kata orang nanti bila awak bertindak melulu." Pantas saja tangan Azraeyn menarik tangan Qaisara. Serta-merta pergerakan Qaisara terbantut. Nafasnya ditarik dalam, lalu dihembus kembali.

"Mungkin kau menang kali ini, tapi jangan kau ingat kau akan bahagia kalau buat semua ni," kata Qaisara lalu beredar dari situ. Ariesya dan Datin Aira hanya tersenyum kemenangan. Menjadi juga rancangan mereka untuk menambah 'keseronokkan' di majlis yang penuh gah ini.

"Kenapa awak ingat? Memalukan tahu tak!" Laura menarik muka. Tak nak la tengok muka Aryan sekarang ni! Sedaya upaya Laura melupakan hal itu. Tiba-tiba pula Aryan ingatkan kembali.

Aryan melepaskan tawanya, lalu tubuh Laura ditarik ke dalam dakapannya. Seronok pula bila dapat memeluk gadis yang halal buatnya itu. Rasa bahagia aje.

"Janganlah merajuk. Saya bergurau aje." Tangan Aryan menggosok perlahan belakang badan isterinya lalu ubun-ubun Laura dikucup beberapa kali. Terus tak jadi nak merajuk lama-lama! Pelukan Aryan dibalas kembali. Rasa tenang aje bila dapat peluk macam ni.

"Awak," panggil Laura.

"Hm?"

"Kenapa awak kahwin dengan saya, eh? Macam pelik pula kalau awak kata awak sukakan saya. Sedangkan kita baru kenal aje," luah Laura. Dia pun tertanya-tanya juga. Takkanlah semudah itu saja Aryan jatuh hati padanya?

"Because there is something at me but belongs to you."

Laura meleraikan pelukan mereka lalu memicingkan matanya ketika memandang wajah Aryan.

"Your heart, right? Klise!" jawab Laura lalu menolak sedikit tubuh Aryan kebelakang. Laura naik ke atas katil lalu menyusun bantal-bantal mereka.  Orang serius dia pula buat lawak. Aryan yang memerhati wajah Laura yang berubah cemberut itu hanya tersengih. Dia sudah dapat mengagak itu jawapan yang bakal keluar dari mulut Laura.

"Good try, but no. Wrong answer," balas Aryan lalu tubuhnya dilabuhkan ke atas katil. Lega sedikit tubuh badannya apabila dapat berbaring seperti ini. Dari pagi tadi sehinggalah sekarang, barulah dia dapat peluang untuk bersama dengan katil.

"Eh, habistu apa jawapannya?" Laura yang baru membaringkan badannya, terus bangun semula lalu wajah Aryan itu ditatap dalam-dalam.

"Eh, bukan nak tidur ke tadi?"

"Ah, tak apa la. Kita ber-pillowtalk," balas Laura sambil tersengih. Aryan sekadar menggelengkan kepalanya.

"Ha, cepatlah bagitahu! Apa jawapannya?" Laura menggoyangkan tangan Aryan berkali-kali. Nak tahu juga apa yang dimaksudkan oleh Aryan tadi!

"Tak nak la. Secret," balas Aryan lalu memalingkan tubuhnya ke arah lain. Laura melepaskan keluhan lalu tangan Aryan ditumbuknya perlahan.

"Eee awak ni! Nak kena kan? Cepat la bagitahu! Saya tak nak tidur lagi! Jom ber-pillowtalk!"

"Aduh, sakit la sayang. Jangan la pukul abang macam ni. Sakit tahu tak?" Sengaja Aryan menukar panggilan mereka. Dia tahu, Laura masih tidak bersedia untuk menggunakan panggilan itu. Ya la, selama ini bukan main kasar cara percakapan mereka. Bila tiba-tiba tukar ni rasa pelik pula.

"Eee, mengada la! Cepat la bagitahu, apa jawapannya!" Sekali lagi Laura menumbuk perlahan tangan Aryan.

"Ya, ya. Kejap. Saya nak ambil something dulu." Aryan bangun dari baringnya lalu menuju ke arah meja solek. Laci pada meja solek itu dibuka lalu satu kotak baldu bewarna biru dikeluarkan.

"Apa tu?" soal Laura dengan dahi yang berkerut.

"Nak tahu ke?" soal Aryan sambil menjongketkan keningnya berkali-kali. Sengaja Aryan menguji kesabaran isterinya itu.

"

Nak la! Cepat la bagitahu. Jangan buat orang tertanya-tanya boleh tak?"

"Kalau nak tahu, kena ada syarat. Panggil saya dengan panggilan abang dulu. Boleh?" 

Pandangan Laura terus beralih menikam dalam anak mata suaminya. Memang sengajakan suaminya ini? Aish!

"Tak nak! Saya tak ready la!" bantah Laura.

"Okey, kalau macam tu. Sayang pun tak ready la nak tahu apa benda dalam kotak ni, kan?" Aryan terus menyimpan kembali kotak baldu bewarna biru itu.

"Eee, awak ni! Mana aci macam tu!"

"Kalau macam tu, tukar la panggilan dulu. Baru la seronok sikit nak dengar."

Laura mendiamkan diri. Nampaknya, suaminya ini betul-betul tidak mahu mengalah. Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga melakukannya kalau ingin tahu tentang isi di dalam kotak itu.

Nafasnya ditarik dalam sebelum dihembus perlahan. Ah, bersedia atau tidak, dia perlu lakukannya!

"Abang, saya nak tengok apa dalam kotak tu, boleh?" Dengan suara yang sehabis lembut, Laura menuturkan ayatnya. Pantas saja Aryan mengeluarkan kembali kotak baldu bewarna biru itu. Senyuman di wajah Aryan juga tidak lekang. Suka sungguh dengan panggilan tang disebut oleh isterinya tadi.

"Ha, macam tu la isteri abang. Meh sini, abang nak bagi reward," kata Aryan lalu duduk di belakang Laura.

"Tutup mata dulu. Jangan menipu tahu!"

Laura sekadar menurut. Matanya dipejam rapat sambil menantikan apa yang bakal dibuat oleh suaminya.

"Okey done! Buka la mata tu."

Sebaik sahaja Laura membuka mata, terus matanya disapa dengan rantai yang elok berada di lehernya. Matanya berkaca. Lidahnya kelu. Rantai itu, rantai yang dia pernah berikan pada seseorang 8 tahun yang lalu.

"A... apa semua ni? Macam mana abang ada rantai ni?" Laura mengalihkan tubuhnya menghadap si suami. Pandangan matanya yang berkaca bertemu dengan mata Aryan yang setia memandangnya.

"Ni la apa yang abang maksudkan tadi. Something at me that belongs to you," ucap Aryan perlahan namun dapat ditangkap oleh Laura.

"Jadi, selama ni... abang la budak lelaki tu? Lelaki yang teman saya malam tu? Lelaki yang menari dengan saya malam tu?" soal Laura bertalu-talu. Dia tidak sangka bahawa dia akan bertemu kembali dengan lelaki itu. Lelaki yang tanpa sengaja telah mencuri hatinya dalam diam.

"Yes. And start from that moment, I fall for you."

"Aaa kenapa abang tak bagitahu awal-awal? Abang nak tahu tak saya pun dah terjatuh hati dekat abang?" luah Laura lagi. Perlahan-lahan tubuh Laura didakap Aryan. Aryan rasa, sekarang ni dia sudah tahu apa habit  yang dia suka buat selepas ini. Peluk isteri sendiri lama-lama.

"Hey, kenapa sayang menangis? Abang ada buat sayang terasa ke?" Aryan meleraikan pelukan lalu terus wajah isterinya ditilik.

Laura tergelak kecil lalu menggeleng.

"Bukan la. Saya menangis sebab terharu la. Tak sangka abang simpan lagi rantai ni," ujar Laura. Air matanya yang jatuh dipipi Aryan seka. Comel aje wajah isterinya ketika menangis. Kali ini, dia sudah dapat menyeka tangisan isterinya. Tidak lagi seperti dulu.

"Mesti la simpan! Jodoh abang punya kut!"

"Eleh, klise la abang ni! Dah, jom tidur. Dah lewat ni." Laura terus membaringkan badannya. Begitu juga dengan Aryan yang baring di sebelah isterinya.

Aryan mengulum senyuman nipis.

"Good night, sayang."

"Good night too, abang."









TBC
Fuh, kahwin juga. Nampaknya, boleh la author hiatus dengan tenang, kan?😂 Macam biasa, jangan lupa tekan ⭐ tau!🙈


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro