Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

24

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

PAP!

Ketukan kuat pada meja itu menyentakkan Azraeyn. Hampir tersedak air dibuatnya. Pandangan Azraeyn terus terarah pada wajah gadis dihadapannya. Cemberut betul muka gadis itu hari ini. Dari seminggu lepas lagi, wajah ini la yang ditatapnya setiap kali bersua muka.

"Kenapa ni awak? Dari seminggu lepas muka awak asyik masam mencuka je. Period eh?" Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Azraeyn bersuara.

Soalan yang keluar dari mulut Azraeyn itu hanya dibalas dengan jelingan tajam. Apa pula tanya soalan tu dekat tempat public ni? Aish!

"Mana ada!"

"Habis tu? Kenapa muka tu? Dah lupa macam mana nak senyum ke lepas Adania jadi isteri orang ni? Jealous? Nak kahwin sekarang ke?" soal Azraeyn bertalu-talu. Soalan yang tidak masuk akal itu menyebabkan Qaisara mencubit lengannya dengan kuat.

Orang nak jumpa dia untuk hilangkan stress. Ini tidak. Buat kepala orang lebih serabut ada la!

"Gatal eh dia tu. Qaisara bagitahu mama kang!"

Azraeyn melepaskan tawa.

"Orang bergurau je la. Ha, baru reti nak bersuara. Tadi senyap aje. Awak ada masalah ke?"

Qaisara memandang Azraeyn, lalu satu keluhan dilepaskan.

"Awak... macam mana sekarang ni? Kak Emilia dah reject abang. Lepas tu, siap mengelak lagi. Salah ke apa yang saya buat hari tu?" luah Qaisara.

Hatinya sekarang ini dilanda perasaan bersalah terhadap dua-dua pihak. Rasa bersalah terhadap abangnya kerana cinta di tolak. Rasa bersalah terhadap Laura kerana mungkin luahan perasaan abangnya itu membuatkan gadis itu tertekan lalu mengelak dari Aryan.


"Okey, first kenapa awak suruh abang awak confess dekat Emilia?" soal Azraeyn.

"Sebab saya nampak, abang dengan kakak tu dua-dua sama suka. Tapi yamg peliknya kenapa kak Emilia reject abang! Ish, tak masuk akal betul la!"

"Haih, itu la. Awak suruh abang confess salah masa. Awak tahu kan Emilia baru menghadapi satu kejadian yang agak mengejut dalam diri dia? Bekas suami sendiri mati di depan mata. Mestilah Emilia terkesan dengan peristiwa tu," terang Azraeyn panjang lebar.

Qaisara tunduk menekur lantai. Jari-jemarinya dicubit sesama sendiri.

"Tapi, saya nak tengok sangat dia orang naik pelamin sekali! Abang tunggu cinta pertama dia 7 tahun kot. Takkan nak biarkan macam tu aje?" Qaisara tidak mahu mengalah. Walau apa cara sekali pun, dia tetap akan satukan Aryan dan Laura!

"Awak ada idea ke nak satukan mereka?"

Qaisara sudah tersengih. Idea baru tiba-tiba muncul dalam kepala.

"Erm, rasanya kali ni... kak Emilia mesti susah nak reject abang!"







"CIK Laura?"

Senyap, tidak berjawab.

"Cik Laura?" Sekali lagi Athirah memanggil bosnya itu. Namun hampa, Laura masih tenggelam dalam lamunan dan dunia yang dia sendiri cipta. Athirah juga hairan dengan sifat bosnya itu. Ingatkan, selepas pergi bercuti, bosnya akan kembali seperri asal.

PAP!

"Cik Laura! Saya panggil ni!" Kali ini, Athirah meninggikan suaranya. Siap tepuk meja lagi. Kalau tak dengar juga ni, nampaknya mahu tidak mahu, dia perlu membawa Laura ke hospital bagi membuat pemeriksaan telinga. Mana tahu ada masalah dengan deria pendengaran yang satu itu?

"Ya? Awak panggil saya ke, Athirah?" soal Laura kembali sebaik sahaja dipanggil sebegitu.

Athirah menepuk dahinya. Hai la... kalau macam ni setiap hari, mahu habis suaranya.

"Cik, lelaki tu datang lagi. Dia nak jumpa cik. Cik tak nak jumpa dia ke? Setiap hari dia datang tahu?"

Laura menggigit bibir. Lelaki yang dimaksudkan oleh Athirah itu ialah Aryan. Ya, setiap hari Aryan datang ke butik untuk berjumpa dengannya. Namun, setiap kali Aryan datang itu la yang Laura mengelak dengan memberikan alasan.

"Awak cakap dekat dia, saya sibuk. Banyak lagi kerja yang perlu saya siapkan."

Athirah sekadar mengangguk. Sejujurnya, dia juga penat menipu Aryan. Berkali-kali Laura memberi alasan, namun tetap sama. Dia akan datang juga bagi berjumpa dengan Laura.

"Maaf, ya. Cik Laura kata dia sibuk. Banyak kerja lagi yang dia perlu selesaikan. Saya harap, awak faham," kata Athirah dengan nada yang sopan. Dari pandangannya terhadap Aryan, dia dapat mengagak bahawa lelaki itu menyimpan perasaan terhadap bosnya. Kesian pula dia melihat Aryan yang pulang tanpa berjumpa buah hati.

"Oh, ya ke? Terima kasih, ya. Maaf mengganggu," ucap Aryan sambil mengukir senyuman nipis sebelum keluar dari butik itu.

Athirah mengeluh seketika. Agak-agak, lelaki itu akan datang ke butik tak esok? Sudah 9 hari lelaki itu datang ke sini. Tetapi, sekali pun Laura tidak keluar berjumpa dengannya.




SESEKALI, Athirah menjenguk ke luar butik. Namun hampa, kelibat lelaki itu juga tidak kelihatan. Mungkin, pada hari kesepuluh lelaki itu sudah berputus asa? Selalunya, waktu-waktu macam inilah lelaki itu datang munculkan diri.

"Apa yang awak tengok tu, Athirah? Dari tadi saya perasan awak jenguk dekat luar tu. Ada apa?" soal Laura yang baru keliar dari bilik stor yang menempatkan stok baju-bajunya. Buku catatan yang berada pada genggaman diletakkan di atas meja lalu punggungnya dilabuhkan di atas kerusi.

"Eh, tak ada apa-apa la. Saja je jenguk dekat luar tu. Mana tahu ada kucing comel? Saya kan suka kucing," jawab Athirah acuh tak acuh. Langkahnya diaturkan ke arah Laura.

"Cik Laura... saya nak tanya sikit, boleh?"

Laura yang tadinya leka membelek design baru bajunya terus mengangkat muka memandang Athirah.

"Awak nak tanya apa?"

"Er... saya tanya ni, cik jangan marah tahu?"

"Tengok la dulu. Kalau soalan awak tu mengundang kemarahan saya, saya akan marah juga tanla sengaja," jawab Laura sambil tersengih sedikit. Kata-kata Laura itu membuatkan Athirah meneguk liur. Aish, seram pula.

" Kenapa cik tak nak jumpa dengan lelaki tu? Cik ada masalah ke dengan dia?" Soalan yang keluar dari mulut Athirah itu menyentakkan Laura. Dia juga tidak faham dengan dirinya ini. Mengapa dia mengelak daripada berjumpa Aryan?

TING!

"Akak!" Jeritan separa kuat itu mengalihkan perhatian Laura dan Athirah. Mereka berdua memandang sosok tubuh gadis yang berlari-lari ke arah mereka dengan wajah tang cemas.

"Qaisara? Kenapa ni? Kenapa berlari ni?" soal Laura bertalu-talu. Tubuh Qaisara dihampirinya.

"Akak... abang... abang... dia..." Qaisara berhenti seketika. Nafasnya yang tercungap-cungap tadi cuba ditarik perlahan agar dirinya sedikit tenang.

"Abang kenapa Qaisara?" Laura juga turut berasa risau. Melihatkan keadaan Qaisara yang tidak terurus itu menimbulkan tanda tanya dalam dirinya.

Athirah yang tidak tahu apa-apa hanya menunggu kata-kata Qaisara. Tidak silapnya, Qaisara ini merupakan adik kepada lelaki yang selalu datang ke butik ini. Jadi, 'abang' yang di maksudkan itu... lelaki itukah?

"Abang nak bunuh diri! Dia kata dia kecewa sangat sebab kakak tak nak jumpa dengan dia!"

Bagaikan ada satu panahan yang tepat mencucuk hatinya, Laura kaku. Tak akanlah... disebabkan dirinya, orang yamg dia sayang bakal meninggalkan dunia ini lagi?

"Qaisara... abang... dia dekat mana?" soal Laura tergagap-gagap. Matanya sudah terasa panas. Dalam hatinya tidak putus-putus berdoa agar Aryan tidak membuat benda gila.

"Dia ada dekat pejabat dia!"

"Qaisara, jom ikut akak. Tunjukkan jalan nak pergi pejabat dia. Cepat! Awak, Athirah, tolong jagakan butik masa saya tiada ni. Okey? Qaisara, jom!" Tangan Qaisara pantas ditariknya. Kunci kereta dan tas tangannya dicapai. Dengan lafaz bismillah, dia memecut laju pacuan empat roda itu menuju ke destinasi yang dituju.





KAKINYA laju saja diatur ke arah bilik kerja Aryan. Nama dan pangkat yang tertera pada pintu bilik itu menunjukkan bahawa itu bilik yang dicarinya sedari tadi. Tombol pintu dipulas, dengan harapan dia belum terlambat untuk menyelamatkan nyawa yang dia sayang.

Kosong. Bilik itu... tiada orang! Lagi tak keruan Laura sekarang ini. Di mana Aryan sekarang? Di mana!

Laura keluar dari bilik itu, lalu menuju ke arah salah seorang pekerja yang berada di tingkat searasnya.

"Maafkan saya, saya nak tanya, mana CEO syarikat ini berada sekarang?" soal Laura kepada salah seorang pekerja wanita di situ.

"Oh, kalau awak cari Tuan Aryan, dia dalam meeting room 1..."

"Okey, terima kasih!" Tanpa mendengar ayat pekerja wanita itu sehingga habis, Laura terus berlari untuk mencari bilik yang  dikatakan tadi.

Meeting room 1

Tanpa melengahkan masa, Laura terus menerpa bilik itu. Tombol pintu dipulasnya lalu dia terus meloloskan diri ke dalam.

"Tengku Qayeed Aryan! I love you, so please... please jangan bunuh diri awak!" Jerit Laura sekuat hati dengan mata dipejam rapat.

Senyap. Suasana di dalam bilik itu, senyap! Tolong... tolong jangan kata yang dia sudah terlambat.

Matanya dibuka perlahan. Dengan perasaan bercampur baur, dia kentalkan juga dirinya untuk melihat suasana di depan mata.

Sebaik sahaja matanya dibuka, Laura mendapati setiap pasang mata yang berada di dalam bilik itu, tertumpu ke arahnya. Matanya juga sempat menangkap wajah Azraeyn yang sedang duduk di meja barisan hadapan dan juga wajah Aryan yang sedang berdiri berhadapan dengan skrin projektor.

"Ehem, mesyuarat kita sampai di sini saja. Kalau ada apa-apa masalah, boleh tanya direct terus kepada saya," kata Aryan, sekali gus mengalihkan perhatian semua orang di dalam bilik mesyurat itu.

Semua orang mengemas barang lalu keluar dari bilik mesyuarat itu kecuali Aryan dan Azraeyn. Semasa Raisya berjalan di sebelah Laura, sempat lagi dia mengukirkan senyuman nipis. Lauraa hanya membalas senyuman itu dengan senyuman kekok. Malu tentang hal tadi masih belum hilang.

"Ada apa-apa yang Qaisara terlepas ke?" Tiba-tiba suara itu mencelah. Sempat lagi Qaisara melambaikan tangan ke arah Raisya ketika terserempak dengannya.

Azraetn menepuk dahi. Sah, ini merupakan idea gila kekasihnya. Laura terus menghampiri Qaisara lalu terus pipi pau Qaisara itu dicubitnya kuat.

"Aduh! Sakit la kak!" Qaisara menggosok perlahan pipinya yang terasa kebas. Mesti pipi paunya ini sudah merah! Eee!

"Qaisara tipu akak, eh? Eee nak kena tahu budak ni? Malu akak!" luah Laura. Gila kau tak malu. Semua pandang dirinya dengan pandangan yang pelik. Mesti orang ingat dia orang gila!

"Eh, malu-malu pun. Akhirnya akak boleh jujur dengan perasaan sendiri juga! Betul tak abang?" Qaisara mengerdipkan matanya berkali-kali.

"Ehem, ya kot?" Malu-malu Aryan menjawab. Telinganya sedikit memerah. Hai la... siapa aje yang tak malu dan gembira bila buah hati meluahkan rasa cinta juga?

"Elelele... malu la tu! Ha, apa lagi? Dua-dua dah ungkapkan rasa cinta. Jadi, tak lama lagi Qaisara boleh la dukung baby!" kata Qaisara dengan teruja.

"Itu pun kalau Emilia setuju," bisik Aryan perlahan. Namun, sempat Laura menangka apa yang Aryan katakan tadi.

"Hei, kalau saya sanggup confess depan semua orang tadi, masih belum kira saya setuju ke?"

Aryan memandang wajah Laura. Gadis itu juga membalas pandangannya.

"Jadi, betul la ni? Kau setuju nak kahwin dengan aku?" Sekali lagi Aryan menyoal bagi mendapat kepastian.

"Kalau awak tak nak, saya boleh aje tarik balik!" Laura menjelir lidah ke arah Aryan. Boleh tak jangan tanya banyak? Orang tak habis malu lagi ni!

Aryan sudah tersengih lebar. Terus tubuh Azraryn didakapnya.

"Azraeyn! Aku dah nak kahwin, weh! Tak sabarnya rasa! Alhamdulillah! Terima kasih ya Allah!" ucap Aryan dengan syukur. Azraeyn hanya membalas pelukan sahabatnya itu. Dia juga tumpang gembira dengan kegembiraan sahabatnya. Sekarang, dia bila lagi?









TBC
Kenapa author rasa macam pelik je bab ni?😂hahahahha biarkan. Lagi satu, alahai readers. Jangan la rasa bersalah dengan Mikael. Author pulak rasa bersalah sebab matikan dia macam tu🤣 patutnya korang kena kesian dekat Aryan sebab kena reject! HAHAHAH okey, so... hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2020. Author doakan semua readers author dapat menjalani kehidupan pada tahun 2021 dengan lebih baik daripada tahun ini.😊

Ha, jangan lupa tekan ⭐ tu! Hehehe. Nak update tak esok? Hehehe. Tapi tak janji tau!🤫🤭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro