25
"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."
"MUMMY! Ayid nak kahwin!"
Tanpa memberi salam, Aryan terus menerpa masuk ke dalam rumahnya. Tengku Shahrizal dan Tengku Amanda yang sedang menjamu selera itu beralih pandangan ke arah anak teruna mereka yang satu itu.
"Mummy, Ayid nak kahwin! Kalau boleh, esok juga Ayid nak kahwin! Ayid dah bawa bakal isteri ni!" kata Aryan teruja, seraya mengangkat tangan Laura yang digenggamnya sedari tadi.
"Eh, hey! Lepas la dulu tangan saya ni. Malu la! Lagipun, kita bukan halal lagi nak pegang-pegang ni!" marah Laura dalam nada yang perlahan. Tak sopan pula kalau tinggikan suara di hadapan orang tua.
Aryan mencebik.
"Berlapik kan? So, tak apa," balas Aryan acuh tak acuh. Laura pula sekadar menjeling. Nak marah lebih-lebih, tak boleh pula.
"Ehem, mummy dengan daddy tak kisah kalau Ayid nak kahwin esok. Kahwin hari ni pun daddy bagi green light. Masalahnya sekarang ni, kamu dah jumpa ke dengan keluarga Laura?" soal Tengku Shahrizal. Pandangannya tajam melihat seraut wajah anaknya.
"Perlu ke? Dia orang tu keluarga tiri aje. Layan Emilia pun nak tak nak." Sekali lagi Aryan membiat muka. Malas sebenarnya nak hadap dua makhluk asing terlepas ke bumi itu. Bukannya reti cakap elok-elok. Asyik menyinga saja! Tambah-tambah si Ariesya tu. Lagi la Aryan tak suka.
"Ayid, keluarga tiri atau tak, dia orang masih bergelar keluarga. Tak sopan la pula kalau ambil anak orang, tapi tak beritahu mereka. Nanti Ayid pergi jumpa, ya? Ha, dah. Sekarang ni jom makan. Disebabkan kau orang ni la sesi makan daddy dan mummy terbantut."
Aryan sekadar mendiamkan diri. Kalau daddy berkata-kata, susah sikit nak bantah. Aura daddy ni lain macam sikit dari mummy. Tutur kata yang lembut, tapi tegas.
Laura yang perasan akan perubahan wajah Aryan itu sekadar tersenyum kecil. Alahai, bila Aryan dengan keluarga, lain betul perangai.
LANGKAH Aryan terhenti, menyebabkan langkah Laura turut terhenti sama. Laura menoleh ke kiri bagi melihat wajah Aryan. Jelas kelihatan wajah lelaki itu betul-betul tidak suka apabila mereka menjejakkan kaki di sini.
"Awak tak nak pergi ke? Nak patah balik?" soal Laura, prihatin. Kalau Aryan tidak mahu berjumpa dengan ibu dan kakak tirinya, Laura tidak mahu memaksa. Fia tidak kisah sebenarnya.
Aryan memandang Laura. Dia berfikir sejenak. Kalau dia tidak berjumpa dengan ibu dan kakak tiri Laura nanti, daddy tak bagi kahwin pula!
"Ayid , ingat pesan daddy. Masa jumpa dengan dia orang nanti pastikan senyum. Maniskan muka tu. Jangan tunjuk muka macam nak minta kaki. Tahu? Kalau Ayid tak nak jumpa dia orang tak apa. Daddy okey aje. Tapi, daddy tak akan bagi Ayid kahwin dengan Emilia."
"Nak jumpa bakal keluarga mertua pun tak berani, ada hati nak ambil anak orang? Ha, fikir-fikirkanlah ya? Kalau dia orang tak suka kamu ke apa, kamu buat tak tahu aje. Daddy tahu, mesti susah sikit dia orang nak terima kamu. Ya la. Emilia pun dia orang layan lebih kurang. Apatah lagi kamu? Hati tu, kena kental sikit. Sabar. Jangan bertindak melulu."
"Jom, masuk dalam," putus Aryan seraya menarik tangan Laura.
Laura hanya menbuntuti dari belakang. Apabila tiba di hadapan pintu pagar, Laura menegur Pak Abu lalu menyuruh lelaki tua itu untuk membuka pintu.
Pada mulanya, Pak Abu membantah. Ini semua kerana Datin Aira tidak suka kalau Laura dan Aryan datang ke rumah mereka untuk membuat kecoh. Nasib baik Pak Abu membuka juga pagar rumah itu selepas mendengar niat Laura dan Aryan datang ke mari.
"Assalamualaikum." Salam diberi, lantas kedua-dua orang manusia itu meloloskan diri ke dalam rumah.
"Wah-wah... tak sangka, pembunuh ni berani tunjukkan muka ya?" Bagai pisau yang tepat menusuk jantung, kata-kata yang meluncur laju dari mulut Ariesya itu tepat terkena pada hati Laura. Sinis sekali pandangan Ariesya terhadap Laura ketika ini.
"Kau nak tahu tak? Disebabkan kau, sumber pendapatan aku tercantas tahu? Kenapa la Mikael juga yang perlu mati? Menyusahkan orang betul la perempuan macam kau ni! Tak pasal-pasal aku kena cari lelaki lain." Sambung Ariesya lagi. Tangannya disilang ke dada. Matanya tepat memandang Laura. Sempat lagi dia menjeling ke arah Aryan sambil tersenyum sinis.
Aryan sudah mengepal penumbuknya. Perempuan ini kalau tidak mencari masalah memang tidak sah, kan? Kalau ikut kan hati, mahu saja Aryan menumbuk wajah Ariesya yang perasan bagus itu. Tetapi, niatnya itu terbantit sebaik sahaja Laura menarik baju Aryan sedikit. Serta-merta niatnya tadi terbatal. Terus dia teringat tentang niatnya datang ke sini.
"Aku malas nak cari gaduh apatah lagi masalah. So, boleh tak kau dan mak kau duduk dekat ruang tamu ni macam keluarga bahagia dan bincang elok-elok?" cadang Aryan seraya mengukir senyuman nipis. Walaupun hakikatnya kelihatan kekok, Aryan tidak kisah. Asalkan dia senyum sepertimana daddy mahukan.
"Heh. Berbincanglah sangat. Apa benda la yang penting sangat tu?" Ariesya menyusun langkah turun ke bawah. Sebelum itu, sempat lagi dia memanggil Dayin Aira supaya turut turun bersama.
"Ha, apa yang kau nak ni? Nak cari pasal lagi?" Kasar saja tutur bicara Datin Aira. Namun, Aryan tetap bersabar. Senyuman masih dikekalkan di wajahnya. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus.
"Aku datang sini sebab nak bagitahu yang aku nak berkahwin dengan anak kau."
"Oh, ya? Baguslah. Ambil saja perempuan murah dan jijik ni. Sedikit pun aku tak kisahlah! Kalau dia mampus terus lagi bagus! Aman sikit hidup!" kata Datin Aira. Kata-kata yang agak pedas kedengaran itu mula menguji kesabaran Aryan. Namun, sedaya upaya dia menahan.
"Aku nak jemput kau orang datang majlis akad nikah dan bersanding kita orang. Tapi, aku tak nak paksa. Kalau nak datang, datang. Tak nak, sudah. Aku tak kisah. Asalkan, aku dan dia kahwin," putus Aryan.
Ariesya mula mengukir senyuman sinis. Tiba-tiba saja otaknya mengeluarkan idea bernas. Pantas dia membisikkan sesuatu di telinga Datin Aira. Mendengar saja hal itu, Datin Aira juga mula tersenyum penuh makna.
"Sebelum tu, mesti la kena ada duit hantaran, kan?" soal Datin Aira.
Laura dan Aryan memandang sesama sendiri. Seperti dapat meneka apa yang wanita tua ini fikirkan.
"Ya. Kau nak tentukan berapa harga ke? Aku tak kisah." Dengan wajah yang tenang, Aryan menjawab.
"Kalau macam tu, aku nak letakkan beberapa syarat. Semua duit hantaran tu nanti, aku dan Ariesya punya. Kau, perempuan. Tak boleh ambil sikit pun duit tu. Kau dah dapat lelaki kaya. Takkan tak cukup lagi kan? Jangan risau. Tak banyak pun. RM 500,000 aje. Lagi satu, setiap bulan kau sebagai menantu yang baik, kau kena masukkan duit ke dalam akaun bank kami RM 5000," ujar Datin Aira sambil tersenyum sinis. Okey la kan? Bukan dia mintak berjuta pun?
"Mama!" Laura terus bangun dari duduknya. Banyak tu. Kesian pula Aryan nanti.
Aryan pantas menarik lengan Laura yang berlapik agar duduk semula. Agak melampau permintaan Datin Aira dan Ariesya itu. Namun, demi menghalalkan wanita yang bertakhta di dalam hatinya itu, apa pun dia sanggup lakukan.
"Okey, deal."
Ariesya dan Datin Aira sudah tersenyum kemenangan. Kalau macam ini setiap bulan, kayalah mereka nanyi. Tanpa perlu lakukan apa-apa, duit akan masuk setiap bulan! Seronoknya hidup!
"Okey, tu je kan? Kau orang dah boleh balik kot? Oh, pasal majlis akad nikah kau orang nanti, mungkin aku akan pergi. Ya lah. Adik sendiri nak kahwin kan? Nak juga aku turut sama rasa kebahagiaan kau orang," ucap Ariesya.
Aryan dan Laura hanya mendiamkan diri. Malas mahu membalas kata-kata Ariesya. Sekarang ini, senang sedikit hati Aryan selepas bersua muka dengan mereka. Dah boleh kahwin tanpa penghalang! Ini yang ditunggunya!
"Bye!" Selepas kedua-dua manusia itu keluar dari rumah, pantas saja tangan Ariesya menutup pintu. Senyuman lebar sudah terukir.
"Kau ni dah kenapa senyum macam orang gila?" tegur Datin Aira.
"Senyum macam orang gila? Sampai hati mama! Ariesya ni cantik tahu?" kata Ariesya sambil mengerdipkan matanya berkali-kali. Acah comel.
Datin Aira mencebik bibir lantas menolak sedikit wajah anaknya itu.
"Kau ni betul ke nak pergi majlis dia orang tu? Kalau ikutkan aku, malas la. Buang masa aje! Baik duduk rumah, layan drama!"
"Eh, mama ni! Bosan la kalau asyik duduk rumah aje. Hidup ni kena la ada keseronokkan sikit. Baru la best! Mama bayangkan, kalau kita pergi majlis akad nikah dan bersanding yang grand gila dan penuh dengan VIP macam tu, lepas tu kita tambah sedikit 'keseronokkan' dalam majlis tu! Fuh, mesti gempak kan!" Mata Ariesya sudah bersinar.
Dalam fikirannya ketika ini sudah dapat membayangkan apa yang bakal berlaku. Bertambah tidak sabarlah dia.
"Erm, betul juga cakap kau ni kan? Kalau macam tu, aku pun nak pergi la majlis tu. Bukan senang nak tengok free show kan?"
Kali ini, kedua-dua mereka memandang sesama sendiri. Senyuman sinis sudah terukir di bibir masing-masing. Hati mereka sudah tidak sabar untuk menunggu hari itu tiba. Laura Emilia, kalau kau fikir kau sudah bahagia, memang kau silap.
TBC
Okey, firstly, sorry tau kalau tak best dan pendek dan lambat update. Lagi satu, author nak cakap....mungkin lepas ni memamg jarang gila author dapat update. Sebab author masih bergelar student. So, semestinya sibuk lah kan? Hehhe sorry tau! Tapi jangan risau, Insha Allah author akan usaha jugak untuk habiskan cerita ni! So, stay tuned! Heheh jangan lupa tekan ⭐ tau! Bye!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro