
23
"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."
KERTAS yang berada di tangan Laura itu dilepaskan lalu gadis itu mengesot ke tepi, memeluk lutut dan wajahnya disembamkan.
Setiap bait yang tercatat pada surat itu diingat kembali. Serta merta, hatinya dilanda perasaan sebak.
Dear, my lovely wife.
Ceh. 'My lovely wife' sangat. Macam la dia nak baca nanti. Actually... aku pun tak tahu kenapa aku tulis benda alah ni. Mungkin untuk mengubat perasaan? Mungkin.
Hari ni, dah masuk sebulan 15 hari dia keluar dari rumah ni. Siapa dia? Sudah semestinya, isteri aku.
Laura Emilia.
Sebaris nama yang tak pernah hilang dari fikiran aku. Sebaris nama yang tak pernah jemu untuk aku sebut. Sebaris nama yang cukup indah yang pernah hadir dalam diri aku. Sebaris nama dan satu-satunya nama yang meniti di bibir aku saat aku melafazkan akad nikah.
Sayang, aku rindu kau. Sangat. Sampai aku sendiri tak tahu nak buat macam untuk hilangkan rasa rindu ni. Aku tahu, aku salah. Macam-macam aku buat dekat kau. Aku seksa kau, aku kongkong kau. Aku sedar, apa yang aku buat tu, salah.
Tapi, aku tak boleh lepaskan kau. Sebab aku sayang. Sayang yang melampaui batas. Sayang sehingga aku sendiri tak mampu berfikir macam mana kalau kau tak ada nanti. Sayang yang boleh membiatkan aku tidak berfikiran waras. Yes, that's it.
Weird, right? Yeah, I know.
That's why, orang tak suka dekat dengan aku. Termasuk family sendiri. Dia orang pun buang aku dari keluarga. Sebab apa? Sebab aku, anak yang bermasalah. Tak pernah nak ikut cakap orang. Psiko. Gila. Itu aku.
But, one day. I found a girl with such a beautiful smile. She gave me her hand for me to keep strong. Always be there whenever I need her. Always shed my tears. Always make me laugh without getting tired. And start from all of that, I realise that...
I love her.
Disebabkan aku cintakan dia, aku lepaskan dia. Walaupun dalam hati aku menjerit, supaya aku tak lepaskan dia. And start from that moment, I realise that her love is not for me anymore. :')
Qistina Ariesya. Walaupun dia kawan aku, tapi aku tahu. Dia kawan dengan aku sebab harta semata-mata. Dia sendiri tak dapat terima aku macam mana isteri aku terima aku. Tapi, aku tak nak blame dia sebab tu. Instead, I would like to thank her. Without her, maybe... I can't found the love of my life. Tch, cliché.
Fuh, panjang juga aku merapu dalam kertas kosong ni, kan? Membazir dakwat pen dan kertas je.
Before I end this random thing, I would like to say something.
Sayang, abang rindu sayang. Sangat-sangat. I want to hug you like we always do. Stare at each other before we fell asleep. Do everything together. Yeah, I miss all of it. Very much.
If you met someone else, someone who can turn your tears into a beautiful smile, I want to say that... I hope, you will be happy. Ever after. Happy until your last breath. Okey, dear? Promise me, okey?
You deserve better, sayang. I know you love him. Jadi, jangan segan-segan ungkapkan perkataan cinta pada dia. Sebab aku sendiri nampak, dia pun cintakan kau.
Last but not least, happy birthday and I love you, dear.
From,
Uwais Mikael.
Laura kembali mengangkat wajah. Air mata yang mengalir ke pipi laju diseka. Nafas ditarik dalam.
Beberapa kertas yang berada di atas katil itu kembali dicapainya dengan perasaan sebak. Setiap bait perkataan yang tertera pada kertas itu dibacanya.
Last appointment with Dr Sandra, pakar psikiatri.
13 February 2019
Kali terakhir aku berjumpa dengan Dr Sandra dan dia kata kesihatan mental aku dah baik. Aku pun tak perlukan rawatan daripada dia lagi. And that make me happy. So damn much! Gotta see my lovely girlfriend soon. :)
Uwais Mikael.
"Awak... maafkan saya, sebab tak dapat nak jaga awak dengan baik. Kenapa awak rahsiakan benda ni dari saya? Kenapa!" Laura mencengkam cadar katilnya. Air mata dibiarkan jatuh ke pipi.
Jujur, dia sendiri tidak tahu bahawa Mikael mempunyai masalah mental. Kalau dia tidak ke bilik yang menjadi tempat pembunuhan buat Mikael, sudah pasti dia tidak akan tahu tentang hal ini buat selama-lamanya.
Bukan kertas seperti ini sahaja yang Laura jumpa, malah pil penenang juga banyak di dalam bilik itu.
Menyesal. Menyesal sebab dia tidak memberikan sepenuh perhatian pada suami sendiri semasa dia hidup. Disebabkan dia, orang yang dia pernah sayang sebelum ini mati. Disebabkan dia, orang yang dia sayang sebelum ini sengsara dan hidup dalam derita.
Uwais Mikael, satu-satunya lelaki ysng sanggup menerima dirinya walaupun dia tidak sempurna.
"Abang, maafkan Laura... Terima kasih juga sebab sudi cintakan Laura sehingga nafas terakhir abang."
"CIK Laura? Cik Laura okey ke?" soal Athirah, prihatin. Sejak kebelakangan ini, Athirah perasan perubahan bosnya itu. Laura banyak termenung. Athirah juga tidak tahu punca Laura tidak datang menjenguk butik ini selama tiga hari. Ada masalahkah?
"Eh. Er... ya, saya okey," balas Laura lalu mengukirkan senyuman nipis.
Kring!
"Selamat da... eh, Qaisara?"
Sebaik sahaja wajah Laura memenuhi kornea mata, pantas saja Qaisara menerpa ke arahnya. Tubuh kecil itu didakapnya.
"Kak Emilia! Akak rindu Qaisara tak?" Pelukan dileraikan lalu tangannya memegang ke dua-dua belah bahu Laura.
"Mesti la rindu! So, macam mana? Best tak duduk dekat rumah tu seorang diri?" soal Laura, sengaja. Walhal, dia sendiri sudah tahu apa jawapan yang bakal keluar dari mulut gadis itu.
Wajah Qaisara sudah bertukar cemberut. Kak Emilia ni memang sengaja kan tanya macam tu?
"Ish, akak ni. Tahulah sekarang orang tinggal sorang-sorang. Tak best la! Tak ada peneman. Tapi tak apa, Qaisara rasa lepas ni Qaisara duduk dengan mummy dan daddy je. Jimat sikit duit. Dan semestinya, tak sendu la nanti kena tinggal," jawab Qaisara.
"Qaisara datang sini, seorang diri je ke?"
"Tak ada la. Budak ni datang dengan aku." Tiba-tiba satu suara garau mencelah perbualan mereka. Serta-merta jantung Laura berdegup hebat. Eh, jantung ni. Dah kenapa laju sangat?
"Budak ni datang sini ada hajat. Tak pasal-pasal, aku pun dia seret juga datang ke sini." Sambung Aryan lagi. Qaisara sudah tersengih-sengih.
"Qaisara datang sini sebab apa?" soal Laura lalu memandang tepat ke arah Qaisara.
"Bagus, akak tanya! Qaisara sebenarnya nak ajak kak Emilia, abang Ayid dan Azraeyn pergi Kedah. Panjat Gunung Jerai! Jom la akak! Best tahu!" ajak Qaisara, teruja. Matanya sudah membulat.
Sudah lama dia tidak melakukan aktiviti seperti ini. Disebabkan sendu yang melampau kerana Adania sudah berkahwin, Qaisara pun mulalah fikir aktiviti macam-macam.
Laura berfikir sejenak. Perlu ke dia pergi? Sudahlah dia baru masuk kerja minggu ini. Kesian pula Athirah mahu menguruskan butik ini seorang diri. Wajah Athirah dipandang sekilas. Kebetulan pula, Athirah juga memandang ke arahnya.
"Cik Laura pergi je la bercuti dengan dia orang. Jangan risau, saya akan tengok-tengokkan butik ni. Ada bagusnya juga untuk Cik Laura mengambil cuti. Bukan selalu nak cuti untuk hilangkan stress ni. Rugi kalau Cik Laura tak pergi, tahu?" Panjang lebar Athirah berkata.
Serentak dengan itu, Qaisara menunjukkan ibu jarinya tanda 'thumbs up'. Nasib baik ada orang sokong. Pandai juga kak Athirah ini berkata-kata.
"Perlu ke?" Laura masih berfikir. Jari telunjuknya diletakkan pada dagu.
"Ala... pergi aje la... please... kak Emilia?" rayu Qaisara berkali-kali siap dengan pakej mata dikerdipkan supaya kelihatan comel lagi. Aryan yang memandang telatah adiknya juga sudah menggelengkan kepala berkali-kali. Kenal sangat dengan perangai Qaisara yang suka memaksa itu. Kalau kita tolak, tak sampai hati pula. Tambah-tambah lagi apabila Qaisara buat muka seperti itu. Comel tahu?
"Erm... rasa macam tak menarik aje..." kata Laura lagi. Sengaja mahu melihat reaksi Qaisara bagaimana. Dia memang suka mengusik budak itu.
"Akak... jangan la cakap macam tu! Mana-mana temlat yang ada Qaisara, mesti menarik punya! Jom la... tak kesian ke dekat Qaisara yang kena tinggal sorang-sorang dalam rumah tu? Bosan tau?" rengek Qaisara lagi. Kali ini siap mulut dimuncungkan lagi. Sekali tengok macam itik dah.
Laura melepaskan tawa. Alahai, Qaisara. Comel aje muka macam itik pun.
"Jangan risau, la. Akak pergi punya! Orang baru usik sikit, dah tarik muncung sedepa, ya?"
"Mana ada! Akak ni pandai-pandai je kata dekat orang!" bantah Qaisara.
"Eh, betul apa Emilia cakap? Muka kau tu memang ada iras itik la. Itik yang terpinggir ke ni?" Kali ini, Aryan pula mencelah. Bab nak sakitkan hati orang ni memang dia nombor satu.
Satu jelingan tajam Qaisara hadiahkan.
"Abang ni memang nak kena kan? Huh. Malas nak layan. Kak Emilia, kita pergi Kedah lepas solat Jumaat tahu! Hari Sabtu pagi baru kita meneroka Gunung Jerai tu. Qaisara dah tempah resort dekat sana! Cantik! Nanti, kita start turun dari resort then naik balik. Malam tu pula, kita buat barbeque! Eee tak sabar!" ujar Qaisara teruja. Tak sabar betul nak luangkan masa bersama-sama nanti!
"Amboi, teruja betul! Okey, kalau macam tu balik nanti akak nak kemas barang siap-siap. Esok pun dah hari Khamis. Jadi, eloklah akak kemas malam ni. Qaisara pun jangan lupa kemas barang-barang tahu!"
"Okey, no problem! Bye akak! Jumpa hari Jumaat ni!" kata Qaisara lalu melambai tangan ke arah Laura sebelum keluar dari butik itu.
"Apa la yang kau excited sangat ni Qaisara?" soal Aryan sebaik sahaja keluar dari butik itu. Qaisara menoleh ke arah abangnya, lalu satu senyuman lebar terukir di wajah.
"Mesti la excited! Qaisara nak suruh abang confess dekat Kak Emilia malam Ahad tu! Confirm, kak Emilia terima punya la!" seloroh Qaisara, teruja. Dia sudah membuat rancangan dengan teliti. Pasti, Laura akan tersentuh dengan sisi Aryan yang romantik itu nanti!
Aryan teguk liur. Biar betul adiknya ini?
"Weh. Kau... kau biar betul? Kalau aku kena reject macam mana? Malu weh!"
"Aish. Tak akan punya! Just believe in me! Okey abang?"
"QAISARA, kau yakin ke dia akan terima aku? Kalau aku kena reject macam mana?" Buat kesekian kalinya, Aryan menyoal soalan sama. Boleh berdarah telinga Qaisara ini mendengar soalan yang sama meiti di bibir abangnya. Tak ada soalan lain ke? Tanya warna apa yang sesuai untuk majlis perkahwinan ke. Bagus juga!
"Haih, abang Ayid kesayangan Qaisara... boleh tak stop tanya soalan sama? Kalau abang ikut rancangan Qaisara, mesti kak Emilia terima abang punya! Mula-mula, abang bagi la bunga dekat dia. Qaisara dah siap tempah dah! Cantik tahu? Lepas itu, abang confess la dekat dia macam dalam skrip yang Qaisara bagi tu. Mudah kan? Semudah ABC," kata Qaisara bangga. Dia yakin, rancangannya pasti berjaya!
"Ergh... ya la!"
Figura seorang wanita yang elok duduk di pondok berhampiran kolam itu diperhatinya dari jauh. Air liur diteguk. Boleh percaya ke Qaisara ni?
Bunga yang dia bagi pun Aryan tidak bawa bersama. Skrip yang panjang lebar itu apatah lagi. Memang tak la Aryan nak confess ikut skrip tu. Aryan baca pun loya anak tekak. Macam mana la reaksi Laura nanti bila dia baca skrip tu? Entah-entah muntah terus kot?
Nafas ditarik dalam lalu dihembus. Rileks, Aryan. Kau boleh. Just be yourself and everything will be okay.
Dengan lafaz bismillah, Aryan beranikan untuk melangkah menghamliri gadis yang menjadi pujaan hatinya dalam diam. Satu-satunya gadis yang sudah lama mencuri hatinya selama tujuh tahun itu.
"Ehem, boleh aku duduk?"
Laura yang terdengar deheman dari arah tepinya menolehkan kepala. Wajah Aryan yang tidak jelas kelihatan akibat lampu jalan yang terhalang oleh dirinya itu dipandang.
"Yeah... sure," balas Laura lalu tempat duduk disebelahnya ditepuk beberapa kali.
"Kenapa tak tidur lagi? Dah lewat kan?" Aryan memulakan bicara. Sebenarnya, dia sendiri tak tahu nak cakap apa. Pandangan Laura sekarang ini lebih fokus ke arah kolam renang dihadapan mereka. Angin malam yang dingin itu membuatkan mereka berdua terbuai dalam suasana yang nyaman itu.
"Tak mengantuk. Kau? Kenapa tak tidur lagi?" soalan sama diajukan pada Aryan.
"Sama macam kau. Tak mengantuk lagi."
Senyap.
Masing-masing diam tidak berkutik. Pandangan mereka terarah pada kolam renang itu. Sesekali, mereka mendongak sedikit kepala bagi melihat bintang-bintang dilangit. Walaupun suasana padam malam itu cukup dingin, namun bukan penghalang bagi kedua-dua insan itu untuk menikmati keindahan alam pada malam ini.
"Cantik kan bintang tu? Walaupun tak nampak dengan jelas, tapi kita tahu yang bintang tu cantik. Betul tak?" Aryan menoleh ke arah Laura, untuk mendengar jawapan.
"Betul tu. Bintang-bintang ni memang tak pernah menjemukan aku daripada memandangnya," balas Laura pula sambil tersenyum nipis.
"Tapi kan. Kau nak tahu tak apa yang lebih cantik dari bintang-bintang tu?"
Pandangan Laura beralih ke arah Aryan.
"Bulan?"
"No."
"Then, what is it?" tanya Laura sambil keningnya dikerutkan. Aryan hanya mengukir senyuman nipis.
"It's you," jawab Aryan, pendek. Namun, jawapan itu sudah membuatkan Laura terpampan. Wajahnya mula membahang. Malu.
"You're kidding right?"
"No. I know we've always been a good friends, but I think I should tell you that lately I've been thinking about more than just friendship."
"Happiness seeps into me when you're around, Emilia. Without invitation, without notice, joy finds me. Being around you is being alive, it's breathing, it's home." Sambung Aryan lagi. Matanya tapat menikam anak mata hazel gadis itu.
"I love you, Laura Emilia. I want you to be my future and live in happiness together until my last breath."
Kali ini, Laura betul-betul mati kata. Nafasnya seolah-olah tersekat. Jantungnya seperti berhenti berdegup. Serta-merta, kematian Mikael menjengah difikirannya. Kematian orang yang dia sayang disebabkan salah dirinya sendiri. Matanya mula terasa panas.
"Aku..." Aryan masih setia menunggu jawapan yang bakal keluar dari mulut Laura.
"Aku tak boleh terima perasaan kau!"
Aryan terkesima. Hatinya seolah-olah hancur jatuh berderai. Lidahnya kelu. Tubuhnya kaku.
"Aku kotor, Aryan. Aku bekas pelacur. Kau nak ke perempuan kotor macam aku jadi isteri kau? Kau nak ke?" soal Laura. Matanya yang berkaca dipandang tepat ke arah Aryan. Hatinya meronta-ronta supaya jujur dengan diri sendiri. Tetapi akalnya pula sebaliknya. Berkali-kali akalnya menyalahkan diri sendiri atas apa yamg berlaku pada Mikael. Dia tidak mahu, disebabkan dia, Aryan pula akan menerima nasib yang sama. Dia tidak bersedia.
"Apa yang kau cakap ni, Emilia? Kau bekas pelacur atau tidak, itu semua perkara yang lepas! Semua orang tak sempurna, Emilia! Kenapa kau perlu cakap macam tu? I love you, because it is you! Nobody can change it! " bantah Aryan. Kedua-dua belah bahu Laura dicengkamnya. Matanya tajam menikam anak mata hazel yang berkaca itu.
"Kau tak faham aku, Aryan! Aku sendiri jijik dengan diri aku, apatah lagi kau! Dan satu lagi, aku tak suka kau. Jadi, tolong jangan paksa aku untuk terima diri kau," balas Laura, lalu menepis sedikit tangan Aryan yang menyentuh bahunya.
Laura terus bangun dan meninggalkan Aryan terpinga-pinga di situ. Air mata yang ditahan sedari tadi tumpah jua. Sungguh, dia sendiri buntu. Dia cintakan Aryan, tetapi dalam masa yang sama, dirinya sedaya upaya menepis perasaan cinta itu supaya perkara yang sama berlaku pada Mikael, tidak berlaku kepada Aryan.
Dia tidak sanggup untuk melihat orang lain sengsara kerana dirinya.
"I love you too but I'm too scared of losing you."
TBC
Fuh, panjang ya chapter ni. Maaf sebab tak update. Tiba-tiba tak ada idea dan hilang motivasi diri😅btw, enjoy this chapter dan jangan lupa tekan ⭐ tau! Thanks!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro