22
"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."
DARI tadi telefon pintarnya berdering tanda minta dijawab. Akhirnya, petang baru Laura berkesempatan mahu memegang telefonnya itu. Maklumlah, hari ini hujung minggu. Jadi, butiknya agak sibuk sedikit dari biasa.
Skrin telefonnya di pandang sekilas. Unknown number? Nombor siapa?
Nombor telefon itu didail. Agak pelik sebenarnya bila nombor yang tidak di kenali cuba menelefonnya berkali-kali.
Tut.
"Hello?" Panggilan telefonnya diangkat, lalu dia memulakan bicara dahulu.
"He... hello? Laura?" panggil talian di sebelah sana. Laura terpampan seketika lalu skrin telefonnya dipandang sekali lagi.
"Mak Timah? Nombor telefon mana Mak Timah pakai ni?" soal Laura, curiga. Setahunya, nombor telefon Mak Timah sudah dia simpan di dalam telefon ini.
"Er... ini... nombor telefon rumah, Laura. Telefon Mak Timah hilang. Mak Timah tak ingat letak di mana," terang Mak Timah. Mikael yang berada di belakang Mak Timah ketika itu sudah tersenyum sinis.
Apa yang dikatakan oleh Mak Timah tadi hanyalah satu penipuan. Mikael sudah merampas telefon Mak Timah dari dirinya bagi mengelak daripada Mak Timah menelefon polis. Kalau tidak, hancurlah rancangannya! Orang tua ini pun bukan boleh dipercayai sangat!
"Oh... Mak Timah ada apa call Laura ni? Ada apa-apa yang Laura boleh tolong?" soal Laura, lembut. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi berdekatan.
"Laura... kaki Mak Timah terseliuh tadi. Nak bangun pun susah. Ini pun digagahkan juga berjalan sampai ke ruang tamu sebab nak telefon kamu," luah Mak Timah dengan suara yang kedengaran sayu.
"Ya Allah, Mak Timah! Mak Timah okey? Teruk ke terseliuh tu? Mak Timah dah bagitahu Mikael ke belum?" Dengar saja cerita Mak Timah, terus Laura bangun dari duduknya. Terkejut dengan cerita Mak Timah tadi. Mesti bertambah teruk kecederaan kaki Mak Timah. Sudahlah wanita itu sudah lanjut usia.
"Tuan tak ada. Mak Timah call tadi pun tak dapat. Laura... boleh tolong bawa Mak Timah pergi ke klinik tak? Kaki Mak Timah dah semakin teruk ni. Sakit sangat..." rayu Mak Timah lagi. Mikael pula sudah tersenyum lebar sehingga ke telinga. Bagus juga orang tua ini berlakon. Walaupun lembab tapi berguna.
"Ya Allah... okey, Laura pergi dekat Mak Timah sekarang. Mak Timah jangan banyak bergerak tahu! Nanti kaki tu semakin sakit. Tunggu Laura tahu!" arah Laura sebelum panggilan dimatikan.
Sebaik sahaja panggilan itu dimatikan, Mikael dan Mak Timah memandang sesama sendiri. Satu senyuman lebar Mikael hadiahkan.
"Bagus, Mak Timah! Macam ini lah Mikael sayang! Hari ini, Mak Timah berehat saja, ya? Kita pesan makanan dekat luar saja," kata Mikael seraya menggosok kedua-dua belah bahu orang tua itu. Mak Timah sekadar mendiamkan diri.
Sejujurnya, hatinya sekarang ini dilanda dengan perasaan bersalah. Disebabkan penipuan dia, Laura bakal menghadapi sesuatu yang buruk lagi. Ya Allah... maafkan Mak Timah, Laura...
Mikael mencapai pistol dibelakang seluarnya lalu diacu tepat ke arah kepala perempuan tua itu. Mak Timah terkaku setelah mendapati bahawa ada sesuatu dibelakang kepalanya ketika ini.
"Tu... tuan nak buat apa ni?" soal Mak Timah tergagap-gagap. Air liur ditelan kasar.
"Well... kau ingat aku ni bodoh sangat ke? Aku tahu la kau cuba rakam semua benda yang aku buat sekarang ni. Kau sembunyikan kamera tu belakang pasu, kan?"
Mak Timah terdiam. Tidak sangka, cepat betul rahsianya terbongkar. Apa yang bakal terjadi pada dirinya nanti?
"Heh, kau ni tetap bodohkan? Aku dah bagi peluang kau hidup tapi sayangnya kau sia-siakan. Jadi..."
Klak. Kedengaran picu ditarik. Serentak dengan itu air mata Mak Timah mengalir ke pipi. Ya Allah... adakah ini pengakhiran hidupnya?
Bom!
"Kau pun akan mati."
KERETA Myvi milik Laura diparkir berhadapan dengan rumah Mikael. Perlahan-lahan dia keluar dari perut kereta itu. Nafas ditarik dalam, cuba untuk menenangkan dirinya itu.
Fuh, rileks Laura, Mikael tak ada dekat rumah. Sekarang pun baru pukul 6 petang. Dia bukan selalu balik awal. Jadi, kau tak perlu takut atau risau. Desis hati Laura.
Dengan lafaz bismillah, Laura memberanikan dirinya untuk menghampiri rumah itu. Rumah yang pernah didiami olehnya itu.
Pintu pagar tidak tertutup. Mungkin, Mak Timah sudah membuka pintu pagar itu awal-awal lagi sebelum kehadirannya. Tanpa melengahkan masa, Laura mengetuk pintu rumah itu diselangi dengan salam.
Diam. Tidak berjawab. Mungkin Mak Timah ada di dalam rumah, cuma dia tidak mendengar suara Laura itu. Akhirnya, Laura memutuskan untuk memulas tombol pintu itu.
Ternyata, pintu rumah juga tidak dikunci. Laura terus memboloskan dirinya ke dalam rumah dan sengaja membiarkan pintu rumah itu terbuka. Bukan apa, senang untuk perhatikan sama ada Mikael sudah pulang atau belum.
Kreak... Bum!
Tiba-tiba pintu itu terhempas kuat. Terhinjut bahu Laura akibat terkejut dengan bunyi kuat tadi. Laura memerhatikan sekelilingnya. Gelap. Senyap. Perasaan seram sejuk dan takut mula menyinggah diri.
"Ma... Mak Timah?" panggil Laura perlahan. Langkahnya diaturkan perlahan-lahan menuju ke arah ruang tamu untuk mencari suis lampu.
"Mak Timah?" Sekali lagi Laura memanggil, namun tiada sebarang sahutan. Nasib baik, suis lampu itu sudah dijumpai Laura. Pantas saja Laura menekan suis lampu agar lampu bernyala.
"Hai, sayang. Miss me?"
Suara garau yang menyapa halwa telinga itu terus membuatkan badan Laura menjadi kejung. Kaku. Entah mengapa, kepalanya mahu menoleh juga ke arah suara itu. Badannya sudah berpeluh. Takut.
Kelihatan, Mikael sedang duduk di atas sofa sambil menghadap ke arahnya dan kaki di silangkan. Wajah Mikael juga dihiasi dengan senyuman sinisnya, sekaligus menambahkan rasa gerun di hati.
"Kenapa muka terkejut sangat tu? Hm? Tak gembira ke bila dapat berjumpa dengan suami kesayangan sayang ni?"
Mikael bangun dari duduknya lalu melangkah menghampiri Laura yang masih kaku tidak bergerak itu. Tubuh badan Laura sudah menggigil hebat. Namun, kakinya tidak dapat bergerak.
"Ma... mana Mak Timah! Apa yang awak dah buat pada Mak Timah tu?" soal Laura, tegas. Sedaya upaya menyembunyikan rasa gerun yang menguasai diri.
Mikael tersenyum nipis. Wajahnya didekatkan dengan wajah Laura. Tangannya naik mengelus pipi Laura.
"Mak Timah kesayangan sayang tu..."
Mikael memerhatikan segenap wajah Laura. Tangannya masih mengelus pipi Laura itu. Senyuman sinis terukir.
"Mana dia!" Laura menepis tangan Mikael dengan kasar. Matanya mencerlung tajam ke arah Mikael. Nafasnya naik turun menahan sabar.
"Main kasarkan kau ni! Perempuan tua tak guna tu dah mati! Aku bunuh dia tadi sebab dia cuba hancurkan rancangan aku! Puas hati?" jerkah Mikael. Pandangannya pula tajam menikam seraut wajah Laura.
Laura terkedu. Mati kata. Matanya mula terasa panas. Mak... Mak Timah... mati? Ini... ini tak mungkin! Baru tadi aku bercakap dengan dia melalui panggilan telefon!
"Awak tipu! Mana Mak Timah! Mana dia! Saya nak jumpa dia!" Tubuh Mikael dipukul kuat oleh Laura. Terus kedua-dua belah tangan Laura itu dicengkam oleh Mikael. Tersedu-sedan gadis itu menahan tangisan.
"Kau duduk senyap-senyap boleh tak! Aku kata dah mati, dah mati la! Kau pun akan jadi macam dia kalau tak dengar cakap aku! Faham?" Sekali lagi Mikael mengherdik Laura. Rambutnya diraup kasar.
"Awak nak apa lagi dengan saya? Awak nak apa lagi, Mikael! Tak cukup ke awak seksa saya selama ini? Tak cukup ke?" soal Laura dengan tangisannya. Air mata yang ditahan sedari tadi tumpah jua. Hatinya tidak dapat menerima lagi kenyataan yang baru diketahuinya tadi. Dia terlewatkah? Sebab diakah orang yang dia sayang mati?
"Ergh! Kau diam la perempuan! Aku nak kau jadi milik aku, jadi kau kena jadi milik aku selamanya! Kau diam sebelum aku apa-apa kan kau!"
Pang!
Satu tamparan kuat berjaya mendarat di pipi kanan Mikael. Tertoleh sedikit kepala Mikael akibat tamparan kuat itu.
"Kenapa awak ni! Apa yang awak tak faham lagi? Saya bukan milik awak lagi, Mikael. Saya bukan isteri awak lagi!"
"Heh. Bukan milik aku? Jadi... aku akan jadikan kau milik aku!" Mikael terus mengangkat tubuh badan Laura lalu naik ke tingkat atas. Laura yang meronta-ronta agar dilepaskan itu tidak dihiraukan.
Pintu bilik dibuka lalu tubuh Laura dihempaskan ke atas katil. Gari yang berada di atas meja lampu dicapai. Terbuntang mata Laura saat melihat benda yang berada pada genggaman Mikael itu.
"A... apa yang... awak nak buat ni Mikael?" soal Laura terketar-ketar. Mikael mencarik senyuman sinis. Kedua-dua belah tangan Laura ditarik kasar kemudian digari pada kepala katil. Kaki Laura juga turut diikat kemas pada hujung katil supaya pergerakam Laura terbatas.
"Aku akan jadikan kau milik aku."
"Argh!"
BUAT sekian kalinya, nombor Laura itu didail. Namun tetap sama, tidak berjawab. Perasaan risau sudah timbul dalam diri. Ke mana gadis itu menghilangkan diri? Di butik juga kelibat gadis itu tidak kelihatan.
Akhirnya, Aryan memutuskan untuk menelefon adiknya. Mana tahu kalau Qaisara tahu di mana Laura berada sekarang?
"Hello?"
"Hello, Qaisara. Aku nak tanya sikit ni. Kau tahu tak mana Laura pergi?" soal Aryan, straight to the point.
"Ha? Agak-agak la abang nak tanya aku pun. Aku dekat Terengganu kot. Mana nak tahu. Dia ada dekat rumah dia kot. Okeylah. Aku sibuk ni. Adania minta tolong aku gubah hantaran dia pula. Sorry, abang. Nanti kita call lagi. Bye!"
Tut.
Panggilan dimatikan. Serentak dengan itu Aryan melepaskan keluhan kecil. Mungkin betul cakap Qaisara. Mungkin Laura berada di rumah sekarang dan mematikan telefonnya. Maklumlah, seharian penat bekerja.
Disebabkan Aryan tidak mahu mengganggu, akhirnya dia memutuskan untuk pulang ke rumah ibu bapanya. Sudah lama dia tidak menjenguk mummy dan daddy kesayangannya itu. Ada elok juga dia pulang ke sana hari ini.
CAHAYA mentari yang menikam mata Laura itu menyebabkan dia tersedar dari dunia mimpi. Perlahan-lahan matanya dibuka, lalu matanya memerhati sekeliling.
Tiba-tiba matanya terbuntang luas. Ini... ini bukan rumahnya! Bagaimana... bagaimana dia boleh berada di sini? Pakaian... mana pakaian aku!
"Sayang dah bangun?" Suara garau itu menyapa dari belakang. Serentak dengan itu Laura terus menarik comforter agar menutup keseluruhan auratnya yang terdedah.
Sebaik sahaja mendengar suara itu, dia terus teringat tentang apa yang berlaku malam tadi. Matanya mula bergenang. Nafasnya naik turun. Gigi diketap geram.
"Puas? Kau puas ke sekarang ni!" jerkah Laura. Matanya masih mencerlung tajam ke arah lelaki yang elok mengukirkan senyuman puas terhadapnya. Jijik. Dia jijik dengan lelaki itu.
"Kau puas ke sekarang, syaitan!" Laura mencapai botol berisi air di atas meja sebelahnya lalu dibaling ke arah Mikael. Habis basah comforter dan baju Mikael itu setelah terkena air. Mikael hanya ketawa. Suka melihat keadaan Laura sekarang ini. Dirinya terasa puas! Perempuan ini memang sengaja mencabar dirinya.
"Kau ni memang nak kena!" Mikael memanjat katil. Tubuh Laura didekatinya. Penumbuk juga sudah dikepal kemas. Badan Laura sudah bergetar hebat. Matanya dipejam rapat. Tidak sanggup untuk melihat apa yang bakal berlaku pada dirinya nanti.
Bum!
"Berani kau sentuh dia, aku tak akan teragak-agak nak bunuh kau sekarang ni!"
Pergerakan Mikael terbantut. Begitu juga dengan Laura. Dia juga turut terkaku apabila mendengar suara seseorang yang memecah masuk bilik mereka sekarang ini.
Siapa... siapakah dia?
Mikael turun dari katil lalu menuju ke arah manusia yang sedang berdiri tegak di hadapan pintu biliknya itu. Matanya memandang manusia itu dari atas ke bawah.
Laura pula pantas mencapai bajunya yang bersepah di atas lantai. Lantas dia memakai bajunya itu di bawah comforter.
"Tak sangka... hero kau datang, kan Laura?"
Laura memanggung kepalanya sebaik sahaja mendengar ayat yang keluar dari mulut Mikael itu. Hero? Aryankah?
"Kau ni memang gila, kan?" soal Aryan sambil menyilangkan tangannya ke dada.
"Heh. Aku... memang gila!" Penumbuk pantas dihayunkan ke wajah Aryan. Namun, Aryan pantas mengelak dari serangan itu. Tangan Mikael dicengkamnya lalu dia menendang perut lelaki itu sehingga dia terduduk.
"Kau ingat benda macam ni dapat menghalang aku ke? Setakat kena tendang dengan kau... aku pun tak rasa sakit la!" provok Mikael. Aryan hanya tersengih menampakkan giginya.
"Oh, ya? Kau ingat kau boleh lepaskan diri ke? Rumah kau sekarang ni dah dikepung oleh pihak polis. Tak ada tempat lain lagi kau boleh lari. Kau dah kalah," ujar Aryan dengan tenang.
"Pihak polis pun dah jumpa balik semua mayat-mayat yang kau dah bunuh tu. Dia orang dah ada bukti yang cukup kukuh untuk humban kau ke dalam penjara. Jadi, sedarlah. Kau memang tak akan menang," sambung Aryan lagi.
Mikael bangun, lalu dia ketawa besar. Aryan dan Laura mula memandang lelaki itu dengan wajah yang pelik. Sudah kenapa dengan lelaki ni?
"Aku tak kisah pun sama ada aku kalah atau menang. Yang pentingnya sekarang ini..." Mikael berlari ke arah hujung biliknya lalu minyak tanah dicapainya. Terbuntang mata mereka berdua saat melihat minyak di tangan Mikael itu.
"Aku dan perempuan ini akan bersama selamanya!" Mikael menarik tangan Laura lalu minyak tanah itu dituangnya. Kedua-dua mereka dilumur oleh minyak itu sekarang.
Mancis dikeluarkan dari kocek seluar. Tersenyum lebar Mikael saat api pada mancis itu sudah bernyala. Mata Laura dan Aryan terbuntang luas. Biar betul lelaki ini?
"A...awak nak buat apa ni? Tolong... tolong lepaskan saya!" rayu Laura. Air matanya sudah mengalir membasahi pipi.
"Shh... sayang... jangan menangis ya? Tak lama lagi, kita akan bahagia bersama-sama... selamanya! Hahaha!"
"Jangan... buat benda gila!" jerkah Aryan, lantang. Lelaki ini... memang betul-betul tidak waras!
"Apa? Tak dengarlah! Kau kata apa tadi?" provok Mikael, sengaja mahu menaikkan marah lelaki itu.
"Kau!" Aryan mengepal penumbuknya. Otaknya ligat memikirkan cara untuk melepaskan Laura dari cengkaman lelaki psiko itu.
"Tiga..." Mikael mula membuat kiraan sebelum dia melepaskan mancis yang sudah menyalakan api itu ke bawah.
"Dua..." Mikael tersenyum lebar. Suka! Suka melihat wajah Aryan yang ligat memikirkan cara untuk menyelamatkan buah hatinya itu. Kau ingat aku tak tahu ke kau simpan perasaan dekat Laura? Sekarang, biar dua-dua orang tidak dapat! Puas hatinya!
"Satu!" Mancis di tangan Mikael dilepaskan. Api sudah marak naik ke tubuhnya. Laura sekadar memejamkan matanya. Rapat. Tidak sanggup mahu melihat apa yang bakal terjadi pada dirinya. Kalau ini merupakan saat terakhir untuk dia melihat dunia, dia akan redha dan berdoa di dalam hati agar Allah mengampunkan segala dosanya.
"Open your eyes, dear. Everything is okay. You are safe now," ujar Aryan perlahan, cuba menenagkan gadis itu. Perlahan-lahan Laura membuka matanya. Wajah Aryan disebelah dipandangya. Matanya bergenang. Bersyukur. Itu yang dia rasakan ketika ini.
Aryan membawa Laura ke bilik air dan meyuruh gadis itu menukar pakaiannya di sana. Nasib baik, sebelum Mikael menjatuhkan mancis itu ke bawah, dia sempat menarik Laura dengan kuat lalu membalut badan Laura yang dilumurkan minyak itu dengan comforter.
Malangnya, Mikael tidak dapat diselamatkan. Badannya hangus dijilat api. Rentung.
Pihak polis yang perasan akan api di tingkat atas itu bergegas naik ke atas untuk mencari punca kebakaran. Kebakaran yang berlaku tidak terlalu besar kerana minyak tanah itu tidak tersebar ke tempat lain.
Api dipadamkan lalu mayat Mikael di bawa turun dan untuk ke hospital bagi menguruskan pengebumian mayat. Begitu juga dengan mayat-mayat yang lain. Laura sempat melihat mayat Mak Timah buat kali terakhir sebelum mayat itu dihantar ke hospital juga.
"Kau dah okey?" soal Aryan sebaik sahaja terlihat Laura. Laura sekadar mengangguk. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku tadi. Tidak sangka, sebegitu sekali Mikael sanggup lakukan bagi mendapatkan dirinya semula.
"Terima kasih... sebab selamatkan aku," ucap Laura perlahan. Aryan sekadar mengukirkan senyuman nipis.
"You're welcome, dear."
TBC
Macam mana bab kali ni? Puas hati tak? Terubat tak rindu tu dekat Mikael?🤭 jangan lupa tekan ⭐ ni tau! Hehheh. Btw, kenapa rasa macam cerita ni makin mengarut? HAHAHHA . Biarkan saja lah😂 Enjoy this chapter!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro