21
"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."
PRANG!
Telefon pintarnya dicampak ke atas lantai lalu pasu bunga yang terletak elok di atas meja hiasan di dalam biliknya itu ditolak kasar sehingga pecah berderai.
Tidak cukup dengan itu, cermin pada meja soleknya juga ditumbuk kuat sehingga retak dan menyebabkan tangannya tercedera. Cecair merah yang pekat sudah menunjukkan rupa. Setitis-setitis darah itu jatuh ke lantai.
Nafasnya naik turun. Giginya diketap geram. Penumbuk dikepal kemas sehingga terlihat urat-urat timbul pada cengkerang tangannya.
"Ya Allah, tuan!" Mak Timah yang terus bergegas naik ke atas selepas mendengar bunyi yang kuat itu datang menerpa Mikael.
"Tuan... tuan kenapa ni? Tangan tuan tu... habis berdarah! Mari sini, Mak Timah tengok," pinta Mak Timah. Jelas kelihatan wajah risau pada riak wajah wanita tua itu.
Mikael hanya mendiamkan diri. Tangan yang dikepalnya tadi masih dikepal kemas. Hatinya masih terasa geram dan marah. Marah setelah melihat gambar Laura yang dimuat naik di dalam Instagram.
Jelas kelihatan kebahagiaan pada riak wajah wanita dambaannya itu. Bahagia sangat ke bila kau ada bersama lelaki itu? Bahagia sangat ke!
"Mak Timah..." panggil Mikael perlahan.
Mak Timah yang dari tadi menilik tangan Mikael yang tercedera akibat terkena serpihan kaca, terus mendongakkan sedikit wajahnya.
"Mak Timah rasa, Laura itu akan bahagia ke kalau dia bersama dengan lelaki lain selain aku?" soal Mikael, mendatar.
Mak Timah yang mendengar setiap bait yang keluar dari mulut majikannya itu terus terkedu tidak bersuara. Soalan maut itu. Kalau tersilap jawab, buruk padahnya.
"Jawab Mak Timah! Aku bukannya tengah bercakap dengan dinding! Kau ada mulut kan? Jawablah!" Naik seoktaf suara Mikael ketika ini. Perempuan tua di hadapannya ini pun sengaja mahu menguji kesabarannyakah?
Terhinjut bahu Mak Timah apabila suara Mikael bak petik itu menyapa halwa telinga.
"T... tak. Dia... tak akan bahagia," jawab Mak Timah dengan suara terketar-ketar. Mahu tidak mahu, itu sajalah jawapan paling selamat bagi menjawab soalan yang diajukan padanya tadi.
Mikael mengukir senyuman sinis.
"Kalau macam tu... kau boleh tolong aku la kan?"
"T... tolong apa?" Walaupun fikirannya sudah dapat menangkap niat Mikael, mulutnya tetap juga mahu menyoal.
"Tolong aku dapatkan balik isteri aku, walau apa cara sekalipun."
"TERIMA kasih," ucap Laura seraya menghadiahkan senyuman manis pada pelanggannya.
Alhamdulillah, sepanjang seminggu butiknya mula beroperasi, segala kerja berjalan dengan mudah dan lancar. Butiknya juga tidak putus-putus dengan kehadiran pelanggan yang datang. Setiap hari pasti butik itu penuh.
"Kak Laura, sekarang dah masuk waktu rehat tengahari. Akak tak nak keluar ke?" soal Athirah, salah seorang pekerja di butik itu.
"Oh, tak apa. Saya tengah tunggu seseorang ni. Awak pergi la keluar dulu," balas Laura lalu senyuman nipis dihadiahkan.
Athirah sekadar mengangguk tanda faham lalu keluar dari butik itu untuk mengisi perutnya yang sudah berkeroncong hebat.
Kring!
"Am I late?" soal Aryan sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam butik itu. Laura yang berada di kaunter pembayaran itu dihampirinya.
Laura terus menutup buku yang menyenaraikan segala stok baju untuk butiknya lalu dia menopang dagu. Matanya dialihkan ke arah anak mata lelaki itu.
"Ya, kau lambat! Perut aku dah buat konsert tahu tak?" kata Laura lalu membuat membuat wajah cemberut.
Aryan tergelak kecil.
"Hiperbola betul la kau ni. Dah, jom. Aku belanja," ajak Aryan lalu berura-ura berjalan ke arah pintu butik.
"Eh, kejap! Kereta kau ke kereta aku?" soal Laura bagi mendapatkan kepastian. Yalah, tak akan nak pergi ke tempat sama tapi lain-lain kereta, kan? Lagi satu, ya. Kereta kesayangan Laura dah kembali!
Laura pun terkejut juga apabila bangun saja dari tidur, Aryan call dan bagitahu yang kereta Myvi kesayangannya sudah ada di depan rumah Qaisara. Terus membulat mata Laura ketika itu.
Laura ada juga menyoal tentang bagaimana Aryan dengan senang saja berjaya merampas kereta itu dari Ariesya. Namun, Aryan tidak menjawab. Agak tertanya-tanya. Tetapi, kereta kesayangan sudah ada di depan mata, apa yang mahu disoalkan lagi?
"Weh, kau ni biar betul nak ambil macam tu je?" soal Azraeyn dengan wajah tidak percaya. Agak-agak la Aryan ni nak pecah masuk rumah orang pun. Gila!
"Kau nampak muka aku ni tak cukup serius ke? Betul la!" jawab Aryan. Banyak tanya pula manusia di sebelahnya ini.
"Kalau kena tangkap macam mana? Aku tak nak la! Aku ni terlampau muda untuk tinggal dalam penjara, tahu? Kahwin pun belum!" Azraeyn membantah. Senang betul lelaki ni cakap. Kalau dua-dua kena tangkap nanti sia-sia saja hidup. Sampai mati single kalau macam tu.
"Haih, banyak cakap pula kau ni. Okey, aku pergi dulu. See you in jail, bro," kata Aryan lalu menepuk bahu Azraeyn sebelum dia melangkah menghampiri pintu pagar rumah Datin Aira.
"Weh, kau jangan macam-macam!" Azraeyn berlari supaya langkahnya dengan Aryan sama. Namun, Aryan sudah terlebih dahulu sampai di depan pagar rumah. Tolong... jangan buat kerja gila!
"Assalamualaikum." Salam diberi. Serentak dengan itu langkah Azraeyn terhenti. Aryan menolehkan kepalanya bagi melihat wajah Azraeyn ketika ini.
Seperti yang dijangkakan, jelingan maut dihadiahkan oleh Azraeyn buat Aryan. Aryan tergelak kecil. Agak-agak la aku nak pecah masuk rumah orang pun. Aku masih waras kot.
"Waalaikumussalam... eh, kamu ni bukan lelaki yang datang dengan cik Emilia hari itu ke?" soal Pak Abu sambil menunding jari telunjuknya ke arah Aryan. Aryan sekadar tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.
"Saya nak berjumpa dengan Datin Aira dan anak dia, boleh?" Aryan meminta izin terlebih dahulu.
"Ya, boleh boleh. Masuk la," jemput Pak Abu lalu membuka pagar itu.
Aryan melangkah ke dalam perkarangan rumah itu diikuti oleh Azraeyn di belakang. Sempat lagi Azraeyn mengucapkan terima kasih kepada Pak Abu itu.
"So, apa yang kau nak buat sekarang?" soal Azraeyn.
"Ish, banyak tanya la kau ni! Silap betul bawa kau. Just wait, and see. Okey?" arah Aryan.
"Okey, boss!" balas Azraeyn lalu serta-merta mendiamkan dirinya.
Pintu rumah dituju lalu tangan Aryan sudah bersedia untuk mengetuk muka pintu. Belum sempat dia mengetuk, pintu itu sudah terbuka dari dalam.
Figura seorang wanita menyapa iris mata. Kelihatan Ariesya sedang berdiri tegak sambil memandang ke arah mereka berdua.
"Kau nak apa lagi datang sini? Nak cari tuan puteri yang hilang ke? Atau... nak cari pelacur?" soal Ariesya dengan kasar lalu menghadiahkan senyuman sinis.
"Kau!" Tangan Aryan sudah dikepal kemas dan bersedia untuk menumbuk wajah wanita dihadapannya itu. Nasib baik, niatnya itu berjaya dihalang oleh Azraeyn. Azraeyn terlebih dahulu menarik tubuh Aryan dari belakang.
"Sabar, bro. Patutlah kau bawa aku. Rupanya sebab mulut pontianak yang tak ada insuran ni."
"What! Pontianak kau panggil aku?" Ariesya memandang Azraeyn dengan pandangan yang geram. Azraeyn hanya buat tidak tahu dengan pandangan Ariesya terhadap dirinya itu. Setakat pontianak ni, jentik sikit melayang!
"Aku datang sini dengan cara elok. So, jangan uji kesabaran aku. Aku datang sini sebab nak ambil kereta Myvi tu," ujar Aryan.
Ariesya sekadar tersenyum sinis.
"Huh, kau ingat aku nak bagi? Tak akan la!" bantah Ariesya. Sekarang kereta itu sudah jadi miliknya. Sejak Laura keluar dari rumah ini, kereta itulah yang menjadi penemannya jika dia ke mana-mana.
"Oh, kau tak nak bagi, ya? Okey, tak apa. Azraeyn, selesaikan perempuan ni. Aku nak masuk dalam," arah Aryan.
"Okey!" Azraeyn tanpa banyak tanya terus mencempung badan Ariesya. Aryan pula terus masuk ke dalam rumah untuk mencari kunci kereta itu.
"Hey! Lepaskan aku!" Ariesya meronta-ronta. Aku nak turun!
"Pontianak ni la. Sudah la berat! Duduk senyap-senyap kejap boleh tak?" dengus Azraeyn. Kalau yang diangkatnya sekarang ini Qaisara, bagus juga. Ini, tidak pasal-pasal perlu mengangkat pontianak jadian. Apalah nasib.
"Aku dah jumpa. Jom balik."
Azraeyn terus meletakkan Ariesya ke bawah . Ototnya diregangkan sedikit.
"Aku bawak kereta ni, kau bawa kereta aku," ujar Aryan lalu mencampakkan kunci keretanya ke arah Azraeyn.
Enjin kereta dihidupkan lalu posisi duduknya dibetulkan terlebih dahulu agar selesa.
"Bye, Ariesya. Until we meet again," kata Aryan lalu terus memecut laju meninggalkan Ariesya di situ.
"Lelaki tak guna! Siap kau kalau aku jumpa lepas ni. Ergh!"
"Kereta aku la. Dah, jom. Aku pun lapar ni," kata Aryan lalu mereka berdua keluar dari butik itu.
"Malam ni, aku nak bagi kau something. Lepas maghrib aku jemput kau."
Dari tadi ayat itu terngiang-ngiang di fikiran Laura. Apa yang lelaki itu mahu berikan? Tiba-tiba pula dia rasa gelabah. Sudah la batang hidung Qaisara dan Adania pun tidak nampak sejak dia pulang dari kerja tadi.
Fuh, rileks Laura, ada la tu benda yang dia nak bagi dekat kau. Desis Laura dalam hati.
Ting! Tong!
Bunyi loceng rumah itu menyentakkan Laura. Dengan pantas Laura mencapai tas tangannya lalu menuruni anak tangga. Pintu rumah dikunci sebelum dia meninggalkan rumah itu.
"Kita nak pergi mana ni?" soal Laura sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas kerusi sebelah tempat pemandu.
"Adalah," jawab Aryan ringkas lalu senyuman lebar terukir di bibirnya. Laura malas mahu bercakap banyak sebaliknya, dia menyibukkan diri dengan melayan media sosialnya.
Setelah 20 minit perjalanan tanpa tahu arah tuju, kereta yang dipandu oleh Aryan berhenti. Laura mengangkat wajahnya bagi melihat sekeliling.
"Apa kita buat dekat sini?" soal Laura, curiga. Tiba-tiba sahaja Aryan membawanya ke kawasan perumahan yang baru di bina ini. Seram sejuk pula Laura rasa.
"Kau turun dulu, nanti kau tahu la." Aryan keluar dari perut kereta lalu menuju ke arah tempat duduk Laura. Pintu itu dibuka lalu Laura keluar dari situ.
Rumah di depan matanya itu ditilik sekilas. Ah, pandang sepuluh kali pun, tetap rasa seram sejuk. Apa yang Aryan cuba lakukan?
"Weh, kau nak buat apa datang sini malam-malam macam ni? Kau jangan macam-macam eh. Aku tendang kau sampai Pluto kang!" ugut Laura. Dalam keadaan takut-takut pun masih berani ya mahu mengugut orang?
"Kau tak payah risau la. Aku tak berniat nak apa-apakan kau pun. Dah, jom masuk. Dia orang dah tunggu lama," kata Aryan lalu melangkah menghampiri pintu pagar yang sudah terbuka sedikit itu.
Laura dalam keadaan yang masih bingung dan takut, hanya membuntuti Aryan dari belakang. Ya Allah, lindungilah hamba-Mu ini.
Kreak...
Pom!
"Happy birthday to you, happy birthday to you. Happy birthday Laura Emilia. Happy birthday to you! Yeay!"
Hilang terus segala ketakutan Laura sebaik sahaja lampu di dalam itu bercahaya dan diiringi pula dengan lagu Happy Birthday.
Sungguh, terkedu Laura saat ini. Tiba-tiba matanya terasa panas. Terharu. Sudah lama dia tidak menyambut hari lahirnya seperti ini.
"Aw... birthday girl menangis ke tu?" soal Qaisara lalu tubuh Laura didakapnya.
"Eee, mana ada! Ada-ada saja Qaisara ni!" nafi Laura. Padahal, matanya itu sudah bertakung dengan air mata.
"Eleh, mata merah dan berair tu kata tak menangis? Jangan nak tipu la! Meh sini Qaisara tolong lapkan," ujar Qaisara lalu tisu dicapainya.
"Mesti saspen gila, kan bila masuk rumah ni tadi? Sudah la gelap. Keliling pun tak ada orang sangat sebab taman perumahan baru," kata Adania.
"Mesti la! Ingatkan tadi Aryan ni nak buat benda pelik-pelik," luah Laura. Sejujurnya, dia betul-betul risau jika Aryan berniat buruk terhadapnya tadi.
"Hahaha. Kau jangan risau la Emilia. Aryan tak akan buat macam tu dekat orang yang dia sayang." Kali ini, Azraeyn pula bersuara.
"Diam la kau!" Aryan sudah menjeling tajam ke arah Azraeyn. Mulut tu memang nak kena, kan?
"By the way, ini hadiah yang aku nak bagi dekat kau. Aku harap kau suka." Aryan menghulurkan satu kotak kecil bewarna hitam pada Laura.
"Apa ni?" soal Laura sambil mengangkat sebelah keningnya. Tertanya-tanya juga apa yang ada di dalam kotak kecil itu.
"Oh, tu cincin nikah kita," jawab Aryan acuh tak acuh.
Seraya dengan itu, semua mata memandang ke arahnya. Wajah terkejut dan tidak percaya mereka tayang. Tidak lupa juga dengan Laura. Wajahnya juga jelas menunjukkan bahawa dia betul-betul terkejut dengan jawapan lelaki itu. Biar betul Aryan ni?
"Rileks, aku gurau je. Buka la kalau nak tahu."
Laura melepaskan keluhan lega manakala yang lain melepaskan keluhan hampa. Baru nak seronok kalau betul Aryan nak ajak Laura kahwin tadi!
Laura membuka kotak itu dengan berhati-hati. Kelihatan, sebentuk kunci yang terletak elok bersama satu nota kecil di dalam kotak itu.
Nota kecil itu dibacanya lalu mata Laura tertumpu pada Aryan.
"Kau... seriuslah weh? Kau... bagi rumah ni dekat aku?" soal Laura dengan wajah tidak percaya. Dia bagi rumah kot! Kau ingat murah ke?
"Muka aku ni layak masuk Maharaja Lawak Mega ke? Betul la tu. Aku hadiahkan kau rumah ni. Kau kan pernah kata dekat aku yang kau berminat sangat dengan rumah ni. So..."
"Eee, thank you, Aryan!"
Laura terus memeluk tubuh Qaisara di sebelahnya. Nak peluk Aryan mana boleh. Haram. Tunggu halal dulu la kalau nak peluk-peluk ni. Eh?
"A... aku... happy sangat! Tak sangka kau bagi rumah ni. Ya Allah, terima kasih! Aku bersyukur sangat-sangat!" sambung Laura lagi. Aryan hanya tersenyum ketika melihat reaksi Laura itu.
Hai la... comel saja bila kau senyum, kan? Geram aku!
"Sudah-sudah! Aku lapar ni. Memang nak tengok kau orang ni berpeluk je ke?" Suara Azraeyn tiba-tiba mencelah. Mereka semua sudah berpandangan sesama sendiri sebelum ketawa.
"Spoil betul la kau ni. Dah, jom makan!"
TBC
Rasa macam hambar tapi takpa. Next chapter kita try bagi gempak. Mesti korang rindu Mikael kan? Hihihi. Tunggu next chapter ya? Enjoy this chapter and jangan lupa tekan ⭐ ya? Bye!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro